CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5608|Reply: 17

Hasrat Mohd Noor Fikrie Bom Bunuh Diri Di Filipina Tak Tercapai.

[Copy link]
Post time 20-3-2013 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Wife of Malaysian suspected bomber denies aiding her husband
Anabelle Nieva Lee, the wife of the suspected bomber Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar, listens and denies that she did not know that she was carrying a bomb inside her black backpack for him during the incident on December 14, 2012.


  • ID:1886772
      


01/04
Caption
Anabelle Nieva Lee wife of the Suspected JI bomber Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar is seen inside a court room in a Justice hall in Davao city.



  • ID:1886768
      


02/04
Caption
Anabelle Nieva Lee wife of the Suspected JI bomber Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar is seen inside a court room in a Justice hall in Davao city. She was flanked by a security guard throughout (R).



  • ID:1886765
      


03/04
Caption
Anabelle Nieva Lee wife of the Suspected JI bomber Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar is seen inside a court room in a Justice hall in Davao city.



  • ID:1886774
      


04/04
Caption
Anabelle Nieva Lee (R) wife of the Suspected JI bomber Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar is escorted by a member of SWAT as she enter the court room in a Justice hall in Davao city.





Anabelle Nieva Lee, the wife of the suspected bomber Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar, listens and denies that she did not know that she was carrying a bomb inside her black backpack for him during the incident on December 14, 2012.


according to local reports on Friday evening, December 14, 2012, a suspected Malaysian member of Jemaah Islamiyah was shot dead by local police forces after he was allegedly attempting to plant and detonate an improvised explosive device in the city. Suspected JI bomber killed in Davao identified as Mohd Noor Fikrie Bin Abd Kahar who carry the detonator along with his Filipina wife, Anabelle Nieva Lee who carries a black backpack with an improvised explosive device or IED.


SUBMITTED BY
Eli Ritchie TongoGeneral santos city, Philippines, Asia
+ More stories from Eli Ritchie Tongo






Last edited by abgsedapmalam on 20-3-2013 04:03 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2013 04:03 PM | Show all posts
Suspek Pengganas Warga Malaysia,Mohd Noor Fikrie Dilatih Menerusi Facebook
Posted by Admin ABK on 10:16 AM







Sasaran sebenar suspek masih menjadi misteri.




KUALA LUMPUR: Mohd Noor Fikrie Abd Kahar merupakan seorang lagi anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang dilatih menerusi laman sosial Facebook.

Anak kepada pesara polis itu merupakan contoh klasik salah seorang individu yang menyertai kumpulan militan menerusi laman sosial dan terbunuh dalam misi keganasan yang gagal dilaksanakannya.

Sasaran utamanya masih kekal misteri tetapi polis Filipina berkata, bahan letupan itu boleh disasarkan ke pusat membeli-belah, hotel atau gereja.

Timbul spekulasi bahawa tindakan Mohd Noor Fikrie itu merupakan upacara inisiasinya sebagai pejuang JI.

Walaupun masih lagi baru, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi JI dan rakan senegara Zulkifli Abdul Hir yang turut dikenali sebagai Marwan.

Marwan dipercaya berjaya melarikan diri daripada serangan anggota keselamatan Filipina pada 2 Februari lalu yang mengorbankan pemimpin Abu Sayyaf, Umbra Jumdail Gumbahali yang turut dikenali sebagai Dr Abu.

Mohd Noor Fikrie yang merupakan anak kelahiran Kedah, 26, sering berhubung dengan Marwan dan Abu Sayyaf menerusi laman media sosial dan menggunakan seorang rakannya di Sabah untuk berlepas dari Sandakan ke bandar Zamboanga di selatan Filipina.

Menurut sumber perisikan, Mohd Noor Fikrie bersama Marwan dan kumpulan Abu Sayyaf ketika serangan yang dilancarkan pasukan tentera dan polis Filipina beberapa bulan lalu.

"JI dan Abu Sayyaf beroperasi bersama-sama di kawasan Sulu tetapi JI bergerak ke Mindanao apabila pihak berkuasa Filipina yang turut dibantu Amerika Syarikat dan Australia untuk memburu mereka," kata sumber itu.

Selepas satu serangan terbaru dalam usaha memburu kumpulan terbabit, Mohd Noor Fikrie antara salah seorang yang berjaya melarikan diri.

"Namun dalam keadaan tergesa-gesa, dia tertinggal kad pengenalannya," kata sumber itu lagi.

Oleh itu, pasukan keselamatan Filipina sentiasa memburunya sehingga dia muncul di Davao pada malam Jumaat bersama isterinya, Annabelle Nieva Lee yang membawa beg sandang berisi sebutir bom untuk melakukan serangan.


Menurut Ketua Polis Davao, Superintendan Kanan Ronaldo Dela Rosa memberitahu, kehadiran suami isteri itu di Hotel Sampaguita, Davao berjaya dijejaki oleh polis Filipina yang menugaskan sepasukan anggota pasukan gerak khas dan taktikal (SWAT) mengepung hotel itu pada pukul 7 malam.

Mohd. Noor dan Anabelle yang membawa beg sandang, dilihat keluar dari bilik hotel mereka pada pukul 10.30 malam dan menuju ke lobi hotel.

Pada waktu itu, Dela Rosa bersama anggotanya telah meminta mereka untuk menyerah diri namun Mohd. Noor bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan mengugut untuk meletupkan bom menggunakan peralatan itu jika dia ditembak.

Tindakannya itu menyebabkan keadaan di lobi hotel itu menjadi kelam-kabut sehingga mendorong polis membiarkan pasangan tersebut lari keluar dari bangunan demi keselamatan orang awam.

Mohd. Noor yang membawa beg sandang berisi bom cuba melarikan diri ke arah sebuah taman awam sebelum dia ditembak oleh penembak tepat yang sedia menunggu di kawasan tersebut.

Dela Rosa berkata, polis turut menemui bahan letupan yang diperbuat daripada kepala mortar bersaiz 60 milimeter, telefon bimbit dan peralatan lain untuk membuat bom.

Mohd. Noor dipercayai merancang untuk meletupkan sebuah hotel di Davao tetapi setakat ini belum dapat dipastikan sama ada bangunan itu ialah Hotel Sampaguita.


Mohd Noor Fikrie menamatkan zaman persekolahan dan bekerja di Melaka di mana bapanya merupakan seorang sarjan di ibu pejabat pusat latihan polis kontinjen sebelum bersara pada 2002 dan kembali ke kampung halaman mereka di Benut, Pontian, Johor.

Suspek berkahwin dengan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Nuzul dan menetap di Kampung Bahagia, Klebang, Melaka sebelum bercerai pada tahun lalu.

Dia kemudiannya berlepas ke Mindanao dan berkahwin dengan Lee, seorang mualaf dari Sorsogon.

Difahamkan beberapa tahun lalu, dia menyertai JI dan sering berhubung dengan kumpulan tersebut menerusi media sosial.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 04:06 PM | Show all posts
Gambar Dan Mesej Terakhir Noor Fikrie Suspek Jemaah Islamiyah Sebelum Ditembak Mati




Mohd Noor Fikrie Abd Kahar dikatakan telah menulis satu siri pesanan yang menyeramkan mengenai kematian dalam satu forum atas talian sehari sebelum dia ditembak mati kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengganas di Filipina.
Suspek yang berusia 26 tahun itu didakwa menjadi ahli dalam forum atas talian tempatan dan menulis dengan menggunakan nama, ‘goddjinn’ menurut laporan akhbar harian tempatan berbahasa Melayu.
Menurut maklumat yang dipetik daripada portal web tempatan, CariGold.com yang menjadi hos kepada forum Perbincangan Agama, pengguna goddjinn telah menghantar 11 mesej pada 26 April, yang berkisar mengenai perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
“Mati itu sahabat. Dia mengikutimu walau terkadang kamu melupakannya. Berkenalanlah dengannya sebelum ia menemui mu.
Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan. Mati bagi merehatkan seorang syuhada yang penat bertempur fisabillah,” menurut posting berkenaan.
Mohd Fikrie telah berlepas dari Malaysia di Sandakan keesokan harianya, dan tinggal di selatan Zamboanga City sebelum bergerak ke Cotabota City di Mindanao dan kemudia ke Davao.
Dalam mesejnya terdahulu pad 26 April, goddjinn telah mengeluh kerana kurangnya peluang untuk mati syahid ketika menentang musuh-mush Islam, dia menulis:
“Kasihan orang Melayu yang tiada peluang untuk mati syahid.”
Hampir semua entri yang dimuat naik suspek berkahir dengan mesej yang sama:
“Dengan nama Allah, Tuhan yang satu, saya menyokong tindakan dan pergerakan Global Jihad bagi menentang pengganas agama dan sekutu kaum kafir, tidak kira apa jua harga mahupun pengorbanan, sehinggalah kemenangan atau mati syahid!.”
Tajuk entri tersebut ialah, ‘The Crusades are back’ , mengandungi tiga klip video YouTube yang menampilkan Osama bin Laden dan perang Amerika Syarikat di Afghanistan.
Walaupun rakan-rakan atas talian goddjinn tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan identiti tersebut, mesej-mesej itu cukup mengganggu mereka untuk kembali menulis dan bertanya khabar sama ada suspek berada dalam keadaan baik.
“Mengapa anda tiba-tiba fikir mati ini menakutkan,” tanya salah seorang rakan atas taliannya yang turut menulis di forum itu.
Bagaimanapun mesej terakhir goddjinn pada 26 April lalu adalah yang terakhir dan selepas itu dia tidak lagi aktif dalam forum berkenaan.
Sejak menjadi ahli dalam forum berkenaan goddjinn telah menghantar sejumlah 2,438 mesej.
Pada awalnya, kebanyakan daripada entri dia tertumpu kepada perniagaan dalam talian, selepas itu barulah goddjinn mula memfokuskan kepada isu agama dan matI syahid bermula awal tahun ini.

..


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:23 PM | Show all posts
aku confius dia ni jahat ke baik sbenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:24 PM | Show all posts
sedih mati dgn cara cmni.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:27 PM | Show all posts
hanya allah saja yg tau dia ni mati syahid atau tidak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2013 04:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:18 PM | Show all posts
tajam mata bini die..mesti cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 06:18 PM | Show all posts
Macam usaha yang sia2 je
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 06:30 PM | Show all posts
skrg ada peluang orang Melayu mati syahid.. di Sabah sana..

siapa yg ajar memerangi tanpa diperangi...?

ramai yg tersimpang dalam hal ni... bagaimana mendakwah dgn cara keganasan?

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:36 PM | Show all posts
renungan mata bini dia agak creepy...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 10:05 PM | Show all posts
duri_durians posted on 20-3-2013 06:30 PM
skrg ada peluang orang Melayu mati syahid.. di Sabah sana..

siapa yg ajar memerangi tanpa dipera ...

betul tu  terbunuh melawan islam sesat adalah mati syahid.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:52 PM | Show all posts
mati macam sia2...ja
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:40 PM | Show all posts
Sayang...muda2 dh janda.
Meh kt abg meh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:53 PM | Show all posts
CintaPink posted on 20-3-2013 04:23 PM
aku confius dia ni jahat ke baik sbenarnya

Pengganas nak bunuh org awam
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 05:05 PM | Show all posts
tengok tajuk ingat x mati tp jugak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 05:22 PM | Show all posts
abgsedapmalam posted on 20-3-2013 04:03 PM
Suspek Pengganas Warga Malaysia,Mohd Noor Fikrie Dilatih Menerusi Facebook
Posted by Admin ABK on 1 ...

huhuhu

takut aku geng2 bomb
if la meletop
xpasal2 org awam akan mati beramai2



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.271126 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list