CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 1

Awas : Satu lagi Tektik Kempen Oleh BN

[Copy link]
Post time 2-4-2013 11:44 PM | Show all posts |Read mode

PR buat pulok HPR1M, lawan tatap lawan


                'Barisan 1 Malaysia' taktik baru BN?       
                                Muhammad Faizal,               
                02 Apr 2013       
JERANTUT: Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat kemungkinan ada maksud tersirat disebalik penukaran 'Barisan Nasional' kepada 'Barisan 1 Malaysia' yang dibuat BN ketika ini.

Menurutnya, tidak mustahil taktik penukaran di saat menjelang pilihan raya itu dibuat bagi menghalalkan mereka menggunakan logo 1 Malaysia sewaktu hari pengundian nanti.

"Saya merasakan BN bertindak menggunakan perkataan Barisan 1 Malaysia adalah sebagai agenda mereka untuk digunakan sewaktu hari mengundi nanti.

"Kita sedia maklum bahawa menggunakan logo parti tidak dibenarkan sama sekali atas tujuan untuk mempengaruhi pengundi, jadi mereka membuat perancangan sedemikian," jelas beliau ketika program jelajah Negara Berkebajikan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 antara lain menetapkan penggunaan logo parti pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan.

Dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana pusat mengundi, memakai, memegang dan membawa apa-apa bentuk pakaian, barang hiasan, botol air atau payung yang tercetak nama calon atau tertera lambang parti adalah tidak dibenarkan sama-sekali.

Barisan 1 Malaysia kini digunakan oleh BN pada setiap program kempennya.

Terbaru, slogan sama turut dicetak di papan tanda yang dipasang sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan.

Antara lain papan tanda tersebut meletakkan gambar individu kononnya membuat huru-hara bersebelahan gambar Najib dan tulisan "Kita Sokong Barisan 1 Malaysia".

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mempertikaikan tindakan BN menaikkan papan iklan besar yang meletakkan gambar huru hara dan juga Perdana Menteri.

Menurutnya lagi, apa yang digambarkan pada papan iklan itu seolah-olahnya akan wujud huru hara apabila berlakunya pertukaran kerajaan nanti.

"BN mengambarkan seolah-olah akan berlakunya huru hara apabila mereka tidak lagi memerintah.

"Kita lihat di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, semuanya berada dalam keadaan aman damai tanpa ada sebarang kekacauann," sambung beliau.

Beliau yang menegaskan tindakan tersebut menunjukkan BN tidak pernah menghormati prinsip demokrasi negara ini dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 10:17 AM | Show all posts
Ini update terbaru.
Bilboard "Barisan 1Malaysia" akan dinaikkan secara berperingat di semua jabatan Kerajaan termasuklah sekolah yang akan diadakan tempat mengundi.

Inilah provokasi bila mana bilboard dan banner 1 Malaysia akan kelihatan di dalam sekolah tempat mengundi.
Harap penyokong Pakatan akan bersabar.
Inilah yang mereka harapkan kononnya penyokong Pakatan akan buat huru-hara semasa hari pengundian kerana SPR kata ini bukan bendera/logo parti yang bertanding.

Harap bersabar.. sabar! Undi tetap undi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059420 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list