CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16569|Reply: 28

[Edisi Math] teknik yang betul dalam matematik

[Copy link]
Post time 17-4-2013 05:06 PM | Show all posts |Read mode
salam forumer...saya ingin dapatkan pandangan anda forumer berhubung masalah saya ini.Saya ada masalah nak menyelesaikan masalah matematik kerana saya berfikir secara mendalam ketika menyelesaikan soalan matematik.Saya pada dasarnya sudah ingat formula matematik tetapi saya tetap berfikir secara mendalam bagaimana sesuatu formula itu boleh diterbitkan dan boleh menyelesaikan masalah matematik tersebut.Saya juga berfikir macam mana number 1 membuktikan benda itu wujud sebagai satu.Pelbagai  teori saya fikirkan.

Sebagai contoh...Macam mana  bahagi  ni boleh ada dan berfungsi...dan saya juga selalu berfikir kenapa sesuatu nombor pecahan perlu didarab dengan 100 untuk mendapatkan nilai peratus,macam mana formula peratus ini wujud seperti ini.Saya juga mengambil masa untuk berfikir bagaimana formula purata/mean terhasil dengan jumlah number dibahagi dengan bilangan..Saya berfikir seolah olah saya ni berada pada zaman pengasas formula formula matematik orang orang dulu..Saya menjadi seorang yang berfikir secara dalam walaupun saya dah tahu cara pengiraannya tetapi tabiat saya yang selalu berfikir secara dalam bagaimana proses pengiraan ini berlaku beserta bagaimana formula matematik itu berfungsi menyelesaikannya.....rakan rakan saya sering terpinga pinga dengan soalan yang saya  tanya berkaitan matematik kerana pertanyaan tersebut kadang2 mereka sendiri tak pernah fikir dan ambil tahu.Untuk makluman saya mendapat gred A dalam matematik dan gred E dalam addmath.

Itulah masalah saya..tabiat saya ini amat memenatkan saya dan  memberi tekanan kepada saya..Saya tidak menghadapi masalah ini untuk subjek seperti penulisan tetapi kepada subjek pengiraan sahaja..Saya mungkin akan rugi masa semasa menjawab peperiksaan jika tabiat saya ini tidak dapat saya tangani.Saya percaya itu baru asas2 matematik belum lagi berkaitan addmath yang mana lebih banyak pengiraan dan formula formulanya. Tabiat saya ini amat saya bimbang akan berlarutan sehingga saya melanjutkan pelajaran ke ipta dan akan bertemu dengan subjek matematik lagi..Saya percaya rakan rakan sebaya saya tidak berfikir seperti saya yang mana mereka hanya mengingati formula dan apabila mendapat jawapan maka sudah selesai bagi mereka. Jadi saya harap anda semua boleh memberi pendapat dan nasihat kepada saya.


Last edited by matfaris77 on 17-4-2013 05:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 11:37 AM | Show all posts
Pada pendapat saya, saudara jenis yang memerlukan pembuktian untuk faham sedalam-dalamnya setiap formula atau konsep yang digunakan. Cara pembelajaran saudara tak sama dengan cara pembelajaran orang kebiasaan.

Cara pembelajaran di sekolah adalah menurut silibus yang ditetapkan, apabila ditanya tentang yang di luar kerangka silibus, mungkin guru pun tak dapat membantu. Kalau saudara kekal dalam aliran perdana persekolahan, maka saudara kena 'relax' kan pertanyaan-pertanyaan saudara sambil memperbanyakkan latihan-latihan untuk memahami cara penyelesaian matematik.

Saya berpandangan saudara ni sebenarnya genius, dan kebiasaannya genius ni dia ada kelemahan yang ketara dalam hal-hal yang tertentu yang menjadi norma kepada orang lain.

Kalau ada kaedah pembelajaran yang unik untuk saudara, tentu boleh beroleh banyak manfaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 03:46 PM | Show all posts
mnm77 posted on 18-4-2013 11:37 AM
Pada pendapat saya, saudara jenis yang memerlukan pembuktian untuk faham sedalam-dalamnya setiap for ...

ya..sememangnya ramai pelajar yang belajar berpandukan apa yang ada dalam silibus sahaja..ada betulnya pandangan saudara dimana saya perlu *Relax*kan pertanyaan segala pertanyaan yang saya ada ini semasa dalam pembelajaran matematik...terima kasih atas pandangan dan nasihat saudara..saya amat menghargainya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:17 PM | Show all posts
Bagi aku...

Aku seorang yg bersistematik/tersusun..Aku pentingkan data..
kalau ade org bg aku sesuatu nilai, aku mesti nak tau mcm mn cara diorg kire mendapatkan nilai tersebut..
tp aku tidakla sampai nak pikir mcm mn formula2 tuh diterbitkan...maybe kepale otak aku tidak sekomplex otak TT...

sbb aku pikir formula2 tuh diterbitkan oleh manusia dulu2.. so aku malasla nk pikir balik..hahaha
Aku malas nak pikir tp aku selalu suh org lain bg aku jawapan mcm mane nak pikir.. so bukan aku yg akan pening.. org lain yg akan pening...hohohoh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:47 PM | Show all posts
sebenarnya TT mcm lg tertarik dengan sejarah matematik je.. semue persoalan2 yg TT bgtau kebanyakkannye bermule dari sejarah perkembangan matematik zaman dulu kala.. dan skrg ni pulak segalanye senang.. TT boleh cari kat internet kalau pasal pembuktian formula2 yang ade.. kalau tak pon, boleh further your study in pure maths.. confirm akan jumpe segala pembuktian ni nnti.. dan yang tak terpikir nak dibuktikan pon ade..

sy puji sifatTT yang nak tau pasal tu semue sebab ramai skrg ni hanye menghafal je.. tp sifat ingin tahu ni jangan la dibawak sampai mase exam pulak.. buang mase nnti n bg kesan kat result.. fokus pade soalan saje bile exam.. persoalan2 pelik yg timbul tu ketepikan dulu.. bile lepas exam silalah cari jwpannye.. mcm yg sy bgtau td, skrg banyak sumber.. bile2 mase boleh cari..

pasal add math dgn math tu.. mungkin TT kene fikirkan cara belajar yg betul utk add math.. jgn bergantung semue pada cikgu.. sendiri kene pandai usahe.. bykkan buat latihan atau ape2 cara yang TT fikirkan berkesan..

good luck ye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 04:18 AM | Show all posts
Ilmu hisab - ilmu berfikir
Iaitu catatan pemikiran kita yg digambarkan dlm penulisan juga dipanggil matematik.
Aplikasinya pelbagai dan sgt luas i.e. ukur, kira2 dan operasinya, persamaan, perhubungan, etc.

Cth: Yg tetap itu kitaran siang-malam, 24 sekadar pembahagian setara (dgn ralat)...
Mengapa 24? Krn ada faktor sesuku, setengah, sepertiga - 4 x 2 x 3.
'Faktor' tu le puncanya...utk dptkan perkaitan antara dua/lebih perkara.

Keperluan manusia ikut aktivitinya dr semasa ke semasa...
Cth: Dijitukan lg bahagian kpd 60 x 60 (minit dan saat) hingga detik etc.

Pendek kata, manusia berfikir (hisab) akan apa yg mampu dicapai/cerap dgn derianya adja
Dgn akal (buah fikirannya) manusia mereka alatan yg lbh jitu dan persis berkadar dgn zaman
hanya utk mencapai lbh jauh/dekat/luas/dalam manfaatnya
Semakin jauh/dekat/luas/dalam, semakin besar ralatnya...

p/s: Kalau nk nasihat...mcm citer Matrix le. Bg org biasa dilihat biasa i.e. pokok sbg pokok, etc.
tp ahli ilmu hisab hanya nampak jujukan/siri-character-nombor je...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2013 01:35 PM | Show all posts
xsangka ade bod psl math
xsuka math..exam pon asik xlulus jer..stress wei
mcmana nk pandai dan lulus kalkulus ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 03:57 PM | Show all posts
aku suka math, suka rumus, dan tak suka soalan exam suh buktikan bla bla bla..buktikan rumus bla bla...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 07:14 AM | Show all posts
masa sekolah rendeh dan sekolah menengeh hafal rumus jer beb, dah masuk univbersiti baru dok sibuk proof formula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 05:40 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 13-5-2013 07:14 AM
masa sekolah rendeh dan sekolah menengeh hafal rumus jer beb, dah masuk univbersiti baru dok sibuk p ...

saudara ambil kos apa kat universiti??
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:44 PM | Show all posts
matfaris77 posted on 16-5-2013 05:40 PM
saudara ambil kos apa kat universiti??

piau matematik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 01:57 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 16-5-2013 05:44 PM
piau matematik

apa itu piau??
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 03:11 PM | Show all posts
matfaris77 posted on 20-6-2013 01:57 PM
apa itu piau??

pure kot?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 11:59 PM | Show all posts
matfaris77 posted on 20-6-2013 01:57 PM
apa itu piau??

piau = pure

loghat melaka...

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 12:01 AM | Show all posts
mnm77 posted on 20-6-2013 03:11 PM
pure kot?

betul la tu... pure..

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 09:23 AM | Show all posts
midory posted on 21-6-2013 12:01 AM
betul la tu... pure..


Al-lughatul Injiliziyyah (English).... 'pure' dari kaedah kamus berbunyi: 'pyo͝or'...

atau 'piau' dalam bahasa Melayu pasar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2013 12:57 PM | Show all posts
HIhihihi..
Comel la kamu ni.
Buat soalan math kene paham konsep. Tu je.
Tp xperlu nk fikir mendalam sangat sebab biasanya bila exam.
Mathematics paling xckup masa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 12:17 AM | Show all posts
fikir kan senang..insyaAllah boleh selesai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 11:19 PM | Show all posts
pada pendapat aku yang math selalu dapat 9g time periksa tapi Alhamdulillah dapat 6c time SPM..

sila tulis segala persoalan tu dekat dalam buku supaya nanti bila nak masuk degree / dip amik lah course yang belajar math.. jika nak masuk uitm sila amik faculty sains komputer dan matematik.. kalau U lain aku tak tahu la pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 07:39 PM | Show all posts
bagi aku, aku suka buat calculation tanpa guna calculator. Kira dalam otak sahaja. Secara tak langsung membantu menguatkan ingatan. Kalau setakat puluh ratus tu mudah sahaja, untuk kes penambahan la Kes penolakan & darab pun ok juga...bahagi ambik masa sket...

bila free, aku suka buat latihan masa zaman2 sekolah...simple maths pon ok. Kadang2 main sudoku...best tau maths!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.706227 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list