CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4879|Reply: 18

Cerpen : Untuk Lima Minit [U]

[Copy link]
Post time 22-3-2013 07:28 PM | Show all posts |Read mode
UNTUK LIMA MINIT

  Seorang gadis yang sedang menekur tanah mencuri perhatianku. Aku meletakkan tumbler di sisi. Terus aku melompat turun dari tembok yang memisahkan taman permainan dan medan selera. Mengatur langkah rapi mendekatinya.

  “Hai!” ujarku ceria.

  Wajahnya diangkat. Aku tersentak. Pipinya sudah dinodai air mata. Bibirnya pucat tanpa senyuman.

  Pandangan yang dihulurkan membuatkan aku tidak tentu arah. Gadis itu seolah-olah sedang bersedih dan tidak mahu diganggu namun aku tidak mampu mengalihkan tubuhku dan pergi meninggalkan dia. Bagaikan ada magnet yangmembuatkan aku terus berada di sini. Melihat dia terus menangis.

  “Menangis tidak mampu menyelesaikan masalah.” Kata-kata itu terus terpacul di bibirku tanpa dapat aku tahan.

  “Ketawa pun tak dapat nak selesaikan masalah,” tuturnya mendatar.

  Gemersik suara itu menampar gegendang telingaku.

  Melihat seraut wajah itu, aku yakin dia masih muda. Hanya kata-katanya yang membuatkan dia seolah-olah sudah lama berpijak di atas muka bumi ini. Seolah-olah sudah banyak halangan yang dilalui.

  Lambat-lambat aku menggeleng. Menggariskan senyuman pahit sebelum melabuhkan punggung di sisinya. Pandanganku diluruskan. Jari-jemariku menggenggam hujung bangku. Dan aku memandang gadis itu yang membisu. Ada rasa yang bertamu di hati. Rasa yang bahagia. Rasa yang baru pertama kali bertandang di hati. Aku menghela nafas panjang.

  “Tuhan tak adil. Kenapa saya yang diuji?” gumamnya perlahan.

  “Allah tu Maha Adil. Dia takkan uji cik kalau cik tak kuat dan cik kena tahu yang Allah sayangkan cik. Tak ada manusia yang tak diuji, cik.”


  Dia senyum sinis.

  “Saya tak boleh hadapi semua ni.”

  “Akal dan hati kita berbeza. Hati cakap, tak boleh hadapi semua ni tapi akal akan cakap, boleh hadapi semua ni,” terangku telus.

  Akal dan hati bukannya kawan. Malah lawan. Jangan terlalu ikutkan kata hati. Kelak, diri sendiri yang merana. Membuat sesuatu keputusan selepas berfikir. Bukannya selepas mengikut kata hati kita.

  Langit sudah mendung. Sebentar lagi, langit akan menangis. Aku harus pulang. Jika tidak, ibu akan bising tapi… berat hati ini untuk meninggalkan dia.

  Gila agaknya aku ni. Menegur gadis ini seolah-olah mengenalinya.

  “Kenapa dengan cik?” soalku pelik.

  “Diuji oleh Allah,” balasnya sebelum bangun dan berjalan meninggalkan aku.

  “Cik, esok kita jumpa lagi kat sini. Pukul 6 petang,” laungku saat dia hampir hilang dari pandanganku.

*****

  Lengan kemejaku dilipat hingga ke siku. Aku mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari pantry. Hazmi mengangkat tangannya saat pandangan kami bertembung. Bibirku mengoyak senyuman nipis. Dia menghulurkan backpack milikku yang berisi laptop.

  “Sorry susahkan kau.”

   “No prob. Kau nak balik dah?”

  Aku angguk lima saat.

  Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Sorhana pasti sudah menungguku. Seringkali aku lambat tiba dan hari ini, aku lambat lagi. Terbayang wajahnya yang kelat.

  Nur Sorhana. Pertemuan aku dan dia lapan tahun yang lalu membawa ke pertemuan yang seterusnya. Sungguh aku senang dengannya. Dia memahamiku. Ada di saat aku perlukan seseorang untuk meluahkan rasa di hati. Menghiburkan aku dengan kata-katanya yang lucu. Mengenalinya sebagai seorang gadis dulu dan kini, aku mengenalinya sebagai seorang wanita.

  “Nak jumpa si pengarang jantung eh?” tebak dia nakal.

  “Lagi mau tanya. Mestilah jumpa dia. Takkan nak jumpa nenek dia pulak.”

  Bahuku ditolak. Bibirnya dicebik.

  “Buat lawak bodoh pulak. Okeylah. Aku nak solat dulu. Kau dah solat kan?”

  “Dah solat dah,” balasku sambil menjulingkan mata.

  Hazmi mengangguk. Tihani yang berpapasan denganku menghadiahkan senyuman dan menunduk sedikit tanda hormat. Aku membalas senyumannya sebelum mataku kembali jatuh pada wajah Hazmi.

  Dia sedang sibuk melipat lengan kemejanya. Tali leher dirungkaikan. Serius benar.

  “Drive elok-elok. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

  “Wa’alaikumsalam.”

  Dahiku ditepuk. Dah lambat dah! Haissyh. Si Hazmi ni pun satu. Time ni lah nak ajak bersembang. Ngee…

  Saat aku sudah melangkah masuk ke dalam Noodle Station, dia melakar senyuman manis. Mengalihkan handbag dari tempat duduk dan menolak kerusi itu ke belakang sedikit sebagai tanda menyuruh aku melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

  Aku menongkat dagu. Merenungnya.

  Dia tersenyum. Senyum bagaikan kawannya. Kali pertama aku lihat dia menangis adalah lapan tahun yang lalu. Dan saat itu juga bagaikan kali terakhir dia menangis di hadapanku.

  “Lambat sampai!”

  “Hazmi punya pasal. Dia sembang pulak dengan abang,” tuturku selamba.

  Wajahnya ditarik. Gelas miliknya aku tarik dekat denganku lalu aku menyisip air milo yang langsung tidak disentuh. Sorhana menggeleng. Dia tahu, aku akan mengambil air miliknya. Kerana itulah langsung tidak disentuh milo ais yang dipesan. Lapan tahun sudah cukup untuk dia kenal dengan diriku.

  Dahinya berkerut. Dadanya ditumbuk bertubi-tubi. Kelopak matanya tertutup rapat. Aku hanya memerhati tanpa kata.

  Sesaat kemudian, Nur Sorhana sudah mengalami sesak nafas. Sejujurnya, aku tidak mengerti apa yang terjadi tika ini. Ini kali pertama aku melihatnya sebegini. Bibirnya sudah pucat. Fikiranku terlalu buntu.

  Perlahan-lahan dia bangun. “Ana nak pergi ladies kejap.”

  Aku angguk. Kerusi ditolak. Dia menghayun langkah lemah. Aku bingkas bangun. Setapak demi setapak dan tanpa aku sangka, Nur Sorhana tumbang. Insan yang lalu-lalang mendekati dirinya. Jantungku berdetak laju. Terus aku mendekatinya. Melutut. Pipinya aku tepuk berkali-kali namun matanya tetap tertutup.

  “Ana, bangun.”

  Peluh mula merenik di dahi. Tubuh itu aku cempung.

  Mengapa seorang Nur Sorhana pengsan?


*****


  Bahuku melurut jatuh. Aku menyandarkan tubuh pada dinding ruang menunggu. Langsung tidak hiraukan insan yang lalu-lalang. Ibu Sorhana baru saja aku hubungi. Dalam perjalanan ke sini agaknya bersama abang Sorhana.

  Aku tidak tahu apa yang terjadi tapi… doktor-doktor di sini seolah-olah sudah lama mengenalinya.

  Bahuku disapa. Aku mengangkat wajahku. Terbias wajah ibu dan abang Sorhana di kornea mataku. Wajah yang penuh kesedihan.

  “Mana Ana?” soal ibu Sorhana perlahan.

  “Masih ada kat dalam,” tuturku lemah.

  Dia menarik nafas sebelum melabuhkan punggung di sisiku. Abang Sorhana juga. Malam semakin pekat. Doktor juga masih belum keluar. Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tiba-tiba saja dia tidak sedarkan diri.

  “Kenapa dengan Ana?”

  Ibu Sorhana mengetap bibir. Memandangku sekilas sebelum meluruskan pandangan. Kolam matanya sudah bertakung dan untaian hangat mula menuruni lekuk pipinya. Terhinggu-hinggut dia menahan esakan.

  Soalanku cukup mudah namun begitu senangnya ibu Sorhana mengalirkan air mata. Yang aku perlukan tika ini hanya jawapan.

  “Mak cik nak pergi tandas,” ujar ibu Sorhana sebelum melangkah pergi.

  Kini, pandanganku beralih pada wajah abang Sorhana, Waiz.

  “Kenapa dengan Ana?”

  Dia senyum pahit.

  “Hypertrophic Cardiomyopathy”

  Aku bungkam. Mustahil! Selama ini, aku tidak pernah lihat Sorhana pengsan atau rasa sakit di dada. Hanya kali ini saja. Sorhana sihat! Tolonglah. Tolong beritahu aku semua ini hanya mimpi. Dia tidak akan mampu menanggung semua ini.

  Hipertropik Kardiomiopati – Penebalan otot jantung disebabkan oleh kegiatan sukan yang berterusan atau masalah kelainan genetik ; risiko masalah rentak jantung ventrikular. Ini berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu kegiatan lebih daripada biasa seperti tenaga yang dikerah ketika perlawanan. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik daripada kecil. Dan Nur Sorhana bukan seorang yang aktif dalam bidang sukan.

  Hingga saat ini, masih tiada ubat yang mampu merawat penyakit ini.

  “Ayah kami pun meninggal sebab penyakit tu,” ujarnya lagi.

  “Dia takkan mampu bertahan lama.”  

  Darahku berderau.

  “Pembedahan?”  

  Lelaki bertubuh tinggi lampai itu menggeleng.

  “Dah terlambat, H. She’s dying.”

  “Dia takkan mati tanpa izin Yang Esa!”

  “Aku tahu tapi setiap saat akan mendekatinya dengan kematian.”

  “Aku nak kahwin dengan dia, boleh?”

  Perlahan-lahan aku mendekati Nur Sorhana yang sedang baring. Menghadiahkan segaris senyuman nipis.

  Aku meletakkan jambangan bunga ros di atas katilnya. Dia merenungku tanpa kata. Setiap renungannya membuatkan hatiku terluka. Mengapa baru sekarang aku mengetahui keadaannya? Mengetahui betapa deritanya dia.

  Ingin sekali aku merangkul erat tubuhnya, membisikkan kata-kata semangat namun aku tahu semua itu terlalu mustahil. She’s not my wife.

  “Ana sihat?”

  “Tak ada hari yang Ana tak sihat, bang.”

  Bibirku mengoyak senyuman kelat.

  “Ana nangis masa kita jumpa dulu tu sebab penyakit Ana?”

  “Masa tu, Ana tak kuat. Sekarang, Ana dah kuat. Ana tak salahkan DIA. Ana bahagia dengan hidup Ana. Ana bahagia boleh jumpa abang. Ana ingatkan boleh rahsiakan semua ni sampai Ana mati tapi abang dah tahu.

  Hajat Ana tak kesampaian rupanya.”

  “Na, kita kahwin?”
*****

   Kepalanya disandarkan pada tubuhku. Dadanya ditumbuk berkali-kali meskipun sudah banyak kali aku melarang dia berbuat sedemikian. Saat ini, aku hanya mampu berdoa agar seorang insan bernama Nur Sorhana panjang usia. Tapi aku sudah bahagia kerana dia sudah menjadi isteriku. Andainya sudah tiba waktu untuk dia melangkah pergi, aku redha.

  Sekuntum mawar merah dibawa ke hidungnya. Setiap hari, aku akan membeli sekuntum bunga mawar untuknya dan sudah banyak mawar merah yang layu masuk ke dalam tong sampah.

  “Ana teringin nak ada rumah yang sekeliling dia ada banyak bunga ros. Mesti cantik!”

  Aku senyum. Rambutnya aku elus lembut. Dahinya aku kucup lembut.

  Rasa kasih sayang ini takkan pernah hilang. Rasa cinta ini takkan boleh diragui. Hanya sebaris namanya yang terpahat di hatiku.

  Jari-jemari kami bersulam.

  “Abang akan bina rumah yang ada banyak bunga ros tapi…”

  “Tapi apa?”

  “Sayang kena bertahan.”

  Laju saja dia mengangguk.

  Mengakhiri hubungan ini dengan perkahwinan adalah yang terbaik. Tidak guna aku mencintai dia seandainya dia bukan milikku. Tidak guna aku ada di sisinya jika dia bukan isteriku. Lagipun, aku sudah berusia 32 tahun. Isteriku pula sudah mencecah 26 tahun. Moga masih ada masa untuk kami bersama.

  Aku harus menghubungi Hazmi sebentar lagi. Dia boleh membantuku. Membina rumah dengan sekelilingnya dipenuhi bunga ros.

  “Ana tak sabar nak tengok rumah tu,” tuturnya bahagia.

  “Ana kena bertahan. Pasti Ana boleh tengok rumah tu.”

*****

  Hazmi dan aku saling berpandangan. Rumah batu setingkat ini sudah hampir siap. Pokok-pokok mawar sudah lama ditanam. Sejak beberapa bulan yang lalu, aku berulang-alik dari Kedah ke Cameron Highland. Aku akui sangat penat namun aku sanggup berkorban demi Nur Sorhana. Tidak mahu menghampakan dia.

  Aku melabuhkan punggung di atas kerusi plastik berwarna putih. Para pekerja masih giat menyiapkan segala-galanya. Aku mahu semuanya sempurna. Aku mahu melihat seorang Nur Sorhana tersenyum.

  “Muhammad Zuhdi, kau dah banyak berkorban demi dia.”

  “She’s my wife.” Laju saja aku menuturkan kata.

  Hazmi tersenyum dan mengangguk.

  “I know. Gara-gara Nur Sorhana, seorang senior accountant sanggup ambil cuti tanpa gaji. Gara-gara Nur Sorhana, seorang senior accountant sanggup berulang-alik dari Kedah ke Cameron Highland.”

  Isteri lebih penting berbanding kerjayaku. Isteri lebih penting berbanding pengorbananku.

  Tubuhku aku peluk erat. Sehelai rambut yang terjuntai di dahi aku biarkan. Sungguh aku berasa tenang tika ini.

  Tepukan pada bahuku melenyapkan kenangan minggu lalu. Nur Sorhana melabuhkan punggung di atas ribaku. Merebahkan kepalanya pada dadaku. Aku tersenyum. Dia memang manja. Aku tidak pasti apa yang akan terjadi sekiranya dia pergi dari hidupku.

  “Abang, jom pergi taman.”  

  “Esoklah kita pergi. Dah malam ni.”

  Dia menarik muncung. Akhirnya, aku mengangguk jua.

  Taman ini merupakan tempat di mana aku dan Sorhana bertemu buat pertama kali. Dia memang suka datang ke sini. Bercerita tentang masa lalu dengan gembiranya. Bercerita tentang zaman kanak-kanaknya dan aku menjadi pendengar yang setia. Menyampuk apabila perlu. Ketawa apabila lucu. Menangis apabila sedih.

  Bangku yang masih berdiri utuh itu menjadi tempat aku dan isteriku melabuhkan punggung. Kepalanya dilentokkan pada bahuku seperti biasa.

  “Rumah kita dekat Cameron dah nak siap.”

  Dia senyum. Jari-jemarinya diletakkan di atas ribaku.

  “Mesti cantik.”

  “Mestilah!” ujarku kuat.

  “Abang, Ana sayang abang.”

  “Sayang Ana jugak.”

  Angin malam menyapa dua lekuk pipiku. Tubuhku menggigil kesejukan.

  “Ana nak tidur untuk lima minit ya.”

  “Tidurlah,” bisikku perlahan.

  Kelopak matanya tertutup rapat. Segaris senyuman terlorek di bibirnya sebelum senyuman itu mati. Aku hanya menggeleng. Ada-ada saja Nur Sorhana ini. Di sini pun dia tetap boleh melelapkan mata. Ingatkan datang sini nak berbual.

  Selepas lima minit, aku menggoncang bahunya. “Sayang, bangun.”

  Dia diam.

  “Sayang, bangun. Dah lima minit dah ni.”

  Dia tetap diam. Jantungku berdetak laju. Terketar-ketar jemariku menyapa nadinya. Aku tersenyum meskipun titisan air mata semakin galak tumpah.

  “Sayang cakap nak tidur untuk lima minit saja. Sayang tipu abang!”

*****

  Jendela yang terbuka sedari tadi aku tutup. Sekuntum bunga mawar merah yang aku pegang aku letakkan di atas meja lampu. Rumah ini sudah siap dibina dengan pokok bunga mawar mengelilingnya tapi… insan yang ingin melihat rumah ini sudah tiada.

  Tapi aku bahagia dengan semua ini. Sekurang-kurangnya, aku masih ada waktu untuk bersama dengannya.

  Potretnya di dinding kamar tidur aku tenung sebelum tersenyum.

   “Ana nak tidur untuk lima minit ya.”

  Itu kata-kata terakhir yang menampar gegendang telingaku. Tabahlah wahai hati.

  Nur Sorhana, moga bahagia di sana. Abang relakan pemergian sayang. Doa abang mengiringi pemergian sayang. Kisah cinta kita di dunia ini berakhir di sini. Moga kita dipertemukan di syurga Yang Esa.



Segala kesilapan dalam cerita ni harap dimaafkan. Dan cerita ni memang sangatlah pendek. Saja gedik tulis sebab stress.... dan maaf atas kelompatan plot yang ketara. Cerpen ni 5 m/s ja. ahaks. Honestly, cerita ni tertulis apabila menonton a millionaire's first love. See ya.







Last edited by Julieanne on 22-3-2013 07:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 11:30 AM | Show all posts
ada terbaca kat penulisan2u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 01:48 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 25-3-2013 11:30 AM
ada terbaca kat penulisan2u

heeee. letak kat sana jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 07:53 PM | Show all posts
Sedihhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 02:30 PM | Show all posts
indah91 posted on 25-3-2013 07:53 PM
Sedihhhhhhhhh

meh hanna bagi tisu. hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 04:01 PM | Show all posts
walaupun cerita pendek, tapi terkesan kat hati.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2013 06:59 PM | Show all posts
uncun posted on 29-3-2013 04:01 PM
walaupun cerita pendek, tapi terkesan kat hati.....

cerita ni memang pendek. hikss.. terima kasih sejuta kali sebab baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 11:54 AM | Show all posts
Julieanne posted on 29-3-2013 06:59 PM
cerita ni memang pendek. hikss.. terima kasih sejuta kali sebab baca

heheh.. tak la smpai sejuta kali baca... tapi puluh-puluh kali baca pun tetap terkesan kat hati...kalu juta-juta kali mau meraung kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2013 02:43 PM | Show all posts
uncun posted on 30-3-2013 11:54 AM
heheh.. tak la smpai sejuta kali baca... tapi puluh-puluh kali baca pun tetap terkesan kat hati... ...

hikssss.. mahu pengsan kalau baca sejuta kali. Hanna yang tulis ni pun baca sekali sebab nak cek balik. Kisah ni hanna tulis bila tengok a millionaire's first love
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 08:02 PM | Show all posts
Julieanne posted on 30-3-2013 02:43 PM
hikssss.. mahu pengsan kalau baca sejuta kali. Hanna yang tulis ni pun baca sekali sebab nak cek b ...

heheh... best cite ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 07:26 PM | Show all posts
uncun posted on 30-3-2013 08:02 PM
heheh... best cite ni...

hohoho. Tengkayu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 08:23 PM | Show all posts
fuyooo...teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 02:23 PM | Show all posts
Julieanne posted on 31-3-2013 07:26 PM
hohoho. Tengkayu

welcome... yepp.. teruskan berkarya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 08:01 PM | Show all posts
FNA_AZHANI posted on 31-3-2013 08:23 PM
fuyooo...teruskan berkarya

insya-Allah akan terus berkarya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 08:01 PM | Show all posts
uncun posted on 1-4-2013 02:23 PM
welcome...  yepp.. teruskan berkarya...

insya-Allah kalau hayat dikandung badan, hanna akan terus berkarya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:46 AM | Show all posts
...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2013 11:20 PM | Show all posts
cliche , tapi best.
kesian ana tak sempat nak tengok rumah yg dah siap tu.
haha.
saya pun tengok cerita korea tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 03:37 PM | Show all posts
katara1 posted on 19-4-2013 11:46 AM
...........

ahaks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 03:39 PM | Show all posts
ahamkid posted on 20-4-2013 11:20 PM
cliche , tapi best.
kesian ana tak sempat nak tengok rumah yg dah siap tu.
haha.

cliche tu memang sebab hanna dah tak ada idea. kikiki
kan. sedih cerita tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051102 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list