CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19539|Reply: 129

LINDA ONN Tarik Diri. LINDA is OFF the hook!

[Copy link]
Post time 27-4-2013 01:08 AM | Show all posts |Read mode

Selepas Adi Putra, Linda Onn Pula Tarik Diri Dalam ABPBH
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Linda berasa bersalah terhadap para peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.


PETALING JAYA: Selepas pelakon Adi Putera, penyampai radio Suria FM, Linda Onn juga akan mengikut jejak serupa iaitu enggan dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kerana mahu menjaga hati peminat.

Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 36, berkata, dia berasa bersalah terhadap para peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.

"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.

"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian," jelasnya kepada mStar Online.

Selain Datuk Siti Nurhaliza, baru-baru ini pelakon Adi Putra juga melahirkan hasrat sama untuk tidak lagi bertanding dalam ABPBH pada tahun hadapan. Adi bagaimanapun tidak akan menolak untuk dicalonkan pada tahun-tahun berikutnya.

Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007.


Linda yakin walaupun tidak lagi bertanding di ABPBH peminat akan sentiasa menyokong kerjayanya sebagai penyampai radio.

Dalam pada itu, Linda berkata, keputusannya itu juga dapat memberi laluan kepada muka-muka baru untuk dicalonkan dalam kategori tersebut pada masa hadapan.

Linda berkata, para peminatnya juga pasti akan memahami dengan penarikan dirinya itu dan tidak meragui sokongan mereka selama ini.

"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.

Bagaimanapun Linda tidak menafikan, kegagalannya mempertahankan anugerah itu selama beberapa tahun sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai penyampai radio.

"Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti," katanya.

Dalam perkembangan sama, Linda berkata, walaupun tidak mahu lagi bertanding dalam ABPBH, dia akan sentiasa menyokong anugerah tersebut pada masa hadapan jika diminta berbuat demikian.

"Keputusan ini bukan bererti saya enggan bekerjasama lagi dengan BH sebaliknya akan terus menyokong segala program yang akan diatur kelak.

"Jasa mereka sangat besar dalam karier saya dan ABPBH juga yang memperkenalkan anugerah untuk mengangkat penyampai radio di negara ini," jelasnya.

Untuk rekod, Linda pernah menggondol trofi menerusi kategori berkenaan sebanyak enam kali berturut-turut sejak dicalonkan pada tahun 2001.

  
Last edited by diana007 on 27-4-2013 09:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 01:45 AM | Show all posts
...zaman you dah habis Linda oi...Fafau tu pun nasib jah, lepas ni kena cantas dgn Lopak
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 01:50 AM | Show all posts
bagusla tu. takdelah membazir duit peminat beli surat khabar semata2 nak mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 01:52 AM | Show all posts
asik2 kueh pau menang tiap
tahun. terpaksa linda off bertanding
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 01:58 AM | Show all posts
at least dia jujur la jugak bagitau yg kekalahan dia menyebabkan reputasi terjejas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 01:58 AM | Show all posts
Apbh ni xder bende, yg untung artis, peminat buang karen, baik duit beli surat kabar tu korang sedekah kt masjid, takpon belanja jiran2 makan kfc, dpt jugak mengeratkan silaturahim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2013 02:13 AM | Show all posts
Harap2 pasni lagi ramai artis tarik diri.. kasi abis abpbh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 07:34 AM | Show all posts
aku cuma menunggu zizan menarik diri demi menjaga hati peminat, which I doubt he will.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 07:45 AM | Show all posts
elok dihapuskan terus je abpbh tu.. dah macam anugerah syok sendiri pulak. gigih lagi orang nak beli sotkabar.. iols baca online je kat CI
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 07:49 AM | Show all posts
tapi ABPBH la award yang paling best dan meriah kat malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 07:52 AM | Show all posts
for all u know memang tak dicalonkan for next ABPBH... apa jer makcik nih... perasan tak abis2... bukan she tak prnah dpt pon award nih..dah dpt kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 07:55 AM | Show all posts
Kalau betul betul peminat undi, ntah ntah undi sendiri or kaum kerabat yang undi.... (tak minat LO yang poyo and FaFau yang ntahapahapa)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:07 AM | Show all posts
Aku rasa fafau & fbi  tu patut undur diri...asik2 dia jer tiap2 tahun.  Naik muak aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:10 AM | Show all posts
tak kisah lah linda..kau pun dah sukses..dah tahap jutawan pun..artis2 yang rangkul anugerah tu pun tak sekaya kau.. stesyen radio yang kau jadi DJ semua naik..mcm suria sekarang ni..mostly semua dah sengar..kau abaikan je lah orang2 yang kutuk kau tu...janji kau sukses dan jadi DJ yang best
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:26 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 27-4-2013 01:45 AM
...zaman you dah habis Linda oi...Fafau tu pun nasib jah, lepas ni kena cantas dgn Lopak

ni kategori penyampai radio la. ape ke hal kait nama lopak
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
elok le tu cik linda...zaman hang dah berlalu dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 08:27 AM | Show all posts
and yes, fafau dan faizal ismail yg ptt tarik diri. dan kepada sape2 yg asyk menang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:54 AM | Show all posts
duyong95 posted on 27-4-2013 08:07 AM
Aku rasa fafau & fbi  tu patut undur diri...asik2 dia jer tiap2 tahun.  Naik muak aku

berita harian xksk mereka undur diri - katanya....

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 09:02 AM | Show all posts
lama2 sume pakat tarik diri mcm AJL.. muka2 baru jer brtanding.. artis lama mcm dah segan nak masuk AJL dah.. lama2 hilanglah serinya majlis anugerah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 09:03 AM | Show all posts
fafau n faizal tu wajib undur diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.168906 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list