akarta - Nada optimisme menyeruak dari kalangan SMK. Dengan minat yang begitu besarnya pada Esemka, mobil itu diyakini bisa bersaing di pasar nasional jika dipasarkan nanti.
"Kalau semuanya mendukung pasti kita bisa, dan mengalahkan Jepang itu mudah. Dengan mobil nasional, kehilangan pasar 20 persen saja mereka (produsen Jepang) pasti kelimpungan," ujar mantan Kepala Sekolah SMK 1 Singosari Malang yang merupakan sekolah pelopor mobil Esemka, Bagus Gunawan kepada detikOto.
Bagus yang juga menyaksikan kelahiran Esemka dari tahun 2007-2008 itu menuturkan awalnya SMK sempat meminta produsen Jepang untuk memberi mesin-mesin untuk kegiatan praktik siswa-siswa di SMK.
"Tetapi ketika membeli mobil Toyota, Daihatsu keluaran Jepang kita tidak boleh mesinnya saja, tetapi harus dengan membeli mobilnya juga, dan itu terlalu berat. APBN tidak cukup," ujar Bagus yang kini menjabat direktur politeknik Malang.
Karena itulah akhirnya, Esemka menggunakan mesin sendiri dalam kurun waktu 4 bulan semua SMK sudah jadi membuat, setelah itu dipamerkan di Jakarta di 2009.
"Di situlah mulai banyak berkomentar 'Lho ternyata bisa yah membuat mobil?' Kalau dengan melakukan dengan handmade kita tidak sanggup untuk membuat massal, tapi waktu itu yang penting kita bisa buat, meski dengan tangan konvensional," ujarnya.
Sekarang perlahan demi perlahan pola pembuatan Esemka pun berubah, dari buatan tangan berubah menjadi semi pabrikan.
"Pola sebelumnya membuat dalam jumlah sedikit, pola kedua sudah mulai kearah manufakturing seperti pabrik dengan membuat kendaraan dengan jumlah besar," ujarnya.
28 Mac 2013 CEMAS ... Situasi letupan semasa misi membanteras lanun dipertontonkan kepada orang ramai pada demonstrasi khas sempena LIMA 13 di Jeti World Resort Porto Malai, semalam.
LANGKAWI - Malaysia yang selama ini antara negara paling berbelanja rendah bagi keperluan pertahanan di Asia dijangka terdorong untuk mengukuhkan kemampuan pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera ekoran insiden pencerobohan pengganas Filipina yang masih berlarutan di Lahad Datu, Sabah.
“Saya pasti akan ada peningkatan dari segi perbelanjaan pertahanan terutama apabila aset dan peralatan serta pembangunan ditumpukan di pantai timur Sabah,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, perbelanjaan antara RM9 bilion dan RM11 bilion adalah tidak memadai sehingga banyak program pembangunan Angkatan Tentera terbantut dan aset ketenteraan tidak dapat diservis dengan baik, menjadi rosak dan tidak diganti.
"Keadaan ini menimbulkan kritikan pihak tertentu yang beranggapan pemerintah terlalu tunduk kepada tekanan pembangkang yang mahu belanja pertahanan dipotong," katanya semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA 13) di sini, semalam.
Katanya, oleh kerana kekangan tersebut, kerajaan tidak dapat menyelesaikan beberapa program pembangunan Angkatan Tentera yang dirancang pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sehingga terpaksa diheret ke RMK-11.
“Kita tidak tunduk pada mana-mana pihak tetapi kita menyedari perlu ada keseimbangan dari segi perbelanjaan yang akan beri berlipat ganda dari segi pembangunan, ekonomi dan sosial, maka perbelanjaan pertahanan diseimbangkan dengan keperluan semasa, namun kita sedar beberapa aset dan pembangunan agak terabai selama ini,” katanya.
Menurutnya, kini wujud keperluan memperoleh beberapa pesawat khusus jenis Maritime Patrol Aircraft (MPA), tetapi buat sementara, dua helikopter dan tiga pesawat terbang akan diubah suai untuk melaksanakan tugasan sekarang.
Beliau berkata, apa sahaja perolehan pertahanan oleh kerajaan harus memberi keuntungan kepada negara, sebagai contoh melalui program offset jika aset yang dibeli bernilai RM100 juta, nilai offset yang dipersetujui harus bernilai RM100 juta juga.
“Program offset ini boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu pertama, syarikat pertahanan ini perlu menempatkan pusat pengeluaran mereka di sini atau kedua, mendirikan pusat khidmat selepas jualan mereka atau servis mereka di Malaysia,” katanya.
Bercakap mengenai program Littoral Combat Ship (LCS), iaitu kapal perang generasi baru bakal dibina di limbungan Boustead di Lumut, katanya, reka bentuk kapal itu dibuat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard (BNS).
“Kita juga senarai pendek 300 syarikat vendor untuk menyertai pembinaan kapal ini dan walaupun syarikat BNS merupakan syarikat tempatan, kita beri penekanan kepada offset program bagi membangunkan syarikat tempatan khususnya industri pertahanan laut,” katanya. - Bernama
Ahmad Zahid diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Megahtron Unik Sdn Bhd, Datuk Siti Hamidah Hamat (kiri) dan Lyudmila G Vorobyeva (tiga dari kanan) ketika melawat ruang pameran syarikat aeroangkasa milik Russia di MIEC, Langkawi, semalam. - Foto Hasan Ismail
Langkawi: Kerajaan menetapkan syarikat asing perlu membuka pusat pengeluaran dan khidmat selepas jualan di negara ini, sebagai syarat pembelian aset pertahanan.
Kriteria itu diputuskan dalam usaha menjadikan Malaysia hab pengeluaran industri pertahanan, selain memastikan pemindahan teknologi bagi syarikat tempatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata demikian pada sidang media di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2013 (LIMA’13) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, semalam.
Beliau turut mengumumkan Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang akan dibangun di Tanjung Malim sudah menerima komitmen pelaburan AS$5 bilion (RM15.3 bilion) daripada sebuah syarikat United Kingdom (UK).
Tindakan susulan
“Tindakan susulan diambil syarikat UK ini untuk terus memasarkan MDSTP untuk memindahkan operasinya ke Malaysia untuk menjadi hab pengeluaran dan pasaran selain pemindahan teknologi,” katanya.
Ahmad Zahid juga menegaskan Kementerian Pertahanan mengutamakan program offset dalam perolehan aset pertahanan, yang mana setiap pembelian akan memberi pulangan nilai yang sama.
“Contohnya, jika beli aset bernilai RM100 juta, nilai offset juga mestilah bernilai RM100 juta,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, 13,209 pelawat perdagangan asing akan dibawa melawat Karnival LIMA'13 di pekan Kuah anjuran Kementerian Pelancongan.
Sebentar tadi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan majlis menandatangan perjanjian dan kontrak Kementerian Pertahanan dengan beberapa buah syarikat bernilai RM6.971 bilion.