Timbul tanda tanya oleh seorang rakan wartawan ketika sebuah sidang akhbar majlis anugerah melibatkan industri perfileman semalam.
Mana tidaknya, bila ada seorang aktres yang kalau tak salah teman Murai Batu itu, tidak pernah terlihat kelibatnya di layar perak tetapi muncul di sidang akhbar tersebut.
Bukanlah teman Murai Batu berhak untuk tentukan siapa yang layak hadir atau tidak, cuma yang menghairankan Murai Batu, pelakon berkenaan baru sahaja dilanda kontroversi yang boleh dikatakan panas dan jadi bualan di semua saluran media.
Lagipun isu berkaitan dengannya itu bertambah panas oleh kerana kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.
Selalunya selebriti mahupun artis yang terlibat dengan kontroversi sensasi pasti cuba untuk lari daripada bertemu media.
Bagaimanapun, lain halnya pula dengan pelakon sitkom yang agak popular satu ketika dulu ini.
Niat dihati bukanlah ingin mengata pelakon berkenaan, apatah lagi dia tidak pernah buat salah dengan teman Murai Batu.
Cuma gelagatnya itu, sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan kepada pihak yang tertanya-tanya mengapa dia hadir.
Kalau nak publisiti pun, tidak pula dia tercalon dalam mana-mana kategori anugerah.
Sudahlah dalam majlis berkenaan tiada aktres atau pelakon lain yang hadir, tiba-tiba muncul pula dia dengan penampilan yang menyerlah.
Aduhai, penat Murai Batu dibuatnya.
|