CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 0

[CARI Info Kioks]ETCM – PENAJA KENDERAAN RASMI AXIATA CUP 2013  

[Copy link]
Post time 5-4-2013 02:53 PM | Show all posts |Read mode















ETCM – PENAJA KENDERAAN RASMI AXIATA CUP 2013  




Kuala Lumpur (3 April 2013) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) adalah penaja kenderaan rasmi untuk acara Axiata Cup 2013 yang berlangsung dari 21 Mac hingga 14 April 2013. Penglibatan ETCM adalah bertujuan untuk menyokong acara-acara bertaraf nasional serta antarabangsa yang membantu meletakkan Malaysia di peta dunia.  

“Kami melihat kolaborasi dengan Axiata Cup sebagai sebahagian daripada sumbangan ke arah pembangunan sukan badminton di Malaysia sbagai sukan utama di rantau ini,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen Yuen Thiam.  

Selaku penaja kenderaan rasmi untuk acara ini, ETCM dengan bangganya telah menaja satu unit Nissan TEANA 2.5L 2013 yang baru dilancarkan. Model itu hadir bersama ruang dalaman kulit berwarna  hitam serba baharu dan gaya luaran yang lebih sporty.

Semua kenderaan Nissan direka dengan keutamaan pada keselamatan orang ramai terutamanya di jalan raya. Nissan Teana mempunyai kelengkapan teknologi keselamatan yang lengkap seperti sistem beg udara SRS yang akan terbuka secara automatik sekiranya berlaku impak yang kuat, ABS untuk mengekalkan arah kawalan kenderaan untuk mengelakkan roda daripada terkunci, EBD untuk mengoptimumkan daya brek belakang dan Kawalan Dinamik Kenderaan (Vehicle Dynamic Control) secara automatik untuk mengawal kestabilan kenderaan apabila sensor mengesan kemungkinana kenderaan akan tergelincir ke sisi akibat stereng, brek atau pecutan. Di samping itu, Nissan Teana kini mempunyai ciri keselamatan baru - Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning System), yang dapat membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan pemandu bagi mengurangkan risiko pelanggaran.

Axiata Group Berhad (Axiata) merupakan salah sebuah kumpulan syarikat telekomunikasi terbesar di Asia. Hasil kerjasamanya dengan Konfiderasi Badminton Asia (BAC) dan Total Sport Asia (TSA), Axiata Cup telah berjaya direalisasikan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta, sekali gus menjadi acara kejohanan badminton secara berpasukan termahal.

Sebuah kandungan mudah alih eksklusif telah diperkenalkan untuk acara ini yang dinamakan sebagai ‘Axiata Cup: The Greatest Fan’, di mana para peminat badminton perlu melanggan maklumat Servis Mesej Multimedia (MMS) dan menjawab soalan harian selama 14 hari berkaitan badminton, Axiata Cup atau Celcom. Menerusi langganan ‘Axiata Cup: The Greatest Fan’, para peminat badminton juga boleh memperoleh maklumat dan perincian pertandingan, selain menghantar soalan berkaitan Axiata Cup. Pemenang utama peraduan ini berpeluang memandu pulang sebuah  Nissan TEANA 2.5L 2013.

Sempena penganjuran Axiata Cup, aktiviti-aktiviti menarik lain seperti “Lagak Ngeri Gerila” dan Siri Jelajah Bergerak” yang melibatkan lokasi berbeza di Lembah Kelang turut diadakan. Kedua-dua aktiviti itu merangkumi permainan mencabar minda yang direka untuk para peminat sukan badminton. Selain daripada itu, ETCM juga menaja Nissan ALMERA sebagai pengangkutan untuk membawa krew ke lokasi siri jelajah berbeza. Kerana ini adalah sebahagian daripada kempen promosi Peraduan Axiata Cup Up Your Game YouTube dan Axiata Cup Fantasy Badminton, para peminat badminton juga berpeluang memenangi baucar tiket untuk menyaksikan Axiata Cup.

Axiata Cup menampilkan lapan pasukan dari enam buah negara yang bertarung selama empat minggu. Negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina. Peringkat separuh akhir dan akhir bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 dan 14 April 2013. Perlawanan  tersebut juga disiarkan secara langsung di Saluran 811, Astro Super Sports pada pukul 1.00 petang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.133388 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list