CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7673|Reply: 9

Kawah Tasik Purba Di Temui Di Planet Marikh

[Copy link]
Post time 5-5-2013 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Sebuah kapal angkasa milik Amerika Syarikat yang mengorbit planet Marikh menemui bukti kewujudan sebuah kawah tasik purba mengandungi air bawah tanah.

Penemuan ini sekali gus menyokong teori bahawa Planet Merah itu mungkin satu ketika dulu pernah didiami hidupan, kata Agensi Angakasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin .

Data spektrometer dari Pengorbit Tinjauan Marikh NASA (MRO) menunjukkan kesan karbonat dan mineral tanah liat biasanya terbentuk dengan kehadiran air di bawah Kawah McLaughlin sedalam 2.2 kilometer itu.

Pemantauan baru itu mencadangkan pembentukan karbonat dan tanah liat di dalam sebuah tasik diisi air bawah tanah dalam lembangan kawah, kata NASA berhubung penemuan itu yang diterbitkan edisi online Nature Geoscience.









Sesetengah penyelidik mengatakan bahagian dalam kawah menadah air, kata agensi angkasa lepas itu, menambah bahawa zon bawah tanah yang menyalurkan air mungkin menjadi persekitaran lembap dan habitat potensi.

    
Kawah itu kekurangan saluran dalaman besar, jadi tasik itu kemungkinan diisi air bawah tanah, kata saintis.

Pemantauan terbaru menyediakan bukti terbaik pembentukan karbonat dalam persekitaran tasik bukannya dialirkan ke dalam kawah dari luar, kata penulis utama jurnal, Joseph Michalski.

Kawah dengan lebar 91.73 kilometer itu terletak pada hujung satu cerun beberapa ratus kilometer panjang dan sama seperti bumi, tasik diisi air bawah tanah itu terletak di paras rendah.
AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 07:04 PM | Show all posts
so tak tau lg ada air ke tak kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 12:27 PM | Show all posts
good infos
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 11:01 PM | Show all posts
kalau betol ada air..then?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:58 AM | Show all posts
pnh didiami ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:25 PM | Show all posts
informative,tq for your info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2016 02:54 PM | Show all posts
so dah bole berhijrah ke Mars ke nih? lau ade bukti2 air pernah wujud
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 04:48 PM | Show all posts
kalau ada air.. mesti ada makhluk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2016 09:58 PM | Show all posts
mcm susah nak percaya ada kehidupan di planet marikh nie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.541618 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list