CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_killer

[Tempatan] Versi 12 Operasi Daulat : Azzumudie si iblis terlepas?..post 2335

 Close [Copy link]
Post time 15-3-2013 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengganas sifatkan mayat
anggota keselamatan
sebagai bangkai
SEMPORNA 13 Mac - "Apa kita mahu
buat dengan bangkai-bangkai ini?
Sudah aku tatak (penggal) kepala
mereka."
Itu adalah antara kata-kata penuh
penghinaan dan biadab pengganas
Sulu selepas membunuh anggota
keselamatan negara dalam serangan
hendap di Kampung Simunul, di sini 2
Mac lalu.
Percakapan pengganas Sulu itu
didengari dengan jelas anggota
pasukan keselamatan negara yang
terlibat dalam misi membantu
barisan hadapan yang terkorban.
Menceritakan lebih lanjut, anggota
pasukan keselamatan yang enggan
namanya disiarkan berkata, dia
mendengar dengan jelas percakapan
pengganas Sulu itu dari rumah
persembunyian mereka kononnya
untuk menggerunkan pasukan
keselamatan negara dan meraikan
'kejayaan' mereka.
Walau bagaimanapun, katanya,
dalam usaha menyelamatkan
anggota keselamatan itu beberapa
das tembakan dilepaskan pengganas
Sulu menyebabkan dia dan anggota
keselamatan lain mencari
perlindungan.
"Mereka memang berperangai
seperti binatang, tiada hati perut
dan mahu mengerjakan pasukan
keselamatan kita cukup-cukup.
"Tetapi kami tidak boleh terburu-
buru walaupun semangat kami amat
berkobar-kobar mahu
menumpaskan mereka. Segala
perancangan perlu dilakukan
dengan berhati-hati," katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Menurut sumber itu, kira-kira pukul
4.20 petang pada hari kejadian,
Supritendan Ibrahim Lebar yang
terkorban dalam serang hendap
tersebut mendapat maklumat
beberapa buah rumah di kampung
berkenaan dipercayai dijadikan
markas pengganas.
Katanya, Allahyarham Ibrahim yang
dibantu oleh beberapa anggota
pasukan keselamatan kemudiannya
ke kampung itu dan memeriksa dua
buah rumah, namun mendapati
kedua-duanya kosong.
Jelas sumber itu, disebabkan
pemeriksaan ke atas dua buah
rumah tersebut tidak menemui hasil,
Ibrahim mengarahkan kesemua
pasukan keselamatan beredar dan
berkumpul di kawasan lapang.
"Kira-kira pukul 7.20 malam, Ibrahim
mendapat maklumat suspek berada
di sebuah rumah sebelum
mengarahkan pasukan kami bersiap
sedia untuk masuk semula dalam
keadaan gelap.
"Ketika membuka pintu rumah
tersebut, Allahyarham Ibrahim
ditembak beberapa das sebelum
ditetak dengan parang," katanya.
Tambah sumber itu, semangat
cintakan negara jelas terpancar
dalam diri Allahyarham Ibrahim yang
tetap ingin meneruskan operasi
menjejak pengganas tersebut
walaupun dimaklumkan mengenai
sebarang kemungkinan yang boleh
berlaku.
"Kita cukup rasa kehilangan rakan
pasukan dan seorang pegawai yang
berdedikasi serta mempunyai
semangat kental dalam menghadapi
musuh," katanya sambil menahan
sebak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 07:26 PM | Show all posts
aurora273 posted on 15-3-2013 07:25 PM
Pengganas sifatkan mayat
anggota keselamatan
sebagai bangkai


diaorang pakai syabu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:37 PM | Show all posts
Ops Daulat Update:

* 61 Pengganas Telah Ditembak Mati
* 233 Individu Ditahan
* 3 Hari Diberikan Kepada Kerajaan Filipina Untuk Menuntut Mayat Pengganas Atau Akan Dikebumikan Di Malaysia
* 3 Kubur Dengan 15 Mayat Penceroboh Ditemui Di Kg. Tanduo

3 lagi kubur pengganas Sulu ditemui: Hamza

LAHAD DATU: Tiga lagi kubur ditemui di Kampung Tanduo yang dalamnya terdapat 15 mayat pengganas Sulu yang dipercayai ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang media di sini, sebentar tadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:38 PM | Show all posts
8 warga Filipina ditahan cuba masuk kawasan Ops Daulat

LAHAD DATU: Polis menahan lapan warga Filipina yang menaiki sebuah bot laju yang cuba memasuki kawasan operasi menjejaki pengganas Sulu di Sungai Bilis, jam 12.15 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata lelaki berkenan berusia 17 hingga 29 tahun. Turut ditemui adalah 300 tong minyak dan wang tunai berjumlah 360,000 pesos.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:39 PM | Show all posts
POLIS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENGGANAS MILITAN

Semporna, 15 Mac - Dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.

"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ditanya mengenai dakwaan penduduk tempatan berhubung ramai pendatang asing meninggalkan pekan Semporna, Mohd Firdaus berkata perkara itu akan disiasat bagi memastikan tiada anggota pengganas yang meloloskan diri dari pekan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:40 PM | Show all posts
TERKINI!!!: Lagi Pasukan Keselamatan Kita Cedera?

March 15, 2013 lahad datu


Maklumat yang diterima Mynewshub memberitahu seorang lagi pasukan keselamatan Malaysia dipercayai cedera dalam pertempuran sebentar tadi.

Ini berikutan helikopter polis yang diletakan di Masjid Wilayah Sahabat, Felda Sahabat dilihat menerbangkan seorang anggota keselamatan yang dipercayai cedera ke destinasi yang belum dapat dipastikan.

Anggota berkenaan dibawa naik ke helikopter menggunakan pengusung.

Pasukan keselamatan yang cedera atau meninggal dunia akan dibawa sama ada ke hospital di Lahad Datu atau Sandakan.

Helikopter berkenaan dilihat terbang pukul 6 petang tadi menjadikan insiden berkenaan mungkin berlaku selepas sidang media harian sebelah petang tadi.

Setakat ini 10 kematian melibatkan pasukan askar dan polis dilaporkan manakala kematian di pihak pengganas dipercayai sudah mencecah 61 orang.

Op Daulat memasuki hari ke -11 hari ini.

Lagi Pasukan Keselamatan Kita Cedera?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2013 07:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 08:05 PM | Show all posts
Semoga Allah melindungi tanah sabah seterusnya malaysia dr pengganas2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:06 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 14-3-2013 10:23 PM
so abe ko SB lah eh?

adakah nama dia start ngan huruf A?

A for Ahmad Albab...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:21 PM | Show all posts
eh ehhh polis ada lagu depa

wow ....i tak tahu pun

polis sedia berkhidmat....

kena ada penyanyi latar yg mantap sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:24 PM | Show all posts

yg ni aku dpt dr forum panggilan pertiwi

Allahu Akbar!! Terima kasih kepada penjelasan muhibbah tuan Hj Muhammad Azam... beliau melihat dari sudut keseluruhan... sy berpandangan, atas keyakinan saya bahawa Tausug tidak akan tergamak menyerang Sabah... apa yg berlaku satu pihak mengumpan mereka ke sana dengan janji, bukan untuk perang... atas beberapa helah dalam kegagalan negosiasi yg mana semua pihak tidak menyadari, maka berlaku pertempuran... bila umpan mengena, yakni Tausug yg masuk itu terperangkap.... maka mereka terpaksa berperang... sedangkan KIRAM terus sahaja bertenggek di atas perlawanan mereka untuk NAIK sebagai SULTAN YG diiktiraf kononnya..

dan hal ini... sangat jelas... ia didalangi oleh Amerika Syarikat... kerana dalam perancangan mereka... TAUSUG yg menjadi umpan itu takkan mahu serah diri kerana USA sangat faham dengan budaya Tausug yg tak akan serah diri... mereka akan susun media mereka di luar sana untuk sentiasa mainkan sentimen sehingga mengundang PBB masuk ke Sabah... dalam beberapa minggu lagi PBB dijadualkan akan masuk.... sekarang tentera USA dah berhimpun di perairan Sulu... beberapa minggu lalu mereka dah bertolak dari USA menuju ke laut sulu..

militia Sulu yg masuk ke Sabah dan terperangkap oleh janji yg mereka tak sedari itu, adalah seperti seekor cacing yg dicucuk badannya pada mata kail dijadikan umpan untuk satu misi KHUSUS.... Cacing pasti mati.... dan yg makan umpannya juga pasti MATI... ini program Khusus dari kesinambungan Pertelagahan Filipina dengan China keatas kedaulatan kepulauan Spratly yg kaya minyak itu..

USA sedang tenat.... Eropah sedang menjunam jatuh dalam perigi buta yg tiada penghujung..... PERANG HARUS DIMULAKAN..... untuk selamatkan tali perut USA dan Eropah.... sekarang perang sedang berlaku di SABAH... di Tawi-Tawi, kumpulan bersenjata MNLF sedang berhimpun beribu jumlahnya... bersedia menerima arahan KETUA MEREKA... mereka ini mendakwa TIADA KAITAN DENGAN KIRAM atau mana mana kesultanan pun.... kecuali arahan dari ketua mereka bahawa perlu masuk menyokong SULTAN SULU... buat masa ini mereka stanby atas nama MNLF... Semoga MNLF ini bertugas menjaga keamanan bukan sebaliknya.

CHINA dah maklumkan.... bila-bila masa China akan menyerang Jepun kerana pencerobohan wilayah... dan ini akan meluaskan peperangan sehingga menjadi DUNIA ke-III.... bersambung dengan perang di kepulauan Sulu yg mana USA sedang menyusun pertahanan di sana... Matlamat hanya satu berebut wilayah KAYA MINYAK... LAUT SULU dan Spratly...

SUMBER : www.facebook.com/tausugglobal/posts/519716451412486


saya ingt lagi dalam bulan jan 2013 saudara asree ni ada update fasebook pasai ada kumpulan org sulu nk masuk lahad datu . tup2 mmg betoi ada kumpulan sulu dtg lahad datu..
hmm




ada info ke sapa2 di forum cari ni ?
ke cuma hoax saja ?

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:25 PM | Show all posts
iskans posted on 15-3-2013 07:40 PM
TERKINI!!!: Lagi Pasukan Keselamatan Kita Cedera?

March 15, 2013 lahad datu

huh.. betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:27 PM | Show all posts
iskans posted on 15-3-2013 07:40 PM
TERKINI!!!: Lagi Pasukan Keselamatan Kita Cedera?

March 15, 2013 lahad datu

Ya allah...jgn lh ada lg yg m'ninggal...selamatkan lh semua wira2 negara..berikan lh meka kekuatan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:30 PM | Show all posts
Queen_Of_Purple posted on 15-3-2013 08:25 PM
huh.. betul ke ni?

Ya, dari Mynewshub.my portal berita Malaysia.

dan bunga_kasih
Ya allah...jgn lh ada lg yg m'ninggal...selamatkan lh semua wira2 negara..berikan lh meka kekuatan...
itu pun memang aku amat berharap, minta tiada lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:32 PM | Show all posts
noreen posted on 15-3-2013 08:24 PM
yg ni aku dpt dr forum panggilan pertiwi

petanda... WW3 akan bermula di Laut Sulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 08:36 PM | Show all posts
shamsadis posted on 15-3-2013 07:15 PM
jenguk2 saja...

ncemnya abe sojar.....
belah kiri tu.... merembesssssnyaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:37 PM | Show all posts
iskans posted on 15-3-2013 08:30 PM
Ya, dari Mynewshub.my portal berita Malaysia.

dan bunga_kasih

...sedihnye aku....... mintak2 takde yang terkorban lagi! aku benci pengganas sulu! geramnya!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:40 PM | Show all posts
noreen posted on 15-3-2013 08:24 PM
yg ni aku dpt dr forum panggilan pertiwi

Btl ke ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:41 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 15-3-2013 02:36 PM

yg imam tu bole tahan jgk ye

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.385295 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list