CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3021|Reply: 4

Cerpen : Hadiah buat Mejah [ PG -13 ]

[Copy link]
Post time 20-4-2013 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Aiman Hazariff melabuhkan punggungnya di sebuah bangku kosong ditaman.Dua orang kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun sedang bermain gelongsor dan buaian di hadapannya.Dia menyeluk poket.Mengeluarkan telefon bimbit nokia 3310 touchscreen yang mempunyai sistem operasi android icecream sandwich.Ibu jarinya laju diletakkan ke menu mesej.Dia membuka mesej lama yang tersimpan.Mesej yang sudah tiga minggu diterima.Dan juga mesej yang terakhir dihantar oleh insan yang paling dia sayang.Insan yang mungkin tidak pernah tahu isi hatinya.

Jari nya laju menolak skrin tidak berpunat itu kebawah.Mencari nama ' Mejah (kwn lama) '.Laju dibukanya mesej tersebut.Mesej yang berbunyi :

' awak , nanti majlis saya esok awak datang tau.Kawan-kawan kita semua datang.'

Dia merenung lama mesej tersebut.Tiada balasan untuk kiriman mesej daripada rakannya itu.Dia mendongak.Memandang ke langit.Diam tidak bersuara.Riak wajahnya  bagai seseorang telah hilang sesuatu dan dia tersenyum.

Tiga minggu lepas, dia menghadiri sebuah majlis kahwin rakannya.Bukan antara yang rapat dengannya.Cuma yang selalu dia jumpa.Terpampang sebuah banting besar yang tertulis
' Selamat pengantin baru Zulkifli & Hasmejah ' di depan pintu pagar rumah Encik Razak.Aiman memegang hadiah sebesar dua tapak tangan.Tangannya berpeluh sedikit.Kakinya melangkah masuk ke perkarangan rumah tersebut.Meriah sekali majlis yang diadakan.

"Aiman!!" Namanya dipanggil.Dia menoleh ke belakang.

"Lama tak nampak kau? Balik ke sini tak beritahu pun?".Salem menyapa.Tangan diletak ke bahu Aiman.Rashid , Amzah dan Badrul turut sama ada.Mereka bersalam.Mereka bergelak ketawa bercerita tentang perihal lama.Fikiran Aiman bercelaru.Dia cuma bergelak ketawa tapi sepatah pun cerita mereka tidak masuk dalam fikiran Aiman.

"Jom ,kita jumpa Mejah.Tengok laki dia macamana.Hahaha." Badrul mengajak.

"Aku...." Tangan Aiman mengengam hadiah yang dipegang dengan erat.


"Kau ni apasal diam je ni.Jom!" Aiman ditolak.

Mereka meluru ke tempat persandingan pengantin.Aiman menoleh kiri dan kanan.Memandang jika ada lagi wajah-wajah yang dikenalinya.Dia sedikit lambat dan terlepas untuk melihat pengantin berarak.

"Hadiah tu takkan nak pegang je?"
Hadiahnya dirampas Rashid.Dan diberi kepada pengantin.Ketika itu belum lagi bermula majlis makan bersuap.

" Ni daripada Aiman".Rashid menunjuk kepada Aiman.Pengapit Mejah, Nora menyambut hadiah tersebut dan membawa ke belakang.Nora juga merupakan kenalan mereka.

Mejah tersenyum melihat Aiman datang.Senyumnya dibalas Aiman tetapi bukan lagi senyuman ikhlas seperti dahulu.Bukan lagi senyuman malu-malu kucing yang biasa dilemparkan.Cuma senyuman sinis yang datang daripada hatinya.Sedikit sakit.Sakit yang dia sendiri tidak faham.

Lagu karaoke yang dinyanyikan oleh seorang makcik tua cukup membingitkan telinga Aiman.Cukup menjengkelkan.Mahu saja dia sumbatkan mikrofon yang digunakan ke dalam tekak mak cik tersebut.Biar dia tersedak.Biar dia merasa sakit tak bernafas.Biar dia diam tidak lagi bersuara menikam gegendang telinganya.

Rakannya yang lain mengajak Aiman menjamu selera di bahagian tetamu.Lauk-lauk yang disediakan katering daripada luar itu cukup untuk membuatkan tetamu yang hadir menelan air liur.Aiman duduk berhadapan dengan meja bahagian pengantin.Jelas dilihatnya wajah Mejah dan pengantin lelaki.Dia menyuap nasi ke mulut.Memandang lama ke tempat pengantin yang baru sahaja mula makan bersuap.

" Kauorang makan dulu.Aku nak ambil gambar kawan kita "Amzah bangun dan meletakkan air sirapnya di depan Aiman.Dia meluru ke arah pengantin dan mengambil gambar.

"Kau apasal diam je Aiman? . Daripada tadi kau tak bercakap sepatah pun? Tegur kitaorang pun tidak."
Badrul bertanya.Rakannya yang lain mula pelik dengan tingkah laku Aiman.

Aiman masih membisu.Memandang pengantin.Seribu kaca tajam menusuk dalam jiwanya.Dia seakan tidak tahu lagi tentang perasaannya.Sudah 8 tahun Aiman mengenali Mejah.Seorang yang ceria , lawa dan mesra membuatkan ramai terpikat dengannya.Termasuklah Aiman sendiri.

Tetapi sepanjang dia mengenali Mejah,dia tidak pernah bersuara.Tidak pernah bercakap apatah lagi berbual mesra dengan Mejah.Cuma senyuman sahaja dilemparkan.Dan selalunya senyumannya dibalas.Setiap kali dia berjumpa Mejah,cuma itu sahaja rasa yang dipendam Aiman.Rasa suka.Sehingga lah hari bahagia buat Mejah tiba.

Selesai sahaja makan,Aiman beransur daripada majlis tersebut.Perlahan-lahan.Kawan-kawannya yang lain tidak sedar yang Aiman sudah tiada di situ.Mereka cuba menghubungi Aiman tetapi telefon bimbitnya ditutup.Aiman menuju ke kereta kancil buruknya.Longlai.Bermacam perkara bermain di minda.Kecewa,terkejut,marah dan rasa yang dia sendiri tidak tahu namanya.Rokok Winston diambilnya daripada dashboard kereta.Dinyalakan.Perlahan Aiman berlalu daripada majlis itu.Diam.Kecewa tak terkata.

Hari ketiga selepas majlis perkahwinan Mejah.Dia mengemas kotak-kotak hadiah yang diberi tetamu yang datang.Terlalu banyak.Ada yang besar dan juga yang kecil.Tiba-tiba dia terbau aroma yang sangat busuk di celah-celah susunan hadiah itu.Semakin lama, semakin loya anak tekak menghidu bau tersebut.Seperti bau bangkai.

Dia ternampak sebuah kotak yang berwarna biru.Diambilnya.Ternyata bau busuk tersebut datang daripada kotak biru itu.

" Ini hadiah yang Aiman bagi..." fikirnya sambil dia mengoyakkan pembalut biru itu.Di bawah kotak tersebut terdapat setompok kesan berwarna hitam yang pekat.Bau busuk itu makin kuat menujah hidung.Dia membuka kotak hadiah yang diberi Aiman dengan perlahan.

" Ya ,Allah !" Mejah terkejut dan menjerit.Terdapat seekor anak kucing yang telah mati di dalam kotak biru tadi. Lebih mengerikan ,anak kucing itu telah dikerat empat.Darah hitam yang telah kering memenuhi kotak tersebut.Mata anak kucing itu tiada sebelah.Kepalanya sedikit penyek bagai dihentak  dan bahagian abdomen ,kaki  ,kepala serta ekor tercerai.Usus dan segala isi perut anak kucing masih ada separuh dalam abdomennya.Tidak terkeluar habis.Badannya seperti dicarik dan penuh kesan calar  yang berdarah.

Mejah memberanikan diri memegang kotak yang dipenuhi bangkai tersebut.Dia terlihat ada sehelai kertas putih di dalam perut anak kucing yang terburai itu.Ditarik dengan perlahan.Kertas putih itu dipenuhi darah kering anak kucing yang mati itu.Hanyir baunya.Dia membuka kertas itu dengan perlahan.Ianya sebuah nota yang tertulis :

" Awak suka kucing kan? Ni hadiah yang paling istimewa yang dapat saya bagi.Kucing parsi kacukan muchkin lagi.Comel kan kucing tu? Maaf sebab darahnya dah habis saya minum.Sedap rasanya.Macam rasa air sirap limau kurang manis yang biasa awak minum.Mula-mula ,saya nak pengsan kan je kucing tu tapi dia melawan dan cakar muka saya.Saya terpaksa kerat bagi dia duduk diam sikit dalam kotak tu.
Awak tahu , saya dah lama sukakan awak.Tapi saya tak tahu nak cakap macamana.Saya terdiam bila pandang wajah awak.Mungkin saya dah tak sempat nak beritahu awak dan mungkin juga kalau saya beritahu tak mengubah apa-apa.Saya takut saya je yang malu sendiri.
Saya harap awak bahagia dengan hidup awak.Maaf kalau ayat saya ni macam bangang sikit tapi saya tulis ikut perasaan.Kalau awak rasa nak benci saya sebagai kawan ,atau rasa saya ni psiko, silakan lah.Saya harap awak bahagia."


Selepas itu Aiman menghilang.Tidak dapat dihubungi.Tidak tahu kemana.

Ditulis oleh : Aiman Hazariff.
Last edited by ahamkid on 21-4-2013 12:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 03:38 PM | Show all posts
really...psicho...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 05:22 PM | Show all posts
ada lagi 2-3 cerpen psiko.
nnti saya upload.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:36 AM | Show all posts
gila betul...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:52 PM | Show all posts
ngeri tapi best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064416 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list