CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21359|Reply: 11

[Edisi Sains Am] RAMALAN NABI MUHAMMAD SAW MENGENAI TEKNOLOGI

[Copy link]
Post time 17-4-2013 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Soalan:
Doktor Danial, ledakan teknologi ICT begitu hebat sekali pada hari ini. Pernahkan Nabi Muhammad membuat sebarang komen berhubung dengan teknologi ini?
Jawapan:

Sebenarnya, Nabi Muhammad mengetahui tentang perubahan-perubahan yang akan berlaku di akhir zaman, justeru Baginda memberikan kaedah umum tentang bagaimana menghadapi perubahan-perubahan itu. Berhubung dengan aspek teknologi dan yang seumpamanya, Baginda bersabda:

"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia mu." (Muslim)

Hadis ini mengizinkan umat Islam memanfaatkan sebarang teknologi di zaman mereka asalkan ia tidak melanggar dasar-dasar syariat. Berhubung dengan ICT, Nabi s.a.w bersabda:

"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)

Hadis ini menjelaskan tentang sistem komunikasi di akhir zaman. Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledakkan teknologi komunikasi maklumat, ramalan Nabi ini telah menjadi kenyataan. Salah sebuah akhbar di Malaysia bertarikh 7 Jun, 1996 melaporkan, sebuah sistem pengesan berasaskan satelit telah dicipta baru-baru ini. Ia boleh di gunakan, di antaranya, untuk mengintip suami atau isteri yang curang. Ia menggunakan rangkaian satelit berkonsepkan 'Sistem Penentu Kedudukan Global' yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Teknologi seumpama ini juga telah diramalkan Nabi berpandukan hadis yang telah disebutkan.

(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang   terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
15 January 2003

http://hidayahnet.tripod.com/archives/DD/DD10a.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2013 04:50 PM | Show all posts
""binatang buas bercakap kepada manusia""







, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya





serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 11:48 AM | Show all posts
Pada saya....tu bukan binatang buas, tu teknologi... (jika merujuk kepada gambar)

"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)

Jika merujuk kepada hadith dengan mengambil maksud secara terus (direct), binatang buas yang bercakap tu, boleh jadi merujuk kepada DABBATUL ARDH (binatang yang keluar dari bumi) yang boleh bercakap... cuma belum keluar lagi binatang tu. Ayat Quran pun ada menyebut pasal binantang ini:

وَإِذَا وَقَعَ ٱلۡقَوۡلُ عَلَيۡہِمۡ أَخۡرَجۡنَا لَهُمۡ دَآبَّةً۬ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ تُكَلِّمُهُمۡ أَنَّ ٱلنَّاسَ كَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (An-Naml, 82)

Kalau dilihat dari segi simbolik teknologi pula, kan national geographic ada dok kaji macamana haiwan-haiwan berhubung, macam ikan paus mengeluarkan gelombang.... jadi teknologi manusia ni dah semakin canggih dan semakin memahami pertuturan-pertuturan binatang-binatang.... kalau dilihat dari segi simboliknya, pun boleh jadi benar yang manusia boleh berhubung dengan binatang jika teknologi dah semakin canggih sampai memahami pertuturan binatang!

Hadis ini menjelaskan tentang sistem komunikasi di akhir zaman. Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledakkan teknologi komunikasi maklumat, ramalan Nabi ini telah menjadi kenyataan. Salah sebuah akhbar di Malaysia bertarikh 7 Jun, 1996 melaporkan, sebuah sistem pengesan berasaskan satelit telah dicipta baru-baru ini. Ia boleh di gunakan, di antaranya, untuk mengintip suami atau isteri yang curang. Ia menggunakan rangkaian satelit berkonsepkan 'Sistem Penentu Kedudukan Global' yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Teknologi seumpama ini juga telah diramalkan Nabi berpandukan hadis yang telah disebutkan.

GPS (Global Positioning System: Sistem Penentu Kedudukan Global) ni dah jadi benda biasa, dah masuk dalam smart phone sekarang. Dulu (1996 dan sebelum tu) US army dok guna. Tapi GPS ni dapat trace orang yang ada alat tu, bukannya dapat trace sesiapa saja termasuk yang tiada alat GPS padanya.

"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)

Pasal 'paha' bercakap tu, saya macam boleh diterima sebagai teknologi mobile phone yang kebiasaanya diletakkan dalam kocek, kat paha.
Last edited by mnm77 on 29-5-2014 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 18-4-2013 11:48 AM
Pada saya....tu bukan binatang buas, tu teknologi...

Kan national geographic ada dok kaji macaman ...

Hadis biasanya makna die x direct....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 06:05 PM | Show all posts
l0llyp0p posted on 24-4-2014 05:29 PM
Hadis biasanya makna die x direct....

Ada yang direct, ada yang tak direct. Pasal ramalan masa depan yang kalau cerita pun orang masa tu tak faham, tentunya diceritakan secara tak direct... kalau cerita Samsung Galaxy S5 keluar tahun 2014, tentu 1400 tahun lalu tiada seorang pun yang boleh tangkap dan faham apa bendanya....

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:01 PM | Show all posts
Wallahualam...cuma aku rasa tak selesa kaitkan Rasulullah dengan 'ramalan'......sedap sikit kalau guna visi atau perkataan yang menggambarkan baginda diperlihatkan masa kita kini....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2014 03:36 PM | Show all posts
alphawolf posted on 5-5-2014 04:01 PM
Wallahualam...cuma aku rasa tak selesa kaitkan Rasulullah dengan 'ramalan'......sedap sikit kalau gu ...

kalau dalam bahasa inggeris, kalau org yang penting meramalkan sesuatu peristiwa akan datang di namakan: prophecy

kalau kita study hadith, banyak Nabi Muhammad SAW menceritakan pasal peristiwa masa depan terutamanya pasal hari kiamat,


Prophecies of the Prophet Muhammad
http://www.islamreligion.com/articles/379/
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:18 PM | Show all posts
adakah makna nya nabi telah dibawa ke zaman hadapan? sila fikir2 kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 11:07 AM | Show all posts
jusuh replied at 26-8-2015 10:18 PM
adakah makna nya nabi telah dibawa ke zaman hadapan? sila fikir2 kan...

x pasti nabi di bawa ke zaman hadapan ka x. tapi banyak ja apa yg diperkatakan tu betul.
contoh mudah, umatku di akhir zaman nanti umpama buih di lautan. sekarang kan umat islam gitu.
israel tu keliling dia islam, kalau seorang sekali tampor rakyat yahudi pecah muka gamaknya.
tpi kita buih, tampor pon sedap je deme rasa.
deme pulak yg pijak2 buih2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:55 AM | Show all posts
duffyduck replied at 14-9-2015 11:07 AM
x pasti nabi di bawa ke zaman hadapan ka x. tapi banyak ja apa yg diperkatakan tu betul.
contoh  ...

time travel?pasti ada yang x setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 10:54 PM | Show all posts
jusuh replied at 15-9-2015 12:55 AM
time travel?pasti ada yang x setuju...

israk mikraj?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2016 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengenai teknologi pembinaan, Nabi Muhammad Saw ada memberitahu yg apabila hampir kiamat, manusia berebut rebut membina bangunan tinggi.

https://almanhaj.or.id/3181-20-2 ... nya-pembunuhan.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.503532 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list