CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6988|Reply: 96

[Tempatan] MAZA: Mereka apikan isu perkauman langgar ajaran Islam

[Copy link]
Post time 11-5-2013 05:20 PM | Show all posts |Read mode
terbaeeek!

Asri: 'Mereka apikan isu perkauman langgar ajaran Islam'
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
11 Mei 2013


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

TINDAKAN sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Tujuan ALLAH menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, ALLAH memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan ALLAH. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

* Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 05:24 PM | Show all posts
Sapa yg suka sgt suka sgt buat mcm tu yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:27 PM | Show all posts
Habislah engkau melawan Amno. Kejap lagi kenalah engkau. Lu lansi, lu mati ! Nanti kuarlah ostad2 BN cabar lu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:31 PM | Show all posts
Dlm tu banyak juga komen2 yg tak sependapat dgn Dr Maza..

http://www.sinarharian.com.my/as ... aran-islam-1.159146
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Umgnok mmg rasis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:42 PM | Show all posts
Tak perlu ulasan Dr. Maza pun aku anggap mengapikan isu perkauman ni mmg tak baik.. Contoh dah ada dah, dah lah suka mengapikan isu perkauman, suka bukak thread fitnah dan mengadu domba.. Manusia apakah ini.................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2013 05:43 PM | Show all posts
Rasis nombor satu ialah che det.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:49 PM | Show all posts
tak payah umno la.. kat  CI neh ramai ...atas kapasiti atas pagar katanya.berckp psl islam bukan main.tapi bab2 maki hamun kaum lain terutama cina..terlupa soal islam.islam selektif.sedihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 05:56 PM | Show all posts
highcastle posted on 11-5-2013 05:42 PM
Tak perlu ulasan Dr. Maza pun aku anggap mengapikan isu perkauman ni mmg tak baik.. Contoh dah ada d ...



kalo melayu buat..perkauman, racist..langgaq ajaran islaaaaaaaaammmm

kalo bukan melayu buat? cam hindraf tu, cam dong zong tu ..cam dap seme tu cam namewee seme tuu? HAK ASASI RAKYAT

butooooooooooo laaa

kalo utusang buat...perkauman

kalo sinchiew buat... hak kebebasan bersuara media ! media mesti bebas !!!

kalo zunar buat ...kebebasan berkarya, hak asasi bla bla bla

kalo umno buat... umno lucah, melucahkan fikiran oang melayu, umno rosak kan islammmmmmm


lanciauuuuuuuuuuuuuuuuuuu laaaaaaaaa Last edited by ajinomotonosuga on 11-5-2013 05:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 06:28 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 11-5-2013 05:56 PM
kalo melayu buat..perkauman, racist..langgaq ajaran islaaaaaaaaammmm

kalo bukan melayu buat ...

kan dah kena sekolahkan dek Ajinomotonosuga dah..

Dr Maza ni betui ka tak betui ni aji?..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 06:46 PM | Show all posts
d-7-0ne posted on 11-5-2013 05:43 PM
Rasis nombor satu ialah che det.

bukankah Lim Kit Siang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu rasis pong pang pong pang memekak. Cina dah lama rasis diam2....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:18 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 11-5-2013 05:56 PM
kalo melayu buat..perkauman, racist..langgaq ajaran islaaaaaaaaammmm

kalo bukan melayu buat ...

Cuna makan babi... Mrlayu umno pon makan babi la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:19 PM | Show all posts
Paling x tahan melayu umno keluar statement simpati cover perkauman mereka
" salahkah kami pertahan melayu"

Prffthhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:21 PM | Show all posts
roblucci posted on 11-5-2013 06:46 PM
bukankah Lim Kit Siang

Klu kit siang racist.. Dah lsma kena penjara

paling racist msmak kutty, pemimpin umno, ketua cawangan umno, jkkkkkk umno dan macai umno
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:22 PM | Show all posts
maza kn bff che det
pi ajala terjah depan2, stori benda ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 07:37 PM | Show all posts
peYno posted on 11-5-2013 07:21 PM
Klu kit siang racist.. Dah lsma kena penjara

paling racist msmak kutty, pemimpin umno, ketua ca ...

sejak bila kesalahan racism kena penjara kat Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:42 PM | Show all posts
roblucci posted on 11-5-2013 07:37 PM
sejak bila kesalahan racism kena penjara kat Malaysia?

Mmg x leh penjara sebab kebanyakan statement berbau racism ni di buat oleh pemimpin n macai umno je... Polis x leh tangkap... Tapi cina bongkar cite lahad dato kena tsngksp.. Cina bela budak remaja melayu dirogol oleh ketua menteru melayu di penjara
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:48 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 11-5-2013 05:56 PM
kalo melayu buat..perkauman, racist..langgaq ajaran islaaaaaaaaammmm

kalo bukan melayu buat ...

He he he......... Tak payah pegi jauh aji.. media kita adil kah masa pilihanraya...............? Takkan saya nak cakap "lancau" jugak......................
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:51 PM | Show all posts
peYno posted on 11-5-2013 07:42 PM
Mmg x leh penjara sebab kebanyakan statement berbau racism ni di buat oleh pemimpin n macai umno j ...

jadi hanya pemimpin UMNo sahaja yg membuat statement berbau racism?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072959 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list