CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9416|Reply: 26

Hala tuju lepasan SPM

[Copy link]
Post time 27-3-2013 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan hi semua
Saya lepasan SPM, dan bersyukur dapat straight a's dengan aliran sains tulen.
Tapi masalahnya saya taktau nak sambung apa dan ke mana.

Orang kata inilah masanya untuk saya pursue in overseas (especially Korea sbb saya nak sangat lah kononnya haha). Dan memandangkan result saya tuh, kawan2 suruh apply scholarship. Dalam hati memang nak belajar dengan tajaan orang tapi memikirkan lepas tuh kena ikut kontrak penaja, bekerja selama beberapa tahun, so jadi uninterested lah. Tambah pulak sebelum nih memang dah pasang niat nak ambil pinjaman tapi study betul2 sampai pinjaman tuh jadi biasiswa (ini berdasarkan apa yg org cakap, taktau betul ke tak).

Well, abang saya cadangkan saya masuk matrik or form 6 sbb saya nih tak jelas lagi nak pergi ke course apa. Lepas siap matrik or form 6, baru make decision. Pada pendapat saya okelah sebab saya berniat nak sambung sampai degree. So short cut skit masa kan kalau pilih jalan nih. Insya Allah, kalau berjalan lancar, Amin amin amin ya rabbal alamin. Pasal nak pursue overseas tuh saya rasa maybe saya boleh korbankan wat masa nih, belajar betul2 either in matrik or form 6, then bila nak sambung degree baru pergi oversea, kalau dapat lah.

So persoalannya, betul ke hala tuju yang saya rancangkan nih. And which is better, form 6 or matrik? Matrik tuh tak kisah sangat tapi form 6 nih takut orang cakap saya nih straight a takde guna sbb masuk sekolah balik.
So please kalau ada apa-apa cadangan, just say it. Saya sedia membaca dan pertimbangkan. Terima kasih

Ohh lupa, pasal course pilihan tuh pon satu hal jugak. Berdasarkan subjek, saya suka chemistry and add.mt tapi orang cakap subjek bukan penentunya, yang penting kerjaya. So saya rasa Horticulturist nampak best, tapi saya masih tak sure pada satu2 kerjaya yang saya nak. Sbb chemical engineering, pharmacist, chemistry/add.my teacher pon nampak best jugak. Senang kata macam2 lah except medics!
So guys, what your say?

ps; sorry so much kalau saya nih banyak songeh, but i have no choice

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 02:51 AM | Show all posts
pergh. pandai gila adik ni. alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 09:51 PM | Show all posts
mmm... pada mac, rugi sangat la if straight As ambik matrics or form 6. Sebab selalunya orng ambik matrics and form 6 sbb tak puas hati dgn result dia. eg.... dia nak ambil medic tapi hanya SPM 6As dan tak dapat asasi sains in UPU application. Or dia tak dapat course yg dia nak dalam UPU.

Apa mac cakap pada anak2 mac, try to get straight As to grab that scholarship. Seriously mac tak pernah dgr pelajar2 straight As yg tak nak scholarship. If taknak pergi overseas, ambik ajela scholarship dalam negara.... oh mac lupa, ada kawan2 anak mac yg tak nak scholarship, and this is bec their parents berkemampuan. Tapi jika adik tak mahu scholarship hanya kerana tak mahu terikat contract, mmm.... masalah besar ke kalau kena kerja dgn they all, 2-4 tahun aje.... sambil tu timbalah pengalaman. Ini hanya utk scholarships seperti JPA, Maybank etc.

If adik kata nak ambil scholarship bersifat pinjaman, apply la MARA. Buat betul2, score in exams, lepas tu tak payah bayar. Dgn SPM  straight As, byk choices yg ada.

So maybe yr issue is tak tau nak ambik apa.... well, sepatutnya adik dah pikir masak2.... lagi lama adik tak decide, adik jugakla yg rugi.... but sebenarnya kan dik, ramai aje budak2 lepasan SPM yg tak tau nak jadi apa. Tapi you have to really look into what you like la, what r your strength. Buat sembahyang istiharah. Adik pun tau, adik suka chem n add maths.... so nak pikir apa lagi, cari la course berkaitan thse 2 subjects. Itula gunanya kaunselor sekolah. Pada mac, chem engineering and pharmacy tu, kira betul la....  



Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 10:21 PM | Show all posts
Nasihat abg kapada adik ialah amik course yg kena dgn minat & kebolehan sendiri.... Macam abg dulu, dapat 11A, ramai yang suruh amik Medic atau Petrol atau Cikgu (standard ummah).... tapi abg tak minat semua tu, then abg amik course biasa yg org selalu cop course lelong.... tapi abg tak kesah asalkan kena dgn minat... alhamdulillah dapat gak kerja walaupun biasa2 je.... yg penting kita minat & rasa happy wat kerja tu.... pedulilah apa org nk kata.... dalam kes adik ni, better amik Matrik dulu sbb adik pun xtau lg hala tuju kan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 11:27 PM | Show all posts
tahniah dpt straight a's spm..

rugi la dik kalau awak masuk form 6.. lebih baik masuk matriks sebab awak pon blm tau bidang utame yg awak minat.. mungkin mase matrik nnti awak dpt klu bidang ape yg sepatutnya awak masuk..

awak bagtau awak suke add math dgn kimia yek.. hmm.. kimia byk jugak bidang yg ade.. mcm oleokimia.. tp oleokimia kat malaysia ni baru nak maju.. so agak susah utk cari kerja.. kalau math pulak.. aktuari salah satunya.. tp tu lebih pd insurance.. kalau awak success, gaji mmg tinggi..

so decide la ye.. good luck.. Last edited by calc on 1-4-2013 12:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 01:16 AM | Show all posts
Matrik, foundation or A level...ade bnyk scholarship.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2013 10:40 AM | Show all posts
apply schloar MARA... MaRA xde bond rasanya. macam saya, mula2 pinjaman tpi sebab result ok, dia convert jdi scholar. cuba tengok dekat sini http://www.mara.gov.my/web/guest/kolej-/-kursus-tajaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 11:47 AM | Show all posts
Bestnya kau Farah dapat straight A's. aku SPM hari tu dapat 8A's je. ok lah daripada takde A, lols.


Amiklah A Level kat Taylor College. Bolehlah sambung degree ke US, UK, NZ, Australia, Canada mcm Juliana Evans tu haha. Kalau tak nak, amik scholarship MARA atau JPA. Peluang depan mata beb utk budak pandai mcm kau ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 10:21 AM | Show all posts
For my opinion better u apply scholarship...lebih baik lg schollarship yg ditaja oleh company2 besar mcm Shell, petronas , Astro holdings, DRB HICOM , PNB, Sime darby,GMC Gamuda,Khazanah, RUNHILL,Johawaki, CCM chemicals, Pharmaniaga,....at least habis belajar dah confirm keja dah adaaaa...........(BUAT APA SUSAH2 BELAJAR KALAU TAK ADA KERJA).......fikir2kan lah....skrg nie kena ingat terlalu 'tuff'  peluang pekerjaan,tak semestinya best student ,ada master atau Phd senang dapat kerja.......susah dik oiiii.......... rugi amik form 6 dan matrix...buang masa u jer..................saya cakap nie pasal base on my experience......u belive if or not that's up to you............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 03:59 PM | Show all posts
macademia posted on 30-3-2013 09:51 PM
mmm... pada mac, rugi sangat la if straight As ambik matrics or form 6. Sebab selalunya orng ambik m ...

Thanks Kak Mac,

Saya nih nak kata anak sulung, tak. Ada jeh abang & akak. Malah saya nih anak bongsu. Tapi maybe sbb dulu result diorang 'kurang bagus', so parents yg byk tolong decide kan. Pastuh bila time saya, agaknya dgn result saya, ayah bagi 'kebebasan' buat pilihan sendiri, tuh yg kelam kabut. Padahal saya pon perlukan pandangan org jugak hehe. Tambah pulak saya nih dibesarkan bukan dlm 'pressure' keluarga yg nakkan terbaik utk itulah, utk inilah. So bila belajar just sempoi-sempoi jeh. Tapi tak sangka dgn kuasa & rezeki Allah, saya dpt apa yg saya target. So in the end, nmpk mcm saya nih tak berwawasan jeh. Hehe.

Pasal scholarship tuh, saya mmg nak, tapi bila tgk course yg dia offer takde dlm list yg saya minat, so saya jadi tak sure. Tapi mmg silap saya, sepatutnya saya apply jeh, then baru decide kan. So skrg nih, saya rasa menyesal plak tgk kawan2 semua apply, prgi interview. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur, permohonan pon dah tutup. Tapi saya dah belajar drpd kesilapan saya lah

Dan pasal 'scholarship bersifat pinjaman' yg Kak Mac cakap, saya nak tanya kalau sibling yg tak bayar lagi pinjaman Mara, ada effect tak pada adik-adik dia? Sbb abg saya pernah pinjam MARA, tapi dia 'terkantoi' and ditendang keluar dari ipt yg dia belajar. Then dia masuk poli dgn ptptn. So saya nih adik dia tak kena 'blacklist' ke dari MARA?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:25 PM | Show all posts
din88 posted on 31-3-2013 10:21 PM
Nasihat abg kapada adik ialah amik course yg kena dgn minat & kebolehan sendiri.... Macam abg dulu,  ...

Tulah, ramai jugak yg kata macam tuh, pilih course yg kita minat. Tapi ramai pulak yg kata, course tak penting, yg penting kerjaya. Hmm tuh yg jadi pening.
Tapi cara abang tuh, saya suka lah. Memang kena dengan style saya. Tak kisah lah famous ke tak benda yang kita buat, asalkan kita happy, kan

Pasal nak sambung matrik tuh, makin ramai plak sedara-mara & kenalan tak setuju. Diorang cakap saya rugi lah, matrik boleh rosakkan kerjaya yg saya nak. Macam-macam lah. So, nak taknak terpaksalah saya struggle memerah otak pilih course & kerjaya yg saya nak. Then lepas berhempas pulas, saya rasa saya back ke target asal, horticulture. Sebab so far bila dah wat research utk mana2 course, rasa minat tuh makin kurang. Tapi bila research pasal horticulture, okeh lah, mcm lebih curious. Soal nak belajar tuh, tak cukup confidence lah plak. Sbb saya nih lemah sikit dgn Biology. Tapi, Insya Allah boleh kan
Apa-apa pon doakan saya dapat apa yang saya nak untuk result upu nanti. Amin.

Last edited by farah0303 on 15-5-2013 04:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:39 PM | Show all posts
calc posted on 31-3-2013 11:27 PM
tahniah dpt straight a's spm..

rugi la dik kalau awak masuk form 6.. lebih baik masuk matriks seb ...

Terima kasih atas cadangan tuh.
Ada jugak kawan cadang aktuari, tapi tak pernah tau pasal apa. Lepas research, nampak interesting, tapi dah terlambat pulak nak apply. Sebab permohonan ipta banyak dah tutup
Pasal form6 tuh, pernah terbaca orang tulis, kelebihan form6 lebih tinggi daripada matrik. Stpm dengan pointer 2.35++ dah layak untuk sambung berbanding matrik 3.5++ belum tentu ada orang nak. Hmm tuh yang terlintas nak ambill form 6.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:47 PM | Show all posts
bawaku_terbang posted on 1-4-2013 10:40 AM
apply schloar MARA... MaRA xde bond rasanya. macam saya, mula2 pinjaman tpi sebab result ok, dia con ...

Thnx untuk cadangan
Nak tanya, apa syarat2 nya nak convert pinjaman jadi scholarship? Sekurang-kurangnya pointer kena berapa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:52 PM | Show all posts
evlinne posted on 4-5-2013 11:47 AM
Bestnya kau Farah dapat straight A's. aku SPM hari tu dapat 8A's je.  ok lah daripada takde A, lol ...

Hihi thnx Tapi oke apa 8A. Orang selalu cakap yang straight A tak bermakna akan berjaya sampai bila-bila. Tapi saya harap saya bukanlah dalam golongan tuh. Amin.
Hmm pasal peluang depan mata tuh, memang lah. Tapi saya lambat satu langkah, so hilang semua opportunities tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 05:06 PM | Show all posts
azharpac2 posted on 14-5-2013 10:21 AM
For my opinion better u apply scholarship...lebih baik lg schollarship yg ditaja oleh company2 besar ...

Hmm tulah, sekarang nih pon ramai graduate u tapi tak kerja2 lagi. Best choice diorang buat masa nih, kerja kilang sementara tggu kerja yg sesuai.
Tapi kalau bukan form6 & matrik, the best choice Dip/Asasi jelah?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 02:39 PM | Show all posts
farah0303 posted on 15-5-2013 04:47 PM
Thnx untuk cadangan
Nak tanya, apa syarat2 nya nak convert pinjaman jadi scholarship? Sekurang- ...

kitorg hantar je permohonan pengurangan tu. kalau result x ok pon, stil dpt diskaun. kalo 3.5 je terus dpt convert scholar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2013 03:40 AM | Show all posts
farah0303 posted on 15-5-2013 03:59 PM
Thanks Kak Mac,

Saya nih nak kata anak sulung, tak. Ada jeh abang & akak. Malah saya nih anak b ...

UPU dapat apa dik?

Bab MARA tu, rasanya if sibling ada problem tak melibatkan farah.... tapi your father/mak ada ada jadi penjamin utk dia tak? If penjamin, then mmg blacklist. Tapi parents boleh keluar dari blacklist jika bayar pinjaman tu. Tak perlu semua, hanya bayar percentage penjamin aja....

Lagi satu, maaf tapi horticulture ni apa ya, mac tak pernah dgr pulak, Ni maybe dah specializing in Bio kut.... so maybe what you shud do is apply eg scholarship utk Ijazak in Biology.... or asasi sains pertanian in UPM? sbb kenalah belajar scope yg lebih luas before nak major in horticulture kut. Yg ni mac agak2 ya pandangan mac sbb mac tak paham sangat horticulture ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 02:32 PM | Show all posts
bawaku_terbang posted on 16-5-2013 02:39 PM
kitorg hantar je permohonan pengurangan tu. kalau result x ok pon, stil dpt diskaun. kalo 3.5 je t ...

Ohh okeh okeh. Thnx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 02:45 PM | Show all posts
macademia posted on 18-5-2013 03:40 AM
UPU dapat apa dik?

Bab MARA tu, rasanya if sibling ada problem tak melibatkan farah.... tapi yo ...

Alhamdulillah saya dapat Asasi Sains Pertanian kat upm. Tuh 1st choice

Hmm horticulture tuh salah satu cabang dalam sains pertanian lah. Nak explain panjang, saya pon tak reti mana jugak hihi.

Pasal Mara tuh, rasanya kena tanya parents lah kot, sebab tak silap diorang jadi penjamin rasanya.


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 08:21 AM | Show all posts
farah0303 posted on 18-5-2013 02:45 PM
Alhamdulillah saya dapat Asasi Sains Pertanian kat upm. Tuh 1st choice

Hmm horticulture tuh s ...

oh betul my guess tu ye hehe.. Asasi sains pertanian UPM mmg good, nak ambil medic pun boleh ..... n byk lagi cabang dia...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074127 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list