CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16041|Reply: 137

kos hantaran perbelanjaan perkahwinan tinggi..

[Copy link]
Post time 21-4-2013 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama..

Ketika itu saya baru sahaja selesai kelas al-Quran dengan ustazah. Tiba-tiba ustazah memanggil salah seorang sahabat saya yang ketika itu dia sedang berjalan melintasi halaqah kami.

Sengaja ustazah panggil untuk bertanyakan tentang pengalamannya ketika majlis perkahwinan. Ketika itu kami saling tertawa senyum. Terlintas di hati untuk bertanya tentang kos hantaran kepada ustazah. “Ustazah kahwin dulu berapa ribu hantaran?” Soal saya. Tetapi ustazah diam tersenyum. Sehingga rakan-rakan lain beredar, ustazah membuka cerita.

“Perkahwinan kami simple ikhtiar. Tak ada bertunang, terus kahwin. Kenal pun sekejap”.

“Hantaran ?”  “Tak ada hantaran, beri mas kahwin ikut negeri.” Balas ustazah.

Mendengar jawapan itu, saya terkedu seketika. Seorang wanita yang berkelulusan sarjana, dan kini sedang dalam proses menyambung PhD. Seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Cukuplah yang boleh saya katakan dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita solehah.  Kini mereka kekal bahagia sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Itu cerita kos hantaran. Tidak ada ertinya jika mahu mengulas lagi kenapa sekarang tingginya hantaran perkahwinan. Namun usah disalahanggap bahawa hantaran dan mahar  itu adalah sama.

Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib. jadi dah memang adat melayu agaknya suka buat majlis besar - besaran..baru baru ni saya ke majlis perkahwinan saudara sepupu.. ketika itu dalam 2.45 petang.. tapi makanan dah habis.. bila di tanya tuan rumah cakap makan order 1000.. tapi kad kawin printing 1500 dah diedarkan..
Namun persoalannya sekarang mengapa kos hantaran kini terlalu tinggi kalau kenduri kawin makan pun tak cukup.. kalau barang mahal tak mungkin sebab semuanya asal dari budget.. pihak perempuan pun jangan la ikut level degree.. kalau post graduate lagi la tinggi.. status  ???

Last edited by phongsakorn on 21-4-2013 07:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2013 08:40 PM | Show all posts
kt JB cousine adam nikah, satu kepala makan charge rm 18 tak termasuk stage pelamin, decoration dan lain2 lg... itu makan sahaja.. harga sewa tempat lain2..

total cost dua majlis wedding blh cecah around rm70 000.. termasuk hantaran nikah.. kepada lelaki nikahilah perempuan yang tak tahu kira duit.. jimat sikit cost hantaran
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 09:03 PM | Show all posts
aku pun tak suka tengok keadaan ni. nak kawen kemain susah payah buat part time, amik personal loan bagai. kenapa nak bermewah kalau tak mampu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2013 09:36 PM | Show all posts
sebab sekali seumur hidup.. tu yang nak buat mewah sangat tu..
tak tau lepas kawin, kena bayar hutang.. kami kaum lelaki bukannya
nak cari perempuan kaya pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 11:02 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-4-2013 08:40 PM
kt JB cousine adam nikah, satu kepala makan charge rm 18 tak termasuk stage pelamin, decoratio ...

35k utk 1 pihak la lbih kurg eh?? giler byk nk pakai duit nk kawin la ni...

rm18 sekepala tu mkn nasi apa, brapa lauk???katering skali ngn khemah kerusi meja pelayan semua ke??



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 11:54 PM | Show all posts
aechae posted on 21-4-2013 11:02 PM
35k utk 1 pihak la lbih kurg eh?? giler byk nk pakai duit nk kawin la ni...

rm18 sekepala tu mk ...

rm 18 nasi dengan lauk pauk.. dua jenis. satu nasi minyak, satu lagi nasi putih.. air ada 5 jenis.. kambing panggang 1 ekor.. itu jeklah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2013 08:08 AM | Show all posts
Kenduri kawin dah perlukan anjakan paradigma. Zaman menjemput ribu-ribu tetamu sudah berakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 08:26 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-4-2013 08:40 PM
kt JB cousine adam nikah, satu kepala makan charge rm 18 tak termasuk stage pelamin, decoratio ...

adam
kaka jbrean, masa kaka kawen itu le regenye tu pun belom masuk misc items towards the biggie day tau
nak kawen walaupun kate nak buat majlis kecik. heh jangan harap la... mesti over spend punya..

kalau mak ayah ada ramai kengkawan, sedara mara forget it la if you want to do it just for 500 peps sahaja...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 08:32 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-4-2013 08:40 PM
kt JB cousine adam nikah, satu kepala makan charge rm 18 tak termasuk stage pelamin, decoratio ...

Adam pula bagaimana? dah jumpa wanita yg tak tau mengira?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:10 AM | Show all posts
Bell posted on 22-4-2013 08:08 AM
Kenduri kawin dah perlukan anjakan paradigma. Zaman menjemput ribu-ribu tetamu sudah berakhir.

agree. seharusnya jemput jiran tetangga yg berdekatan & sedara mara rapat, dan rakan2 rapat (dlm quantity yg sangat sederhana)sahaja sudah memadai. itu pun cukup untuk 'memaklumkan' pada khalayak bahawa anda sudah menikah. simpan duit utk memulakan hidup baru. jng sampai account tinggal 00.00 semata2 nak cipta kenangan 'seumur hidup' katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:20 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 22-4-2013 08:32 AM
Adam pula bagaimana? dah jumpa wanita yg tak tau mengira?

dh.. tp dh jd isteri najib.. rosmah mansor
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:23 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 22-4-2013 08:26 AM
adam
kaka jbrean, masa kaka kawen itu le regenye tu pun belom masuk misc items towards the b ...

xpe.. kalau adam nikah dengan awek JB.. adam buat majlis kt sempadan melaka johor.. murah sikit buat masa bulan puasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:25 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 22-4-2013 08:26 AM
adam
kaka jbrean, masa kaka kawen itu le regenye tu pun belom masuk misc items towards the b ...

kaka jbrean adam cadangkan buat area muar atau melaka.. murah sikit cost... catering mmg wajib ada.. tp harga lg berbaloi murah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:32 AM | Show all posts
housequeen posted on 22-4-2013 11:10 AM
agree. seharusnya jemput jiran tetangga yg berdekatan & sedara mara rapat, dan rakan2 rapat (dlm q ...

betul... tapi bila dah buat keputusan nak buat majlis kawin sederhana..
akan ada masalah bila ibu dan bapa saudara mara masuk campur..
mereka inginkan yang terbaik.. macamana nak budget kalau semua nya kena baik..

tujuan thread ni sebenarnya kami nak tahu lebih teliti apa yang perempuan dan keluarga mereka perlukan..
kalau hantaran kawin pun nak yang tinggi.. lebih 10K .. rasanya itu di luar kemampuan.. sebab majlis kawin lagi
sewa peralatan, makanan, pelamin, pengurus majlis kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:39 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-4-2013 11:25 AM
kaka jbrean adam cadangkan buat area muar atau melaka.. murah sikit cost... catering mmg waj ...

harap harap dapatla adam berjumpa dengan perempuan sempadan muor - melaka yang tak tau kira

ameeennnnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:40 AM | Show all posts
phongsakorn posted on 22-4-2013 11:32 AM
betul... tapi bila dah buat keputusan nak buat majlis kawin sederhana..
akan ada masalah bila ibu ...

faham. cumanya..kena ingat, majlis grand2 tak menjanjikan kerukunan rumahtangga pengantin selamanya...begitu juga sebaliknya.
benda ni kena ikut kemampuan. kalau mampu..go ahead. kalau tak mampu...haruslah kita ukur baju dibody sendiri. jng dlm keadaan tak mampu...kita paksa diri jugak bergolok bergadai...semata2 atas 'nasihat' sedara mara..?
ataupun..jika kita ada 'kesedaran' bahawa duit yg ada, sebaiknya disimpan utk kegunaan memulakan hidup baru, tak kan kita perlu akur utk 'melebur' kan duit2 kita mcm gitu sahaja atas alasan inginkan majlis yg gah....fikirlah dng bijak. majlis kita...pilihan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2013 11:59 AM | Show all posts
betul.. saya setuju.. ukur baju dibadan sendiri.. tapi kami ni lelaki.. mesti lah nak buat yang terbaik untuk perempuan..
kalau tak dapat buat yang terbaik pun untuk majlis kahwin tu, adakah perempuan tu akan berasa rendah diri ??
maklum sajalah mesti ada kawan pengantin perempuan yang datang lepas tu bagitau ni bagitau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:27 PM | Show all posts
phongsakorn posted on 22-4-2013 11:59 AM
betul.. saya setuju.. ukur baju dibadan sendiri.. tapi kami ni lelaki.. mesti lah nak buat yang terb ...

buat yg terbaik utk SEHARI jer??? Or buat yg terbaik utk seumur hidup.
Kena buka minda tak kira lelaki @ pompuan. Kawen bukan utk sehari
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:28 PM | Show all posts
benda nie bnyk pro & kon ... terlebih org ngata... terkurang berbakul kata nista... pekak kan tinger jer... buat sekadar mampu... yg simple lagik nmpk cantik dan bermakna... dari beria2 gilang gemilang pastu 7keturunan xhabis bayo hutang... last cerai berai... naya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:43 PM | Show all posts
menjad posted on 22-4-2013 12:28 PM
benda nie bnyk pro & kon ... terlebih org ngata... terkurang berbakul kata nista... pekak kan tinger ...

saya setuju dengan menjad..

tapi bila fikir balik.. bakal mertua akan sangka kita ni orang yang sederhana..
bila buat majlis perkahwinan sederhana..
tak mampu nak jaga anak perempuan kesayangan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.167415 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list