Selamat Hari Guru diucapkan buat semua insan yang bergelar guru.. Pada 16 Mei setiap tahun adalah hari mengenang jasa-jasa guru yang telah banyak berjasa...Sesungguhnya jasa seorang guru amatlah mulia sekali.. Jom sampaikan ucapan buat guru/bekas guru kita. Letak ucapan bergambar atau video pun boleh
Selalu dgr sajak berbunyi "Guru, Kau ibarat lilin.. Membakar diri.. Menerangi kehidupan....
So, layanlah lagu ni..
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Didedikasikan khas buat mereka yang bergelar pendidik..
IN-TEAM
Lilin Seorang Guru..
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu, guru besar, pengetua, ustaz, ustazah dan jugak pensyarah yang pernah mengajar saye di Tadika Jeram, SKKD, SMK Kampar,SMK Sri Kampar, UiTM dan tak lupa kepada 2 orang guru pembimbing selama saya hidup iaitu emak dan ayah... serta mok dan ayah mertua saye...
Terima kasih... tanpa anda siapalah saya pada hari ini...
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu saya yang mengajar saya dari saya tadika sampailah sekarang.Dan yang paling penting ,buat mak ayah saya yang menjadi 'cikgu' yang terbaik kepada saya.
"Thanks for being a true mentor of my heart,
Thanks for making me what I am today !."
Happy Teacher's Day to all my Ex-Guru dari Sekolah Tadika, Sekolah Rendah Dan Sekolah MEnengah. Thank you atas didikan yang tak ternilai. Kerana kamu, aku jadi manusia. . . Manusia berguna.
And..
Happy Lecturer's Day to all my Lecturers. Doakan saya 4.01 pulak Semester ni.
ps: Lec aku cakap, why everybody never wish happy teachers day to her, padahal lecturer pun seorang guru. So, kepada sesiapa yang masih study kat uni tu, ucap la happy teachers day kat lec korang. Kecik hati dorang. Peace!!!
Selamat hari guru mak,along,abang ipar,makcik2,sepupu sepapat
Happy teacher's Day utk cikgu2 kt SK & SRA & SBP..lecturer2..halalkan semua ilmu
Moga kerjaya guru dihormati seperti satu ketika dulu..ingatlah,guru ingin memastikan setiap muridnya berjaya..segarang manapon seorang guru,tetap ade naluri kecil yg inginkan setiap muridnya jadi insan berguna
Selamat hari guru untuk guru-guruku yang telah mengajar
daku dari tak tahu menjadi tahu.....
Guru yang baik sentiasa dalam ingatan.
Doa dan Alfatihah untuk kalian. Jasa mu tetap dikenang.
walaupun dh terlps pndang ngn thread ni..nk jugak ucapkan selamat hari guru khas nya buat suami yg mengajar d sek gombak stia..umumnya untuk semua kawan2 yg bergelar guru.ustaz.lecture yg berada di seluruh malaysia..jasa guru..tak dapat nak dbayangkan dgn kata2.mendidik dgn penuh pancaroba