CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6647|Reply: 23

Ahya Ingin berjaya sampai Paris, New York

[Copy link]
Post time 20-4-2013 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Amat jarang industri seni tanah air memiliki pelakon lelaki yang mempunyai ketinggian melebihi enam kaki. Itulah kelebihan yang dimiliki pendatang baru dalam bidang lakonan, Ahya Alumuddin Rosli yang berdiri setinggi 189sm dengan berat badan 76 kilogram.


Dengan ketinggiannya itu maka tidak hairanlah dia terlebih dulu bergelar model atau peragawan sebelum menceburi dunia lakonan. Dikenali dengan nama pentasnya, Ahya U Rosli, jejaka ini pastinya membanggakan ibunya, aktres handalan Normah Damanhuri.



Mengimbas kemaraannya dalam dunia glamor, Ahya, 26 akui perubahan hidupnya bermula apabila dia meletakkan gambarnya dalam laman sosial myspace.com suatu ketika dulu.

Kagum dengan ketinggian yang jarang ada pada lelaki Melayu berserta senyumannya yang manis, seorang wartawan daripada majalah tempatan lantas menghubunginya bagi mengadakan satu sesi fotografi.




“Ia berlaku pada 2008. Saya memuatkan gambar saya dalam myspace.com saja suka-suka dan kalau ada rezeki orang nak panggil saya uji bakat untuk modeling atau berlakon, saya sedia untuk mencuba. Malah waktu saya bersekolah tadika, ketinggian saya melebihi rakan sebaya sehingga orang ingat saya bersekolah dalam tahun dua atau tiga.

“Saya sebenarnya ikut ayah yang bertubuh tinggi. Empat lagi kakak saya pun tinggi-tinggi. Selepas wajah saya muncul dalam majalah itu, banyak dapat tawaran melakukan peragaan di pentas dan fotografi fesyen untuk majalah.

Setahun selepas itu saya menyertai pertandingan Ford Supermodel Search anjuran Supermodel Amber Chia dan saya menang tempat kedua,” katanya.

Pada 2011, Ahya mewakili negara ke pertandingan Mr Asia di Hong Kong dan dia berjaya tersenarai dalam 16 finalis. Meskipun tidak berjaya meraih gelaran juara, Ahya tetap berbangga dengan pencapaian itu kerana dia satu-satunya lelaki Melayu dan rakyat Malaysia yang bertanding.   

Terbaru dan menambahkan lagi profil dirinya selaku anak Malaysia yang berjaya di pentas peragaan, dia memenangi trofi Model of The Year 2013 Malaysia.

Mengiring kejayaannya itu, Ahya bukan saja berjaya mencipta nama antara model yang sedang laris kini malah dia banyak menerima undangan memperagakan jenama antarabangsa di rantau Asia khususnya Hong Kong.

“Memasuki pertandingan model antara platform terbaik untuk saya memahat nama dalam dunia peragaan. Kini saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Hong Kong. Impian saya ingin menakluki pentas peragaan di kota fesyen yang lain pula seperti di London, Milan, Paris dan New York.

“Untuk mencapai hasrat itu, agensi modeling Wu yang berpengkalan di Malaysia sedang merangka strategi mempromosikan saya di peringkat dunia,” katanya.

Petua jaga bentuk badan

Sebaik saja bergelar model, bukan saja rutin harian Ahya berubah, tetapi menu makannya juga tidak seperti dulu. Malah Ahya tidak lagi menyentuh nasi, makanan berlemak, bergula, berkanji atau bergoreng. Bukan itu saja, Sushi yang paling disukainya pun kini sudah terkeluar daripada senarai menu hariannya.

Kata Ahya, dia sekarang lebih banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan protein.

“Kalau saya makan telur, hanya ambil yang putih saja. Saya mesti kena kekalkan bentuk tubuh yang baik. Untuk bina badan, seorang model mesti mempunyai kandungan lemak yang rendah di dalam badan.

Sekarang kandungan lemak dalam tubuh saya adalah sebanyak lima peratus saja. Kalau banyak lemak, ia tidak akan membentuk otot terutama pada bahagian perut.

“Di jimnasium saya dilatih oleh jurulatih peribadi iaitu Izuddin Anuar yang juga juara bina badan Mr KL. Dia juga menyediakan senarai makanan yang perlu diambil dan yang mana pula terpaksa dielakkan. Saya minum air tanpa gula.

Bukan senang untuk bersaing dengan model bangsa asing terutama orang kulit putih kerana mereka dikurniakan pakej lengkap sebagai seorang model - tinggi dan kacak.

“Saya pula berwajah Melayu asli dan terpaksa mengatasi kehebatan mereka dengan memiliki tubuh badan yang menarik. Model kulit putih tidak begitu menjaga bentuk badan kerana mereka tahu aset semula jadi yang ada pada mereka sudah cukup memadai untuk ‘berjalan’ di pentas ‘catwalk’,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2013 03:33 PM | Show all posts
lutut adam tinggi bahu rosmah mansor.. adam dulu model kpop
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 03:43 PM | Show all posts
mesti Adam mengidam jd anak hekan Rosmah kan? 40 hari ulang sebut nnanti Rosmah jd pasangan gangnam Adam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 05:37 PM | Show all posts
bagus lah tu.. perkembangan yg bagus..
di sana mmg suka stok eksotik mcm ni..
tak lah mcm indon memuja jer artis pan asian mereka.
muka ko mmg melayu tulin.
tap muka ko berjerawat..?
bukan model tak boleh ada jerawat ke?.
ke aku silap.
hemsem tu ada lah jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 05:39 PM | Show all posts
bantal_busuk posted on 20-4-2013 05:37 PM
bagus lah tu.. perkembangan yg bagus..
di sana mmg suka stok eksotik mcm ni..
tak lah mcm indon me ...



hellloooo dia bukan korean maaaaa fake ... real men have zit n still look good ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 05:50 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 20-4-2013 05:39 PM
hellloooo dia bukan korean maaaaa fake ... real men have zit n still look good ...

betul juga tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2013 06:07 PM | Show all posts
nape kt gambar ni ai nampak cam selebet tapi jumpa kt luar, boleh tahan gak tampan tinggi orgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 03:32 PM | Show all posts
gayah semacam jerk ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2013 03:55 PM | Show all posts
dia share lipstick dgn mak dia punya ke....sama2 pink hehehehe
dlm pic ni mcm tak menarik je..kalau kat luar..boleh tahan...ada gaya ler...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 05:21 PM | Show all posts
Model kulit putih tidak begitu menjaga bentuk badan kerana mereka tahu aset semula jadi yang ada pada mereka sudah cukup memadai untuk ‘berjalan’ di pentas ‘catwalk’,” katanya.


stetmen kurang cerdik
kalau dah dalam dunia modeling haruslah masing2 nk jaga aset
belum pernah aku tgk mat saleh boroi jalan kt catwalk


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 08:02 PM | Show all posts
serius kulit muka dia nampak kotor dari jarak dekat
dia ada jerawat yang jenis bernanah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 07:48 AM | Show all posts
bantal_busuk posted on 20-4-2013 05:50 PM
betul juga tu.



kita jgn ikut mcm yg derang ni label hensem je muka xde kesan jerawat bagai tp muka kene alter.... yuckssss siap nk buat dagu panjang laaa... hakikatnya dah jadi cam pondan pon esp korean retis ni.. agak2 kalo muka derang ada sedikit cacat mau bunuh diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:21 AM | Show all posts
klon mak dia sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:15 AM | Show all posts
dulu pernah training dgn shila lama modelling agency ni. ingat lagi, mmg tinggi orangnya. tup2 masuk pertandingan Ford Supermodel, dia dpt no.2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:53 AM | Show all posts
Dia ni kena buat treatment kat New York skin...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:56 AM | Show all posts
tingginya ler.....somi iolss yg 182cm tu pun dah tinggi iolss rasa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 10:23 AM | Show all posts
mea posted on 24-4-2013 08:56 AM
tingginya ler.....somi iolss yg 182cm tu pun dah tinggi iolss rasa....

iols kureng skit lelaki tinggi2 nih...mcm panjat pokok jah rase...uols rase camneh? mcm panjat pokok jugak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:27 AM | Show all posts
kueh_kueh posted on 24-4-2013 10:23 AM
iols kureng skit lelaki tinggi2 nih...mcm panjat pokok jah rase...uols rase camneh? mcm panjat pok ...

okeh jek...sesuai ngan iolss yg rendang xberbuah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:27 AM | Show all posts
liyamariska posted on 20-4-2013 06:07 PM
nape kt gambar ni ai nampak cam selebet tapi jumpa kt luar, boleh tahan gak tampan tinggi orgnya...  ...

itu namanya mamat ni x potogenik
ade org dlm gambar kemain cun tapi in real, hazab

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 07:29 AM | Show all posts
whoaa lebih 3 cm dari aku.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.940767 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list