CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13419|Reply: 4

Pasukan Khas Laut (PASKAL)

[Copy link]
Post time 5-4-2013 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.


Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini.



Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.




Bersama dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 07:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:08 AM | Show all posts
kak yip..thread ni tak ada lagi ke

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.142479 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list