CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

Aku dan Misteri

[Copy link]
Post time 28-4-2013 10:42 AM | Show all posts
cheesysauce posted on 27-4-2013 10:18 PM
tq sudi baca cite aku. banyak lagi citer.. tptakde kesempatan nak menulis kat sini. nanti aku upda ...

hehe..sebnarnya aku ske baca cite ko sbb sikit sbanyak bleh imagine keadaan or suasana yg ko cite tu...tp mlm2 menyesal la sbb duk tbayang2 sorang2...hehe..d way ko cite mcm adala tuan2 benang otai dulu yg ske share cite best2 dr pengalaman sndiri or org tdekat...bkn main taram je ceduk cite kat mana2....jadi thumbs up for u....aku follow rapat siap bg hi beam lg kt benang ni...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 04:55 PM | Show all posts
Syng betol tmpt tinggal dia eks sanggup x mor pindah randah..mesti free sewa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 11:45 PM | Show all posts
wahhhhhh....best best
penceritaan yang senang nak paham...rase macam bace novel hehehhe
sambung cepat cepat
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 12:24 PM | Show all posts
cheesysauce posted on 23-4-2013 04:42 PM
vanilla-lette.. apa yg aku cerita ni memang berlaku dlm kampung kami. sbb kampung tu ditengah2 ant ...

kalau kampung tt berada dikawasan tengah2 sawah padi dan ada pantai mmg boleh agak dah tinggal kat belah mana....kalau tak Kuala Perlis...Kuala Kedah (agak2 la) ...tapi best citer tt ni...bahasa mudah faham membuatkan sentiasa nak tau cerita lagi dan lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:42 PM | Show all posts
kikiharris posted on 28-4-2013 04:14 AM
best!! nanti sambung lg tau

tq sudi baca cite aku.. sorry aku br blajar tulis2 neh n keen cari masa yg sesuai.. so korg tpaksa tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:45 PM | Show all posts
chicmushroomkd posted on 28-4-2013 10:42 AM
hehe..sebnarnya aku ske baca cite ko sbb sikit sbanyak bleh imagine keadaan or suasana yg ko cite  ...

tq.. pelok ko ketat ketat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2013 09:47 PM | Show all posts
makadek posted on 28-4-2013 04:55 PM
Syng betol tmpt tinggal dia eks sanggup x mor pindah randah..mesti free sewa

yeahhh. kot susah nak cr rumah zaman niii.. mahal sewa weehh.. ni dah alang2 dpt free..stay je laa
tp aku tau dia x tinggalkn aku teruss. sesekali ada dia melawat..hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:50 PM | Show all posts
Vanilla_lette posted on 29-4-2013 12:24 PM
kalau kampung tt berada dikawasan tengah2 sawah padi dan ada pantai mmg boleh agak dah tinggal kat ...

tq.. dah dekat dah tu.. tp lokasi sebenar x boleh didedahkanmdemi menjaga nama baik sesetengah pihak yg mana kisah mereka akan di stori morry kemudian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2013 10:06 PM | Show all posts
Aku sambung kisah aku...

Sejak aku ditukarkan ke sekolah lain, aku memang tak pernah dirasuk lagi..
Tapi sesekali aku masih boleh nampak bebola api yg selalu aku nmpk dulu. Kadang2 2 3 minggu sekali aku dpt rasa benda tu ada dekat aku.
Sampai lah aku mula baligh dan jaga solat, benda tu dah makin jarang datang..
Tapi mulalah berlaku kejadian2 aneh yg kadang2 aku tak dpt cari mcmana boleh jd mcmtu..
Antaranya, masa aku darjah 5. Mak aku takde katrumah. Aku tak ingat dia ke mana.
Tapi yang pasti masa tu tinggal aku dengan adik2 aku je. Ayah aku tak keje aritu. So dia yang jaga kitorg.

Ayah aku cam biasa la.. Bila kat rumah mmg dia akan curi masa sembang2 dgn jiran2 merangkap kaum keluarga yg tinggal sekeliling rumah kami.
Ada bapak sedara dia, sepupu2 dia.. So ralit dia bersembang. Urusan jaga adik2 aku, aku la take over.
Kami pon main sakan dalam rumah. Aku ingat lagi kami main guna kerusi meja makan. Tolak punya tolak, tengah2 riuh rendah main, ayah aku balik.
Jam tu jugak la kaki lerusi tu patah. Ayah aku bila temgok kaki kerusi tu patah, datang le hangin dia.. Actually ayah aku xde la garang mana..
Tapi sebab kami bkn org senang masa tu, bila satu brg rosak, mgkn dia rasa terkilan. Dia mula la nak naik tangan. Sambil tengking aku..
Tapi tiba2 dia x jadi pukul aku. Yg aku ingat masa tu ada suara lain yg bercakap dalam diri aku "jangan berani nak pukul aku" (seolah2 aku yg bercakap,tapi suara org lain yg keluar) serentak tu jugak aku baling kerusi yg dah patah kaki tu ke dinding. Aku dah mcm nak mengamuk. Aku sedar tp aku tak boleh nk kawal diri aku sendiri.

Ayah aku bukan main lagi terkejut. Tp dia datang dekat dan  pulas tangan aku kuat2. Masa ni aku start tak sedar. Bila aku buka mata, ayah aku tengah lap air kat muka aku dengan kain tuala. Ayah aku suruh aku mandi.
Sejak tu, ayah aku tak pernah lagi marah aku teruk2. Aku tak tau rahsia disebalik kejadian tu sebnarnya. Sampai lah skrg. Bila aku ty ayah aku pun, dia tak jawab..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:35 PM | Show all posts
cheesysauce posted on 29-4-2013 10:06 PM
Aku sambung kisah aku...

Sejak aku ditukarkan ke sekolah lain, aku memang tak pernah dirasuk lagi ...

kejadian ke2 aku tak ingat aku darjah berapa.. tapi ni berlaku masa kami satu family balik rumah datuk sebelah mak. masa ni paklong aku dari terenggangu pon balik. jadi riuh rendah la kami adik beradik main dengan sepupu. rumah atok aku tu 2 tingkat tengah sawah jugak n terpisah sikit dgn rumah jiran2. tingkat bawah batu n tingkat atas kayu. honestly, kalau kita duduk sorg2 kat rmh tu mmg skeri. rasa mcm ada org peratikan kita. aku mmg tak suka tinggal sorg kat rmh tu. seram hokkeyyy.. nnt aku cerita kat story lain. aku habiskan cite ni dulu.

siang tu aku dengan sepupu2 pompuan main pondok2. belakang rumah atok aku tu mengadap sebuah bukit. kami pon main la konon sorg sepupu aku aku namakan lina, jadi tuan puteri. yg lain2 lak jd dayang2.. dah puas main, mlm tu masing2 tido kepenatan. tengah malam tu, tetiba sepupu aku si lina ni bangun dan menjerit2. pastu dia diam sekejap. dengan mata terpejam, dia berjalan keliling rumah. masa tu kami budak2 dengan kakak aku n sepupu2 pompuan aku yg dah berumur belasan tahun, tido kat tingkat atas. mmg semua yg tido kat atas semua terkejut n terjaga dari tido. yg kecik2 dah menangis2 sbb takut.

bila dah riuh rendah mcm tu, parents n grandparent kitorg yg tido kat tingkat bwh sume naik ke atas. atuk aku yg mmg ada iilmu perubatan mula lah hembus2 si lina ni tp x berkesan..

tengah kelam kabut tu tiba2 je aku tepuk bahu atok aku "ada yang marah ni sebab budak2 ni main kat kawasan dorg" (part ni mmg aku x sedar langsung..sepupu n adik beradik aku yg cite balik kat aku keesokannya) atok aku pun tanya "sapa yang marah?" tanya datuk aku.. "tuan puteri yang marah.. takpe lah..esok pagi2 sebelum matahari tinggi, mandikan budak ni dengan campuran bunga melur, kenanga, dan kekwa.. lepas tu naik ke rumah terus. satu hari esok jangan biarkan dia jejak tanah lg lepas mandi tu" amboii aku dah jd bomoh plak.. lucky, bunga2 yg disebut tu memang ada kat kawasan rumah datuk aku.. nenek aku mmg suka tanam pokok bunga..

malam tu memang lina meracau je..tak tido.. cakap plak bahasa istana je.. beta, tuan hamba, adinda segala bagai. esoknye paklong n atok aku buat sama mcm yg aku arahkan. alhamdulillah sebaik aje selesai mandi, lina dah berenti membebel. dia dikendong masuk dlm rumah n tertido dlm kendongan paklong aku. mgkn letih sbb semalaman x berenti membebel dan tak tido. tengahari tu lina demam panas. tapi esoknye dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 02:19 PM | Show all posts
best cerita tt...nanti smbg lg yee...tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 04:43 PM | Show all posts
Beberapa mibggu lepas, aku balik kampung. Mak aku ceritakan cerita yang aku rasa menarik untuk aku share. Jadi aku pun up balik thread ni.


Kat kampung aku ada sepasang suami  isteri. Aku namakan abang mat dan kak munah. Diorg ni miskin. Abg mat buat kerja kampung. Kakmunah cuma buat air soya jual. Anak 7. Rumah pun atas ehsan org.

Abang mat ni dah lama aku kenal. Baik sgt org nya. Jenis tak pandai berlawan cakap. A kata orang, a lah abang mat. B kata org, b lah abang mat.
Kak munah pula, mmg aku tak kenal. Masa dorang kawen aku dah start kluar dr kampung. Belajar. Mnurut kata mak aku, kakmunah ni baik. Ramah. Tak suka bcerita hal org. Tapi dsebabkan kemiskinan, dan orang selalu mengata mereka anak beranak yg miskin papa kedana tu, dia jadi defensive. Mulut dia akn jd celupar kalau ada org yg bercerita hal dia.

Anak kakmunah yg sulung aku namakan kakak. Kakak dah.anak sunti. Dah 14tahun. Sekolah menengah dah. Tiba2 baru2 ni ada sesuatu yg misteri menimpa kakak.

Kakak kesekolah menaiki basikal. Tiba2 suatu hari, semasa kakak mengayuh basikal ke sekolab, nampak je bumbung sekolah sayup pandangan mata, kakak dah tak boleh teruskan mengayuh. Dia rasa ada tangan yang mwncekik leher dia. Makin kakak gagahkan kaki mengayuh, makin kuat tangan tersebut mwncekik leher kakak. Makin dekat dgn sekolah, makin kuat makin kuat dan makin kuat. Akhirnya kakak mengalah. Jatuh terjelepok di tepi jalan.

Orang yg lalu lalang berkumpul mengelilingi kakak. Muka kakak pucat. Kakak hampir pengsan. Mujur ada yang baik hati mahu menghantar kakak dan basikalnya pulang.

Bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya TT nak sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 13-11-2016 08:52 PM
Lamanya TT nak sambung

Hahaha.. aku pun lupa dah nak sambung since takde orang reply thread ni. Nak sambung ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 13-11-2016 11:04 PM

Nak...sambung la Tt
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 13-11-2016 10:12 PM
Hahaha.. aku pun lupa dah nak sambung since takde orang reply thread ni. Nak sambung ke

Sambunglah TT... Selalunya silent reader ramai aje kat MPS ni.
Bila baca part jeleskan adik baru lahir tu mengekek aku jap sebab lebih kurang peel aku time kecik.    beza umur pun lebih kurang gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2016 01:57 AM | Show all posts
Aku sambung cerita kakak.

Setelah kejadian kakak pengsan di tepi jalan, kakak beriya2 menceritakan kepada emak dan ayahnya perihal ada tangan ghaib yg mencekik kakak. Tapi abang mat memyangkan anak nya tidak sihat. Lalu kakak ponteng sekolah 2 hari. Hari ke3 kakak bersiap kesekolah seperti biasa.

Malangnya, peristiwa 3hari lepas berulang. Di tempat yg sama, nampak aje bumbung sekolah sayup2 mata memandang, kakak mula merasakan basikalnya semakin berat. Kakak menekan pedal basikal buruknya sekuat hati. Tetapi basikal tidak juga bergerak2.

Beberapa saat kemudian kakak mula merasa ada tgn kasar mula mencekik lehernya sekuat hati. Pemilik tangan.itu seperti memaksa kakak berhenti mengayuh basikalnya. Akhirnya sekali lagi kakak terjelepuk jatuh dari basikal. Dan sekali lagi jiran sekampung yg menemui kakak di tepi jalan, menghantarnya pulang.

Abang mat dan kak munah mula tak sedap hati. Tertanya2. Apa sebab sebenarnya. Mereka menyangka kakak berpura2 pengsan kerana malu hendak kesekolah. Maklum saja, kakak dan anak2 abg mat yg lain sering di ejek kawan2 di sekolah kerana hidup mereka yg papa kedana. Orang lain berbaju putih ke sekolah. Anak2 nya berbaju kelabu. Kasut sekolah koyak rabak. Basikal pula lebih layak dipanggil besi buruk. Kakak sudah besar. Pasti malu di ejek kawan2.

Akhirnya selepas berbincang suami isteri, abg mat nekad. Esok, abg mat sendiri akan menghantar kakak ke sekolah dengan motor kapcai nya.

Bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 01:59 AM | Show all posts

Tu dah sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 02:01 AM | Show all posts
Inezkhalidi replied at 14-11-2016 12:00 AM
Sambunglah TT... Selalunya silent reader ramai aje kat MPS ni.
Bila baca part jeleskan adik baru ...

Nyampah bila dpt adik kan. Rasa cam turun takhta.. kehkehkeh
Tapi bila dah besar, dgn adik tu la aku paling rapat sekali. Mcm bff. Semua problem cita kat dia0
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 14-11-2016 01:59 AM
Tu dah sambung

Wahh...tq. ...   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072909 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list