CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4811|Reply: 18

kebaikan merokok

[Copy link]
Post time 30-4-2013 01:33 PM | Show all posts |Read mode
1. Sentiasa Awet Muda

Rambut tidak beruban atau warna putih. Rambutnya sentiasa hitam yang membuatkan perokok kelihatan sentiasa macho dan hensem. Setelah menjadi perokok tegar, pelbagai penyakit lagi mudah untuk datang menemani perokok. Sebatang rokok dapat mengurangkan usi
a selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua dimamah usia kerana usia yang semakin pendek dan tidak sempat merasai kehidupan semasa tua.


2. Seorang yang pemurah dan baik hati


Merokok dapat melatih seseorang menjadi seorang yang baik hati dan pemurah. Apabila jumpa kawan terus dipelawa sebatang rokok atau lighter rokok. Baru berkenalan pun mudah je hulur kawan baru rokok. Sifat ini lebih kurang praktis seperti derma orang miskin, derma untuk mangsa bencana alam seluruh dunia dan banyak lagi.


3. Menambahkan pendapatan negara


Jika tiada yang merokok, mungkin pendapatan negara akan merosot teruk kerana cukai rokok antara sumber utama pendapatan negara. Oleh kerana makin tahun makin ramai yang merokok semakin naik gaji para pekerja sektor awam. Perokok adalah aset penting sumber pendapatan dalam sesebuah negara.


4. Mengawal populasi penduduk dunia


Merokok boleh mengawal populasi penduduk dunia dengan mengurangkan kepadatan penduduk. Perokok biasanya mempunyai lifetime yang kurang dari non-smoker. Secara tidak langsung kepadatan penduduk dapat dikurangkan. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak.


5. Menambahkan pendapatan doktor


Perokok dapat menambahkan pendapatan seorang doktor kerana perokok mudah dijangkiti penyakit kronik seperti sakit jantung, stroke dan lain-lain. Setiap hari pesakit yang jatuh sakit disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan doktor. Baguskan?


6. Merokok menjimatkan kos ubat nyamuk


Perokok dah tak perlu beli ubat nyamuk kerana asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan sebarang ubat nyamuk. Jimatkan? Fungsi 2 dalam 1 rokok ni.


7. Orang sekeliling dapat rasai penderitaan


Jika kebiasaan kalau sakit kita hanya mampu memandang dan tidak rasai penderitaan orang yang jatuh sakit. Tapi kini, keluarga dan rakan-rakan si perokok juga dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua. Bak kata omputeh, sharing is caring kan?


8. Merokok dapat menambahkan kenalan


Dengan merokok kebiasaan mudah lebih mesra daripada orang yang tidak merokok. Bila dah selalu keluar masuk wad kat hospital lagi ramai kenalan perokok kenal di hospital. Perokok dapat la saling suai-kenal dan mengeratkan silatulrahim dengan member-member senasib.


9. Merokok mengurangkan pencemaran bahan kimia


Kandungan rokok mempunyai beribu jenis bahan kimia buangan yang dah tak digunakan. Contohnya lebihan tar jalan jika dibuang boleh menambahkan pencemaran kimia. Jadi dari dibuang baik guna jadi bahan-bahan buat rokok. Kebaikannya pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurang dengan rokok.


10. Berkawan dengan jin


Jin ialah makhluk Allah yang hidup dengan makan asap. So, perokok ini sudah semestinya antara kawan baik jin kerana sentiasa menghembuskan asap rokok. Memang hebat boleh geng dengan jin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2013 03:32 PM | Show all posts
heheheeheh...nak try kwn dgn jin....sila lah merokok
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 05:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 06:52 PM | Show all posts
betul jugak ye. jom merokok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 07:15 PM | Show all posts
point last tu boleh nego2 dengan jin.  terbahekk la jawabnye    untung2 leyh jadikan bomoh, pawang dan dukun sebagai profesion  
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 08:18 PM | Show all posts
yela yela aku berenti la   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2013 09:24 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 12:49 PM | Show all posts
@akughil ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:58 PM | Show all posts
sarkastik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 09:45 AM | Show all posts
Pencurik(bukan perompak hokey) pun susah nak masuk sobab dongar orang selalu batuk jadi tak tahu dah tido ko bolum..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:30 AM | Show all posts
baik punya sindir
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:37 AM | Show all posts
Lawak but true
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 10:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 11:13 AM | Show all posts
Banyak betul kebaikan merokok ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 04:16 PM | Show all posts
aku ingatkan yang hat ni:

"4. Mengawal populasi penduduk dunia

Merokok boleh mengawal populasi penduduk dunia dengan mengurangkan kepadatan penduduk. Perokok biasanya mempunyai lifetime yang kurang dari non-smoker. Secara tidak langsung kepadatan penduduk dapat dikurangkan. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak."

sebab perokok tak subur..hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2015 06:40 PM | Show all posts
Fakta last sekali...

Yg menulis point2 camtu adalah orang yang tak merokok

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 09:41 PM | Show all posts
pendapatan doktor tak bertambah pun...sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069590 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list