CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7043|Reply: 14

Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia

[Copy link]
Post time 17-4-2013 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah  berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya  pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan  dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan  setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka  juga tidak menentu.

Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari  keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat  badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu  mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan  bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih  banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan  yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar  memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di  rumah”.


Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan  menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding  wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan  terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan  lebih minat memasak setelah berumah tangga.Mereka didapati akan mula  gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula  tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan  alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.


Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami  memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah  tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat  mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan  peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak  dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut  mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.


Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang  bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua  dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus  cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat  menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah  tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92%  lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh  perkahwinan.




Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian  berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar  penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.  Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi  beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut  kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih  mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup  berbeza. 97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti  seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak  terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila  si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian  datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan  anda.


Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa  paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan  kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya  meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan  ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.  Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik  sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan  suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti  boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang  tempoh perkahwinan.


Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus  diterima sejak azali lagi.Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77%  wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan  terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang  mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan  dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi  mereka itulah kekuatan seorang perempuan.


Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas  berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir  masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan  perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka  buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.


Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih  mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks  tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang  pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula  akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku  kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda  ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama  pasangan.


Berlainan dengan wanita. Bagaimana pulak wanita yg boroi.. Wanita yang  sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan  punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan  berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak  protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani  yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan  zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani  suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah  berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung  mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.


Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami  masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa  minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian  berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika  wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan  lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan  air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam  dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan  menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria  dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang  menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu  tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.


Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut  buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti  yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda,  walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat.  Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak  buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula  dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 02:54 PM | Show all posts
Interesting facts!!

Lelaki lebih memandang rupa berbanding wanita
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 05:40 PM | Show all posts
lekaki nak isteri yg cantik, ramping, pandai masak,..dll. tp pompuan cuma mengharapkan seorg suami yg setia & bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 06:09 PM | Show all posts
Amalkan gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 06:11 PM | Show all posts
air zat isteri yg mengalir masuk....lelaki buncit

klu air zat lelaki..buncit la perempuan itu selama 9 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 11:22 PM | Show all posts
somi boroi...tak dapat naik pangkat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2013 11:22 PM | Show all posts
somi boroi...tak dapat naik pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 10:07 AM | Show all posts
lelaki in denial.. automatic lepas kawen selera makan bertambah2, makin rileks sbb sume keje bini buat.. em.. bahagia kah?

husband tea pun naik berat badan lepas kawen.. from 64 to 70 kg... 2 tahun lepas pernah dia buncit sket time berat dia naik 74 kg... tea bising2 supaya dia rajin turun gym, alhamdulillah, skang dah menten 68-70 kg.... dah kawen selama 7 tahun, & hopefully rumahtangga continuously harmoni & maintain healthy lifestyle... harap2 tak tergolong those dalam golongan OVERWEIGHT & OBESE MALAYSIAN statistics >33%...

my friend umur 30 dah jadi pengidap kencing manis, darah tinggi.... baru anak 2 tu.... another friend of mine (tua laa sket) baru umur 34, tp pengidap darah tinggi... anak dia mati dalam kandungan 7 bulan sbb ibu darah tinggi... kalo kencing manis plak, bila anak lahir betis berbirat2 kaler itam parut2 kudis, and then bila anak masuk sekolah rendah, dah start mengidap kencing manis.... kesian masa depan baby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 11:53 AM | Show all posts
green~tea posted on 18-4-2013 10:07 AM
lelaki in denial.. automatic lepas kawen selera makan bertambah2, makin rileks sbb sume keje bini bu ...

Dari segi facts mungkin betul kalau tak jaga kesihatan or tak mengamalkan cara hidup yang sihat akan mendatangkan penyakit. Tapi ketentuan allah tuhlahh segalanya. Saya sebelum ni bahagian pembangunan atlet bahagian nutrisi and saya smoking, saya ada seorang kawan lelaki, dia cukup jage intake gula, minyak and tak makan benda yang diproses mean lau dia nak jus dia akan blend dia takan beli yang dah siap proses dalam kotak or botol.

Berbeza dengan saya seorang yang kaki sental, bantai jehh apa yang ada saya tinggi 175 cm and berat around 72kg dia akan memekak sedangkan kiteorang dalam pemakanan tapi saya tak jage makan.

2 tahun lepas dia meninggal sebab kanser prostat, bukan nak ckp jage makan pun datang penyakit tapi kalau dah sampai masa, kita takboleh buat apa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:06 PM | Show all posts
interesting...good job TT....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:53 AM | Show all posts
bahagia? tak sedar ke itu petanda penyakit dah mula wujud?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 01:42 PM | Show all posts
Ambo skang dalam proses mendapatkan 6 pax dalam masa 8 minit... boroi? Not for me...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 03:12 PM | Show all posts
green~tea posted on 18-4-2013 10:07 AM
lelaki in denial.. automatic lepas kawen selera makan bertambah2, makin rileks sbb sume keje bini bu ...

kan?? muda2 dah kena penyakit...
itu la bila wa diet,ramai  kata wa ngada2...

wa diet bukannak slim atau nak jd mcm model...diet sekadar menjaga apa yg kita makan...

cth..kalo pagi2 akak tea lady dah antar nescafe...bila breakfast, wa minum la air kosong..

takkan  pagi nak pekena 2 air manis...nescafe + susu pekat tu tnggi kandungan gula tau...

3-4 tahun lepas wa tak jaga makan, asal keluar minum je...nescafe, teh tarik, nasi lemak, roti canai..itu la berat badan naik...

itu ok lagi, tp ada pulak cerita2 yg kata umor 34-35 dah ada high blood @ kencing manis...

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 03:14 PM | Show all posts
Knowlee posted on 19-4-2013 11:53 AM
bahagia? tak sedar ke itu petanda penyakit dah mula wujud?


bahagia la utk isteri.., bila laki sakit, semput, mengah..duduk umah je..tak larat nak keluar umah, duduk umah tido je...bini pun senang hati tgk laki tido dn makan shaja dirumah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:26 PM | Show all posts
salimrock posted on 22-4-2013 03:14 PM
bahagia la utk isteri.., bila laki sakit, semput, mengah..duduk umah je..tak larat nak keluar um ...

bini bodoh je fikir camtu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.206494 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list