Pengundi hantu yang digunakan BN bukan cerita baru di negara kita
cuma jumlahnya sahaja berapa ramai yang akan digunakan pada PRU ke 13 yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia sekarang...
pengundi hantu pernah disahkan di Mahkamah, sebelum projek IC mahathir terbongkar lagi.....Hakim Muhammad Kamil Awang telah mengesahkan kewujudan pengundi hantu
Keputusan Likas dibatal --Mahkamah dapati wujud pengundi hantu pada pemilihan 1999
KOTAKINABALU 8 Jun - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari inimengisytiharkankeputusan pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Likas yang diadakanpada tahun 1999sebagai batal keranaterdapat pengundi hantuyang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan tersebut.
Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam penghakimannya berkata, daftar pemilih 1998 bagi kawasan tersebut adalah tidak sah.
Selain Sabah, satu lagi negeri yang pernah dijalankan operasi khas menipu secara besar-besaran adalah negeri Terengganu, bermula pada PRU pada tahun 2004...negeri Terengganu dirampas dengan cara kotor dari tangan Pas, dengan pertambahan pengundi yang luar biasa....sehingga kini, pertambahan pengundi dalam daftar pemilih yang kotor itu masih belum dibersihkan
Fakta penipuan PRU ke 2004
Parlimen kemaman (di terengganu)
Jumlah Pengundi 2004 : 66,416
Jumlah Pengundi 1999 : 50,616
Pertambahan Pengundi : 15,800
% Pertambahan Pengundi : 31.21% (pertambahan luarbiasa)
% Keluar Mengundi 1999 : 81.09 %
% Keluar Mengundi 2004 : 88.02%
Maj Menang 1999 : 1,535 (Keadilan)
Maj Menang 2004 : 15,882(BN)
Bandingkan pula Jumlah Pengundi di Batu Pahat ( di johor)
Jumlah Pengundi 2004 : 68,154
Jumlah Pengundi 1999 : 64,949
Pertambahan Pengundi : 3,205
% Pertambahan Pengundi : 4.93 % (pertambahan normal yg sepatutnya)
% Keluar Mengundi 1999 : 73.66%
% Keluar Mengundi 2004 : 73.81 %
Ambo cumo bawok 2 senario kawasan parlimen mengundi dulu. Ini secara khusus untuk kito memulokan perbincangae mengapo dikatokae BN MENIPU di terengganu.
Pertamonyo, kito tengok pertambahan pengundi ygbegitu DRASTIK, seolah2 Kemaman itu adalah pusat ekonomi dunia, sehinggakan penghijrahae berlaku besar2an.
Keduonyo, kito tengok peratusan keluar mengundi yg cukup ketara, antara Kemaman dengae Batu Pahat. Bagi negara2 sedang membangun seperti malaysia ni, peratusae keluar ngundi adalah sekitar 65% - lebih sikit 80%. Sebab itulah kalau peratusae mengundi itu kekal sebagaimana kebiasaan,bukan sahaja Terengganu tak dapat, mungkin negeri2 lain yg majoritimelayu Islam jugok bakal tumbang. Oleh itu, dalae kiraan JPN dan SPR yang terlibat secara langsung, sebagaimana ambo pernoh sebut beberapo tahun sudah,jiko peratusae kekal, BN kalah banyok tempat. Mau tak mau, negeri2 yg maj melayu/Islam ramai, mesti diambilalih walau apa cara sekalipun supaya semangat perubahae dikalangan masyarakat melayu/Islam itu tidak merebak ke negeri2 lain.
Ketigo, bilo tengok kepada majoriti menang tahun2004 itu adalah hampir sama dgn pengundi yang ditambah iaitu sekitar 15,800 orang, seolah2 ini adalah grand design pihak2 yg ada kepentingan. Mana mungkin rakyat yang celik menjadi begitu boodo sekali di mana kesemua pengundi yg ditambah itu memberikan undi kepada BN sahaja. Bukae sahaja di Kemaman, di seluruh terengganu, hampir semua pengundi baru yg dikatakae itu memberi undi kepada BN.Pelik tapi benar, itulah politik di negara ini.
Keempat, bilangan undi yg diterima calon Keadilan adalah hampir sama sahaja antara tahun 1999 (20,715) dan 2004 (20,635) iaitu hanya berkurangan 120 undi sahaja. Jika senario ini berlaku dan tidak ada penipuan pertambahan pengundi, BN belum dapat menawan parlimen kemaman ini.
================================
Husam berkata, PAS kalah pada 2004 ekoran pertambahan undi luar biasa sebanyak 93,179 yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum tersebut.
Menurutnya, persoalan bagaimana BN mendapat 93,179 undi baru itu pernah ditimbulkan dalam persidangan DUN Terengganu, tetapi dakwanya, ia tidak boleh dijawab oleh pemimpin BN negeri itu.
Dalam pilihanraya umum yang lalu, katanya, BN memperolehi peningkatan purata 19 peratus atau kira-kira 2,200 pengundi barubagi setiap DUN.
=================
Peratus keluar mengundi bagi PRU ke 12 bagi negeri Terengganu adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 84.97% jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain
sementara Peratus keluar mengundi terendah ialah Sarawak iaitu hanya 65.08% saja yang keluar mengundi..
Peratus Keluar mengundi tertinggi ini membuktikan bahawa kenyataan Dato Mustafa Ali tentang adanya operasi khas pengundi hantu dari luar negeri Terengganu yang dibawa masuk ke dalam negeri tersebut adalah benar
====================================
idris jusoh seolah-olah dah tahu awal-awal lagi peratusan yang akan keluar mengundi
Laporan Utusan Malaysia pada 31 Januari 2008 (sebelum pilihanraya Umum )
Pastikan 85% keluar mengundi
SETIU 30 Jan. – Semua ahli UMNO termasuk pemudadan puteri di Terengganu digesa terus bekerjasama rapat bagi memastikan sekurang-kurangnya 85 peratus orang ramai di negeri ini keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata,kerjasama itu seharusnya dikekalkan sehingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dalam pilihan rayaumumke-12.
p/s : Selepas Pilihan raya didapati % keluar mengundi negeri Terengganu adalah tertinggi di Malaysia iaitu 84.97% (Peratusanyang sangat-sangat hampir dengan peratusan yg telah disebut idris jusoh sebelum itu)
kenyataan idris jusoh pada 30 Januari 2008 dan disiarkan utusan pada 31 Januari 2008 ada menyebut tentang "85 % keluar mengundi"
ini pula keputusan dan peratus keluar mengundi pada pilihan raya 8 Mac 2008 :
didapati purata keluar mengundi keseluruhan ialah 84.97% ....
idris tahu...kalau dia tak dapat peratus keluarmengundi yg tinggi, itu ertinya ramai hantu gagal mengundi....dan dia akan kalah
kalau dia dapat peratus keluar mengundi yg tinggi..sebagaimana yg dia target(85%) , itu ertinya ramai hantu berjaya mengundi...dan dia akan menang...
Last edited by derihje on 4-4-2013 10:33 PM
|