CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5394|Reply: 2

[Edisi Kesihatan] Bagaimana Penyakit Berjangkit?

[Copy link]
Post time 2-4-2013 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Penyakit Berjangkit?

Adakah anda perasan bahawa jika ahli keluarga anda mendapat selsema, kerapkali ahli keluarga yang lain yang hidup serumah akan mendapat selsema juga. Ini adalah kerana selsema, dan pelbagai penyakit yang lain, boleh berjangkit dari orang ke orang. Cara-cara penyakit berjangkit ‘bergerak’ dari orang ke orang boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu secara langsung dan tidak langsung.

JANGKITAN SECARA LANGSUNG

Jangkitan penyakit secara langsung secara amnya dipindahkan dari orang ke orang melalui cecair badan seperti air liur, darah, peluh, air kencing, atau muntah. Terdapat juga kes-kes jangkitan penyakit secara langsung akibat daripada pembedahan, pemindahan darah, ataupun prosedur perubatan yang lain. Berikut adalah cara-cara jangkitan penyakit secara langsung yang biasanya berlaku dengan cadangan-cadangan untuk mengurangkan risiko jangkitan.


1. Dari Orang ke Orang Melalui Sentuhan Fizikal
Penyakit berjangkit boleh dipindahkan melalui sentuhan fizikal (termasuk hubungan intim) melalui tabiat seperti menyentuh, mencium atau menggigit seorang yang sakit. Selain itu, hubungan secara langsung boleh berlaku jika kita menyentuh cecair badan seseorang yang sakit seperti bila seseorang ibu-bapa membersihkan muntah anak yang sakit tanpa memakai sarung tangan.



Cara-cara Mencegah Jangkitan:
  • Hadkan sentuhan secara langsung dengan orang yang anda tahu atau mengesyaki sakit.
  • Cuba untuk mengelakkan menyentuh muka anda jika anda telah bersentuh dengan seseorang yang anda tahu atau mengesyaki sakit.
  • Pakai sarung tangan dan peralatan perlindungan lain apabila bersentuhan dengan cecair badan seseorang yang anda tahu atau mengesyaki sakit.
  • Selalu basuh tangan anda!




2. Melalui Titisan Cecair Badan ataupun Bahan Buangan Kumuh Yang Lain
Ingatkah anda pesan ibu-bapa untuk menutup mulut anda apabila anda batuk atau bersin? Ini kerana apabila anda batuk atau bersin, anda menyebar titisan air liur dan mucus yang boleh mengandungi apa sahaja yang anda dijangkiti dan dalam dos yang besar. Jika titisan ini dikenakan kepada mata, mulut atau hidung individu lain, individu itu mungkin akan dijangkit juga. Penyakit juga boleh berjangkit melalui bahan kumuh badan. Jika seseorang tidak mencuci dengan sebersihnya selepas ke tandas, bahan kumuh mungkin boleh disentuh oleh orang lain melalui sentuhan tangan, dengan menggunakan sinki atau tandas, ataupun melalui perkongsian benda seperti pensel atau alat komputer.



Cara-cara Mencegah Jangkitan:
  • Tutup mulut dan hidung anda apabila anda batuk atau bersin.
  • Pakaikan topeng muka jika anda sakit.
  • Cuba untuk mengelakkan menyentuh muka anda jika anda telah bersentuh dengan seseorang yang anda tahu atau mengesyaki sakit.Cuba untuk mengelakkan berkongsi benda-benda dengan seseorang yang anda tahu atau mengesyaki sakit.
  • Basuh tangan anda!



3.    Jangkitan Secara Menegak
Jangkitan penyakit secara menegak merujuk kepada jangkitan penyakit daripada ibu kepada anak samada semasa kehamilan, semasa kelahiran atau selepas kelahiran. Pencegahan biasanya melibatkan rawatan ibu semasa mengandung dan mengambil langkah-langkah untuk menghadkan risiko jangkitan pada masa anak dilahirkan.



JANGKITAN SECARA TIDAK LANGSUNG


Jangkitan penyakit secara tidak langsung secara amnya dipindahkan dari orang ke orang melalui benda-benda yang telah disentuh atau digunakan oleh seseorang yang sakit. Di tempat-tempat awam, terdapat banyak benda-benda yang digunakan oleh ramai orang seperti tombol pintu. Jika seseorang sakit yang baru bersin di tangannya, dan selepas itu menggunakan tombol pintu, sentuhan tombol oleh orang yang lain boleh menyebabkan dia dijangkiti penyakit yang sama. Jangkitan secara tidak langsung boleh berlaku melalui:
1.    Objek-objek atau benda-benda yang digunakan oleh ramai orang atau yang boleh dikongsi guna seperti tombol pintu, telefon, kunci, alat mainan, dan sinki tandas.

2.    Makanan yang telah disediakan oleh seseorang yang sakit (dan tidak memakai bahan perlindungan seperti sarung tangan). Ataupun makanan yang terbiar di luar dan disentuh oleh ramai orang, dan juga makanan yang tidak dimasak dengan betul.

3.    Udara kerana terdapat penyakit-penyakit berjangkit yang boleh hidup lama di udara disebabkan saiznya yang kecil dan ringan.

4.    Air terutamanya air yang kotor, tidak dimasak, atau tidak dirawat. Secara amnya, air untuk minum perlu dimasak atau ditapis menggunakan system penapisan yang berkemampuan membersihkan air dengan teliti.


Cara-cara Mencegah Jangkitan:
  • Bersihkan objek yang biasa digunakan, seperti tombol pintu dan telefon, dengan sabun ataupun dengan bahan antiseptik.
  • Jangan berkongsi objek seperti cawan atau gelas, perkakas, atau alat solek (terutamanya berus dan maskara) dengan orang lain.
  • Pastikan permukaan dan alat-alat yang digunakan dalam penyediaan makanan bersih sebelum digunakan.
  • Pastikan makanan yang akan dimasak (seperti daging mentah) berasingan daripada makanan yang dimakan mentah (seperti ulam).   
  • Pastikan daging mentah dimasak dengan sepenuhnya.
  • Cuci sayur-sayuran mentah dan buah-buahan dengan air yang bersih dan yang boleh diminum.
  • Elakkan meminum daripada sumber air yang tidak dirawat.
  • Jangan meminum air dari tasik, taman air dan lain-lain aktiviti rekreasi berasaskan air.
  • Selalukan tabiat membasuh tangan.



credit to mysains.





Last edited by midory on 2-4-2013 08:53 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 11:39 AM | Show all posts
skrg ni penyakit sennag berjangkit...
rakyat msia mmg jenis tidak amalkan kebersihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 02:15 PM | Show all posts
dauswq posted on 2-4-2013 11:39 AM
skrg ni penyakit sennag berjangkit...
rakyat msia mmg jenis tidak amalkan kebersihan...

tu la pasal..
budak2 kecik tu baru je baik demam sminggu 2, dah demam balik..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066715 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list