CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38755|Reply: 391

“Pas berkuasa,Kita Akan Hancur” – Norman KRU

[Copy link]
Post time 28-4-2013 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Kehangatan PRU ke-13 semakin dirasai. Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan di Twitter apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter’nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Ramai yang berpandangan, sesiapa pun yang memerintah Malaysia, ianya tidak memberi kesan kepada industri filem dan muzik di Malaysia jika ianya benar-benar bagus. Penggiat filem dan muzik di Malaysia sepatutnya terus mencuba menghasilkan sesuatu yang bagus dan boleh dibanggakan bukan membabitkan siapapun yang memerintah negara ini.

Kita ambil satu contoh seperti Yuna yang kini sudahpun menempatkan namanya di US. Itu buktinya, kalau penghasilan industri yang berlaku di negara ini bagus, maka sesiapapun yang memerintah tidak akan memberi kesan melainkan kerana bakat anak seni itu sendiri. Pendek kata, kalau betul hebat dan berbakat tentu boleh pergi jauh. Bukan mencari salah pihak lain atas kekurangan diri kita sendiri.

Antara penggiat filem lain yang tampil memberikan pandangan neutral mereka adalah Ahmad Idham yang mengingatkan jatuh bangun industri di Malaysia tidak kena mengena dengan isu siapapun yang memerintah.

Hafiz Hamidun juga menempelak Norman dengan mengatakan bahawa isu tersebut tidak akan memberi kesan kepada industri. Apa yang sepatutnya dilakukan penggiat filem dan muzik di Malaysia adalah untuk terus menghasilkan buah tangan yang hebat untuk menarik kembali kepercayaan rakyat Malaysia kepada industri muzik dan terutamanya filem di negara ini.

Beberapa respon pengguna Twitter yang lain juga begitu lantang memberikan pandangan mereka akan isu yang dibangkitkan Norman ini.

Respon kami pula cukup mudah di mana menzahirkan setiap pandangan yang diberikan kepada Norman dalam satu ayat yang lebih ringkas dan cukup mudah difahami.

Apa pula pandangan anda berkenaan isu ini? Adakah jika negara ini dipimpin oleh PAS atau mana-mana parti selain kerajaan hari ini, ianya memberikan impak kepada industri filem dan muzik sedia ada?


Last edited by mirage_46 on 28-4-2013 04:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 04:58 PM | Show all posts
tak perlu org yg tak terbabit bidang seni menjawap pun tu org seni sendiri dah tolong jawapkan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 04:58 PM | Show all posts
takut cerita2 adegan panas ala hollywood xboleh disiarkan ke? pindah hollywood lah. mne tau cite u buleh jual kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 04:59 PM | Show all posts
Masyarakat yg berilmu akan membuang filem2 sampah n mengkhayalkan... tiada masalah utk terus menghasilkan karya yg mengagungkan cinta sesama manusia...tetapi manusia berilmu pasti tahu hakikatnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:00 PM | Show all posts
dats y laaa ramai artis dok sokong BN...takut hancur rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:05 PM | Show all posts
bila org jahil bersuara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2013 05:07 PM | Show all posts
...  tidakkah jika PR memerintah ( termasuklah PAS ) akan lagi hebat industri hiburan?  ...  u hanya perlu memilih sahaja jalan hidup , semua akan d sediakan ? ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:08 PM | Show all posts
sebenarnya hati Norman yg hancur berterabur kalau BN kalah...sebab Norman  sedar dia cari makan kerana adanya BN .

Ternata dia ikhlas juga masa ckp mcm ni...paling tidak ,dia ikhlas ,sungguhpun kenyataannya yg dia ckpkan tu tersgtlah xmunasabah ,mcm org kafir takut hudud ,mcm itulah aku rasa Norman takut kalau PAS  menang...Norman mmg pengecut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 05:08 PM | Show all posts
Ternyata*******
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:09 PM | Show all posts
norman ni ada penyakit

Metathesiophobia - Takut pada perubahan.

dan

Selenophobia - Takut pada bulan.



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:09 PM | Show all posts
kalau, akan, ke depan,...emm..owh..ok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:09 PM | Show all posts
Negara Iran diperintah oleh Kerajaan Islam Syiah... tapi industri perfileman kat iran tak terjejas pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:10 PM | Show all posts
Kalau industri filem negra hancur, macamana spesis tudung laboh sampai ketumit nak tengok Melodi dan bercakap pasal aurat lagi? Apakah yang akan mereka lakukan diwaktu lapang? Prrrrrrrrrpffffftght
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:12 PM | Show all posts
errrr

Hello?

Iran yang depa dok kata islamist extreme tu filem depa banyak kali tercalon kat Oscar, banyak kali menang kat Cannes.

Hanco?

Pfttttttttttttttttttt!!

Statement stendet kroni. Momokkan rakyat memang salah satu agendanye
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguih klu industri filem msia hancur...byk anak2 muda dah rosak akibat terpengaruh dgn filem.katanya untuk memberi tauladan...kepala hanggguk depa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:14 PM | Show all posts
Satu yg aku nampak adalah cara dan kaedah matlamat Ahmad Idham menjalankan dsn memperkambangkan karier dia just like Chinese style..

Tak kisah siapa perintah negara kalau kita mmg productive mmg kita akan productive dan kita kena pandai melihat suasana politik yg menguntungkan kita..
Mmg dia Chinese business minded.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 05:14 PM | Show all posts
pendapat aku

Norman KRU yg kita semua tahu semestinya nak menjaga tembolok kepentingannya sendiri sahaja...projek drama dgn RTM pun dia baru secure...belum lagi pinjaman yg tak berbayar dengan bank pembangunan dan SME....semua org tahu kisah dlm kain KRU bros ni...kisah KWSP, kebajikan pekerja semua tu belum org bangkit lagi...

so bagi dia mestilah kerajaan yang selain BN tak dpt nak bantu dia...aku rasa pandangan dia tu mewakili produk2 dia sahaja...produk2 KRU bros yang dah mmg sedia sampah... aku respect pandangan neutral org lain ttg bab ni...especially bila ahmad Idham yg aku fikir kuat BN tu pun.... industri hiburan akan tetap sama walau siapapun memerintah....kerajaan yang islamnya rigid mcm Iran boleh ada industri hiburan/perfileman yang paling dihormati di Asia, mengapa Malaysia tak boleh?

ambil contoh Indonesia, ketika orde baru dah nak habis, dan zaman kejatuhan suharto...filem2 indonesia penuh dgn filem2 sampah dan hanya 1, 2 yang boleh dipuji....tetapi lepas reformasi 1998, riot antara kaum etc, perubahan kuasa tu memberi ruang pengkarya utk berkarya dgn lebih bebas, dan kreativiti tak terjejas...maka lahirlah masyarakat indonesia yang mencintai filem indonesia, disamping peadaptasian karya2 sastera Indonesia ke filem yang smakin rancak sekarang, yg kebanyakkan berkonsepkan islam...perubahan kerajaan kadang2 memberi lebih byk peluang kpd org filem sebenarnya...skrg indonesia boleh berbangga dgn filem2 hebat diorang seperti ayat cinta, laskar pelangi, radit & jani, marantau warrior etc.... walaupun ada lah saki baki filem sampah...tp filem sampah kira mewarnai industri la.


aku sesungguhnya kesian kat KRU bros yg byk ditongkat oleh gomen, padahal byk lagu org seni kt malaysia lebih lyk dpt layanan yg sama spt dia dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:15 PM | Show all posts
zaman ayya mahadey dulu kesian awie tauke pub feveret aku tu kene gunting tambut..kihkihkih...tk silap aku la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:18 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 28-4-2013 05:15 PM
zaman ayya mahadey dulu kesian awie tauke pub feveret aku tu kene gunting tambut..kihkihkih...tk sil ...

itu sebab Menteri Penerangan masa tu arwah DS Mohamad Rahmat..
seorg bekas guru..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 05:20 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 28-4-2013 05:18 PM
itu sebab Menteri Penerangan masa tu arwah DS Mohamad Rahmat..
seorg bekas guru..

keputusan kabinet adalah kolektif...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.125993 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list