CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: idril

Misteri keputihan Adira. Jelmaan arwah Michael Jackson kah?

[Copy link]
Post time 14-4-2013 02:18 AM | Show all posts


dia ada makan ni kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 02:20 AM | Show all posts
adik beradik dia gigih bgtau dlm instag yg adira mmg putih sejak kecil
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 02:21 AM | Show all posts
aayz posted on 14-4-2013 02:18 AM
ya...i pun pernah terbaca psl tu.... but this part of the article...

                                                                                                                                                                                                                 ...

OK...good info
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 02:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:44 AM | Show all posts
terbaca kt mana ntah dah lupe, adira kata dia makan produk beutyskin + sne kapsul + excel tea? ( tak pasti apa nama teh ni).
makan 3 benda ni dah lama dah, tu yg jadi putih mcm tu.

tapi..tu lah. putih sangat dah adira ni. takut plak tengok.
memang lain la dengan zaman AF dulu. time AF dulu, kakak dia Ema lagi putih kulit dia berbanding ngan adira.

Last edited by fiza1 on 14-4-2013 03:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 07:06 AM | Show all posts
nape tah aku tgk cam pelik je keputihan + make up dia nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2013 08:03 AM | Show all posts
TT jeles yeyayyyy...pom..pom....pom...
sebetoi nye TT nk taw dia pakai produk apa kan..
TT nk tiru n nk beli kahennnn..khennnn..phuiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:23 AM | Show all posts
  

xpernah kenal dia vesi original. tp xsangka lah... dulu lg manis. putih terlebih mcm muka sakit. dulu nampak muka dia ceria...sekarang lemau je. iolss ingt mmg muka dia jenis lemau mcm tu..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 08:24 AM | Show all posts
Mcm sinchan
Dia x tau yg itam tu manis
Kalu putib biolah putih putih melati
Ni dah putih mayat ..buruk
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:24 AM | Show all posts

Adira mahu genggam trofi

SEPANJANG pembabitannya dalam dunia seni, kisah peribadi penyanyi berkulit putih gebu ini, Adira, 21, lebih banyak dijaja berbanding kerjayanya.


Hakikatnya, Adira tidak pernah inginkan semua itu terjadi, malah sebaik mungkin cuba mengelak terpalit kontroversi.

Namun apakan daya, dia terpaksa akur dengan keadaan itu, apatah lagi dengan statusnya sebagai selebriti. Ada saja cerita kurang enak mengenainya cuba ditimbulkan.

Kontroversi pertama mengenai gosip panas dirinya bercinta dengan pengkid, Adira akui sangat tertekan dan sedikit mengganggu kariernya hingga ada masanya dia hampir mahu menarik diri dari industri.



Bagaimanapun, apabila mengingat kembali tujuan utamanya menceburi bidang seni serta penat lelah memberi persembahan terbaik ketika menjadi peserta Akademi Fantasia Kelapan (AF8), dia lantas bangkit daripada emosi yang membelenggu dirinya dan belajar mengetepikan kata-kata orang sekeliling.


“Tidak mungkin begitu mudah saya menarik diri dari bidang ini. Kalau saya tinggalkan benda yang saya minati hanya kerana tidak tahan kontroversi, bermakna semua penat lelah yang saya lakukan sebelum ini sia-sia.

“Sampai bila-bila pun orang tidak akan berhenti bercakap, walaupun perkara itu tidak benar. Itu hak mereka untuk bercakap atau berfikiran seperti itu. Saya hanya dapat memberi penjelasan. Kalau masih tidak percaya, terpulang.

“Saya semakin biasa dengan keadaan ini. Cukuplah saya ada keluarga, rakan, pihak pengurusan dan peminat yang memberi sokongan,” katanya.

Adira percaya, apabila orang penat bercakap, mereka pasti akan diam. Dia tidak mahu membebankan diri dengan memikirkan perkara yang tidak berpenghujung serta tidak memberikan manfaat kepada kerjayanya.

Katanya, semangat untuk menggapai tahap tertinggi dalam industri ini masih berkobar-kobar. Adira juga memasang impian satu hari nanti menggenggam trofi kemenangan yang mengiktiraf kariernya pada peringkat lebih tinggi.

“Setakat ini rezeki belum memihak pada saya, tetapi saya serahkan sepenuhnya perancangan masa depan saya kepada pihak pengurusan untuk mengendalikan perjalanan seni.

“Saya percaya pihak pengurusan dapat menjaga karier saya dengan baik. Tanpa mereka, saya mungkin bukan siapa-siapa. Mereka yang banyak membantu saya capai tahap sekarang.

“Mungkin belum sampai rezeki saya untuk menerima anugerah. Apa pun, saya tidak pernah meletakkan sasaran terlalu tinggi. Bimbang nanti tidak dapat dicapai,” katanya.

Anak bongsu daripada lapan beradik ini terus mengembangkan bakatnya dalam seni lakon selepas cubaan pertamanya menerusi rantaian drama Tiara untuk Astro Ria mendapat sambutan menggalakkan.

Bakal muncul dengan drama baru untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), Adira bakal memulakan penggambaran pada bulan depan bersama Almy Nadia.

Katanya, dia juga dalam proses menyiapkan album yang bakal dilancarkan penghujung tahun ini. Bagaimanapun, ia masih pada peringkat awal dan Adira keberatan berkongsi lebih banyak.

“Bulan depan pun ada lagu baru yang akan keluar. Tunggu saja. Saya mahu ia menjadi kejutan buat peminat. Apa yang saya boleh kongsi, lagu baru itu berentak balada,” katanya.



Mungkin itu orang lain

PERNAH digosip dengan pengkid, kemudian menjalin cinta dengan Hafiz AF8 dan Ag Coco, Adira memang tidak pernah terlepas diajukan pertanyaan mengenai cinta.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu dikatakan menjalin cinta dengan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz. Tambah menguatkan lagi cerita mereka bercinta apabila tersebar gambar Aliff dan Adira memakai cincin sama.

Bagaimanapun, baru-baru ini pelbagai spekulasi timbul mengenai hubungan mereka apabila status laman sosial Twitter Aliff seolah-olah dirinya putus cinta.

Meminta mengulas isu itu, Adira dengan tenang menegaskan dia dan Aliff hanya teman rapat. Katanya, dia tidak pernah tahu isu ini dan tidak ada seorang pun menghubunginya untuk meminta pengesahan.

“Ingin saya tegaskan yang kami hanya berkawan baik. Hubungan kami juga bukan ibarat mengenali hati budi masing-masing.

“Kami memang berkawan. Mungkin insan dimaksudkannya orang lain dan bukan saya,” katanya mengenai spekulasi Aliff putus cinta.

Ketika menjawab isu ini, jelas terpancar kematangan Adira. Katanya, tidak wujud istilah putus cinta kerana dia tidak pernah bercinta dengan Aliff.

Bagi Adira, pengalaman lalu banyak mengajarnya berfikir lebih jauh dan matang. Baginya, jika cinta itu datang, dia akan menerimanya. Namun dia tetap berpegang pada prinsip ‘harus memilih’.

“Saya tidak mencari cinta. Kalau ada, saya terima. Perkara ini susah untuk kita terangkan kerana ia berkaitan hati dan perasaan. Sedar-sedar saja, kita sudah jatuh cinta.

“Pengalaman sebelum ini mengajar saya apa yang wajar dan tidak wajar dilakukan dalam satu-satu hubungan,” katanya.


PROFIL:


Nama sebenar: Siti Adira Suhaimi
Lahir 19 September 1991 di Ranau, Sabah
Suku kaum Kadazan-Dusun dari Kundasang, Sabah
Naib juara AF8 yang dijuarai Shahir

Adira adalah pelajar AF8 paling rendah dengan ketinggian 150 sentimeter ( 4 kaki 9 inci).

Mewakili sekolahnya dalam pertandingan nasyid.

Meminjamkan suaranya untuk watak Mary Jane, Spider-Man dan Lava Girl dalam The Adventures Of Sharkboy And Lavagirl versi Melayu.

Adira juga dikenali sebagai Ratu Soundtrack apabila menyanyikan Ilusi untuk Awan Dania 3, Ombak Rindu (duet dengan Hafiz) untuk filem Ombak Rindu, Keajaiban Cinta (duet dengan Aliff Aziz) untuk Tiara dan Ratuku duet dengan Awie untuk Sehangat Asmara.

Last edited by rosemary70 on 14-4-2013 08:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:27 AM | Show all posts
dulu dia lg sweet...mcm dira abu dahar pulak. yg putih nampak mcm sakit...


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:48 AM | Show all posts
Lebih putih dari org putih... Boleh la audition berlakon jadi mayat utk drama2 polis
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:51 AM | Show all posts
Bakal miss propa generasi baru kah beliau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 09:11 AM | Show all posts
putih yang menakutkan.mmg dia obses nak putih ni.dulu tade duit,now dah ade duit buatlah segala benda asal tercapai niat.snow white sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 09:13 AM | Show all posts
putih yg x natural
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 09:13 AM | Show all posts
dr AJL lg mmg pelik dgn kulit dia ni... tak ssuai langsung putih mcm tu.. sbb keliling mata dia gelap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 09:18 AM | Show all posts
sape yg follow af8 mmg tau,adira ni mmg putih tp xde la putih melepak mcm skrg.....skrg ni lain mcm tgk kulit dia...klau ddk bwh cahaya matahari,mmg bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 09:44 AM | Show all posts
shachihata33 posted on 14-4-2013 08:23 AM
xpernah kenal dia vesi original. tp xsangka lah... dulu lg manis. putih terlebih mcm muka saki ...

sungguh,dia yg dulu lagi manis
kulit cerah cam dulu tu dah cukup lawo dah

x jugak bersyukur,nak jugak diputih-clorox-kn lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 09:48 AM | Show all posts
tak boleh tgk gmbar adira mlm2, siyes meremang bulu iols. seremmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 10:16 AM | Show all posts
shachihata33 posted on 14-4-2013 08:27 AM
dulu dia lg sweet...mcm dira abu dahar pulak. yg putih nampak mcm sakit...

based on the pics nie, dia tak cukup putih lagi tu coz lutut masih lg berkerak......work harder Adira....

Tahap keputihan dia tu mengingatkan aku pd satu felem zaman era 90-an....Powder.....tp dlm movie tu, budak tu jd putih coz ms mak dia mengandungkan dia, mak dia kena panah petir.......adira nie apa kes??  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.204027 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list