|
Pameran Udara LIMA 2013-Boeing pamer Super Hornet dan keupayaan pertahanan udara
[Copy link]
|
|
ya test habis habisan.nasib baik depa x test waktu malam |
|
|
|
|
|
|
|
Encik kelana rase aircraft apa yg menang tender nih jika kite tgk drpd pengalaman TUDM mengoperasikan pesawat2 keluaran boeing dan BAe...setakat nih dedua syarikat nih byk gak duk bagi masalah kat TUDM, cam jet hawk tak cukup parts, dan byk kes crashed, pastu boeing lak masalah dgn source code, parts...pastuh kalo tak silap...masa program permodenan TUDM dulu kite order 20 bijik F/A-18D hornet, tapi disbbkan jiran selatan kite membantah, maka hanya 8 bijik jek kite boleh beli...itu pun ada byk sekatan lain, pastuh siap ada khabar angin mengatakan US pernah offer kat TUDM utk kasik balik 8 bijik F/A-18D kite tuh digantikan dgn 20 bijik F-16D...tapi kite takmo.
Bagi sy...sy lagi rekemen beli rafale, sbb kalo kite tgk IAF punye deal mmg cukup lumayan, dan utk masa depan program MMRCA malaysia amatlah cerah, ada kemungkinan kite boleh bina jet sendirik pasnih...drpd kite beli topan yg hanya offer nak bina pusat sebis serantau, bagi free gift 10-20 bijik pesawat sekenhen...silap2 kisah hawk akan berulang kembali.... |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 20-3-2013 03:18 PM
Wsalam jingo...
Yes if they call me back in service, anytime , I will go.. I still can f ...
Thank you tuan...
terbayang laks..tuan yang tengah duduk kat cockpit Rafale tu...gila babas....buat fly past rumah kiram...kasi mangkuk kemeyan yang atas meja tu jatuh..huuu..Pinoy nak kejar pun pakai Bronco depa....hehhe..makan asap.... |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 20-3-2013 01:23 AM
ramai palsu especially nickname NIXAR dengan nickname LUCAH.. mereka yang buat kt adam ...
@AdamBillionaire aku kalau nak balas balik sekelip mata je boleh bagi kau sampai nangis macam aritu. tapi malas sebab makin lama aku buli kau makin kesian...
tolong @admin banned budak gila mental ni sebab guna multinick semata2 nak spam dan nak dapatkan fans banyak. tolong check IP Address sekali. biar padan muka koo. kahkahkah!!
dah la aritu mengaku diri sendiri billionaire. berforum pun 12 jam sehari macam orang takde kerja pemalas, ada hati pulak nak jadi billionaire!! hahaha
Last edited by PeramahYangAmat on 21-3-2013 07:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sukhoi T-50 ini sama dengan F-22 & F-35, ketiga tiga design up to date. Malaysia bila mau beli...? |
|
|
|
|
|
|
|
berharap rafale jadi pemenang berbanding hornet dan topan..kerana topan skang masih guna radar PESA...dalam kes di libya pon..topan masih tercari2 rentak nak bom...berbanding rafale..rafale pesawat hadapan dengan mengebom musuh |
|
|
|
|
|
|
|
3 hari lagi nak start LIMA ni..
tapi dlm paper mcm tak de ape2 cerita pasal LIMA pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah macam tak meriah jer LIMA tahun ni..
Cuti sekolah ni mmg nak ke Langkawi harap-harap best ler |
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 22-3-2013 07:35 AM
3 hari lagi nak start LIMA ni..
tapi dlm paper mcm tak de ape2 cerita pasal LIMA pun..
F1 lagi penting....
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Dilanjutkan Sempena LIMA 2013
LANGKAWI: Masa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) akan dilanjutkan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2013) selama lima hari mulai 26 Mac ini.
Pengurus LTAL Abdul Halim Othaman berkata waktu operasi dilanjutkan dari 6 pagi hingga 12 malam berbanding 7 pagi hingga 11 malam sebelumnya.
Pihak pengurusan LTAL juga bersedia melanjutkan lagi masa operasi bergantung kepada permintaan penganjur LIMA 2013, katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.
Seramai 25,000 hingga 30,000 pelancong dan pengunjung dijangka menggunakan LTAL sepanjang LIMA berlansung manakala beberapa syarikat penerbangan memberi jaminan untuk mengunakan pesawat lebih besar bagi membawa lebih ramai pelancong menyaksikan LIMA 2013, katanya.
Selain syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), beliau berkata Silk Air, Air Asia, Fire Fly dan Berjaya Air juga mengadakan penerbangan setiap hari ke Pulau Langkawi.
Halim berkata pengguna LTAL tahun ini dijangka meningkat kepada 1.7 juta orang berbanding 1.6 juta tahun lepas. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 23-3-2013 09:50 PM
Masa Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Dilanjutkan Sempena LIMA 2013
Nasib baik aku dah bersara, kalu tidak tersengguklah kat office
|
|
|
|
|
|
|
|
tossee posted on 20-3-2013 04:03 PM
Encik kelana rase aircraft apa yg menang tender nih jika kite tgk drpd pengalaman TUDM mengoperasika ...
abe tos gagak itam..source code tu aoa fugsinya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaburator tak serbis kaa, giler banyak asap itam. |
|
|
|
|
|
|
|
tossee posted on 20-3-2013 02:16 PM
The RAF Typhoon display team at this year's LIMA Air Show
15 February 2013 Friday
waaa... lama x nampak abe tossee...
|
|
|
|
|
|
|
|
400 syarikat sertai pameran di Langkawi
2013/03/25 - 06:43:19 AM Hardi Effendi Yaacob |hardi@bharian.com.myCetakEmel Kawan
Petugas sibuk memasang peralatan untuk pameran LIMA 2013.
Langkawi: Lebih 400 syarikat pempamer mengesahkan penyertaan dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi Ke-13 (LIMA ‘13), bermula esok.
Pengarah Urusan HW LIMA, Ahmad Dzuhri A Wahab, berkata perkembangan itu sekali gus menjadikan LIMA ‘13 sebagai edisi terbesar pameran dwi tahunan itu sejak mula dianjurkan pada 1991.
Katanya, lebih membanggakan jumlah penyertaan syarikat tempatan menunjukkan peningkatan mendadak berbanding LIMA ‘12 sekali gus membuktikan perkembangan industri aeroangkasa dan maritim negara.
“Untuk LIMA ‘13, 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan diikuti 207 syarikat antarabangsa yang kebanyakannya pemain utama industri pertahanan dunia.
“Berbanding LIMA ‘12, pameran kali ini menunjukkan peningkatan kira-kira lapan peratus yang mampu menyumbangkan kepada pertumbuhan industri,” katanya.
Beliau sebelum itu mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad meninjau persiapan menjelang LIMA ‘13 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.
Katanya, perkembangan itu jelas membuktikan LIMA ‘13 bukan sekadar pameran, sebaliknya pentas penting dalam mencapai misi menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi, khususnya berasaskan industri aeroangkasa dan maritim, termasuk sektor pertahanan.
“Sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal turut dipamerkan kali ini, masing-masing di MIEC dan Jeti Awana Porto Malai, Langkawi.
Pelbagai jenis pesawat
“Kehadiran pesawat dan kapal pelbagai jenis ini dijangka menjadi daya penarik sepanjang LIMA ‘13 berlangsung bermula 26 hingga 30 Mac ini,” katanya.
LIMA ‘13 dibuka kepada pelawat awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM10 seorang.
“LIMA ‘13 menjanjikan pelbagai keseronokan kepada pengunjung, khususnya segmen persembahan aerobatik yang menarik dan mendebarkan.
“Berbanding LIMA ‘12, empat pasukan aerobatik akan beraksi kali ini, dengan dua daripadanya membabitkan pasukan aerobatik tempatan,” katanya.
Selain The Smokey Bandits dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tim Aerobatik 1 Malaysia Krisakti, turut beraksi The Russian Nights (Russia) dan The Jupiter (Indonesia).
Sementara itu, Ismail berkata, LIMA ‘13 turut menyediakan peluang kepada syarikat tempatan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan pemain utama industri aeroangkasa dan maritim dunia.
“Penganjuran LIMA masih relevan walaupun selepas 23 tahun, khususnya dalam merangka perkembangan industri aeroangkasa dan maritim, termasuk sektor pertahanan kita.
“Sejak 1991, LIMA mengalami pelbagai transformasi, sekali gus menyumbang kepada industri berkaitan di negara ini. Kesan paling nyata peningkatan jumlah syarikat tempatan yang terbabit dalam sektor berkenaan, selain pelbagai program pemindahan teknologi dan kepakaran dari luar negara,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ANGGOTA keselamatan mengawal tempat pameran menjelang pembukaan Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi Ke-13 (LIMA '13) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
Mar 25, 2013 11:12 am
|
|
|
|
|
|
|
| |
|