|
SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
PARLIMEN BAGI NEGERI PERLIS, 2013 | | BAHAGIAN PILIHAN RAYA | NAMA PENUH | PARTI | STATUS |
P. 001 - PADANG BESAR | | | 1. ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. AZAMHARI BIN MOHAMOOD | PAS | LAYAK BERTANDING | P. 002 - KANGAR | | | 1. BAHARUDDIN BIN AHMAD | PAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL | BN | LAYAK BERTANDING | P. 003 - ARAU | | | 1. SHAHIDAN BIN KASSIM | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. HARON BIN DIN | PAS | LAYAK BERTANDING | | | 3. ZAINUDIN BIN YOM | BEBAS | LAYAK BERTANDING |
| JUMLAH KESELURUHAN | 7 |
|
|
|
|
|
|
SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI PERLIS, 2013 | | BAHAGIAN PILIHAN RAYA | NAMA PENUH | PARTI | STATUS |
P. 001 - PADANG BESAR | | N. 01 - TITI TINGGI | 1. YAACOB BIN MAN | BEBAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. KHAW HOCK KONG | BN | LAYAK BERTANDING | | | 3. TEH SENG CHUAN | DAP | LAYAK BERTANDING | | | N. 02 - BESERI | 1. MAT RAWI BIN KASSIM | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIM | PAS | LAYAK BERTANDING | | | N. 03 - CHUPING | 1. WAN MOHAMAD FISHAAL BIN WAN DAUD | PKR | LAYAK BERTANDING | | | 2. ASMAIZA BINTI AHMAD | BN | LAYAK BERTANDING | | | N. 04 - MATA AYER | 1. AMMAR BIN GAZALI | PKR | LAYAK BERTANDING | | | 2. KHAIRI BIN HASAN | BN | LAYAK BERTANDING | | | N. 05 - SANTAN | 1. SABRY BIN AHMAD | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. MOHD. ANUAR BIN MOHD. TAHIR | PAS | LAYAK BERTANDING | P. 002 - KANGAR | | N. 06 - BINTONG | 1. RELA BINTI AHMAD | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. ABD JAMIL BIN KAMIS | PAS | LAYAK BERTANDING | | | N. 07 - SENA | 1. ABDUL JAMIL BIN SAAD | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. AHMAD RIZAL EFFANDE BIN ZAINOL | BEBAS | LAYAK BERTANDING | | | 3. TUAN MARJA BINTI TUAN MAT | PKR | LAYAK BERTANDING | | | N. 08 - INDERA KAYANGAN | 1. POR CHOO CHOR @ POR CHOO CHUAN | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. AMEIR BIN HASSAN | BEBAS | LAYAK BERTANDING | | | 3. CHAN MING KAI | PKR | LAYAK BERTANDING | | | N. 09 - KUALA PERLIS | 1. SHAARI BIN LUDIN | BEBAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. MAT BIN HASSAN | BN | LAYAK BERTANDING | | | 3. NOOR AMIN BIN AHMAD | PKR | LAYAK BERTANDING | | | N. 10 - KAYANG | 1. YA'AKUB BIN ABU SEMAN | PAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. AHMAD BAKRI BIN ALI | BN | LAYAK BERTANDING | P. 003 - ARAU | | N. 11 - PAUH | 1. IDRIS BIN YAACOB | PAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. AZLAN BIN MAN | BN | LAYAK BERTANDING | | | N. 12 - TAMBUN TULANG | 1. ISMAIL BIN KASIM | BN | LAYAK BERTANDING | | | 2. AZHAR BIN AMEIR | PKR | LAYAK BERTANDING | | | N. 13 - GUAR SANJI | 1. ZULMI BIN SABRI | PAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. JAFPERI BIN OTHMAN | BN | LAYAK BERTANDING | | | N. 14 - SIMPANG EMPAT | 1. RUS'SELE BIN EIZAN | PAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. NURULHISHAM BIN YAAKOB | BN | LAYAK BERTANDING | | | N. 15 - SANGLANG | 1. ZAINUDIN BIN YOM | BEBAS | LAYAK BERTANDING | | | 2. FATHUL BARI BIN MAT JAHYA | BN | LAYAK BERTANDING | | | 3. MOHD SHUKRI BIN RAMLI | PAS | LAYAK BERTANDING |
| JUMLAH KESELURUHAN | 35 |
|
|
|
|
|
|
kemon Haron Din.. |
|
|
|
|
|
hardeyboyz posted on 23-4-2013 12:14 PM 
kemon Haron Din..
hi hardey.... mengundi di kawasan Haron Din ker???? |
|
|
|
|
|
cmf_anisss84 posted on 23-4-2013 02:13 PM 
hi hardey.... mengundi di kawasan Haron Din ker????
x.. berjiran rumah je ngan haron din...
|
|
|
|
|
|
hardeyboyz posted on 23-4-2013 02:26 PM 
x.. berjiran rumah je ngan haron din...
wah untungnyer........ |
|
|
|
|
|
PRU 13 - Mungkinkah Perlis bakal di tawan PR ?
Perlis merupakan kubu kuat UMNO di utara yang menjadi satu-satunya negeri yang tidak ditawan Pakatan Rakyat pada PRU12. Bagaimanapun melihat kepada situasi politik semasa, Umno/BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman Umno/BN. Faktor utama yang menjadi ketakutan dan kegusaran pimpinan Umno/BN untuk mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad. Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana ianya hanya melibatkan perubahan undi 5 C 10% sahaja. Jika di negeri lain angka tersebut mungkin tidak memberikan apa-apa impak, tetapi angka 5-10% itulah yang akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil.
Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN boleh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah hanya 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR maka ini akan menyebab calon BN akan tumbang ditambah pula dengan pertambahan pengundi baru.
Ini adalah salah satu sebab yang disedari oleh pimpinan Umno bilamana Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.
Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh mempengaruhi dan menentukan kemenangan.
Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu melebihi angka 80% , namun ia tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.
PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.
Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.
Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting dalam menentukan kemenangan. Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13. Dapat dilihat juga semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi ianya terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain. Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang mempunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.
Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR melebihi atau sekitar 65% , DUN Titi Tinggi dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 C 40 %. Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja namun ianya tidak mustahil akan tembus. Justeru itu , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :
1. Sanglang
2. Simpang Empat
3. Guar Sanji
4. Santan
5. Kayang
6. Indera Kayangan
7. Titi Tinggi
8. Baseri
Wagaimanapun , PRU 13 di negeri Perlis sebenarnya masih terbuka samaada kepada BN ataupun PR berikutan jumlah pengundi yang kecil di setiap Dun. Perubahan @ pergerakan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Keberkesanan gerak kerja parti, prestasi wakil rakyat dan calon yang diketengahkan berserta isu-isu semasa yang hangat diperkatakan bakal menentukan samaada Perlis bakal ditawan PR ataupun kekal kepada BN
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin yakin BN boleh menang besar di Perlis[url=][/url]
KANGAR C Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata keyakinan itu berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya hari ini bahawa terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.
Saya yakin semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (di Perlis) boleh menang, katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat IMalaysia di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Pengerusi BN Perlis.
Pada pilihan raya umum 2008, Perlis memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Dua kerusi yang hilang ke tangan pembangkang ialah kawasan DUN Sanglang dan Simpang Empat.
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis berkata, sebagaimana keyakinan dan kepercayaan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan BN di peringkat nasional, perkara yang sama juga berlaku di Perlis.
Muhyiddin berkata, keyakinan BN untuk memenangi kesemua kerusi juga berdasarkan rakyat mula menilai sejauh mana sumbangan pihak pembangkang kepada mereka termasuk janji-janji yang telah ditabur.
Mungkin pembangkang tak beri apa-apa khidmat yang baik. Mereka tak ada kemampuan sebab hanya ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) biasa, katanya.
Beliau berkata, BN menyediakan peruntukan kepada wakil-wakil rakyatnya untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan sudah pasti rakyat juga menilai balik segala bantuan ikhlas yang telah diterima.
Pembangkang (penyokong) juga dapat bantuan yang BN bagi. (Ini kerana) Kerajaan adil dan tak bezakan rakyat, katanya.
Selain itu, sikap parti pembangkang yang bergaduh sesama sendiri dan gagal menunaikan janji menjadikan parti-parti di bawah pakatan pembangkang menjadi rapuh dan goyah dan pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai parti mana yang lebih baik.
Mengenai tahap persiapan pilihan raya BN Perlis, Muhyiddin berkata, masih ada ruang yang perlu diberi tumpuan kerana saiz Perlis yang kecil namun sokongan rakyat terhadap BN ternyata meningkat. C Bernama
|
|
|
|
|
|
cmf_anisss84 posted on 18-4-2013 01:50 PM 
huhu.....rasa rindu tgk nama salah seorang wakil rakyat kat sini...
wish he were here during this time 
|
|
|
|
|
|
| P.003 ARAU
| ISMAIL BIN KASIM (BN)
| 16,451
| 586
| 83.45%
| 300
|
|
|
|
| HARON BIN DIN (PAS)
| 16,151
|
|
|
|
beza 300 saja...tanding calon yg sama,...calon BN saja tukar..
harap taktik menjadi la...
huhu
cin undi kawasan ni...anything can happened |
|
|
|
|
|
MsCinderella posted on 26-4-2013 10:44 AM 
beza 300 saja...tanding calon yg sama,...calon BN saja tukar..
harap taktik menjadi la...
hu ...
ooo yer ker...selamat mengundi.............. untung dapat jumpa Ustaz Haron DIN.. |
|
|
|
|
|
Untuk makluman , Keputusan Penuh PRU Ke-12 bagi Negeri Perlis.
PERLIS - KEPUTUSAN PENUH
KAWASAN | CALON ( PARTI ) | P'UNDI | MAJ | N1 - TITI TINGGI | YIP SUN ONN (BN-MCA) 3,399
MOHD RAZI MUSTAFFA (BEBAS) 1,585
KERIA SENAWI (PKR) 846 | 7,830 | 1,814 | N2 - BESERI | MOHD RAWI KASSIM (BN-UMNO) 3,123
DZULKEFLI MAT DE (PKR) 2,012 | 6,932 | 1,111 | N3 - CHUPING | MANSOR JUSOH (BN) 4,972
MOHD ALI PUTEH (PAS) 2,169 | 7,292 | 2,803 | N4 - MATA AYER | KHAIRI HASSAN (BN-UMNO) 3,059
WAN KHARIZAL WAN KHAZIM (PAS) 1,437 | 5,547 | 1,622 | N5 - SANTAN | SABRY AHMAD (BN-UMNO) 3,475
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN (PAS) 2,763 | 7,479 | 712 | N6 - BINTONG | MAT ISA SABU (BN-UMNO) 4,882
MOHD ANUAR TAHIR (PAS) 2,772 | 7,838 | 2,110 | N7 - SENA | ABDUL JAMIL SAAD (BN-UMNO) 4,697
OSMAN ABDULLAH (PAS) 2,828 | 7,686 | 1,869 | N8 - INDERA KAYANGAN | DR POR CHOO CHOR (BN-MCA) 3,714
POZIYAH HAMZAH (PKR) 2,451 | 6,294 | 1,263 | N10 - KAYANG | AHMAD BAKRI ALI (BN-UMNO) 3,913
YA'AKOB ABU SEMAN (PAS) 2,405 | 6,431 | 1,508 | N11 - PAUH | SYED RAZLAN PUTRA (BN-UMNO) 4,461
ABU BAKAR ALI (PAS) 1,889 | 6,482 | 2,572 | N12 - TAMBUN TULANG | SHAHIDAN KASSIM (BN-UMNO) 4,371
CHE NORDIN AHMAD (PAS) 2,361 | 8,683 | 2,010 | N13 - GUAR SANJI | JAFPERI OTHMAN (BN-UMNO) 3,736
AHMAD ADNAN FADZIL (PAS) 3,034 | 6863 | 702 | N14 - SIMPANG AMPAT | ZAHARI BAKAR (BN-UMNO) 2,825
RUS'SELE EIZAN (PAS) 2,878 | 5785 | 53 | N15 - SANGLANG | ABDULLAH HASSAN (BN-UMNO) 3,384
HASHIM HJ JASIN (PAS) 3,235 | 6,711 | 149 | N9 - KUALA PERLIS | MAT HASSAN (BN-UMNO) 4,448
AHMAD TAJUDDIN SALLEH (PAS) 1,927 | 6,510 | 2,521 | P1 - PADANG BESAR | AZMI KHALID (BN-UMNO) 16,991
ZOLKHARNAIN ABIDIN (PAS) 11,643 | 29,308 | 5,348 | P2 - KANGAR | MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (BN) 23,821
TUNKU ABDUL RAHMAN ISMAIL (PAS) 10,150 | 34,779 | 13,671 | P3 - ARAU | ISMAIL KASSIM (BN-UMNO) 16,451
DR HARUN DIN (PAS) 16,151 | 33,188 | 300 |
|
|
|
|
|
|
undilah PAS.. 
|
|
|
|
|
|
org_peghelih posted on 2-5-2013 10:52 PM 
undilah PAS..
semua ka???? |
|
|
|
|
|
cmf_anisss84 posted on 3-5-2013 08:55 AM 
semua ka????
P003 Arau la.. sy ngundi kat situ 
|
|
|
|
|
|
org_peghelih posted on 3-5-2013 10:19 AM 
P003 Arau la.. sy ngundi kat situ
selamat mengundi................. |
|
|
|
|
|
BN Perlis Dipercayai Raih Sokongan Majoriti Pengundi Di 13 Kerusi DUN
KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Tatkala kempen masuk hari ke-12 hari ini, Barisan Nasional (BN) dipercayai meraih sokongan majoriti pengundi di sekurang-kurang di 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perlis untuk kekal pentadbir negeri itu.
Tanda-tanda juga menunjukkan jentera pilihan raya BN setakat ini berjaya meraih sokongan pengundi di ketiga-tiga kerusi Parlimen di negeri itu.
Jentera BN juga terus melipat ganda kempen menjelang pilihan raya umum pada Ahad ini, dan pilihan raya kali ini turut menyaksikan kawasan Parlimen Arau menjadi tumpuan apabila dua tokoh besar bertanding merebut kerusi itu yang mempunyai 43,876 pemilih berdaftar.
Kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, buat kali pertama bertemu dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, 73.
Turut mewarnai perebutan kerusi itu ialah calon Bebas, Zainudin Yom, 50 yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Shahidan mempunyai pendekatan sendiri dalam kempennya termasuk mengadakan majlis-majlis santai bersama para penduduk manakala Haron menggunakan kelebihannya sebagai pengamal perubatan Islam.
Cabaran besar di hadapan Ketua Umno Bahagian Arau itu pada pilihan raya kali ini ialah merampas kembali dua kerusi DUN yang disandang PAS iaitu Simpang Empat dan Sanglang yang berada dalam kawasan Parlimen Arau.
BN meletakkan harapan kepada bekas pegawai kanan Syarikat Padiberas Nasional (Bernas) Perlis, Nurulhisham Yaakob, 54, bagi merampas kembali DUN Simpang Empat, manakala ulama muda Fathul Bari Mat Jahya, 33, bagi membawa kembali Sanglang ke pangkuan BN.
Sementara itu, calon BN di kerusi DUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kasim berkempen di Kampung Long Boh dengan menganjurkan program santai bertemu penduduk di pinggir sawah.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
Fathul Bari Semakin Teguh Di Sanglang
Oleh Noraidah Abdul Karim
KANGAR (Bernama) -- Bagi yang tidak biasa dengan keadaan sawah di Perlis, kita dapat menyaksikan pandangn baharu apabila melihat pukat atau jaring yang biasanya digunakan bagi menangkap ikan, dibentang luas di kawasan persawahan.
Inilah apa yang dapat dilihat di Sanglang yang terletak di selatan Perlis, pukat sering digunakan bagi menangkap burung ayam-ayam dan wak-wak di bendang, yang turut menggambarkan aktiviti sampingan penduduknya.
Sanglang sebagai kawasan pertanian juga tidak mempunyai bangunan konkrit yang tinggi, yang ada hanya bangunan batu yang dijadikan sarang burung walet, satu lagi lambang aktiviti ekonomi penduduk setempat.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang ialah Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahya, 33, yang berazam akan meningkatkan taraf hidup petani dan nelayan jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat.
Menurut calon termuda BN di Perlis ini, para nelayan di Sanglang terutama dari golongan muda perlu diperkasakan melalui pelbagai latihan dan kursus supaya mereka menjadi nelayan moden.
"Para nelayan di Sanglang juga perlu dibangunkan ekonomi mereka dengan mengajak mereka menyertai industri hiliran yang secara tidak langsung dapat menangani isu lambakan hasil laut pada musim tertentu," katanya dengan memberi contoh aktiviti hiliran di Terengganu yang menjadikannya pengeluar utama keropok.
"Mungkin kita boleh buat bebola ikan sehingga menjadikan Perlis sebagai pengeluar utama produk tersebut," katanya.
Beliau yang merupakan anak bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin, pernah berada di Sanglang sejak waktu Subuh untuk bertemu penduduk hingga lewat malam.
"Antara masalah yang disampaikan kepada saya ialah dari soal lambakan ikan hingga soal membaiki rumah yang uzur," katanya.
Fathul Bari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia turut menekankan soal pendidikan apabila berkata beliau berhasrat mewujudkan markas atau Pusat Komuniti.
"Di markas ini mungkin boleh disediakan pusat pendedahan tentang Islam atau dijadikan pusat latihan atau kursus untuk golongan muda," katanya yang juga berhasrat membawa cadangan kepada kerajaan pusat untuk mewujudkan pusat pengajian berkaitan perikanan.
Seorang bakal pengundi, Remeli Yahya, 54, berkata pengundi memilih jenama parti selain calon.
Namun kali ini ada calon tanpa jenama turut menyertainya, katanya merujuk kepada calon Bebas yang akan turut bertanding di DUN Sanglang yang kini disandang PAS.
Beliau berkata calon perlu kreatif memikat pengundi terutama yang di atas pagar dan muda.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
Raja Muda Perlis Ingatkan Rakyat Tidak Perbesar Isu Remeh
KANGAR, (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat agar tidak memperbesarkan isu remeh semata-mata untuk dijadikan modal pertikaian terutama berkaitan dakwah dan penyelewengan akidah.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah perbuatan sedemikian boleh membawa kesan buruk.
"Sifat hasad dengki, tamak, perasaan curiga dan fitnah-menfitnah perlu dikikis demi mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam negara kita," titah baginda ketika merasmikan Masjid Al Mubarak, Tasoh dekat sini malam tadi.
Baginda turut berharap pemimpin politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan pertemuan berkala bagi berbincang langkah mengukuhkan umat Islam.
Titah baginda, MAIPs akan memberi kerjasama bagi setiap pertemuan itu diadakan sama ada setiap tiga bulan, enam bulan atau setahun sekali.
Tuanku Syed Faizuddin juga menasihatkan rakyat supaya menyokong dan membantu memperkasakan martabat institusi-institusi Islam khususnya yang bernaung di bawah payung raja-raja Melayu sebagai ketua agama negeri.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid dan Timbalan Presiden Unit Amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Idris Kechot.
Turut diadakan program bual bicara sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 yang menampilkan Dekan Pusat Teknologi Komunikasi & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Hj Huzili Husin sebagai pemidato.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
lalu kat roundbout gigih snap ronaldo
 |
|
|
|
|
|
baideway, chan ming kai menang DUN indera kayangan,
ming kai ni, org mana?
sal previously dia bertanding DUN smpg pulai@perak...
kena cakap utara la nanti dlam sidang DUN |
|
|
|
|
|
STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI DEWAN RAKYAT |
| | CLN | - Calon Yang Menang | MTB | - Menang Tanpa Bertanding | Last edited by cmf_anisss84 on 7-5-2013 09:49 AM
|
|
|
|
|
|
STATISTIK KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI |
| | CLN | - Calon Yang Menang | MTB | - Menang Tanpa Bertanding |
|
|
|
|
|
|
|