CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

Koleksi Kata-Kata Mengarut Nik Aziz..

  [Copy link]
Post time 16-5-2013 09:41 AM | Show all posts

TGNA cuma bgtau yg kelahiran nabi SAW sama dgn kelahiran kanak2 sewaktu itu maksudnya kelahiran Baginda SAW sama seperti kaum2 hawa yg lain melahirkan anak..dari segi sama sahaja fizikal mereka..ada mata ,ada mulut..kena faham dgn loghat kelantan.. bukan TGNA mengatakan sama dari segi sifat dan perangai atau pun perendahkn akhlak baginda SAW seperti yg dikupas oleh ustaz azhar idrus mengenai isu ini iaitu fahami maksud dulu..TGNA itu ulama yg diiktiraf dunia..kenapa mahu memburukkan ulama..xfaham ada sesetengah ustaz yg tak kurang hebatnya di pentas ceramah agama boleh menghentam seseorg ulama lain tanpa faham dulu apa yg dimaksudkan dgn ucapan itu.. sama juga maksud TGNA mengatakan yg ibu baginda SAW sendiri tidak mengetahui bahawa yg dilahirkan itu seseorg nabi..sehingga lah terjadi perkara yg pelik2 semasa di dlm kandungan mahupun semasa melahirkan baginda SAW merupakan bukti tanda keagungan dan kesucian baginda Rasulullah sebagai manusia yang penuh maksum atau dalam keadaan terpelihara serta dilindungi oleh Allah SWT..Seperti juga yg saya ingin sampaikan bahawa TGNA bukan mengulas tentang kelahiran baginda SAW..Begitu juga dgn apa yg disimpulkn oleh TGNA bahawa dlm ramai2 manusia iaitu jutaan mahupun trilion umat manusia di dunia ini Allah SWT melihat baginda SAW dan mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul dan khalifah yg paling Agung..bukan bermaksud yg Allah SWT buat pilihan semasa Baginda SAW di muka bumi.. kenapa masih ada yg x faham atau buat2 xfaham semata2 mahu menyerang peribadi TGNA?..

Tuan Guru Nik Aziz : Kerana Nabi Muhammad 'waktu dia beranak' tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Po kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad. Ada Mad ; -ore Melayu Kelate panggil Mad-, Mad anak kita, Mad budak kampung kita dengan Mad bin Abdullah di tanah Arab tu, 'waktu dia beranak' tu serupa jaa.

Soalan : Nabi Muhammad waktu kecil = Mamat budak kampung ??
Jawaban : 'Waktu dia beranak' (waktu dilahirkan) TGNA ulang sebanyak 3x dalam rakaman yang mu sunting tu. Camne lah mu kait masa kecil sedang dah diberitahu waktu dia beranak berulang kali? Sebelum beranak, waktu beranak dan setelah beranak adalah suatu masa yang berbeza. PPSMI punya pasal kot sampai hilang kefahaman pada bahasa ibunda sendiri..hehe.

Secara etimologi dan ethnologinya, budak dalam dalam loghat kelate tidak hanya merujuk pada kanak-kanak sepertimana dalam loghat lain, budak dalam loghat Kelate juga adalah merujuk kepada bayi. Remaja dalam loghat kelate disebut anok mudo atau veron [diguna di daerah yang bersempadan negara jirannya]. Mungkinkah soalan mu yang tak faham telah mempengaruhi Ust Kazim yang tak berapa cergas (lembab) untuk terjebak sekali dalam kubang taik fitnah ?  

Apapun aku yakin korang bersetuju lafaz dia beranak yang diguna TGNA dalam kuliah beliau merujuk nabi dilahirkan bukan nabi beranak [kerana nabi bukan perempuan]. Kenapa tidak pula cuba faham bahawa budak dalam masa waktu dia beranak itu adalah bayi ?   Takpa, sebagai berterima kasih pada korang yang tak fitnah TGNA sebagai berkata nabi tu pompuan, walau tak dilupai juga kerana korang memang suka cari publisiti murahan ; dengan cara menghina dan mencaci serta memfitnah ulamak dalam banyak hal. Maka dengan rela aku katakan pengaruh istilah budok dari negeri bersebelahan juga tak leh dinafi kerana bagi orang Ganung budok merujuk kepada pelbagai peringkat usia, malah yang dewasa tak berakal penuh pun di panggil budak. Dan persoalan di atas aku jawab dengan jujur dan tidak mahu membelit kalian dengan permainan etimologi dan ethnologi semata

Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi  SAW bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-

[size=130%] قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” [surah al-Kahfi : 110]

Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad saw  bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.


Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad saw  boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.

Namun dilarang bagi mereka yang mahu menggunakan ayat ini untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad saw kerana baginda sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Jelas dalam ayat ini ada 2 sifat iaitu biasa kerana ada keharusan baginda bersifat seperti manusia biasa dan luar biasa apabila dalam sudut yang melibatkan nubuwwah kerana walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti manusia, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi saw.

Dalam hal TGNA budak kampung dan sama dengan mad-mad kampung adalah cara TGNA yang perlu difahami .. dengarkan benar-benar rakaman di bawah sejelasnya .. jangan duk belit la pulak yer.. hehe, ikhlaskan kerana Allah untuk cari kebenaran dengan usaha sungguh-sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2013 09:41 AM | Show all posts
Cuba search ciri-ciri orang yang MATI hatinya. Kalau ko takde ciri-ciri.. simptonnya.. Alhamdulillah. Bahaya kalau hati dah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:42 AM | Show all posts

Tuan Guru Nik Aziz bercakap tentang apa??

A'kum

Saya di sini ingin bertanya kepada tuan tentang isu carut Tuan Guru Nik Abdul Aziz yg digembar-gemburkan oleh pemimpin2 umno. Kalau sudi kiranya tuan terangkan ape yg sebenarnya yg diucapkan oleh Tuan Guru nik aziz

***************** assalamualaikum

saya telah membaca jawapan ustaz tentang akidah tuhan mencarut yang dibawa oleh Musryidul Am PAS, dan saya juga telah lihat hujah beliau yang disebarkan melalui internet

pada mulanya saya tak percaya ustaz nik aziz beriktikod macam tu, tetapi selepas saya meneliti hujahnya benar Nik Aziz hendak menyifatkan Allah s.w.t dengan sifat carut.ekoran dari itu ramai pengikut PAS yang taklid buta dengan ustaz Nik Aziz.

kola nabi s.w.a: inna abdun laytakallama bi kalimatin la yura biha baksan yahwi finnar sabeiina kharifan. benar kata nabi kita dan jelas orang sekarang ambil mudah dalam percakapan , kekadang mengeluarkan dia dari agama sedangkan dia tidak merasakan apa-apa...

Saya juga rasa kecewa dengan tuan guru Nik Aziz yang suka melayan dan mempertahankan sesuatu fahaman beliau yang kekadang itu bertentangan dengan ayat al-quran : laisa kamislihi syaik .yang mana ayat ini muhkam , menafikan sekaligus iktikod tuan guru Nik Aziz itu.

Akidah Ahlussunnah wal Jamaah samaada salafi atau pun asyairah mengatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat Kamal dan juga yaliku bihi. jelas mencarut sifat yang tidak layak bagi Allah taala, yang ni basic semua orang wajib tahu selagimana dia mengucap 2 kalimah syahadah.

Akidah Ahlussunnah juga mengatakan bahawa sifat Allah taala adalah taukifiah yang mana ianya ditentukan oleh al-Quran dan Hadis yang sohih. contoh almutakabbir ada disebutkan dalam surah alhasyr dan ianya layak bagi Allah dan jika sifat almutakabbir itu di sandar kepada manusia dia bersifat keji. Tok guru Nik Aziz bukanlah Nabi untuk menetukan sifat Allah s.w.t , malah sahabat nabi pun tak boleh diterima pakai dalam menetukan sifat Allah taala.

Imam ahlussunnah wal jamaah abu jakfar a-tohawi berkata: waman wasafallaha bi makna min maa'ni basyar fakod kafar" oleh itu berhati-hati dalam bab tauhid asmak wa sifat ni.boleh jatuh kafir!!

Ajaran macam tok guru Nik Aziz bawa ini telah terkenal sekian lama pada zaman lampau dengan nama mujasimah , dan mujasimah kata Imam fakhrur Rozi menyembah berhala: almujassimah yakbudu sonaman wal muattilah yakbudu adaman,

Harap dapat tuan jelaskan.....kerana ada imam masjid dan beberapa orang arab di jordan mengatakan hujah nik aziz itu hujah orang jahil dan malah salah seorang dari syekh saya berkata: nik aziz ni tidak beradab dengan Allah taala.

JAWAPAN:

Wa`alaykumussalam warahmatullah.

Nampaknya sdr masih berminat untuk membincangkan satu isu yg bukan isu sebenarnya, sehinggakan sdr membabitkan isu carut ini dgn persoalan akidah. Sedangkan sdr melupakan persoalan sebenar yg menyebabkan tok guru Nik Aziz berkata begitu. Dalam satu jawapan saya kps satu persoalan netter ttg isu carut ini, saya tekankan punca timbulnya isu tersebut, yg tidak boleh dilupakan atau dipejamkan mata drpdnya sekiranya seseorg itu benar2 ikhlas hendak mencari kebenaran, termasuk org spt sdr. Saya nak buat satu contoh, yg mungkin sdr kurang setuju, oleh itu saya terlebih dulu mohon maaf.

Umpama seekor kuda yg dipacu utk satu tujuan yg jauh, tiba2 kedengaran alunan muzik yg amat mengasyikan kuda itu, lalu kuda itu tidak ikut lagi pacuan pemacunya dan menari ikut rentak irama yg mengasyikannya itu. Asalnya kuda itu ada matlamat lain, tetapi tiba2 ia terleka dgn rentak muzik yg dimainkan oleh orang lain yg bukan pemacunya.

Saya tak kata sdr spt kuda, tetapi begitulah ibarat pendirian sdr, bila sdr telah hilang punca di tengah2 keributan isu carut. Sdr dah lupa isu sebenarnya dan terikut rentak tari org lain! W/pun nampaknya sdr ni mengaji agama….

Saya nak ulang sekali lagi sejarah isu carut di sini, sebg peringatan dan pedoman. Buku 'Shit' Shahnon Ahmad amat berbisa kpd org Umno yg terasa dgn sindiran tajam cerita 'masyarakat taik' yg dibawa Shahnon. Sdr dah baca ke belum buku itu? Shahnon memang menulis ttg keburukan masyarakat taik, tabiatnya, perangainya, busuknya. Lalu kadang2 disumpah seranahnya 'kepala taik' yg jahat dan busuk itu, apatah lagi kepala taik itulah yg mengeyahkan seketul taik yg bergelar Wirawan keluar drp perut dgn cara yg zalim sekali. Itulah satu contoh satira politik. Shahnon sumpah dan maki taik, tapi org Umno yg terasa…kenapa? Salahkah Shahnon berkarya? Apa masalah yg ada pd org Umno sehingga begitu melenting sekali? Hikmatnya dapat pd Shahnon dan penjual buku cetak rompak… untung berlipat kali ganda!

Seperti biasa, 'wartawan batu api' pun memainkan peranannya. Mereka pergi bertanya Nik Aziz ttg buku carut Shahnon. Jawab Nik Aziz, "apa salahnya mencarut kalau kena pd tempatnya. Allah pun mencarut dlm al-Quran!" (lebih kurang begitulah jawabnya)

Maka ributlah puak2 wartawan batu api membuat isu di dada2 akhbar dan TV, sehingga hampir terlupalah rakyat Malaysia akan isu sebenarnya. Sekali imbas, seolah-olah mereka nak cegah 'kemungkaran' Nik Aziz kata Allah mencarut. Inilah poinnya…"Nik Aziz tu ulama cakap tak betul!! Maka jgn pakai cakap Nik Aziz, dia hanya berselindung di sebalik jubah dan serban!!"

Ini dia yg dikehendaki oleh puak2 sekular itu, bukanlah mereka nak cegah mungkar sangat. Sebab apa, nampaknya merekalah yg mengagong2kan budaya carut yg tercela sebenarnya. Syarikat akhbar merekalah yg memaparkan gambar2 lucah sebenarnya. Media elektronik kawalan merekalah yg siarkan adegan2 barat yg separuh bogel sebenarnya w/pun berpuluh kali rakyat menegur dlm surat khabar. Merekalah yg membenarkan artis2 luar mengadakan konsert yg membiakkan budaya yg lebih teruk drp carut dan lucah.

Benarkah mereka nak cegah kemungkaran yg berkaitan carut atau lucah ini? Nampaknya tiada apa2 tindakan terhadap artis yg bercakap lucah bertaraf 'hardcore' itu, bahkan dibela lagi. Org besar di Pahang yg tunjuk isyarat lucah 'hardcore' semasa pilihan raya kecil Sanggang juga dipertahan dan dibela sepenuh hati. Jadi ikhlas ke tidak mereka nak cegah 'kemungkaran' Nik Aziz kata Tuhan mencarut dlm al-Quran?

Sdr kena sedar hakikat ini seblm sdr bawa persoalan tauhid asma' wa sifat. Jgn jadi org alim yg tak tahu punca sdr. Saya bukanlah nak bela tok guru Nik Aziz sangat, saya pun bukan org parti dia. Tapi saya tahu cerita sebenar dan saya lihat akhlak dan moral sebenar kedua-dua belah pihak. Sdr tahu dan lihat ke tidak hal sebenarnya seblm buat fatwa kata Nik Aziz macam2?

Sdr kata, "Akidah Ahlussunnah wal Jamaah samaada salafi atau pun asyairah mengatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat kamal dan juga yaliku bihi. jelas mencarut sifat yang tidak layak bagi Allah taala, yang ni basic semua orang wajib tahu selagimana dia mengucap 2 kalimah syahadah."

Benar Allah bersifat dgn segala sifat kamal (sempurna) dan yaliiku bihi (layak bagi-Nya). Tapi bagaimana sdr buat hukum 'mencarut' itu jelas tidak layak bg Allah? Dari mana dalil sdr? Al-Quran atau hadis sahih? Memang Allah itu 'laysa kamithlihii syay-un' (tiada suatu pun serupa dgn-Nya), tapi apakah bila kita kata Allah mencarut dlm al-Quran, maka itu bermakna kita kata Allah sama dgn manusia dlm sifat mencarut? Cuba sdr perhati balik apa kata Nik Aziz sebenarnya. Beliau berkata "mencarut jika kena pd tempatnya tak salah.." (maknanya carut Shahnon tak salah sebab kena pd tempatnya iaitu satira politik… saya tak pasti s/ada sdr ada belajar sastera atau tidak.) Kalau mencarut pd tempatnya tak salah, maka dlm al-Quran pun ada carut yg kena dan sesuai dgn tempatnya sebg sebuah kitab yg mengandungi kalamuLlah.

Soalnya, ada atau tidak perkataan carut dlm al-Quran? Nak tahu ada atau tidak, org yg tahu Bahasa Arab dan alim dgn segala ilmu berkaitan al-Quran sahajalah yg terlibat. Org yg tak tahu bahasa itu dan jahil tak layak nak bercakap.

Perkataan C-A-R-U-T memang tidak ada dlm kitab suci itu, seperti juga perkataan J-U-D-I juga tiada di dalamnya. (sebab itu seorg bekas org penting dlm polis berkata dia tak bertemu ayat melarang judi dlm al-Quran). Perkataan carut tak ada, tapi maknanya ada. Apa makna carut? Dlm hal ini org yg tak tahu penggunaan perkataan itu dan maknanya dlm bahasa yg digunakan oleh penutur asalnya, tidak sesuai utk buat komen. Maksudnya tidak sesuai pakai Kamus Dewan terus utk cari maknanya, sebab setiap negeri itu ada loghatnya masing2 yg tidak sama dgn negeri lain. Contohnya perkataan 'berahi' pd org Pantai Timur (Kelantan/Terengganu) tidak mendatangkan apa2 masalah kerana pd mereka ia bermakna 'suka/gemar', tapi amat sensitif pd org Pantai Barat. Perkataan 'kopek' pula bermakna 'belah/buka' pd org Pantai Barat. Biasa saja. Tapi perkataan itu amat sensitif sekali bg org Pantai Timur. Dan banyaklah lagi contoh2 lain yg berbeza pemahaman antara org pantai timur dan barat semenanjung.

Begitulah juga perkataan 'carut'. Saya org pantai timur, saya faham maknanya. 'Mencarut' pd mereka membawa makna yg luas termasuk memaki hamun, menengking, memarah, menyebut kata2 lucah, alat sulit dan seumpamanya. Ia bukan hanya terhad kepada 'mengeluarkan kata2 keji dan kotor' spt takrifan Kamus Dewan. Kalau begitu luas makna mencarut pd pemahaman org pantai timur yg menggunakannya, apa salahnya mereka berkata dlmal-Quran pun ada mencarut, kalau mencarut dlm al-Quran itu mereka maksudkan memaki, memarah, menengking atau menyebut alat2 sulit?

Sdr nak kata dl al-Quran tak ada Allah menengking? Tak ada memaki? Tak ada marah? Tak ada sebut perkataan lucah yg kena pd tempatnya? Kalau sdr kata begitu
  saya tak percaya sdr memahami sepenuhnya madhmuun/kandungan al-Quran. Apa makna perkataan atau uslub/gaya bahasa dzamm, tawbikh, taqri`, istihza', la`nah yg ada dlm al-Quran kalau bukan ada persamaan atau kesesuaian dgn perkataan/uslub carut, maki, sumpah, laknat, cela dan seumpamanya dlm Bahasa Melayu? Semua uslub yg ada itu sesuai dan kena pd tempat dlm al-Quran, iaitu utk org2 yg sesuai diperkatakan sedemikian, yg degil lagi ingkar. Bahasa Shahnon juga adalah sesuai bg org yg degil lagi ingkar. Sebelum ini, nasihat dan teguran yg baik tidak memberi kesan kpd puak2 itu, tetapi setelah Shahnon menggunakan bahasa yg sesuai pd tempatnya, maka barulah mereka rasa terkena lalu terus melenting sampai hari ini!!

Jadi bagaimana sdr boleh mendakwa 'mencarut' (pd pemahaman org Kelantan yg mula2 bercakap) tidak ada dlm al-Quran dan menuduh Nik Aziz menyamakan Allah dgn makhluk? Adakah Nik Aziz berkata carut Shahnon sama dengan carut Allah dlm al-Quran? Tidak pernah beliau berkata begitu. Beliau cuma kata mencarut jika kena pd tempatnya tak salah. Dlm al-Quran pun ada carut yg sudah tentu kena pd tempatnya. Tapi beliau tak kata pula carut Allah dlm al-Quran itu sama dgn carut Shahnon!

Bagaimana pula sdr kata sifat mencarut tak layak bg Allah? Kalau macam tu, kenapa Allah melaknat (dlm byk ayat -hampir 40 kali)? Kenapa Allah menipu daya (Surah 3:45, 8:30)? Kenapa Allah mencela, memarah dan menghina (7:152, 10:26,27, 58:20, 68:49)? Kenapa Allah mempersenda (2:15)? Kenapa Allah memaki (111:1)? Dan berbagai uslub yg keras lagi menghina org2 yg degil dlm al-Quran.

Adakah bila kita kata Allah melaknat, mencela, memarah, memaki, menghina, mempersenda, maka itu bermakna kita mempersamakan Allah dgn makhluk? Allah kata Dia ada tangan di dlm al-Quran. Manusia pun ada tangan, tapi apakah tangan manusia sama dgn tangan Allah? Sudah tentu tidak. Begitu juga bila kita kata Allah mencarut, sudah tentu tak sama dgn carut manusia.

Sdr kaitkan isu carut dgn mazhab lama umat Islam dlm ilmu kalam spt al-mujassimah atau al-mu`attilah itu, tiada relevan langsung. Bahkan hanya menampakkan sdr sudah menari ikut rentak yg org lain buat, bukan pd hakikat asal yg sdr ingini.

Saya nak tanya sdr, adakah imam masjid dan org2 arab yg sdr tanya ttg isu carut ini faham apa sebenarnya yg berlaku dlm politik Malaysia ini? Sdr tahu atau tidak siapa yg layak memberi fatwa dlm sesuatu masalah? Adakah org yg tak tahu hakikat sesuatu perkara layak memberi fatwa w/pun dia alim dlm bab hukum seluruhnya? Siapa pulak syeikh sdr yg amat berani buat hukum tanpa bertanya dulu apa yg dimaksudkan Nik Aziz itu? Satu soalan penting, apakah terjemahan 'mencarut' yg sdr berikan kpd syeikh itu dlm bahasa Arab?

Sebelum saya berundur, saya nak betulkan lafaz hadis yg sdr tuliskan itu kerana ada kesalahan nahu. Saya tak pasti kesahihan hadis yg sdr bawa itu, tapi saya nak betulkan dulu kesilapan sdr membacanya. Sdr tulis, "inna abdun laytakallama bi kalimatin la yura biha baksan yahwi finnar sabeiina kharifan". Sepatutnya ditulis, "inna `abdan layatakallamu bi kalimatin la yura biha ba'sun yahwi finnar sab`eiina kharifan". Saya bukan tekankan pd koma atau tak koma, sebab itu masalah bunyi huruf arab, tapi saya betulkan kesalahan nahu yg jelas pd "`abdan", "layatakallamu" dan "ba'sun" itu. Harap sdr tekankan kemahiran nahu arab seeblum pulang ke tanah air (jika sdr masih di Jordan) dan mencurahkan ilmu kpd masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:43 AM | Show all posts

Sering berlaku salah tafsir dan salah petik terhadap kata-kata Nik Aziz oleh wartwan. Apakah bila ini berlaku yang salahnya Nik Aziz? Bukan! Yang salah dan akan berdosa ialah wartawan berkenaan. Saya yakin wartawan yang mendengar kata-kata Nik Aziz itu memahami apa maksud sebenarnya. Atau kalau dia tidak faham 'loghat' Kelantan, tetapi nilai budi dan ilmu yang ada di dalam diri wartawan itu dapat mentafsir dengan sebetulnya.  Namun kerana awal-awal lagi ia berniat jahat maka segala kebaikan dan ilmu yang ada padanya tidak terpakai lagi.
Kalau kita sudah masak dengan kerja media massa PB ini apa yang diecerkan itu tidak menghairankan lagi kerana kerjanya memang begitu. Mereka dilatih dan disuruh seperti Herda. Di sinilah silap dan berdosanya wartawan. Mereka tidak patut menulis sesuatu yang boleh mencemarkan individu agama dan agama mereka. Mereka patut memberi gambaran yang sebenarnya mengikut syaksiah individu yang ditulis itu. Di sinilah keperluan Tuhan memberi akal akal untuk berfikir bukannya dijadikan akal sebagai pahat pengukir.

Mengenai tokguru ini walaupun beliau kelihatan simple tetapi bukan mudah untu memahami simbol-simbol atau bunga-bunga percakapannya yang penuh dengan erti dan kesimpulan tersirat. Beliau tidak menyatakan sesuatu secara direct tetapi suka berkias dan kiasan inilah kadang kala disalah mengertikan sehingga kemudian dijadikan isu atau secara tidak langsung membawa orang memetik kata-katanya jatuh ke lembah dosa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:44 AM | Show all posts
kepada puak BE END dan AMENO

sudah2 la menabur pitnah... lain kali.. pengajaran buat kita semua.. jangan suka mendengar sesuatu itu tanpa usul periksa.

amik sekerat je.. terus keluar tv sotkabar.. kutuk sana, kutuk sini, hina sana, hina sini.. sudahnya semua orang menyumpah seranah membabi buta.. kan dapat dosa pree.. cuba kita cari.. dengar dengan teliti.. dari mula sampai akhir.. fahami isi kandungan. tak paham tanya.. kan pepatah melayu kata " malu bertanya sesat jalan" xpew.. sesat jalan boleh undur.. tapi kalau sesat agama???  da faham isi kandungan, kaji kebenaran.. baru boleh kita adili.. aku pun jahil macam korang... bukan paham sangat bahasa kelantan.. tapi aku suka bertanya dan mengkaji.. tanya bukan pada 1 orang.. tetapi bertanya dan cari beberapa orang yang elok agamanya. jangan baru 1 cikgu terus jadi pandai.. kita sekolah n belajar, berapa cikgu kita pakai??? berapa cikgu kita paham???

cukup2 lah menambah kepanasan api neraka. sedar tak kita... sebab dosa kita la api neraka bertukar warna dan meningkat kepanasannya?

Tahukah anda selama ini apa itu api neraka?

Api neraka dipanaskan oleh Malaikat selama 3000 tahun. Iaitu:
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang pertama, warna api neraka MERAH menyala.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang kedua, warna api neraka bertukar menjadi PUTIH.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang ketiga, warna api neraka bertukar menjadi HITAM.

Kepanasan api neraka, jika sepercik iaitu sebesar lubang jarum jika jatuh kedunia pasti bumi akan menjadi abu dek kerana kepanasan api neraka itu.

dari kita sibuk memanaskan bahang api neraka, apa kata kita cuba padamkannya.. duduk sejenak.. dan pikir.. cukup ke amalan kita? solat 5 waktu sehari semalam je, puasa, zakat, haji cukup ke tampung amal kebaikan kita??? penah pikir ke.. timbangan mana yang berat?? pahala atau dosa?? di sana nanti.. apa pula anggota tubuh kita bersuara?? tangan2 kita ni.. apa kata mereka mengenai perbuatan kita? dalam kubur - mcm mana nanti? gelap tak? sempit tak? ulat2 dan cacing2 serta lipan2.. makan kita tak?? belum lagi ular2.. penah pikir dan rasa tak?? sapa yang teman kita nanti? sapa yang tolong kita nanti?? al quran, kebaikan kita, amalan kita, dosa anak soleh dan kebajikan kita.. semua tu kita da cukup ke?? alquran tu, setiap ari kita hadap ke?? kita faham tak? betul ke tajwid kita?? belum lagi dosa2 yg belum sempat minta ampun sesama insan dan makhluk, dosa pada ibu bapa.

saya tak baik. saya bukan ustazah.. saya pun penuh dosa.. aurat saya pun belum sempurna. apatah lagi bacaan saya pun tunggang langang, solat saya pun jarang kusyuk. agama saya?? jahil lagi walaupun keturunan saya islam. saya masih belajar.. walaupun sikit, tapi lama2 jadi bukit.. saya taknak masuk neraka.. saya nak syurga, tapi layak ke saya? keluarga saya tiada yang tahfiz yang dapat tolong saya di akhirat sana.. saya sayang agama saya, saya  sayang muslim dan muslimat semua. terpulangla pada saudara semua..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:01 AM | Show all posts
Aku cuma kesian bila mana puak2 yang menabur fitnah ni bila masa dah sedar dari kekhilafan nanti, masa tu pulak orangnya dah tiada..nak mintak maaf camana...tu pasal perkara2 macam ni jangan extreme sangat.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2013 09:46 AM | Show all posts
.............................................
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:22 AM | Show all posts
Saya tak kisah apa fahaman dan pandangan kengkawan dlm forum ni, tapi yg penting sekali..kalau boleh janganlah besarkan sangat saiz tulisan tu..menyusahkan dan sebenarnya orang takkan baca pun tulisan yg besar-besar ni sebab menganggu pandangan mata.

Be matured, kalau nak berhujah, berhujah dgn bijak. Tulisan besar, kaler terang i.e merah, tulisan huruf besar tak bertempat dll tu adalah tanda emosional dlm berforum.

Be nice.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 10:38 AM | Show all posts
haji_one posted on 17-5-2013 10:22 AM
Saya tak kisah apa fahaman dan pandangan kengkawan dlm forum ni, tapi yg penting sekali..kalau boleh ...

Setuju....

Tunjukkan akhlak yang baik adalah sunnah Rasulullah.

Saya masih tertanya-tanya sehingga ke hari ni mengenai TGNA ni:

Katakanlah sekiranya beliau benar-benar mengikut akhlak AlQuran dan Rasulullah, kenapakah beliau tidak mengaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan harian beliau? Sesetengah pihak mengatakan, bahasa orang kelantan tu kadang2 kasar pada orang luar, ada pihak mengatakan bahasa beliau gunakan tinggi dan macam-macam alasan lagilah untuk mempertahankan ucapan-ucapan kontroversi TGNA.

Dari apa yang saya perhatikan melalui sesi-sesi pengajian saya dengan ulamak2/ustaz2 yang tidak condong pada mana2 pihak, tidak pernah saya melihat mereka ini menggunakan perkataan2 kesat/ kasar pada sesiapa yang mendengar ucapan mereka dalam membicarakan perkara ummah seperti TGNA ni. Golongan2 ini senada dan se-pesen dari sudut perbuatan dan percakapan mereka, iaitu sebaik mungkin meniru kaedah Rasulullah.

Jadi apabila dibandingkan dengan cara TGNA seperti dalam Youtube, adakah beliau benar2 meniru cara Rasulullah, atau dikantoikan oleh Allah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 10:59 AM | Show all posts
Jadi apabila dibandingkan dengan cara TGNA seperti dalam Youtube, adakah beliau benar2 meniru cara Rasulullah, atau dikantoikan oleh Allah?


ITU MENUNJUKKAN DIA ULAMA FASIK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 12:36 PM | Show all posts
100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 1)


100 Kata-kata Nik Aziz
Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri I)


Oleh Muhammad Azli Shukri



Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri pertama ini saya perturunkan 10 kata-kata beliau terlebih dulu untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada 90 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

Bersambung...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 12:40 PM | Show all posts
bahasa orang kelantan tu kadang2 kasar pada orang luar, ada pihak mengatakan bahasa beliau gunakan tinggi dan macam-macam alasan lagilah untuk mempertahankan ucapan-ucapan kontroversi TGNA.


MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU TENTANG BAHASA KELANTAN NI...
PADA SAYA MEREKA NI MALAS NAK BERKATA KATA DENGAN BAIK...CONTOHNYA...BAGAIMANA???? MEREKA CUMA KATA GUANO???? LEMAH JE BUNYINYA...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:46 PM | Show all posts
semoga TGNA kekal sihat wal'afiat utk memperjuangkan Islam kpd puak2 sekular ini
puak2 sekular ni hanya pada nama je Islam namun perlakuan perangai kehidupan mengalahkan puak2 barat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:05 PM | Show all posts
haji_one posted on 17-5-2013 10:22 AM
Saya tak kisah apa fahaman dan pandangan kengkawan dlm forum ni, tapi yg penting sekali..kalau boleh ...




betul ! betul!






@mrsrezza











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 01:06 PM | Show all posts
semoga TGNA kekal sihat wal'afiat utk memperjuangkan Islam kpd puak2 sekular ini
puak2 sekular ni hanya pada nama je Islam namun perlakuan perangai kehidupan mengalahkan puak2 barat


PEJUANG ISLAM KE....??? PEMUSNAH ISLAM???? DAH LE TU GI BERTAUBAT JE....KALAU ALLAH TAK IZINKAN....MESTI ADA SEBABNYA...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:23 PM | Show all posts
tiada komen untuk tred ni sbb terlalu berbau emosi..macai pr or bn akan mempertahankan pendapat masing2..pada aku masing2 dah besar n masing2 bleh pikir mana yg baik mana yg buruk..pemimpin mana2 parti pon selgai bertunjangkan politik sama je x de beza...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 03:11 PM | Show all posts
aku conclude (personal opinion) yg Nik Aziz tahap benci dgn UMNO....dah berapa kali lah melihat reaksi beliau apabila ditanya tentang UMNO.....

Nik Aziz sendiri aku  kalau menjawap persoalan UMNO memang sgt emosi.....EMO mcm kata forumers kat sini....

in summary..aku sokong Kelantan ada MB baru...about time utk transform ke profesionalism....cukup2 la emo2 ni...mcm forumers kata la....kena behave..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 04:25 PM | Show all posts
AKU PUN SOKONG MB KELANTAN BARU YANG MUNGKIN TAK ADA KEPENTINGAN SENDIRI SEMOGA KITA BERSATU...MACAM NIK AZIZ TU MAKLUM JELAH DAH TUA...MANA MAKAN OUJUK...DIA NAK PELUK PEKASAM JUGA..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 10:52 PM | Show all posts
uniq61 posted on 15-5-2013 03:24 PM
Bersaralah Nik Aziz! Dah Mengarut Banyak Sangat...

Malang nya kau , membahaskan dan menyebarkan perkara yg kau tak faham. Kau tak kenal langsung siapa itu tgna, kau dpt maklumat dpd media yg fasik lepas tu kau percaya dan kau sebarkan tanpa rasa bersalah. Kau langsung tak siasat atau tanya kawan kau yg faham bahasa kelantan.   Sungguh malang nasib kau. Bertaubat lah , masih sempat lagi sementara nyawa dikandung badan.
ariini kau hadap laptop, tapi esok kau hadap tanah, mana tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 11:04 PM | Show all posts
Kenyanyokkan Nik Aziz memang terserlah...ada dia kata...padan muka kena rogol krn tak tutup aurat...dulu nabi kata macam tu ke?..

Kata ulamak perwaris nabi..ni macam perwaris syaitan dirajam je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078848 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list