Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
108818
View
5
Reply

Apakah Sebab Anda Sakit Ketika Membuang Air Kencing?

[Copy link]

Author: babyridz       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-3-2013 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Rasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.

Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.

Jangkitan Saluran Air Kencing

Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.

Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia coli memasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.

Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:

  • kerap membuang air kecil
  • sakit semasa kencing
  • mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
  • tekanan perut
  • keletihan
  • demam


Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari.

Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.

Batu Karang

Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.

Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:

  • pembesaran prostat
  • pundi neurogenic
  • kawasan lemah di dalam pundi kencing
  • radang pundi kencing
  • batu karang
  • dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter


Gejala berlakunya batu karang ialah:

  • sakit di bahagian bawah perut
  • sakit semasa kencing
  • kerap kencing
  • kesukaran membuang air kecil
  • kebocoran air kencing
  • darah dalam air kencing


Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.

Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan  melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan.

Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling  biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman web Medline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dikalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.

Di kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:21 PM | Show all posts
tq for your info..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:36 PM | Show all posts
urt ? urine tract infection?

sms kencing, ada rasa panas dan sakit? dan kamu ada demam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kencing kotor..leps kencing sakit dah dua mnggu mc nie..skrng kepla skit loyer2 bdn bise2..skit apa kah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 08:47 PM | Show all posts
hazwanhanif90 replied at 20-8-2015 03:28 AM
Kencing kotor..leps kencing sakit dah dua mnggu mc nie..skrng kepla skit loyer2 bdn bise2..skit apa  ...

Jumpa doc lah. Perhaps uti or bladder infection, klu lambat boleh kena kidney infection
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 08:49 PM | Show all posts
Minum cranberry juice daily boleh tolong dlm cegah uti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051966s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list