|
View: 2010|Reply: 14
|
[Tempatan]
Agama Dipinggirkang Di Terengganu...Kepelikang Tanpa Batasang...
[Copy link]
|
|
|

Adun disiasat kes rasuah dilantik Exco Terengganu?
Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengkritik pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei lalu, kerana menurutnya tiada portfolio khusus berkaitan dengan agama.
"Yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik, banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat, dan kita cari juga, mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh, lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama.
"Jadi kami persoalkan di mana letaknya, yang kata Umno ini memberi keutamaan agama Islam sehingga Exco Agama pun tidak ada," katanya dipetik Buletin Online yang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.
"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam.
Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.
http://bm.harakahdaily.net/index ... ngganu#.UZCZnkoy_Wd |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selangor yg urban ni pun ada exco khas utk agama
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mb samseng exco rintik  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dah..sultan x kesah ke? Sonyap jer |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Prfthhhhh..
"kepimpinan ulama" kunun...
Pi betulkan Selangor dulu..
Ini kali lah.!!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Na na na na na
Ganu kiter...
Moga Sultan Mizan..xterlepas pandang..akan isu2 berkaitan MB Ganu & Exco2 baru nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mat bowdow tak perlu lantik exco agama. Portfolio agama tak perlu dlm pentadbiran. Jumud. Melambatkan pembangunan / kemajuan. Hidup mat bowdow... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
orang bowdow dengan ganu berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau negeri tu majority orang islam, exco2 pun orang islam, perlu ke exco agama?
Lagipun bagi aku fungsi exco agama ni agak redundant dengan majlis agama negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kita dah sepakat..jaga lah negeri masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu-satu statement super brilliant kuar dari mulut MB pilihan rakyat Ganu ni. Bukan ke masa PAS perintah dulu, wakil rakyat BN dapat peruntukan yang lebih besar dari Federal? Dan Federal tak bagi sebarang peruntukan pun kat YB PAS?? 
Ahmad bidas kenyataan Pas mahu peruntukan sama
13 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman yang mahu wakil rakyat Pas di negeri ini diberi peruntukan sama seperti wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Ini kerana katanya, Pas yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menyalurkan peruntukan itu kepada wakil rakyat BN.
"Di Kelantan, Pas menjadi kerajaan, ada mereka bagi peruntukan kepada wakil rakyat BN...begitu juga di Kedah dan Selangor pada penggal yang lepas, ada bagi kepada wakil rakyat BN," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ariffin dalam sidang akhbarnya semalam berkata, peruntukan kepada Adun sepatutnya diberi kepada wakil rakyat daripada Pas, sama seperti yang disalur kepada Pegawai Pembangunan Dun (PPD) sebelum ini.
Mengenai dakwaan bahawa Ahmad menteri besar pendendam dan emosi kerana tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di Dun dan Parlimen yang BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahmad berkata, kini sudah tiba masanya wakil rakyat Pas menjalankan tanggungjawab itu.
"Bukanlah bermakna kami akan mengabaikan rakyat cuma kami akan gunakan kaedah pendekatan lain untuk membantu rakyat seperti melalui pemimpin setempat, pegawai daerah dan agensi kerajaan yang lain.
"Agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan akan diteruskan kerana kita mahu semua rakyat menerima limpahan hasil kemajuan Terengganu yang semakin pesat untuk tempoh beberapa tahun akan datang dengan kualiti perkhidmatan awam yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Ahmad menafikan spekulasi kononnya beliau akan menjawat jawatan menteri besar untuk tempoh tertentu sahaja sambil memberitahu bahawaspekulasi seumpama itu telah tersebar sejak beliau dilantik menteri besar pada tahun 2008.
Ahmad memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di pejabatnya di Wisma Darul Iman pagi ini setelah BN memenangi 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum lepas.
Beliau turut memegang tiga lagi portfolio iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum dan Sumber Asli serta Kerajaan Tempatan dan Perumahan. – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baulu posted on 13-5-2013 04:05 PM 
Kalau negeri tu majority orang islam, exco2 pun orang islam, perlu ke exco agama?
Lagipun bagi ak ...
kalo camtu mmg pelik & baik sgt laa k'jaan DAP penang sbb melayu penduduk minoriti tp masih ada jawatan exco agama

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jagalah negeri kita sendiri
mari kita bincangkan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
exco agama takde sbb BN byk menang kat sabah sarawak...kena laaa jaga hati mereka..nnt tak dpt cuti good friday
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bile nok sedo tau mat said.... sultan mizan senyap tupah, bace gok porum cari ni etek  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|