CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1377|Reply: 0

[NASIONAL] Aplikasi "Undi PRU13" Untuk Android & Apple

[Copy link]
Post time 8-4-2013 09:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Maklumat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 boleh diakses dengan lebih mudah menerusi aplikasi telefon pintar yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan generasi celik teknologi maklumat.

Aplikasi dinamakan 'Undi PRU13', dicipta oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan, Appandus Sdn Bhd dan ia, boleh dimuat turun pengguna secara percuma melalui Google Playstore atau Apple App Store.                  


                  Menurut laman sesawang syarikat itu, aplikasi berkenaan menyediakan maklumat antara lain, kedudukan 727 kawasan pilihan raya kecuali kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak,  nama bekas dan penyandang kerusi Parlimen dan kerusi DUN, nama parti serta carian fleksibel untuk apa-apa maklumat lain.                  
                  
Maklumat itu dikumpul dan disusun daripada data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Wikipedia.

Syarikat itu menyatakan pengguna aplikasi itu juga akan dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan PRU13 serta kempen ceramah.

"engguna juga boleh berkongsi keputusan, berita atau maklumat melalui Facebook, Twitter atau e-mel," katanya.


sumber : BERNAMA


meh meh download meh! sesuai untuk mereka2 yg nak tahu apa2 info+update untuk PRU13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.315261 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list