CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47495|Reply: 484

[Tempatan] JPN: Nama panjang jadi trend sekarang

[Copy link]
Post time 29-3-2013 01:19 AM | Show all posts |Read mode

        KUALA LUMPUR - Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.
        Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin.
        Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, "memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan lain
        dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan."
        Trend memilih nama panjang ini berbeza dengan trend pada tahun-tahun 40'an-50'an dulu ketika ibu bapa memilih nama-nama yang agak luar biasa seperti
        Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin
dsbnya.  
        Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.      
        JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik, katanya.
        Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi
        menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
        Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa.
        "Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud," katanya.
        Ada nama yang memberi makna negatif.
        Jainisah berkata, kira-kira 500,000 pendaftaran kelahiran direkodkan oleh JPN setiap tahun.
        JPN tidak mempunyai statistik nama-nama panjang yang didaftarkan, katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 01:28 AM | Show all posts
aku ade member yg IC die ada 2 keping ... sbb nama dia panjang sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 01:28 AM | Show all posts
Meluat lah ngan mak pak yg over letak nama anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 01:30 AM | Show all posts
nama cantuman nama emak ayah...
trend sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 01:41 AM | Show all posts
Puteri Nur Ain Natasha Adila nabilla qistina binti Din
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 01:45 AM | Show all posts
aku jumpa org nak registerkan nama baby dia aaron ms jan 2012 psl binik suruh. agaknya binik dia minat aaron aziz kot . baby tu dah umur setahun lebih lani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2013 01:48 AM | Show all posts
nama aku 8 huruf jeh kau.. slalu tambah nama bapak aku yg 4 huruf tuh..jdklah 12.. panjang skit.. ha3.. Last edited by skymania on 29-3-2013 01:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 01:48 AM | Show all posts
adik aku pon buh nama anak die panjang berjela.. kene marah dek mak aku saja.. tak terbawak dek budak tuh nama panjang meleret..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 01:49 AM | Show all posts
sukahati la nak namakan anak apa, panjang mana pun
-ustaz bodo
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:39 AM | Show all posts
Nama cantik kalu budak muka tak brape nak cantik kesian kat budak itu .. Time perhimpunan kena panggil nama.. semua tunggu nak nengok muka.. sekali keluar.. emmm..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:46 AM | Show all posts
slippergombak posted on 29-3-2013 01:41 AM
Puteri Nur Ain Natasha Adila nabilla qistina binti Din

kamu perempuan rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:50 AM | Show all posts
Kalau korang ada anak nanti baik la letak nama pendek-pendek jah, bukan apa, nanti kan senang anak korang nak isi borang ke apa ke. Pastu tak ada la nama anak korang diejek-ejek bila masuk sekolah nanti, tau je la budak-budak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:50 AM | Show all posts
mak pak seronok la kasi nama.. kelak yang menanggung anak tuh.. 10 hurup pun dah lenguh nak menulis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:51 AM | Show all posts
1pagi posted on 29-3-2013 02:46 AM
kamu perempuan rupanya

tak saya lelaki... nama sohaibuthdin.. polis perlis...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:52 AM | Show all posts
org skrg suka letak nama anak panjang2.. sampai tak cukup ruang nak tulis dlm register sekolah..
panjang satu hal laa.. ejaan pun berbelit-belit..
karang org salah tulis, dah invalid plak segala apa form/sijil..

sorang student aku, nama nya ada 4  kerat.. tp kekawan dia panggil dia anje jek..
ada sorang plak namanya siti nurhaliza.. hari2 masuk kelas dia, selalu tanya, hari ni takde show ke....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 02:55 AM | Show all posts
nama orang paling pendek sekali......

Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka ada 3hb November 1999:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 02:55 AM | Show all posts
Firaaz posted on 29-3-2013 02:50 AM
mak pak seronok la kasi nama.. kelak yang menanggung anak tuh.. 10 hurup pun dah lenguh nak menulis

mak pak beri nama sedap sedap
slipper juga dipilihnya sebagai nick

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 03:06 AM | Show all posts
zehra2 posted on 29-3-2013 02:52 AM
org skrg suka letak nama anak panjang2.. sampai tak cukup ruang nak tulis dlm register sekolah..
pa ...

addoii.. tak pasal2 jeh nama sama cam siti.. sudahnyer..a bis di ajuk dek budak2 lain.. nak kata apa??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 03:55 AM | Show all posts
Khan Salasa Pas Senin
Nik Hadir Nan Hado
Zakarschya Zakarpak Juo
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 04:02 AM | Show all posts
aku menyampah dgn mak pak yg letak nama ank dorang " Putera" or " Puteri" walhal bapaknya keje tukang cuci je.. mmg nama tu hak memasing tp aku tetap geli dgn " Putera & Puteri"....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list