CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3462|Reply: 15

[Tempatan] JPJ Selangor lepaskan kenderaan sita secara PERCUMA

[Copy link]
Post time 20-3-2013 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Shah Alam: Sebanyak 1,394 kenderaan sita akan dilepaskan JPJ Selangor menerusi Program Pelepasan Kenderaan Sita di Ibu Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa, di sini, mulai jam 9 pagi hingga 4 petang hari ini.


Semua kenderaan berkenaan yang akan dilepaskan, disita JPJ Selangor dari 2010 hingga 28 Februari 2013, membabitkan 995 buah motosikal, 209 buah kereta dan 190 kenderaan jenis lori dan bas.

Semua pemilik kenderaan yang mahu menuntut kenderaan yang disita, diminta hadir ke JPJ Selangor dengan membawa dokumen yang lengkap bagi proses pelepasan kenderaan.


Pengarah JPJ Selangor Datuk Yusoff Ayob, berkata program itu diadakan untuk membantu pemilik berdaftar menuntut kenderaan mereka yang disita JPJ Selangor mengikut peruntukan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Pemilik kenderaan yang disita sebelum Jun 2012 tidak akan dikenakan bayaran seperti kadar pengapitan, pengalihan dan penahan kenderaan.

“Bayaran akan dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang disita selepas Jun 2012, mengikut peruntukan Kaedah Pengangkutan Jalan 2012,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Difahamkan, pemilik kenderaan terbabit juga tidak perlu membayar saman kesalahan yang menyebabkan kenderaan mereka disita.

Yusoff berkata, kadar bayaran dikenakan ialah RM50 sehari bagi motosikal, kereta (RM100 sehari), bas dan lori muatan tidak melebihi 3,000 kilogram (kg) (RM200 sehari) dan kenderaan berat muatan melebihi 3,000 kg dikenakan bayaran RM300 sehari.

Katanya, pemilik kenderaan yang disita dinasihatkan hadir ke JPJ Selangor untuk menuntut kenderaan mereka bagi mengelak dikenakan pembayaran.


“Jika kenderaan berkenaan tidak dituntut, JPJ boleh membuat lelongan awam terhadap kenderaan terbabit, mengikut peruntukan Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 10:54 AM | Show all posts
Semua kenderaan berkenaan yang akan dilepaskan, disita JPJ Selangor dari 2010 hingga 28 Februari 2013, membabitkan 995 buah motosikal, 209 buah kereta dan 190 kenderaan jenis lori dan bas. 


kenderaan kena sita ....keadaan dalam kenderaan kena sita jugak ...

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 10:54 AM | Show all posts
hehehheheheee......hasil tue..lagipun buat semak kawasan je dok paking lelama....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 10:58 AM | Show all posts
kalu dh tersadai smpai 3,4 tahun, cm bangkai kene tsunami, nk wat ape lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:00 AM | Show all posts
batmana posted on 20-3-2013 10:58 AM
kalu dh tersadai smpai 3,4 tahun, cm bangkai kene tsunami, nk wat ape lagi la..

itulah....buduh punya jpj...

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:18 AM | Show all posts
dh takde tempat nk simpan kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2013 11:23 AM | Show all posts
JPJ selangor ajer? JPJ lain tamo ikut jejak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:27 AM | Show all posts
Yusoff berkata, kadar bayaran dikenakan ialah RM50 sehari bagi motosikal, kereta (RM100 sehari), bas dan lori muatan tidak melebihi 3,000 kilogram (kg) (RM200 sehari) dan kenderaan berat muatan melebihi 3,000 kg dikenakan bayaran RM300 sehari.


layannnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 12:10 PM | Show all posts
now this is a good news, right?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 12:50 PM | Show all posts
storage problem
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 01:48 PM | Show all posts
kasik lupus kat kedai besi buruk atau jual kat kedai keta potong terus.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:44 PM | Show all posts
keta curik agaknye sume tue..tu yg di lantak kan kat situ,,
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:47 PM | Show all posts
biasa yg disita nih koman2 diperam 4-5 tahun atau lebih... camna kondisi 4-5 tahun diperam kat stor JPJ tuh... ular dah bercucu dah dalam keta tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 11:13 PM | Show all posts
JPJ Melaka lepaskan 270 kenderaan sita

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka melepaskan 270 kenderaan sita menerusi Program Pelepasan Kenderaan Sita yang berlangsung di sini hari ini.

Pengarahnya Mohd Fadhil Hassan berkata jumlah itu melibatkan 208 motosikal, 48 kereta, lapan lori dan enam van.


"Program pelepasan ini bermula pada 9 pagi tadi hingga 4 petang ini dan pemilik-pemilik kenderaan diberi notis bagi menuntut kenderaan mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya JPJ Melaka akan mengeluarkan dua notis kepada pemilik yang gagal menuntut kenderaan mereka hari ini.


Notis pertama akan memperuntukkan tempoh tiga bulan kepada pemilik untuk menuntut kenderaan mereka dan disusuli notis kedua selama 14 hari jika mereka masih gagal berbuat demikian, katanya.


Menurut Mohd Fadhil, jika pemilik masih gagal tampil menuntut kenderaan selepas notis kedua, pihaknya akan memohon pelucutan hak daripada mahkamah sebelum kenderaan terbabit dilelong.

Katanya program pelepasan itu dilaksana serentak oleh JPJ di seluruh negara hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:44 AM | Show all posts
harus dah berlumut bagai da tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:13 PM | Show all posts
Kalau aku jadi gomen, aku buat peraturan. Sekali kena sita, nak amik balik kena bayar. Kalau tak amik dalam masa sebulan, jual besi buruk terus ataupun lelong jah. Ada gak pendapatan gomen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.352076 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list