CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104419|Reply: 261

SUAMI AKU USTAZ (Adi Putra dan Nora Danish)

[Copy link]
Post time 26-3-2013 07:20 AM | Show all posts |Read mode


SINOPSIS

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah
mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
‘Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.’


Yang menjadi masalah buat Alisa adalah, apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah sampai hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

‘Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.’


Macam mana agaknya apabila Alisa yang perangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang mesti hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?

‘Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.’


Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Bagaimana pula suaminya hendak mendidik dia menjadi muslimah yang cerdik? Dan bolehkah dia terus hidup dengan penuh terdidik?

Last edited by harumanis on 27-3-2013 10:36 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2013 07:25 AM | Show all posts




Last edited by harumanis on 27-3-2013 10:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 07:26 AM | Show all posts





Last edited by harumanis on 28-3-2013 08:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 07:26 AM | Show all posts

Sedia dihimpit kontroversi

NORA mengakui sudah biasa memanggil Adi dengan gelaran  abang.


BUKAN berniat mahu mengungkit kembali kisah kontroversi hebat yang pernah  melanda dua pelakon berbakat besar, Adi Putra dan Nora Danish pada penghujung  tahun lalu, namun menjangkakan hal yang tidak dijangka barangkali relevan dalam  isu ini.
Sekali lagi mengambil risiko untuk meletakkan Nora sebagai heroin filem,  Suami Aku Ustaz yang akan memulakan penggambaran pada 20 April kelak, tidak  mustahil isu aktres itu dikatakan penyebab keretakan rumah tangga Adi akan  kembali bersuara.
Lebih 'panas' apabila pemilihan Nora selaku tonggak utama filem itu dibuat  sendiri oleh Adi yang juga merangkap pengarah dan pelakon utama filem adaptasi  novel terlaris tahun lalu itu.
Sementelah, filem itu diterbitkan syarikat Nur ADP Sdn. Bhd. milik Adi  sendiri.
Menjawab kegusaran yang mungkin bakal kembali melanda dan mengaitkan nama  mereka, balas Adi, 32, dia tidak khuatir untuk berdepan dengan sebarang  kemungkinan pada masa akan datang memandangkan tindakannya berlandaskan skop  kerja semata-mata.
"Ramai tidak menafikan keserasian saya dan Nora malah watak Alisa sesuai  dengan perwatakan Nora yang kecil molek, rileks, comel dan fizikalnya sesuai  untuk menjayakan watak berusia 17 tahun.
"Saya senang bekerja dengan dia bukan atas kontroversi lalu tapi khusus atas  dasar kerja," ujar Adi yang ditemui ketika pelancaran filem Suami Aku Ustaz di  Hard Rock Cafe, Melaka pada Isnin lalu.
SKRIP dan jalan cerita yang menarik membuatkan Nora  bersetuju membintangi filem Aku Bukan Ustaz yang diterbitkan syarikat milik Adi,  Nur ADP Sdn. Bhd.


Elak kontroversi
Melanjutkan perbualan, Adi tidak melihat akan wujud kekangan untuk berlakon  dengan aktres yang dia selesa bergandingan malah tegasnya tiada apa yang perlu  dirisaukan kerana dia berada di pihak yang benar dan semua sudah sedia  maklum.
"Bagaimana untuk saya berlakon dengan pelakon lain yang tiada keserasian  dengan saya. Saya selesa berlakon dengan Nora, begitu juga dia.
"Ini asas kehidupan. Perkara berat kita mudahkan, kalau mudah kita ringankan  dan saya melihat hubungan kami semata-mata soal kerja. Kalau letak sebagai  pekerjaan kenapa perlu ada perkara yang mengganggu?
"Perkara yang nyata akan tetap nyata. Sesiapa sahaja akan cuba mengelakkan  kontroversi daripada terjadi tapi itu lumrah. Saya tidak akan memikirkan perkara  yang telah terjadi dulu dan saya mahu tetapkan diri untuk terus ke depan,"  katanya yang masih ingin mengelak daripada dilanda kontroversi.
Tegas pemilik nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim ini lagi, dia tidak  pernah memikirkan risiko memilih Nora sebagai teraju utama untuk bergandingan  bersamanya.
"Saya akan lakukan apa saja untuk kebaikan semua pihak dan saya tidak  terfikir pun pasal risiko. Orang akan tetap mengata dan saya tidak terfikir  orang nak kata apa. Saya tahu kalau perkara itu benar, maka ia benar. Begitu  juga isteri dan keluarga saya," tambahnya.
NORA DANISH bakal mendampingi aktor kacak Randy Pangalila  menerusi drama bersiri, Berlari ke Bintang.


Prioriti
Dalam pada itu, Adi masih meletakkan prioriti dalam bidang lakonan berbanding  pengarahan. Ditanya mengenai peranannya sebagai pengarah bersama Ghaz Abu Bakar  untuk filem Suami Aku Ustaz, jawab Adi, dia telah membahagikan tanggungjawab  berkenaan.
"Tiada yang berbeza pun, sebaliknya, saya meletakkan keinginan dan harapan  yang lebih besar daripada mengarah iaitu hasil filem ini kelak.
"Memang kutipan hasil tayangan antara perkara yang perlu dipertimbangkan tapi  saya meletakkannya sebagai pemikiran akhir. Sebaliknya, pembawaan watak dan  penceritaan itu lebih penting sebenarnya.
"Kalau ambil sebagai kewajipan, kita akan keliru tapi kalau letakkan sebagai  tanggungjawab, kewajipan akan datang sendiri.
"Saya tidak pernah terfikir untuk fokus bidang lain selain berlakon kerana  saya seronok melakukannya," ujarnya yang akan memfokuskan kepada penceritaan  saja dan selebihnya adalah tugasan Ghaz.
Selama enam bulan mengkaji keseluruhan novel Suami Aku Ustaz nukilan Hannah  Dhaniyah, jelas Adi dia yakin akan kekuatan penceritaan novel itu.
Suami Aku Ustaz mengisahkan Alisa yang dipaksa berkahwin dengan sepupunya  merangkap guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz apabila ibu bapanya ingin  mengerjakan haji.
Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan  identitinya sebagai seorang pelajar sekolah yang akan menduduki Sijil Pelajaran  Malaysia pada tahun itu.




Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2OnRDh7D2
Hakcipta terpelihara
Last edited by harumanis on 28-3-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 07:26 AM | Show all posts
Sekali lagi dua pelakon serasi dan ideal, Adi Putra dan Nora Danish akan bergandingan dalam sebuah drama Suami Aku Ustaz yang diarahkan sendiri Adi Putra dengan kerjasama Kementerian Melaka. Majlis Pelancaran Penggambaran Drama Suami Aku Ustaz telah diadakan di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini. Antara yang dilihat turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Menteri Melaka sendiri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Jom layan beberapa gambar pra-drama Nora Danish dan Adi Putra.










Article and photos courtesy from http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/03/14-gambar-gersang-nora-danish-dalam.html
Last edited by harumanis on 16-4-2013 02:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 07:27 AM | Show all posts

Last edited by harumanis on 10-7-2013 10:19 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2013 07:27 AM | Show all posts
Zara Pelengkap Hidup Adi Dan Aida
Sinar Harian | 14 Jun 2013


WARTAWAN SINAR HARIAN


KEHADIRAN cahaya mata pastinya memberi seribu satu momen indah buat pasangan suami isteri.
Malah, sekiranya sebelum ini hubungan itu pernah berantakan, kehadiran zuriat pastinya mampu mengubah segala-gala.
Begitu juga dengan pasangan suami isteri, Adi Putra dan Aida Yusof, yang baru sahaja merasai pengalaman membesarkan cahaya mata mereka, Zara Adelia, lapan bulan.

Walaupun kehadiran si kecil itu bukanlah daripada darah dagingnya, namun ia merupakan detik bermakna buat pasangan ini.
Menurut Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, kehidupannya nyata berubah setelah bergelar bapa.
"Setiap kehidupan kita mempunyai fasa yang berbeza dan berubah mengikut keadaan. Kehidupan bujang, berkahwin dan sehinggalah memiliki anak, ia memang berbeza.
"Alhamdulillah, sejak kehadiran Zara, saya sentiasa dibuai keseronokan dan ia adalah pengalaman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.
"Zara memberi inspirasi kepada saya, tidak kira dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya," kata pelakon kelahiran Singapura ini.
Adi dan isteri, Zuhaida Yusof, 38, berkahwin pada 14 April 2006. Namun, sepanjang perkahwinan itu, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sendiri.
Selepas berakhirnya pergolakan dalam rumah tangga pada Oktober tahun lalu, Adi dan isteri nekad mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkat.

Sedia bantu isteri
Walaupun sibuk dengan kerjaya seninya, namun Adi tidak melepaskan tanggungjawab membesarkan anak di bahu isterinya sahaja.
Katanya, jika ada kelapangan, dia turut membantu dan memenuhi kelengkapan puteri kesayangannya itu.
"Tugas menjaga anak memang banyak diuruskan oleh isteri, namun jika dia memerlukan bantuan, saya akan tolong. "Sebagai ibu bapa, kami sama-sama menguruskan Zara. Lagipun, Zara adalah anak yang baik dan tidak suka merengek.
"Sepanjang usianya yang kini mencecah lapan bulan, saya perhatikan, Zara seorang yang suka memerhati dan perkembangan tumbesarannya sangat positif," kata pelakon filem Langgar ini.

Ingin zuriat sendiri
Masih berharap untuk memiliki anak sendiri, akui Adi, kehadiran cahaya mata pastinya dapat mengeratkan lagi ikatan rumah tangga.
Menurutnya, dia juga tidak keberatan untuk mengambil anak angkat lagi sekiranya gagal memperoleh anak sendiri.
"Insya-ALLAH, ada perancangan untuk mengambil anak angkat lagi di masa akan datang. "Namun, buat masa terdekat ini, kami akan membesarkan Zara terlebih dahulu.
"Kami akan tetap berusaha untuk memiliki anak sendiri, namun ia bergantung kepada rezeki dan ketentuan dari-Nya," katanya yang mengakui lebih selektif dalam pemilihan watak setelah bergelar bapa.

Filem arahan pertama
Dalam kesibukan menguruskan karier lakonan, Adi bersama pengarah, Ghaz Abu Bakar akan bekerjasama dalam tugas pengarahan filem sulungnya, Suami Aku Ustaz.
Mengakui pengalaman mengarahkan filem bukan semudah yang disangka, filem lakonan Adi, Nora Danish dan Izzue Islam, ini bakal ditayangkan pada tahun depan.
"Alhamdulillah, penggambaran filem ini telah pun selesai. Kini, filem ini sedang melalui proses 'editing'.
"Saya memang risau dan tak sabar menantikan reaksi daripada penonton kerana ia adalah filem pertama saya.
"Dalam filem ini, Ghaz banyak membantu saya untuk memperkemaskan lagi jalan cerita dan tugas-tugas yang berkaitan. Saya suka naskhah ini kerana ia mengangkat konsep Islamik," katanya dan bersyukur dengan penerimaan penonton menerusi drama bersiri slot Akasia, Teduhan Kasih, yang sedang ditayangkan di TV3.

Berehat sementara
Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Adi membuat keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menerima apa-apa tawaran lakonan. Katanya, selepas Aidilfitri nanti, barulah dia kembali berlakon dan memenuhi tawaran yang ada.
"Sekarang ni dah bulan Rejab. Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan puasa. "Jadi, peluang yang ada akan saya gunakan untuk berehat dan menghadiri majlis amal sahaja.
"Lagipun, dalam masa setahun ni, jarang nak dapat cuti panjang," katanya mengakhiri perbualan.

Last edited by harumanis on 10-7-2013 10:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 07:47 AM | Show all posts
Wah! Thanks kaka @harumanis pasal rajin bukak benang SAU nih......hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 08:46 AM | Show all posts
filem ke....ingat nak buat drama
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 08:51 AM | Show all posts
ni filem mig eh?      
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 09:28 AM | Show all posts
CintaPink posted on 26-3-2013 08:51 AM
ni filem mig eh?

rasanyaa filem under company AP
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 09:36 AM | Show all posts
cek in...  melawat kawasan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 10:44 AM | Show all posts
suka lakonan adi je...tak suka nora...boleh cam tu???huahuahua
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 11:11 AM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 26-3-2013 10:44 AM
suka lakonan adi je...tak suka nora...boleh cam tu???huahuahua

sama laa kite uols...
sbb watak heroin ni mcm x kenaa...tp x tau lagi kann..sbb blom klua output dia
harap2 ok laa...sbb novel ni best
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 11:39 AM | Show all posts
hopefully lakonan ND ada perubahan...;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
qis13 posted on 26-3-2013 09:36 AM
cek in...  melawat kawasan..

welkam....welkam....sila masuk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 12:16 PM | Show all posts
best ke novel nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Along_XX posted on 26-3-2013 07:47 AM
Wah! Thanks kaka @harumanis pasal rajin bukak benang SAU nih......hehe

Welkam...welkam.......mari menyenah pasal SAU kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 26-3-2013 08:46 AM
filem ke....ingat nak buat drama

Filem sulong Nur ADP Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lonso posted on 26-3-2013 12:16 PM
best ke novel nih...

Best! banyak pengajaran untuk suami isteri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065337 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list