CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bakaljenazah

perlukan pandangan korang(sila jangan melahar)

  [Copy link]
Post time 11-3-2013 03:15 PM | Show all posts
bakaljenazah posted on 11-3-2013 03:08 PM
aku tak tau lgsung weh, dh staun kawen ni baru aku syak tp mcm betul je ni, hadoi..

tp laki aku ...


Dear..
Dari tulisan pun tau ko meroyan.
Istighfar banyak2...
buat solat malam n mengadu  padaNya,
mintak tunjukkan kebenaran.
Kalau betul telahan ko, kena fikir tindakan selanjutnya.
Kalau salah, Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 03:21 PM | Show all posts
Nape ko x confront aje laki ko... suh tinggalkan ajer benda2 ni...

Kalau laki ko bagi alasan dah ketagih, sila jgn percaya sebab habit hisap ganja ni senang je nak tinggal to compare dgn coke/heroin..

Ganja ni ada banyak cara nak pakai, balut boleh, guna paipon pun boleh..

Kalau aku, benda pertama yg aku akan buat adalah buang dulu paipon tu.. tapi biasalah mat ganja kan..dalam 5 minit pun dah boleh modify paipon baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 03:27 PM | Show all posts
mdmyana posted on 11-3-2013 03:15 PM
Dear..
Dari tulisan pun tau ko meroyan.
Istighfar banyak2...

mdmyana, thnx sbb concern.memang aku dh mroyan ni sbb aku rase telahan ini dh tepat!!

klu ko kt tmpt aku, ape ko buat?..

aku sedih sgt, dulu aku dambakan seorg suami yg xmerokok, tp bila dh kawen dpt yg perokok plus .....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 03:32 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 11-3-2013 03:21 PM
Nape ko x confront aje laki ko... suh tinggalkan ajer benda2 ni...

Kalau laki ko bagi alasan dah ...

die tak ngaku la die buat tu, dia kata tembakau.aku dh xjumpa benda2 pelik lg, tp kalau die buat time kluar?aku mane taukan..
aku boleh maaf kan die, tp ape kesan kt aku untuk jgkamase panjang ni?..aku takut wlupun aku blum ada anak kan, aku takut benda tu merosak kan otak dan memberi kesan pd aku dan anak2 pd mase depan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:33 PM | Show all posts
bakaljenazah posted on 11-3-2013 03:27 PM
mdmyana, thnx sbb concern.memang aku dh mroyan ni sbb aku rase telahan ini dh tepat!!

klu ko kt ...


Dear..
Ai dah tulis,
Kalau betul, you kena fikir tindakan selanjutnya.
Yang penting,mohon padaNya agar beri you kekuatan.


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:35 PM | Show all posts
yup.. mmg ganja.. kalau isap shisha baik dia pergi kedai? kalau isap rokok tembakau kenapa dia takut sampai perlu masuk toilet? org isap ganja je takut.. botol tu di modified mcm shisha punya bekas.. di bakar  serbuk ganja.. asap ganja yang buat kepala melayan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2013 03:38 PM | Show all posts
kena tanya budak2 lelaki kot
mungkin dorang lebih arif ciri2 orang main ganja ni...


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:39 PM | Show all posts


Ganja (Cannabis sativ syn,Cannabis indica) adalah tumbuhan renek yang menghasilkan serat, namun ianya lebih dikenali kerana kandungan zat narkotin pada bijinya, tetrahidrokanabinol (THC, tetra-hydro-cannabinol)adalah bahan aktif yang boleh membuat penghisapnya mengalami euforia (rasa lapang yang berpanjangan tanpa sebab).Daun ganja biasanya dibalut dengan daun nipah dan dinamakan rokok marijuana.
Tanaman  ini tingginya  mencapai 2 meter. Berdaun menjari dengan bunga jantan dan betina yang ada dipokok yang berbeza (berumah dua). Bunganya kecil-kecil dalam gumpalan dihujung ranting. Ganja hanya tumbuh di pergunungan tropika dengan elevasi diatas 1.000 meter diatas permukaan laut.
Ganja menjadi simbol budaya hippies yang pernah popular di Amerika Syarikat. Hal ini biasanya dilambangkan dengan daun ganja yang berbentuk khas. Selain itu ganja dan opium juga didengungkan sebagai simbol perlawanan terhadap arus globalisme yang dipaksikan negara kapitalis terhadap negara membangun. Di India,terdapat bahagian Sadhu yang menyembah dewa Shiva menggunakan produk derivatif ganja untuk melakukan ritual penyembahan dengan cara menghisap Hashish melalui paip Chilam/Chillum, dan dengan meminum Bhang.
Di Malaysia ganja dikategorikan sebagai najis dadah oleh Kerajaan Malaysia,ganja adalah dadah paling popular dikalangan remaja yang baru berjinak dengan dadah,biasa mereka menghisap ganja dengan cara mengulung rokok daun dari pokok nipah, daun ganja yang sudah siap diproses dicampurkan dengan tembakau rokok dan mereka menghisap secara berkongsi.Ganja ini juga boleh dihisap dengan mengunakan” dapur” atau nama yang popular dikalangan penagih adalah “paipon”.
PENGGUNAAN GANJA PADA MASA LAMPAU DAN KINI
Tumbuhan ini berasal dari China. Orang cina merupakan orang yang menggunakan ganja dalam kehidupan hariannya. Pada tahun 2737 sebelum masihi, kanabis telah digunakan untuk membuat kain. Para tabib cina telah menggunakan getah kanabis untuk mengubati sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah cina yang bernama Hua Ta merupakan orang yang pertama menggunakan kanabis sebagai ubat bius dalam pembedahanya pada akhir kurun ke- 2 selepas masihi. Di samping itu, kanabis juga digunakan untuk mengubati penyakit nyanyuk dan histeria.
Penulisan Hindu dan Buddha telah mencatatkan bahawa India merupakan negara yang memulakan penggunaan kanabis sebagai bahan khayal (Hallucinogen). Kanabis ini digunakan dalam upacara keagamaan, meditation, tahan sakit dan menghilangkan keriuhan dunia. Ia juga dianggapkan sebagai sejenis bahan suci dari sudut pandangan agama(bukan agama islam). Di India, industri kanabis merupakan satu industri legal yang diberi lesen. Ini bertujuan untuk mengawal mutu keluarannya. Ia tidak dikenakan cukai kerana ia dianggap sebagai keperluan harian.
Di Eropah, kanabis telah digunakan untuk tujuan perubatan iaitu sebagai ‘aspirin’. Doktor perubatan di Eropah pada masa itu telah menggunakan kanabis untuk mengubati histeria, deman perjalanan (travel sickness), selesema, ulcers, hay fever dan insomnia. Doktor peribadi kepada King George IV menggunakan kanabis untuk memulihkan daripada mabuk kerana minum arak secara berlebihan. Kaum proletariat Inggeris dikatakan menggunakan ganja untuk menghilangkan keletihan dan kebosanan kerja berat harian.
Pada abad ke-19, kebaikan dan kelebihan kanabis dalam bidang perubatan telah ditemui. Ia mula digunakan dalam perubatan moden. Kanabis digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa (Depression),tekanan darah tinggi, migrain dan masalah haid. Ia juga digunakan untuk mengembalikan selera makan seseorang.
Penyalahgunaan dadah mula berleluasa pada tahun lewat tahun 1960-an dan awal 1970-an. Ini kerana kanabis mengandungi THC yang boleh mengkhayalkan. Pada masa itu ramai pemuda di Netherlands menjadi penagih. 12 tahun selepas itu, penjualan kanabis ini secara terbuka telah diharamkan.
Ganja tidak merbahaya?
Bila ditanya kepada penagih ganja,jawapan mereka adalah,ganja tidak ketagih kerana ganja adalah tumbuh-tumbuhan mari kita kaji fakta tentang ganja ini,
Kesan awal yang sering dapat dilihat pada penagih ganja termasuklah mata menjadi merah kerana saluran darah pada bahagian mata yang mengembang. Ada juga yang akan mengalami rasa mual. Muntah-muntah, cirit-birit serta mulut dan tekak berasa kering. Ini akan diikuti dengan rasa sejuk di hidung, kaki serta tangan. Kadang-kala ototnya menggeletar dan pergerakannya menjadi tidak selaras.
Pada peringkat mental pula, tanggapan atau persepsi seseorang itu terhadap ruang dan waktu boleh berfungsi. Begitu juga dengan daya ingatan,pertuturan serta pemikiran. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan serta sukar digambarkan. Ia mungkin menjadikanya tidak waras atau tidak siuman dan mengalami apa yang disebut sebagai toxic psychosis.
Walau bagaimanapun, si penagih tidak akan mengalami pergantungan fizikal atau jasmani. Namun demikian, seperti juga dengan dadah-dadah lain,pergantungan secara mental tetap akan berlaku. Inilah yang menjadikan seseorang itu ketagih kepada ganja.
Di Amerika Syarikat, ganja dicampurkan dengan PCP (Phencyclidine), LSD (Lysergic Acid Diethylamide), minyak hashish dan bahan kimia lain. Tahi lembu juga dicampurkan dengan ganja dan ini akan mengakibatkan merebaknya jangkitan bakteria.
Menghisap ganja juga boleh mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa 18 – 24 bulan. Mengikut ahli sains, kesan 5 batang rokok ganja adalah sama dengan 112 batang rokok tembakau. Ganja juga akan mengubah fungsi jantung. Ia akan meningkatkan kadar degupan jantung.
Ganja juga akan merosakan aktiviti otak seperti daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan serta daya ingatan. Ini disebabkan oleh THC yang terkumpul di dalam otak. Oleh sebab THC dibersihkan daripada tubuh dengan begitu perlahan, sesiapa yang menghisap ganja lebih daripada sekali dalam sebulan , dia tidak akan bebas daripada penagihan ganja secara berterusan.
Ganja juga akan mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan bilangan sperma yang cacat. Ini menyebabkan pembentukan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga didapati akan mengalami mati pucuk. Ganja juga akan meninggalkan pelbagai kesan ke atas sistem pembiakan wanita. Antara kesanya ialah seperti berikut:
Kedatangan haid yang tidak menentu
Kemungkinan mengurangkan ovum dalam ovari.
Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru dilahirkan.
Ganja juga akan mengubah sikap si penagih secara menyeluruh. Ada yang melaporkan bahawa mereka mengalami ‘sindrom tak bermotivasi’. Mereka akan menjadi tidak berminat dan gagal dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, walaupun pada suatu ketika matlamat tersebut mempunyai erti yang mendalam baginya. Mereka tidak dapat melaksanakan rancangan jangka panjang, sukar memberi tumpuan dan prestasi kerjanya merosot. Umumnya mereka akan terus terpegun, berbaling mendengar muzik, menonton television atau beromong-omong kosong. Dengan kata lain, penagih ganja akan membawa kerugian yang begitu besar kepada dirinya, keluarganya , masyarakat dan juga negaranya.
KESIMPULAN
Semakin banyak kes dilaporkan bahawa penagih ganja menghadapi kesukaran untuk berhenti dari tabiat mereka. Ini adalah akibat penggunaan ganja yang menyeronokkan.
Penghisap ganja terpaksa menambahkan jumlah dos ganja yang dihisapnya kerana daya tahan mereka terhadap dadah tersebut telah meningkat. Penghisap ganja tidak dapat mengawal jumlah ganja yang digunakan. Hidup mereka tertumpu kepada ganja dan mereka akan terus menggunakannya walaupun terdapat tanda-tanda yang merosakkan mereka. Ini kerana pergantungan secara psikologikal telah berlaku.
Memandangkan penagihan ganja akan membawa keburukan yang besar kepada seseorang, masyarakat dan negara, maka penggunaannya hendaklah dikawal supaya penyalahgunaan tidak berlaku. Penggunaan kanabis secara betul akan membawa kebaikan kepada seseorang tetapi penyalahgunaan akan memusnahkan seseorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2013 03:45 PM | Show all posts


itu je mampu aku buat skrg.
klu mom n dad tau, meti die amek aku balik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:03 PM | Show all posts
ade ke orang mencuri mengaku dia mencuri?

takde..

ko kena cold turkey kan dia, buat blood test. masuk ke pusat pemulihan. sorry to say, once hook, susah nak tinggalkan.
penagih ni takkan pernah salahkan diri dia sendiri. dia akan anggap dia betul.
so bersedia dari segi mental, kewangan dan mental. ko bagi ultimatum kat dia, tinggal kan ganja, atau ko tinggalkan dia. bukan apa. demi keselamatan ko jugak. kita tak tau future kan. takkan o nak jadik statistik bini kena tikam laki penagih sebab tak dapat duit beli ganja kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:04 PM | Show all posts
ko peratikan la jamal abdillah, saleem iklim. ko nak hidup ngan orang in denial macam tu for the rest of your life?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 04:12 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 11-3-2013 04:04 PM
ko peratikan la jamal abdillah, saleem iklim. ko nak hidup ngan orang in denial macam tu for the res ...

sedih sgt, aku tak sgka.
aku blum ade anak lagi, which is aku xde mslah nk tgal die tp?
terlalu kejam kah aku?..
tp die lagi kejammmmm,

ganja ni mahal eh weh?ade bratus ke.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:43 PM | Show all posts
bakaljenazah posted on 11-3-2013 04:12 PM
sedih sgt, aku tak sgka.
aku blum ade anak lagi, which is aku xde mslah nk tgal die tp?
terlalu  ...

aku tak tau la berapa harga ganja di pasaran tapi bila da start hisap dadah, main judi, duit akan sentiasa jadik isu. trust me sebab aku pernah ada few clients yang terjebak dengan dadah. masa study pun kami buat part time di pusat pemulihan
kejam kalau kau tak buat pape. so first round libatkan parent. nak buat guano, takkan ko nak tanggung sorang kan. bodo la klau gitu. betul aib suami harus di jaga, tapi bila da sampai kritikal cam ni, ko nak diam ke?

kalau tak jalan dengan rawatan, kejam kat diri ko kalau ko tak kesiankan diri sendiri. mula ganja, pastu haa heroine la meth la.. sampai kena HIV. ko nak?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 04:46 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 11-3-2013 04:43 PM
aku tak tau la berapa harga ganja di pasaran tapi bila da start hisap dadah, main judi, duit akan  ...

tak nak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 05:02 PM | Show all posts
bakaljenazah posted on 11-3-2013 02:29 PM
laki aku normal je , kalau tgok gayenye takde yg curiga la.cume kekadng aku mcm prasan matenye mer ...

adik ipar aku ni rupanya (tahu lepas divorce) ada 2 adik beradik lain yg terlibat dgn ganja..ada yg sorang tu dah upgrade smpi tahap injek2 ni dan skrg pun dah arwah.

fizikal adik ipar aku ni dia kurus kering...wpun makan selera je. mata mmg selalu merah. dia ikutkan orgnya tak baran..tp masa dia lafazkan cerai pd adik aku tu mmg dia mengamuk n tendang perut adik aku (kes polis)..semua gara2 ganja ni lah sbb adik aku pun jumpa mcm2 peralatan yg aku pun ak pasti rupa mcmana.

husband aku kata org amik ganja ni kalau kerja berat tu biasa..sbb bole bagi tenaga. aku tak pastilah function lain selain dari pd aku mmg org2 yg takde hala tuju dlm kehidupan ni aje yg terlibat dgn benda2 seumpama ganja ni.  

nanti aku tanyakan lagi ciri2 pada adik aku...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 05:10 PM | Show all posts
mengikut kata orang yang penah amik dadah ni, dia kata ada 2 jenis dadah.kebanyakan yang orang amik ialah dadah yang pasif, yang bagi mereka tenang dan lalok.bila dorang amik dadah ni,dorang jadi khayal dalam dunia sendiri.mungkin suami ko amik dadah ni.mungkin dia stress masa tu.ko perasan tak waktu bila mata dia merah2 tu?adakah masa dia tengah tertekan dengan kerja,gaduh ngan keluarga/kawan?atau waktu biasa je?

dadah yang kedua ialah yang agresif,membuatkan seseorang tu menjadi berani dan kadang2 bertindak di luar kawalan.

aku cadangkan ko pegi rujuk kepada agensi dadah kebangsaan.kalau ko tak pasti,boleh rujuk kepada pusat bantuan khidmat sosial (PBKS) di bawah kelolaan PT foundation. pbks ni banyak bantu orang yang macam ni.mereka akan tolong ko rujuk kes ni kepada pihak tertentu dan terpulang pada ko utk ikut atau x.sudah tentu maklumat diri ko dan suami akan diambil, tapi dirahsiakan.mereka takkan deddahkan maklumat korang sesuka hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2013 05:12 PM | Show all posts
sumimanis posted on 11-3-2013 05:02 PM
adik ipar aku ni rupanya (tahu lepas divorce) ada 2 adik beradik lain yg terlibat dgn ganja..ada y ...

laki aku tak kurus kering, agak tough n berisi.tp mata merah kdg2.
tp laki aku ni jenis mata yg bhgian putih mata tu mcm kuning2 kalernye, mcm aku bhgian putih mata tu, kaler putih la kan.perlukh aku pergi dgn sgera?
ekceli aku buntu sgt, tak tau ape nk buat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 05:15 PM | Show all posts
tabasco posted on 11-3-2013 05:10 PM
mengikut kata orang yang penah amik dadah ni, dia kata ada 2 jenis dadah.kebanyakan yang orang amik  ...

ganja pun sejenis dadah kan?ganja je yg pakai botol kan?..
thnx sbb nasihat tu, tp aku rase mcm can't stand.
terbang mlyang2 rase syg kt die, cuma ade lg sikit kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 05:21 PM | Show all posts
bakaljenazah posted on 11-3-2013 05:15 PM
ganja pun sejenis dadah kan?ganja je yg pakai botol kan?..
thnx sbb nasihat tu, tp aku rase mcm c ...

bagi aku ganja tu dadah.
nasihat aku,kalau ko masih sayang dan kesian pada dia,bantu dia.
jangan sisihkan dia.dalam diam dia masih perlukan bantuan orang sekeliling terutamanya ko sebagai isteri dia.
ya, dia dah membuat langkah yang silap tapi bantulah dia utk berhenti dari amik ganja.
kalau dia amik utk suka2 je dan bukan sebab dia rasa ketagih, dia masih boleh berhenti.
kalau dah tahap ketagih tu,susah nak cakap.yang menjadi ketagihan ialah apabila kekerapan dadah tu diambil terlalu banyak jadi dia tak dapat control dah.
jangan buatkan dia bergantung pada dadah utk mnghilangkan tekanan.

bila nampak dia stress,cubalah borak2 dengan dia,dengar apa dia cakap atau buat apa je yang boleh ilangkan tekanan dia.
maaflah input aku yg tak seberapa ni.
ilmu aku pasal ni pun tak berapa banyak.
cuma kalau keadaan dah tak terkawal,ko tau mana nak rujuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 05:31 PM | Show all posts
tabasco posted on 11-3-2013 05:21 PM
bagi aku ganja tu dadah.
nasihat aku,kalau ko masih sayang dan kesian pada dia,bantu dia.
jangan ...

tabasco, byk info dr ko ni.thnx ye.wlupun aku asyik nangis je,info ko ni byk membantu.
tp aku rase hari2 dia buat benda tu, mcm dh ketagih la klu hari2 kan.

sampai ati die buat aku gini,mentang2 aku inesen n xkeje.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.341588 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list