CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3207|Reply: 5

Jozan kekal hos Raja Lawak musim ke-7

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2013 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Bukan saja menampilkan konsep lebih menarik, program Raja Lawak musim ketujuh (RL7) juga masih mengekalkan gabungan pelawak terkenal, Johan dan Zizan Razak atau Jozan selaku pengacara sekali gus memantapkan lagi musim baru program pencarian pelawak berkenaan.


Secara peribadi, Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, yang juga Wajah Eksklusif Astro berasa terpanggil untuk menjayakan program RL7 bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelawak berpengalaman dalam misi mengangkat martabat golongan pelawak tanah air ke tahap yang lebih tinggi.




“Jika nak diikutkan, saya berminat untuk menjadi juri dalam RL7 tetapi pihak Astro putuskan saya kekal menjadi hos dengan Zizan untuk musim baru ini.
  
“Sama ada hos atau juri ia tetap memainkan peranan tersendiri dalam RL. Paling penting, saya terima tawaran buat program ini kerana bakat saya juga mula digilap dalam RL dulu. Saya juga menganggap program RL sudah menjadi ‘trademark’ dalam karier seni. Peminat mula kenal saya pun melalui program RL sehingga berada pada tahap sekarang,” katanya.

Justeru, walaupun agenda seni padat dengan pelbagai aktiviti seni, dia tetap memberikan komitmen terbaik pada program ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menggilap bakat pelapis dalam bidang komedi.

“Maklumlah, bidang seni tempatan masih kekurangan pelawak pelapis terutama golongan wanita. Justeru, saya sentiasa menyokong program pencarian bakat pelawak seperti RL7 diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ditanya kelainan RL7 kali ini, kata Johan, penyertaan RL7 turut membabitkan penyertaan dari warga Singapura.

“Saya tidak melihat penyertaan warga Singapura sebagai satu isu kerana mereka memiliki permit kerja untuk masuk ke negara ini. Penyertaan warga luar juga boleh mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang seni kerana pasti setiap peserta berlumba-lumba memberikan yang terbaik sekali gus merebut hadiah wang tunai utama  RM100,000 untuk dimenangi.

“Namun, masih terlalu awal untuk saya komen mengenai prestasi peserta kerana kami belum berjumpa untuk sesi latihan lagi,” katanya.

Apapun, kata Johan, dia menaruh harapan barisan peserta yang ditampilkan dalam RL7 lebih berkualiti berbanding musim sebelumnya.

“Sudah pasti kita berharap peserta yang ditampilkan untuk musim baru RL7 lebih berbakat untuk digilap sebagai pelapis dalam bidang komedi tempatan. Jika peserta yang dilahirkan dalam musim baru ini tidak bagus atau tidak ada kualiti tidak perlulah kita teruskan program RL ini.   
   
“Saya juga menaruh harapan tinggi semoga musim baru RL7 dapat mengisi kekurangan barisan pelawak pelapis sekali gus mewarnai bidang seni kita pada masa depan,” katanya.   
   
Raja Lawak Musim 7 yang mula bersiaran Jumaat ini akan disiarkan secara serentak di Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134) dan ERA fm (103.3 fm) selaku radio rasmi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 12:50 PM | Show all posts
TT, ni x relevan masuk di rumah Gossip. Sila masuk ke BodTV. C.c. @skymania  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:55 PM | Show all posts
yay! Johan!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 02:28 PM | Show all posts
boleh hangkut ke bod tv ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 04:52 PM | Show all posts
cikatilia posted on 12-4-2013 12:55 PM
yay! Johan!!

x sabar nk tgk malam ni....

go go JOHAN.... Bkn jijan aek.. hheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 05:08 PM | Show all posts
yeah nasih Johan pandai buat keputusan tak jadi juri, kalau tak tak berapa nak meriah RL
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049221 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list