CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2813|Reply: 3

PERGI KE MANA SAJA ORG KELANTAN PASTI ADA

[Copy link]
Post time 29-3-2013 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Kita selalu lihat bangsa Cina ada di mana-mana. Sampaikan di satu-satu tempat mesti ada Kampung Cina. Tapi jika anda perasan, orang Kelantan juga ada di mana-mana sahaja.

Kelibat mereka mudah untuk dilihat. Nak mengenali mereka pun mudah memandangkan ada di antara mereka yang sukar untuk menukar loghat percakapan. Dari satu aspek ada bagusnya, mereka masih mengekalkan identiti mereka. Tetap dengan loghat mereka.

Aku bukan nak kata orang negeri lain susah nak jumpa. Cuma dari segi percakapan memudahkan mereka dikenali. Tak perlu tanya pun tak apa sebab dengar mereka bercakap pun dah cukup. Pergi sahaja ke mana-mana mesti anda jumpa tak kira di mana pelusuk Negara Malaysia hatta ke pendalaman Sabah Sarawak pun mereka tetap ada.

Sebagai contoh tengok jelah bila ada perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil Kl, mesti orang Kelantan akan datang memberi sokongan dengan penuh taksubnya dan merekalah majoriti penonton yang datang mengatasi penonton tempatan.



Kalu dekat Sabah Sarawak, di setiap sekolah kat sana mesti ada cikgu dari Kelantan. Aku tak pasti kenapa sampai cikgu Kelantan ramai posting ke Sabah Sarawak, ada pihak cakap kerajaan saja nak hantar orang Kelantan keluar dari negeri diorang sebab nak kurangkan jumlah undi. Wallahua’lam.

Cer tengok bila nak balik kampong time raya berduyun orang Kelantan balik negeri diorang dari ibu kota atau tempat lain. Huhu jem yang luar biasa akan berlaku di laluan yang dilalui ke negeri Kelantan. Aku dah pernah kena dah time balik malam raya Haji dari Kl ke Temerloh. Perjalanan 2 jam jadi 5 jam. Sepatutnya kena buat banyak jalan lagi tu terutama yang menghala ke Kelantan.

Aku tabik dengan mereka ni sebab mereka boleh survive dan banyak menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara ni. Semasa di zaman universiti dulu pun student Kelantan mesti merupakan majoriti di universiti tu dan mereka ni suka berbisnes tak kira bisnes apa pun.

Semangat kekitaan mereka ni begitu kuat. Contohnya apabila seorang Kelantan baru kenal seorang Kelantan yang lain, mereka ni mudah mesra dan kalau berborak pun macam dah kenal lama dah huhu.

Aku orang Pahang. Tapi sebaik sahaja aku keluar dari sempadan Pahang, aku akan bercakap menggunakan bahasa Melayu standard. Loghat aku akan hilang sama sekali.

Bukan malu atau apa. Tapi dah terbiasa buat begitu. Luar negeri Pahang bercakap dengan bahasa Melayu standard. Cakap Pahang bila kat kampong je lagipun loghat Pahang ni femes di daerah tertentu seperti kat Temerloh, Mentakab, Jerantut dan beberapa tempat lagi.   SUMBER DISINI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2013 06:29 AM | Show all posts
nok wak guano
negeri pling mundur

plue khijo terhad kot kat klate....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kahkahkah..... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 10:20 AM | Show all posts
ore kelate ni dari dulu brehi merantau...sebab tu byk kg klate diwujudkan di negeri lain.supo kt johor pon ado kg klate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059098 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list