CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18329|Reply: 202

TS Khalid Hero Selangor...Be End Lain Kali Lahhh...

[Copy link]
Post time 7-5-2013 10:48 AM | Show all posts |Read mode
hahhh...khalid dah selamatkan Selangor dr Be End kali ke 2...selamattt khazanah Selangor...


Bahasa
Abdul Khalid kecam SPR, gesa Najib letak jawatan sebagai pengerusi BN negeri

Oleh MB Izwan
May 06, 2013       



KUALA LUMPUR, 6 Mei — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini kerana tidak telus mengendalikan proses pilihan raya umum ke-13 yang berakhir semalam disamping mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan serta-merta.

Tan Sri Abdul Khalid (gambar) menyifatkan SPR tidak menepati janji apabila gagal menjalankan proses pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Prestasi SPR  amat mengecewakan sekali dengan kejadian-kejadian seperti kegagalan dakwat kekal gagal berfungsi seperti mana yang dijanjikan, kehadiran pengundi hantu dan meragukan, kotak-kotak undi yang sering muncul secara tiba-tiba serta melambat-lambatkan keputusan.

“Kami yakin sekiranya proses pilihanraya lebih bersih dan adil, kemenangan Pakatan Rakyat akan lebih besar lagi bukan sahaja di Selangor tetapi juga di peringkat persekutuan,” kata menteri besar sementara itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Selangor kekal di tangan PR selepas memperoleh majoriti besar dengan kemenangan 44 kerusi dewan undangan negeri (DUN), memperbaiki keputusan yang diperoleh pada 2008 sebanyak 34 kerusi.

Selain memperoleh kemenangan besar, PR juga berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

“Jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular dan undi dari semua kaum dan ini bertentangan dengan dakwaan Dato’ Seri Najib Razak bahawa kita hanya mendapat sokongan kaum Cina.

“Dengan kekalahan BN di Selangor, kita mendesak supaya Najib Razak meletak jawatan sebagai Pengerusi BN Selangor  kerana  telah terbukti beliau  gagal dan ditolak rakyat Selangor,” tambahnya lagi.

Disamping itu, Abdul Khalid berkata PR akan memastikan khazanah negeri tersebut yang kaya dikongsi secara adil antara semua rakyatnya dan menjemput orang ramai ke Dataran Kemerdekaan pada Khamis malam ini, 9 Mei, untuk satu majlis kesyukuran sederhana dan ceramah.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berakhir semalam menyaksikan BN mengekalkan penguasaan sebagai kerajaan pusat tetapi dengan majoriti lebih berbanding sebelum ini apabila hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding PR sebanyak 89 kerusi.

Malah, usaha Najib untuk merampas negeri terkaya di semenanjung Malaysia tersebut gagal malah lebih teruk pada 2008.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 10:49 AM | Show all posts
Alhamdulillah Selangor masih kekal dibawah Pakatan Rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:51 AM | Show all posts
aku sayang selangor sejak 5 tahun lalu dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:52 AM | Show all posts
saya sayang selangor dan ts khalid
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:54 AM | Show all posts
setuju!!
selangor bertuah selama ni sbb dapat MB yg cemerlang..
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2013 10:54 AM | Show all posts
lepas serang kiri kanan depan belakang...Be End merancang tp Allah lg Maha Menentukan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2013 10:54 AM | Show all posts
pasal kotak undi, takkan tiada tally system berapa kotak undi yg patut ada dan verify selepas proses mengundi?
jikalau sistem ini ada, konsep kotak undi turun dari langit tidak patut ujud.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:58 AM | Show all posts
Vokuro posted on 7-5-2013 10:54 AM
pasal kotak undi, takkan tiada tally system berapa kotak undi yg patut ada dan verify selepas proses ...

agen nurul izzah beria tally kan berapa kotak yg patut ada bila tetiba result nurul izzah mencurigakan....
nasib baik... kalau tak pree2 nong chik menang
boleh tally tapi leceh... mungkin kebanyakkan agen tak berapa reti bab ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 10:58 AM | Show all posts
“Dengan kekalahan BN di Selangor, kita mendesak supaya Najib Razak meletak jawatan sebagai Pengerusi BN Selangor  kerana  telah terbukti beliau  gagal dan ditolak rakyat Selangor,” tambahnya lagi.
yg ni aku setuju...kasi je kat Noh Omar



Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:00 AM | Show all posts
dakwat kekal...memang kurang kekal sebab bila di basuh berulang kali ia pudar.....tapi kesan2nya masih ada...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:01 AM | Show all posts
gede-bab posted on 7-5-2013 11:00 AM
dakwat kekal...memang kurang kekal sebab bila di basuh berulang kali ia pudar.....tapi kesan2nya mas ...

kuku aku masih huduh sehingga kini .. masih ada bekas biru
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:05 AM | Show all posts
Beria2 BN buat lagu khas untuk Selangor! Uwakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:06 AM | Show all posts
dah berjota2 ummah doa supaya najib n BE END kalah,tapi masih hidup lagi parti tu sampai ke ari ni..
puak PKr spin la mcm mana pun,nan hado...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:08 AM | Show all posts
sbb tu akak memilih utk tinggal di selangor.... akak rasa aman damai jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:08 AM | Show all posts
daiman posted on 7-5-2013 11:06 AM
dah berjota2 ummah doa supaya najib n BE END kalah,tapi masih hidup lagi parti tu sampai ke ari ni.. ...

menang tapi kalah..
majoriti rakyat pangkah PR
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:10 AM | Show all posts
iwa_wawa posted on 7-5-2013 11:05 AM
Beria2 BN buat lagu khas untuk Selangor! Uwakakaa

sampai skrg masih ter nyiang2 kat telinga siap boleh humming lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 11:12 AM | Show all posts
daiman posted on 7-5-2013 11:06 AM
dah berjota2 ummah doa supaya najib n BE END kalah,tapi masih hidup lagi parti tu sampai ke ari ni.. ...

Last edited by alesandra on 7-5-2013 11:17 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2013 11:12 AM | Show all posts
worldonfire posted on 7-5-2013 11:08 AM
sbb tu akak memilih utk tinggal di selangor.... akak rasa aman damai jer.....

fuhh..akak ni dh mcm iklan lak...Saya Mussti Pilih... beribu2 tanniyahhh...

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:12 AM | Show all posts
atira posted on 7-5-2013 10:58 AM
agen nurul izzah beria tally kan berapa kotak yg patut ada bila tetiba result nurul izzah mencurig ...

paranoid dok pong pang kat facebook itu ini fraud takkan tak train polling agent betul2 kak untuk check?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:12 AM | Show all posts
zaman BN dah Be End kat Selangor

Najib : Bn akan ambil Selangor sehingga titisan darah terakhir ! < -----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.099528 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list