CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9130|Reply: 25

Misteri Pulau Roanoke

  [Copy link]
Post time 5-4-2013 03:06 PM | Show all posts |Read mode

Pada 18 Ogos 1587 sebuah keluarga bernama Virginia Dare telah belayar dari Britain ke Amerika Syarikat bersama-sama sekumpulan peladang untuk meneroka tanah baru di sana. Kapal mereka terus belayar menuju ke Pulau Roanoke di utara Carolina. Apabila tiba di sana sepuluh orang peladang bercadang menetap di pulau itu bagi memulakan kehidupan baru sambil meneroka tanah di pulau tersebut. Setelah berbincang dan bersetuju dengan keputusan mereka kapten kapal berjanji akan datang semula membawa rakan-rakan peladang lain untuk bersama-sama meneroka pulau itu. Setelah mengucapkan selamat tinggal para peladang mula merancang dan bersedia memulakan penerokaan tanah bagi menubuhkan penempatan baru. Sebulan telah berlalu dan kapten kapal itu kembali semula ke pulau itu bersama-sama lebih seratus orang peladang.

Setelah berlabuh, kapten kapal mula merasa kehairanan kerana tiada perubahan di pulau tersebut. Ia kekal seperti sebulan yang lalu. Tiada langsung tanda-tanda kawasan itu diterokai dan penempatan yang wujud di situ. Yang lebih menghairankan ke mana menghilangnya sepuluh peladang yang ditinggalkan sebulan yang lalu? Kapten kapal dan kesemua para peladang mula mencari jejak mereka. Setelah lama mencari tiada seorangpun ditemui.

Setelah berbincang wakil pihak seratus peladang itu ingin menetap di pulau itu untuk membina penempatan baru sambil bersama-sama mencari sepuluh orang peladang yang hilang itu. Kapten kapal bersetuju lalu mengucapkan selamat tinggal dan berjanji akan melawati mereka dalam sebulan dua lagi. Kapal terus belayar meninggalkan pulau tersebut dan menuju ke England.

Masa berlalu, seperti yang dijanjikan kapten kapal datang semula melawati para peladang di pulau tersebut. Sekali lagi kapten kapal kehairanan ia masih sama keadaan asal. Sunyi sepi dan tiada langsung tanda-tanda penempatan manusia di pulau itu. Kapten kapal mula mencari bersama-sama penumpang kapalnya meredah dan mencari setiap genap pulau tersebut. Keputusannya tetap sama seperti yang lalu tiada seorang peladang ditemui yang ada hanyalah tulisan 'CRO' yang diukir di sebatang pokok manakala 'CROATAN' di pokok sebelah.

Croatan itu bermaksud nama pulau bersebelahan dengan pulau Roanoke. Kapten kapal terus pergi ke pulau Croatan untuk mencari kesemua peladang tersebut. Sebaik tiba di sana ia tetap sama seperti pulau Roanoke, tiada tanda kewujudan manusia apatah lagi penempatan. Sehingga kini tiada jawapan yang dapat diuraikan sehinggalah masa kini. Antara persoalan-persoalan yang ada bagaimana ke mana menghilangnya kesemua peladang tersebut? Bagaimana mereka berpindah ke sebelah pulau tanpa ada sebarang pengangkutan? Adakah mereka telah dibunuh tapi tiada kubur atau tulang manusia dijumpai? Adakah mereka diserang oleh lanun dan diculik oleh mereka tapi tiada langsung tanda pergelutan dan senjata atau darah ditemui? Adakah mereka telah diculik untuk dijadikan hamba? Atau telah diculik oleh makhluk asing? Ataupun telah memasuki alam ghaib? Begitupun pelbagai persoalan dan andaian misteri kehilangan kesemua peladang tersebut tetap tidak menemui jawapannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 03:20 PM | Show all posts
apa jawapannya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 03:50 PM | Show all posts
bbalik posted on 5-4-2013 03:20 PM
apa jawapannya?

kita tggu selepas iklan..hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 03:53 PM | Show all posts
apa teori2 kehilangan org2 yg ditinggalkan kt c2?
betoi ke bohong ni kesah ni? ada yg kn karan satgi nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 10:37 PM | Show all posts
X files..kekal misteri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 08:46 PM | Show all posts
kesimpulan nya tt?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2013 12:03 PM | Show all posts
cite ni ade dalam mastika lebih 10 tahun dolu kalo x silap...
mcm x de pape...sehingga kini x de jawapan...
x tau la ade teori di sebaliknya kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 01:57 PM | Show all posts
mereka pulang ke rahmatullah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 02:44 PM | Show all posts
Radzor posted on 7-4-2013 01:57 PM
mereka pulang ke rahmatullah?

Mungkin jugak radzor.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:13 AM | Show all posts
maka ianya adalah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:38 PM | Show all posts
misteri sungguh......errrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:04 PM | Show all posts
no ending.. kekal misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:35 PM | Show all posts
Dalam wiki ada sebut pasal pulau ni search Roanoke Colony
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 04:37 PM | Show all posts
so citernya ending kt cni jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:46 AM | Show all posts
so pulau ni sampai sekarang masih tekde penghuni ke? ke mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 02:26 PM | Show all posts
masuk dunia bonian??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2013 03:12 PM | Show all posts
jap nak google...hehehe


http://en.wikipedia.org/wiki/Roanoke_Island

http://en.wikipedia.org/wiki/Hatteras_Island Last edited by syahoney on 6-5-2013 03:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada cerita  ni kat fox the Roanoke mystery..mlm jemahat..this jemaat last episode..sohih  ke tak cerita the lost colony ni tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:36 PM | Show all posts
rebecca_nur replied at 19-10-2016 02:04 PM
Ada cerita  ni kat fox the Roanoke mystery..mlm jemahat..this jemaat last episode..sohih  ke tak cer ...

Ya, American Horror Story : My Roanoke Nightmare.

Tapi cerita tu guna creative license untuk explain the reason kenapa Roanoke Colony hilang secara misterinya.

SPOILERS ALERTS



=======================================================================================

Kononnya, selepas keberangkatan pulang John White (governor koloni) ke England untuk mendapatkan bekalan keperluan, isterinya Tomasyn menjadi ketua kepada koloni dan mula mencatu baki makanan. Tomasyn melarang orang-orang koloni keluar dari penempatan dan menunggu suaminya pulang dengan bekalan baru. Tak tahan dengan sikap 'kuku besi' Tomasyn, para orang koloni memberontak dan membuang Tomasyn ke dalam hutan untuk mati. Tapi Tomasyn hidup dan diselamatkan oleh Scathach (Lady Gaga), seorang ahli sihir / dewi pagan / syaitan, dan menjual rohnya sebagai ganti keselamatan dan kekuatan. Tak lama setelah itu, 116 penduduk koloni Roanoke hilang tanpa jejak kerana Tomasyn, dengan kuasa sihirnya berjaya menundukkan semua orang mengikut perintahnya, mengarahkan mereka untuk menjelajah jauh dari kawasan dan membuka penempatan baharu. Mula dari situ, orang-orang Roanoke hidup mewah dengan hasil pertanian yang lumayan tetapi perlu membayar dengan harga yang mahal. Ini kerana pada setiap kali terjadinya 'Dying Grass Moon', Tomasyn akan mengorbankan seorang kanak-kanak sebagai persembahan kepada 'bumi' yang telah memberikan mereka keselesaan dan kesejahteraan.

Ambrose, anak lelaki Tomasyn tidak tahan dengan kekufuran ibunya yang membelakangi ajaran Kristian memberontak dan disokong oleh orang ramai. Dia mengugut akan meninggalkan penempatan mereka dan kembali semula ke England. Berang dengan pengkhianatan kali kedua orang Roanoke, Tomasyn berpura-pura menginsafi segala perbuatannya dan mengadakan jamuan 'taubat' untuk menunjukkan keikhlasannya. Terpedaya dengan ulah Tomasyn, orang-orang Roanoke memakan buah 'epal' Amerika yang ternyata beracun dan Tomasyn kemudiannya membunuh mereka denga kejam termasuklah anaknya Ambrose. Usai selesai membantai seluruh penduduk, Tomasyn kemudiannya menyerahkan batang lehernya untuk dikelar Scathach yang menjanjikan bahawa para penduduk Roanoke akan kekal menghamba pada Tomasyn selamanya dan tanah penempatan itu miliknya sampai kiamat.

===============================================================================================

AHS kali ni berlainan sebab buat ala2 documentary.

Tapi seramnya kian meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Belligerent replied at 19-10-2016 03:36 PM
Ya, American Horror Story : My Roanoke Nightmare.

Tapi cerita tu guna creative license untuk ex ...

Jumaat ni ending dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081510 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list