CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10893|Reply: 67

Baru Kahwin nak Cerai [Dah cerai, #66]

 Close [Copy link]
Post time 2-5-2013 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua forumers bod Kawan & Persahabatan. Saya nak cerita pasal masalah kawan saya ni. Rasa tekanan pulak bila dia asyik kacau saja. So nak mintak pendapat forumers kat sini...

Kawan ni, F baru je kahwin raya Cina hari tu dengan pak we zaman sekolah, S. Diorang bercinta dah lama. Saya dgn F satu kelas dari form 4, saya kenal S pulak masa form 5. Saya tak la rapat sangat dengan kedua-duanya tapi kira baik juga la dengan F sebab sekelas. Dengan S pulak cuma pernah bercakap sekali dua. Masa upper 6, diorg macam dah renggang lepas tu clash. Lama juga rasanya sampai diorg pun masing2 dah move on dan ada orang lain. Tapi mungkin dah jodoh, dlm pertengahan tahun lepas, diorg sambung balik, dan kahwin raya Cina ari tu. Diorg ni kiranya dah berkawan lama, patutnya dah paham hati budi masing-masing, kan? Itulah masalahnya.

Baru 2 bulan kahwin, dah ada masalah. Saya tak taulah apa masalah diorang, kat fb twitter nampak ok je. Last two weeks, F pm saya kat FB. Tak bagi salam, tak tanya khabar, terus tanya "Eva, kau nak kahwin dengan S tak?" Memang terkejut sangat masa tu. Tapi saya buat bodoh je, fikir yg mungkin akaun dia kena hack atau ada orang saja nak usik. Beberapa jam lepas tu, dia keluar ayat yg sama. Saya tak layan jugak. Esoknya, pagi2 bukak fb, ada pm lagi, pun soalan yg sama. Dia kerap hantar pm benda yg sama. Rasanya dah lebih 10 kali, baru saya balas, tanya dia balik, "Kau apasal?"

Dia senyap, 2 hari kemudian baru dia balas. Dia kata dia saja je tanya. Saja nak test market laki dia. Saya ingat dia main2, saja nak gurau2. Tapi beberapa hari lepas tu dia tanya balik soalan yg sama. Saya cakap kat dia, tak payah la nak test market laki dia kat saya, saya tak berminat. Hari tu, baru dia cerita. Dia dgn S nak bercerai, alasan tak de persefahaman. Macam tak logik je sebab diorg berkawan dah lama, celah mana yg tak ada persefahamannya tu? Tapi kalau dah soal jodoh, apa pun boleh berlaku.

Saya tanya apa masalah diorg sampai nak bercerai bagai. Saya cakaplah, sayang korang bercinta dah lama, takkan nak bercerai? Dia kata dia memang masih sayangkan S dan diorg cuba pertahankan hubungan diorg. Cuma tiap kali berbincang, mesti diorg bergaduh. Peliknya dulu masa couple, tak delah gaduh sampai macam ni sekali. Sebab tu F asyik tanya, kalau ada org nak kahwin dgn S, dia mungkin x jadi cerai, kira bermadulah. Mungkin bila ada org lain, hubungan diorg akan pulih.

Saya dah tak tau nak cakap macam mana lagi dengan si F ni. Saya tulis ni, nak tanya pendapat forumers untuk sekolahkan F. Masa saya tulis ni, saya terima lagi pm dia, kali ni ayat dia lain pulak, "Eva, kau nak bermadu dengan aku tak?" Alahai...
Last edited by Eva_yy_Ellin on 8-5-2013 11:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 11:30 AM | Show all posts
mental agaknya kawan tt nih...

aku dulu pun ada gak sekor kwan mcm ni.. siap boleh tanya kat kawan2 aku yg lain kot2 depa nak seround dgn laki dia.. Gila punya pempuan.. terus aku blacklist!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 11:57 AM | Show all posts
mungkin your fren minat 3some kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 01:22 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 2-5-2013 11:30 AM
mental agaknya kawan tt nih...

aku dulu pun ada gak sekor kwan mcm ni.. siap boleh tanya kat kaw ...

Erk. Apa jenis perempuanlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 01:24 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 2-5-2013 11:57 AM
mungkin your fren minat 3some kot...

Wallahu a'lam. Simpang malaikat 44....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 01:31 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 2-5-2013 01:24 PM
Wallahu a'lam. Simpang malaikat 44....

So, u tepuk dada tanya hati u..
kalau u pun ade hati kt laki dia, silakan cuba.....  
kalau x suka abaikan saja..
Tak payah masuk campur rumah tangga org
Ape, die ingat dgn kehadiran org ke-3 tu boleh bahagia?
Suruh dorg refer pej. agama la mintak kaunseling.
Takpun gi bawak berubat.
Ade sesetengah couple ni kekdg bila dekat panas, bile jauh terindu-rindu

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2013 01:37 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 2-5-2013 01:31 PM
So, u tepuk dada tanya hati u..
kalau u pun ade hati kt laki dia, silakan cuba.....  
kalau ...

Tak pernah pun terlintas nak kat laki dia.
Mula2 memang la tak nak layankan dia tu. Masalah rumah tangga orang kan, tak elok masuk campur. Memanglah dia tak jaja cerita apa masalah diorg sebenarnya, tapi bila dah asyik tanya org nak kahwin dengan laki dia ke tak...saya rasa macam dia tak sayang laki dia je, boleh pulak mintak perempuan lain kahwin dgn laki dia.

Saya tanya dia jugak, apa motif dia nak madu sebab org ketiga hanya orang ketiga, silap2 hubungan diorg lebih teruk lagi jadinya dengan adanya org baru.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 01:52 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 2-5-2013 01:37 PM
Tak pernah pun terlintas nak kat laki dia.
Mula2 memang la tak nak layankan dia tu. Masalah ruma ...

Tula, better u dgr penjelasan dia dulu..
sambil2 tu nasihatkan la dia
Tapi I nak tanya:
1) umur dia berapa
2) lifestyle dia mcmmane? melayu urban ke melayu sejati ke?
3) family background die mcmmane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2013 01:57 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 2-5-2013 01:52 PM
Tula, better u dgr penjelasan dia dulu..
sambil2 tu nasihatkan la dia
Tapi I nak tanya:

Bila saya tanya apa sebenarnya masalah dia sampai nak bermadu, tak de pulak dia nak cerita. Balik2 dia yg tanya benda yg sama.
Jawapan utk soalan tu...
1. 26 - sebaya dgn laki dia.
2. Melayu sejati rasanya, tak pernah pulak dengar dia pergi clubbing atau bersosial
3. Yg ni saya tak tau. Family dia ok dan tak de pulak sejarah perceraian atau dimadukan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 02:09 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 2-5-2013 01:22 PM
Erk. Apa jenis perempuanlah...

ada je jenis mcm ni.. u'd be suprise.. and btw, pempuan yg aku citer ni pun background melayu sejati gak.. datang KL culture shock gamaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 02:21 PM | Show all posts
gi berubat ler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 02:23 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 2-5-2013 02:09 PM
ada je jenis mcm ni.. u'd be suprise.. and btw, pempuan yg aku citer ni pun background melayu seja ...

Er...kalau tak culture shock pun, mungkin nafsu seks dia kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 02:23 PM | Show all posts
Hana_Hirokawa posted on 2-5-2013 02:21 PM
gi berubat ler..

Nak berubat kat mana? Sakit apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 02:39 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 2-5-2013 01:57 PM
Bila saya tanya apa sebenarnya masalah dia sampai nak bermadu, tak de pulak dia nak cerita. Balik2 ...

Mesti ade sebab kenapa dia nk cari madu utk laki dia...
ke mmg teringin sgt nk payung emas?
ke dia saje nk memain je..kalau die xnak cite, u jgn layan dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 02:41 PM | Show all posts
couple lama tu belum tentu bila berumahtangga boleh bahagia.. baru 2 bulan kawin kan. kena la bagi masa untuk adjust antara satu sama lain.

dulu tak tau pasangan tido berdengkur air liur meleleh. now dah tau. dulu tak tau pasangan pemalas penyemak sebab bila keluar wangi kemas je. now baru tau. dulu kalu malas masak, makan je apa yang ada. tapi bila dah berdua, malas pun kena la rajinkan diri. dulu pikir seks tu seronok. bila dah rasa kena bedal tetiap malam, naik menyampah. kejap-kejap nak. dah bagi nak lagi

so dalam masa tu la kena bertolak ansur untuk bina persefahaman. ubah diri mana yang buruk perangai tu. cuba duduk berbincang apa masalah antara pasangan. jangan la ego tak bertempat. nak pasangan ikut cakap kita, tapi diri sendiri tak mau berubah.

so nasihat-nasihatkan la kawan tt tu. jangan ikut perasaan sangat. cuba cari jalan untuk wujudkan persefahaman. pergi kaunseling kat pejabat agama, cuba berubat cara tradisional. fikir masak-masak sebelum buat keputusan. jangan esok dah bermadu, baru nak menyesal menangis tak berlagu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 03:01 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 2-5-2013 02:23 PM
Nak berubat kat mana? Sakit apa?

if u org islam, kena ler pergi pusat perubatan islam tp apa2 pun pergi kaunseling dulu , use org tengah dulu ke.. bincang baik2... lepas tu baru gi berubat, cari lah ustaz2 yg boleh dipercayai selain diri sendiri pun kena berdoa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 03:06 PM | Show all posts
tak perform well not?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 03:09 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 2-5-2013 02:39 PM
Mesti ade sebab kenapa dia nk cari madu utk laki dia...
ke mmg teringin sgt nk payung emas?
k ...

Tak tau la kan. Tapi perempuan mana yg rela dimadukan? Baru kahwin pulak tu.
Memang saya banyak ignore je. Baca je pm dia tapi tak layan. Cuma kalau tak tahan tu yg saya tanya, "kau apasal?"
Tak nak pulak cerita, duk tanya gak benda yg sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 03:13 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 2-5-2013 02:41 PM
couple lama tu belum tentu bila berumahtangga boleh bahagia.. baru 2 bulan kawin kan. kena la bagi m ...

Kan. Saya memang suka sangat kat diorg sebab berkahwin daripada percintaan zaman sekolah. Macam sweet je. Tapi itulah, bercinta dan berkahwin ni banyak bezanya. Habit buruk dulu mungkin boleh terima, dah kahwin tak boleh terima.

Memang saya tak tau apa masalah diorg sebenarnya. Dia just cakap, diorg ada duduk berbincang, tapi lepas tu mesti gaduh. Ntah apa la yg digaduhkan...

Dah cakap jugak; pergilah kaunseling, kat pejabat agama ke, kat parents ke, kat kawan2 ke, bukannya terus buat keputusan cam ni. Tak pulak dia nak balas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 03:14 PM | Show all posts
Hana_Hirokawa posted on 2-5-2013 03:01 PM
if u org islam, kena ler pergi pusat perubatan islam tp apa2 pun pergi kaunseling dulu , use org t ...

Perubatan Islam eh...nak cakap apa ye? Saya baru pm dia, suruh dia pergi berubat. Dia balas "aku tak sakit, S pun tak sakit. Buat apa nak pergi berubat?"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list