CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20612|Reply: 46

Tragedi Nanking 1937 : 300,000 di Bunuh Dalam Masa 6 Minggu

[Copy link]
Post time 16-4-2013 01:34 PM | Show all posts |Read mode
kalu dh ade...sori yee...




Tanggal 6 dan 9 Ogos yang lalu adalah ulangtahun ke 66 pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki,Jepun. Kejadian yang berlaku 1945 itu telah memaksa Jepun untuk mengaku kalah dalam Perang Dunia ke 2. Di anggarkan 200,000 rakyatnya terbunuh sehingga tahun 1950 akibat kesan radiasi nuklear.

Semua orang tahu tentang peristiwa tersebut yang menerbitkan rasa simpati dunia tentang kesengsaraan rakyat Jepun menghadapi bencana buatan manusia tersebut.

Kezaliman tentera Jepun juga banyak tertulis dalam lipatan sejarah tatkala menawan Asia Pasifik termasuk Tanah Melayu tetapi kezaliman terdasyat tentera Jepun berlaku di Nanking, China dan ia di panggil....

TRAGEDI NANKING 1937

1. Pada 13 Disember 1937, tentera Imperial Jepun telah menggempur bandar Nanking, China. Dalam masa 6 minggu mereka telah membunuh dan menyembelih orang awam berbangsa China. Lebih 300,000 orang telah di bunuh dan 20,000 orang wanita telah di rogol dengan kejam.

2. Rakyat China tidak semudah itu di bunuh tetapi mereka di seksa,di hina dan di rogol. Tentera Jepun menggunakan pelbagai cara untuk membunuh. Antaranya

a) Mereka menghambat rakyat China ke Sungai Yangtze dan melepaskan tembakan mesingun.
b) Mencurah petrol dan menembak mangsanya.
c) Mencungkil keluar mata kemudian di bakar mangsa hidup2.
d) Diikat di tiang dan di campakkan bom tangan hingga badan mangsa berterbangan.
e) Di curah asid sehingga daging hancur luluh.
f)  Di tusuk dengan tombak berulangkali sehingga mati.
g) Jantung di korek keluar.
h) Setengah wanita di tumbuk di bahagian kemaluan dan di tusuk objek lain sehingga mati.
i)  Bayi dan kanak-kanak di rebus dengan air panas sehingga mati.
j) Di pancung kepala.
k) Di sumbat beramai-ramai ke dalam rumah dan di bakar.

3. Pemerintah tentera Jepun juga menganjurkan pertandingan bunuh terbanyak khusus untuk tentera Jepun. Kadang2 angka kematian mencecah 500 orang untuk 1 pertandingan. Apa yang lebih menarik jumlah kematian dalam pertandingan ini akan di kemaskini setiap hari di akhbar Jepun.

4.Tentera Jepun juga menjadikan rakyat China ini sebagai ujikaji dalam bidang perubatan. Rakyat China ini di sumbat dalam bilik tekanan udara sehingga bebola mata tersembol keluar.Melepaskan gas beracun dan bakteria pembunuh. Wanita mengandung pula di keluarkan janin dan di masukkan dalam balang.

5. 20,000 orang wanita di rogol dan dibunuh, tragedi ini juga di kenali sebagai "Rape of Nanking". Pegawai tentera Jepun menggalakkan anah buah mereka merogol siapa sahaja yang mereka suka. Salah seorang pegawai memberitahu askarnya,"Untuk mengelakkan masalah...bunuh mereka selepas anda rogol." Sesetengah mangsa rogol di robek perutnya dan payudara di potong. Mana yang cantik dan seksi di simpan di bilik khas sebagai pemuas nafsu sepanjang hari. Dalam satu kejadian, seorang ibu,2 anak perempuannya,dan bayi satu tahun di rogol di rumah mereka kemudian di bunuh.

6. Tentera Jepun akhirnya keluar dari China bila USA menggugurkan bom atom ke Hiroshima dan Nagasaki.
Begitulah kekejaman yang di lakukan oleh tentera Jepun. Jepun sangat anti dengan orang China.


















Wanita ini di rogol dan di pancung kepala




Wanita ini di rogol kemudian di bunuh




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 02:18 PM | Show all posts
euww...jahat giler...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 03:45 PM | Show all posts
isshhh ngerinya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 03:56 PM | Show all posts
kejam gilerr jepun ni ..  tak de perasaan ke buat mcm tu .. nasib la pctre tu black n white + blur ..  kalau tdk lg ngeri...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 05:13 PM | Show all posts
Belilah barangan Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 08:00 PM | Show all posts
toksah percaya sangat la kisah ni
provokasi oleh tentera china terhadap jepun yg buat
askar jepun mengamuk
askar china yg pengecut buang uniform mereka
pastu pakai pakaian org awam dan serang tentera jepun
mana la tak askar jepun tak hangin satu badan
cerita ni diulang berkali2 oleh puak2 komunis selepas perang
untuk naikkan sentimen kenegaraan org cina disana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2013 08:13 PM | Show all posts
zalim sungguh, memang patut kena bom atom zaman ww2 dulu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 08:58 AM | Show all posts
mmg askar jepun dulu2 jahat...sama gak ape y diaorg buat kt org melayu dulu...ade lg lh manusia y sbelahi askar jepun ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 09:54 AM | Show all posts
thanks 4 sharing....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 12:00 PM | Show all posts
Kesalahan dan dosa Jepun VS balasan yang diterima.
Jepun tetap bersalah kerana beraja di mata bersultan di hati sepanjang kempen Perang Dunia II yang disertai oleh empayar tersebut. RJ Rummel menganggarkan kematian akibat serangan Jepun sekitar 5,424,000 orang.
Jika dipecah mengikut negara:
China 3,695,000;  Indochina 457,000,  Korea 378,000  Indonesia 375,000; Malaya-Singapura 283,000; Filipina 119,000, Myanmar 60,000 dan Kepulauan Pasifik 57,000.
Rummel menganggarkan kematian  Tahanan Perang dalam jagaan Jepun sekitar  539,000 yang jika diperincikan  mengikut negara:
China 400,000; Indochina-Perancis 30,000; Filipina 27,300; Belanda 25,000; Perancis 1,000; UK 13,000; jajahan Britain 11,000; AS 10,700; Australia 8,000[2].
Sejarawan Chalmers Johnson telah menulis bahawa "Jepun telah menyembelih sebanyak  30,000,000 nyawa di  Filipina, Melayu, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Burma, sekurang-kurangnya 23 juta daripada mereka adalah etnik Cina.”

Daripada "60,000" tawanan perang Tentera India yang ditawan di Singapura, 11,000 mati dalam kurungan[3].

Terdapat 14,657 kematian di kalangan 130,895 rakyat awam akibat kebuluran dan penyakit[4].
Apa pula balasan yang diterima Jepun selepas tragedi atom? Letupan di Hiroshima telah mengorbankan lebih 66,000 nyawa dan menyebabkan lebih 69,000 orang lagi cedera. Nasib yang serupa telah menimpa penduduk Nagasaki dimana lebih 39,000 terkorban dan 25,000 orang tercedera. Malah 600 ribu rakyat Jepun terbunuh akibat dibom oleh tentera Berikat[5]. Manakala 2 juta tentera Jepun maut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:20 PM | Show all posts
kejam! kurang aja btol
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:30 PM | Show all posts
huuu...aku keje kat kilang jepun..
tapi jepun sini baik2 belaka..
tok nenek moyang diorang kejam ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:59 PM | Show all posts
kalau ada forumer yang layan tvb hong kong ni, ada banyak cerita bersiri yang mengisahkan tentera jepun menawan china dlu. dari situ boleh tengok betapa kejamnya jepun waktu tu. kat tanah air kita pun ada kejadian macam ni sampai terseksa kena makan ubi kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 04:03 PM | Show all posts
rekod bukan Jepun pegang

Mao Zedong: Victims 60 million

Joseph Stalin: Victims 40 million

Adolf Hitler: Victims 30 million





[size=1.4em]1 MAO ZEDONG
[size=1.4em]China (1949-76) Regime Communist Victims 60 million
[size=1.4em]China’s so-called ‘Great Helmsman’ was in fact the greatest mass murderer in history. Most of his victims were his fellow Chinese, murdered as ‘landlords’ after the communist takeover, starved in his misnamed ‘Great Leap Forward’ of 1958-61, or killed and tortured in labour camps in the Cultural Revolution of the Sixties. Mao’s rule, with its economic mismanagement and continual political upheavals, also spelled poverty for most of China’s untold millions. The country embraced capitalism long after his death.


[size=1.4em]2 JOSEPH STALIN
[size=1.4em]Soviet Union (1929-53) Regime Communist Victims 40 million
[size=1.4em]Lenin’s paranoid successor was the runner-up to Mao in the mass-murder stakes. Stalin imposed a deliberate famine on Ukraine, killed millions of the wealthier peasants – or ‘kulaks’ – as he forced them off their land, and purged his own party, shooting thousands and sending millions more to work as slaves and perish in the Gulag.


[size=1.4em]3 ADOLF HITLER
[size=1.4em]Germany (1933-45) Regime Nazi dictatorship Victims 30 million
[size=1.4em]The horror of Adolf Hitler’s dictatorship lies in the uniqueness of his most notorious crime, the Holocaust, which stands alone in the annals of inhuman cruelty. It was carried out under the cover of World War II, a conflict Hitler pursued with the goal of obtaining ‘Lebensraum’. The war ended up costing millions of lives, leaving Europe devastated and his Third Reich in ruins.


Read more: http://www.dailymail.co.uk/home/moslive/article-2091670/Hitler-Stalin-The-murderous-regimes-world.html#ixzz2Qhoe2CP7
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook
Last edited by shamsadis on 17-4-2013 04:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 04:14 PM | Show all posts
Apa sebab dia marah sangat ka China ni dulu? Bangsa nampak macam lebih kurang je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 04:16 PM | Show all posts
jepun dulu zaman ww2 kena bom atom aku tak kesian langsung

jepun skang kena gempa bumi besar mmg aku kesian

dalam filem ip man lakonan donnie yen pun ada ditunjukkan betapa hapraknya tentera jepun zaman ww2 ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 05:16 PM | Show all posts
kejamnya...tak boleh bayangkan budak2 kena rebus
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 07:20 PM | Show all posts
masa_lalu posted on 16-4-2013 08:00 PM
toksah percaya sangat la kisah ni
provokasi oleh tentera china terhadap jepun yg buat
askar jepun ...

Kalau ko anti sangat ngan orang Cina di Malaysia ini pun janganlah menjadi buta sejarah pasal hal ini. Satu dunia pun tahu kekejaman tentera Nippon dulu. Mereka melakukan keganasan di semua negara yang diduduki mereka termasuk di Tanah Melayu. Tentera Nippon lebih kejam dengan rakyat China sebab berlakunya konflik di antara China dan Nippon dulu.
Ayat-ayat ko tu terlalu naif dan terlalu kejam!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 07:25 PM | Show all posts
SambalBelimbing posted on 17-4-2013 03:30 PM
huuu...aku keje kat kilang jepun..
tapi jepun sini baik2 belaka..
tok nenek moyang diorang kejam . ...

Arini Jepun memang dah baik. Seluruh dunia termasuk China pun dah boleh terimanya walaupun China masih lagi trauma dengan tindasan dan penyeksaan dari tentera Nippon dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 08:24 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 17-4-2013 07:20 PM
Kalau ko anti sangat ngan orang Cina di Malaysia ini pun janganlah menjadi buta sejarah pasal hal  ...

aku tak anti cina malaysia atau mana2 cina kat dunia
lain la kalau cina tu perompak
cuma aku benci bila org dengar cerita sebelah pihak saja

pernah tak korang terfikir kenapa kekejaman tentera jepun diwar-warkan
tapi mao zi dong yg buat lagi ramai org cina menderita tak diwar-warkan

aku nasihatkan ko kaji la balik sejarah, cuba dengar pulak apa kata jepun ttg cerita ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.237384 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list