CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5949|Reply: 30

Adegan ranjang! Artis berhak tolak

[Copy link]
Post time 10-4-2013 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Sejak kebelakangan ini, penerbit dan pengarah filem seakan berlumba-lumba menghasilkan filem dengan babak-babak ranjang. Sebagai mengambil contoh, filem Mencari Cinta, lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish, yang sehingga kini mendapat kritikan hebat dari segelintir peminat.
       
        Belum reda isu mereka, timbul pula 'babak panas' antara Remy Ishak dan Diana Danielle dalam filem Sembunyi: Bisikan Azazil. Walaupun babak itu sudah dipotong pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) namun pihak produksi sengaja menyebarkan 'footage' itu demi tujuan promosi.
       
        Selain kredibiliti LPF sebagai badan penapisan menjadi tanda tanya, keberanian artis melakukan aksi murahan itu turut dituding sebagai punca 'penyesatan' filem tempatan.
       
        Pada saya, ini adalah satu perkara yang sangat negatif kerana melibatkan agama dan bangsa. Adegan ranjang untuk sesebuah filem tidak sesuai dilakukan. Untuk menghasilkan filem yang menarik, penonton tidak perlu disogok dengan babak-babak demikian.
       
       
        Jangan mudah terpengaruh dengan filem Inggeris, walaupun ia sekadar lakonan namun hukumnya tetap haram. Dengan cara ini juga akan merosakkan industri filem tempatan. Pihak penapisan filem juga harus lebih tegas. Pelakon juga berhak  menolak jika ditawarkan adegan sebegini kerana ini melibatkan maruah."
         - Darling Ngasri

       
        Secara hukumnya, bersentuhan juga haram, apatah lagi babak-babak yang keterlaluan. Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun, pihak yang berperanan dalam hal ini sepatutnya lebih peka dalam hal sebegini.
       
        Jika adegan sebegini dilakukan ini akan merosakkan perspektif  masyarakat mengenai filem tempatan, lebih baik kita laksanakan satu garisan panduan untuk menghentikannya dari sekarang. Pelakon seharusnya bijak menimbang tawaran yang diberikan."

        - Iqram Dinzly
       
        Sekarang ada pelbagai cara dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi agar sesebuah filem nampak lebih menarik. Jangan jadikan aksi sebegini untuk menarik minat penonton ke panggung.
       
        Malah pelbagai pihak akan memandang pada sudut negatif. Pengarah dan penerbit mempunyai peranan penting dalam penghasilan filem, maka buatlah filem yang mampu memberi nilai positif kepada masyarakat."

         - Faizal Hussin
       
        Saya tidak menyalahkan pengarah mahupun pelakon, kadang kalanya terpaksa melakukan sedemikian kerana penyampaian jalan cerita sesebuah filem, ia juga berpandukan kepada batasan kita sebagai orang Melayu.
       
        Ia memang cabaran sebagai pelakon dan perlu berani dalam memegang setiap watak yang diberikan. Tapi seharusnya berpada-pada. Saya misalnya, sebagai isteri sudah pasti saya menjaga batas-batasnya dan lakonan ada hadnya.
       
        Dalam dunia seni tidak semua orang menerima apa yang kita lakukan. Jadi sebagai penggiat filem perkara seperti ini perlu dipandang serius bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang datang."

        - Emelda Rosmila

       
        Babak ranjang, boleh mengundang isu sensitif bagi masyarakat kita. Sebaiknya adegan seperti ini tidak perlu dilakukan dalam filem kita. Jika perlu sekalipun, janganlah terlalu 'detail' untuk di paparkan. Kita bukan seperti negara barat yang menganggap adegan tersebut menjadi perkara biasa
       
        Di Malaysia kita mempunyai adat dan budaya yang tinggi. Bagi saya sendiri jika diberi watak untuk melakonkan sebegitu saya akan berbincang terlebih dahulu khuatir akan menimbulkan prasangka masyarakat terhadap industri filem tempatan."

        - Kamal Adli
       


        Saya tidak rasa karya tanpa adegan keterlaluan tidak layak untuk dijual dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Banyak filem-filem yang berjaya tanpa menyelitkan adegan sebegini.
       
        Apa yang penting adalah garapan cerita dan kreativiti pengarah serta produksi itu sendiri. Saya pernah menerima tawaran berlakon sebagai seorang penggoda pada 1988 dengan memakai pakaian tidur, tapi menolak kerana saya rasakan ia tidak mendatangkan faedah, dalam hal ini pelakon juga mempunyai hak untuk menolak watak yang tidak sesuai dilakukan."

        - Fauziah Ahmad Daud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 01:05 PM | Show all posts
baguslah tu. industri film kat msia ni dah ngikut hindia. tgk la film depa, saree saree dah tak pakai dah..sikit jer lagi nak berbogel. fikiran masyarakat depa dah disumbat dgn sek sek sek...tu yang pantang tgk pempuan jer  olo naik mencanak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:07 PM | Show all posts
jonlabu posted on 10-4-2013 01:05 PM
baguslah tu. industri film kat msia ni dah ngikut hindia. tgk la film depa, saree saree dah tak paka ...

hakhakhak!!! saya hanya mengikut arahan pengarah.. phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:13 PM | Show all posts
Bagus lah. Kalau takder artikel ni, mesti artis artis tu ingat dorang takder hak menolak.



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:17 PM | Show all posts
nuzulai posted on 10-4-2013 01:07 PM
hakhakhak!!! saya hanya mengikut arahan pengarah.. phuiii

Rela ber'tuhan'kan pengarah kekdahnya..sampai maruah sendiri tergadai! phuiiii... sekali lagik!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:20 PM | Show all posts
bg aku pucuk pangkal pada diri sdiri.kdg2 diri sdiri yg menggatal nak buat gitu..hakikatnya boleh aje tolakkan?? banyak je retis tolak adegan mcmni.kalo prinsip diri jdkan diri ni semurah bantal peluk..tu xkisah.

alasan paling xlogik ikut arahan pengarah.bukan kalo tolak tu xda job lain kan.dan paling menyampah nak cuba menghayati watak..kaedahnya nak cuba watak yg diluar kebiasaan..sbb nak org tau dia serba boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2013 01:22 PM | Show all posts
kalo tak dibendung..lama kelamaan ada filem malaysia ala2 filem 9 songs
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:25 PM | Show all posts
sbb ada permintaan kah...

sbb tu wat felem cmtu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 01:25 PM | Show all posts
hantor tarzan malaysia shj,
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:27 PM | Show all posts
truly posted on 10-4-2013 01:13 PM
Bagus lah. Kalau takder artikel ni, mesti artis artis tu ingat dorang takder hak menolak.

Bodo sangat la artis kalau sebelum2 ni diorang tak tahu hak2 mereka....

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:34 PM | Show all posts
budaya melucah dalam filem ni bukan kehendak penonton/pasaran, sebab kita boleh tengok sendiri filem2 melayu yang laku juta2 tu sebab ia berunsurkan lucah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:38 PM | Show all posts
Artiissss, haaarrrkkkkkk tuuuiihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:47 PM | Show all posts
elok la artis mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:48 PM | Show all posts
kenapa tak interview Nora Danish?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 02:46 PM | Show all posts
diorg ni melacurkan diri utk wang... baik g je luar negara, apply berlakon film porn terus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 02:46 PM | Show all posts
jonlabu posted on 10-4-2013 01:05 PM
baguslah tu. industri film kat msia ni dah ngikut hindia. tgk la film depa, saree saree dah tak paka ...

abng jon kaki hindustan??? kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 02:54 PM | Show all posts
Anwat tolak batu dgn kayu je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 02:55 PM | Show all posts
apa susah ..mahu tgok blue pergi sahaja la dekat blog papabodoh.....itu pun nak ajar
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 03:00 PM | Show all posts
org melayu ni, dlm filem tak bleh...luar dari filem boleh!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 03:04 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 10-4-2013 02:55 PM
apa susah ..mahu tgok blue pergi sahaja la dekat blog papabodoh.....itu pun nak ajar

ya ya ya! mcm2 ado. papa liwat ada, china doll ada, politician look alike ada, papahomo ada...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.131427 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list