CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3839|Reply: 1

Rela serba boleh

[Copy link]
Post time 12-3-2013 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Anda pernah lihat pasukan beruniform hijau dan memakai baret berwarna kuning? Inilah pasukan yang telah ditubuhkan sebagai sebuah jentera keselamatan kerajaan berbentuk sukarela pada 11 Januari 1972 di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Pasukan Kawalan) Perubahan Nama dan Pindaan 1974.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Sebahagian besar rakyat negara hanya menyedari kehadiran mereka apabila ada majlis keramaian dan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI).
Dengan misi mentadbir urus keselamatan dalam negeri demi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat, maka Pengarah Rela negeri, Mejar (B) Shamsuddin Yussoff mempunyai sebab mengapa pasukan ini perlu dikembangkan di kalangan rakyat Malaysia.


Shamsuddin berkata, antara tugas Rela hari ini ialah mengutamakan khidmat kepada masyarakat termasuklah memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.
''Walaupun pasukan Rela diwujudkan sebagai sebuah jentera keselamatan bagi tujuan membantu negara menghadapi keadaan darurat, namun diwaktu aman, pasukan ini mempunyai peranan lain yang perlu dilaksanakan.
''Ia termasuklah dalam bidang keselamatan, pembangunan masyarakat iaitu melalui projek Bakti Rela.
''Mereka juga akan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dengan mengumpul serta menyampaikan maklumat kepada agensi kerajaan berkaitan seperti polis, kastam, Unit Pencegahan Penyeludupan dan Imigresen mengenai sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan setempat,'' jelas baliau.




Justeru kata beliau, peranan pasukan Rela ini cukup besar dan sebab itulah pihaknya turut memberikan bantuan khusus kepada golongan petani di negeri ini, yang mungkin tidak terdapat dalam skop kerja agensi keselamatan beruniforn seperti mereka.
''Rela sedia menghulurkan bantuan demi membebaskan tanaman mereka dari terus dibelenggu ancaman haiwan perosak.
''Inisiatif ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan Rela ke arah memusnahkan binatang perosak seperti kera dan tupai dari terus mengancam hasil pertanian petani terutamanya di kawasan luar bandar," tegas beliau.
Lebih menarik, pasukan Rela merupakan satu-satunya agensi yang dipertanggungjawabkan bagi menjalankan gerak kerja serta operasi dalam memburu haiwan perosak ini.


Tambah beliau, aktiviti tersebut lebih bertumpu kawasan pertanian yang terletak di kawasan luar bandar dan berhampiran hutan.
''Pada kebiasaanya, kita akan memburu haiwan perosak seperti tupai dan kera yang memakan tanaman jenis buah-buahan selain babi hutan yang menceroboh kawasan tanaman petani.


''Bagaimanapun, kita hanya bertindak berdasarkan aduan yang dikemukakan oleh orang ramai," jelas beliau.
Selain itu juga kata Shamsuddin untuk menarik minat penyertaan golongan muda dalam pasukan ini, Rela telah mewujudkan skim latihan intensif penggunaan senjata api sebagai skop latihan wajib anggotanya.


''Kita mahu mendedahkan anggota Rela, bahawa mereka bukan sekadar berkawal menggunakan cota dan lampu semata-mata, sebaliknya berkeupayaan mengendalikan senjata api apabila dikerah berbuat demikian," ujar beliau.
Oleh itu, pasukan Rela hari ini dikagumi, bukan hanya sebagai 'pemburu' PATI, mengawal keselamatan, memusnahkan haiwan perosak tetapi juga meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat khasnya dalam bidang yang akan menghasilkan kesan gerak saraf yang tinggi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 06:53 PM | Show all posts
RELA bolehhhh!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.299791 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list