View: 18599|Reply: 88
|
Koleksi Kata-Kata Mengarut Nik Aziz..
[Copy link]
|
|
Bersaralah Nik Aziz! Dah Mengarut Banyak Sangat...
Himpunan Kata-kata Mengarut Nik Aziz
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
|
|
|
|
|
|
|
|
uniq61 posted on 15-5-2013 03:24 PM
Bersaralah Nik Aziz! Dah Mengarut Banyak Sangat...
Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata;
"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama,
maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.."
|
|
|
|
|
|
|
|
Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata;
"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama,
maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.."
SESUAI DGN TGNA DAN BALACINYA DIA HINA NABI BOLEH..LAGI SATU SIAPA DIA NI ULAMA BELAH MANA....DAPAT MANA TARAF ULAMA TU , ULARDALAMSEMAK ADA LE..ULAMAK FASIK.. Last edited by uniq61 on 15-5-2013 04:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak minda pengikut PAS rosak disebabkan keliru dengan kata-kata mengarut seperti inilah selain daripada amanat Hj Hadi.... sebab tu rasanya PAS kena tukar pemimpin atasan untuk mengelakkan pengikut PAS berterusan dipermainkan dan dikelirukan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ulama Celaka
Ini yang dikatakan seorang tok guru dan seorang ulama ?
Puak-puak Pas jaja sana-sini kononnya Nik Aziz ulama pewaris Nabi....
Kalau begini perangainya, itu babi namanya....
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.
"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.
Antara Pos
Seperti yang kita tahu sehingga ke saat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil bertanggungjawab menyiarkan gambar tersebut dan belum ada bukti sahih dari mana-mana pihak yang mensabitkan itu kerja siapa.
Namun Nik Aziz yang selama ini dikatakan sebagai seorang yang alim, seorang tok guru , seorang ulama tiba-tiba tanpa ada rasa bersalah sedikit pun menuduh itu kerja Umno.
Blog yang menyiarkan gambar tersebut pun sepatah tak sebut nama Anwar atau mengaitkannya dengan Anwar. Tapi Nik Aziz sesuka hati dia buat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Tak ke sial namanya kalau seorang yang mengaku dirinya ulama boleh main tuduh orang ikut suka hati dia ? |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak jadi, apa nak jadi sampai sekarang masih mahu kuasa lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat orang kelantan ni
org mcm ni disanjungnya
bagai nak gila.,
sama lah mcm Presiden indon yg buta tu
entah siapa nama dia.
aduiii kelantan kelantan kesian NYA
|
|
|
|
|
|
|
|
..Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat...
Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru arahkan gaji Menteri Besar dipotong separuh. Rasenya ni semua da maklum.
Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal da potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. Nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.
Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.
Maka jawabnya, nok cari mana Menteri Besor camni???seribu tahun belum tentu jumpe macam yang ada sekarang di Kelantan! |
|
|
|
|
|
|
|
tintabiru73 posted on 15-5-2013 10:07 PM
..Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat...
Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kel ...
Bab ini aku percaya. Yg kat atas tu kebanyakkannya dari Utuseks, Berita 'Taik' Harian...
|
|
|
|
|
|
|
|
sebaik baiknya kita ambil yg baik aje.....yg -ve dan tak baik kita buang....
jangan bantai ambil semua kata kata dan kelakuan beliau......My 2sen |
|
|
|
|
|
|
|
uniq61 posted on 15-5-2013 04:33 PM
Antara kena ludah orang yang air liurnya banyak berzikir memuji nama-nama Allah dengan kena ludah orang macam ko yang banyak sumpah seranah, ayat seksual, lucah.. mana satu ko prefer?
Nabi Muhammad SAW sendiri, kalau ko ikut riwayatnya, air ludah.. air liur dia jugalah yang jadi segala macam penawar racun. Kalau korang anti sangat dengan orang agama.. silakan cari buku pembacaan riwayat Nabi dan para ulama mengenai ludahan dan air liur mereka.
Malahan, korang dialu-alukan ikuti jadual harian Tok Guru dari sebelum Subuh kat rumah dia. Time Subuh, beratur orang minta Tok Guru tahmidkan bayi masing-masing.
Mohon diberi petunjuk dan hidayah Allah. Wallahu'alam.
|
|
|
|
|
|
|
|
uniq61 posted on 15-5-2013 04:10 PM
SESUAI DGN TGNA DAN BALACINYA DIA HINA NABI BOLEH..LAGI SATU SIAPA DIA NI ULAMA BELAH MANA ... maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati.
Cuba search ciri-ciri orang yang MATI hatinya. Kalau ko takde ciri-ciri.. simptonnya.. Alhamdulillah. Bahaya kalau hati dah mati.
Kalau ada.. mohon muhasabah diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku akui, aku ni tak faham kalau org cakap Kelantan. Kadng2 bila aku baca statement TGNA, aku baca byk kali pasal kdng2 aku takut aku yg salah faham pasal tak faham cara percakapan org kampung macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal da potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. Nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.
Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.
KALAU IKHLAS TAK YAH LE CERITA KAT SINI NAK TUNJUKKAN DIA BAIK...SETAN PUN MENGAKU DIA BAIK...
LAGI SATU KO SERUMAH DGN DIA KE???? |
|
|
|
|
|
|
|
enarai Kenyataan-Kenyataan Hina Islam Oleh Pemimpin Umno Yang Tak Mampu Disanggah Ulama Pangampu
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.
1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.
1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)
1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001
2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. ~siasahsikini |
|
|
|
|
|
|
|
kesian... baca kenyataan nik aziz separuh je.. terus bantai.. aku da jawab soklan ko kan??? hahahaha.. tak puas ati.. buka thread baru..hahahahahha....
sila buka quran.. belajar balik ye... boleh mengaji tak ni?? kalau tak boleh.. kami semua boleh ajarkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang kapir baca quran pun terus masuk islam dan tau musuh utama islam adalah yahudi.. payah la puak ameno ni.. tu la.. da kata.. islam urban kan?? sampai tak tau hukum hakam.. selalu menghalalkan yang haram.. dari dok sini.. baik ko pegi buka tafsir quran.. baca..
islam tu indah dan mudah. tapi org islam senirik menyusahkannya... ulama pun dipersendakan.. semoga Allah pimpin kembali saudara ke jalan yg benar.. aminnnnn
Firman Allah SWT dan Hadist Rasulullah SAW tentang ilmu pengetahuan
Firman-firman Allah SWT dan Hadist-hadist Rasulullah SAW setentang ilmu pengetahuan seperti berikut ini :
Allah SWT berfirman :
• “Dan katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (QS. Thoha : 114)
• Berfirman Allah SWT :
“Sesungguhnya yang takut diantara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.” (QS. Faatir : 28)
• Dari Mua’awiyah ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa dikehendaki oleh Allah menjadi baik, maka Dia memberikan kefahaman (ilmu) masalah agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)
• Dari Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan bagi orang itu karena ilmu tersebut jalan menuju ke Syorga.” (HR. Muslim)
• Dari Sahl bin Sa’ad ra bahwasanya Nabi SAW bersabda :
“Dan Allah, jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan perantaraan mu, itu lebih baik daripada unta merah. (hak milik orang yang paling berharga).” (HR. Bukhari dan Muslim)
• Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda :
“Sampaikanlah (ilmu) dari aku meski hanya satu ayat, dan boleh saja kalian menceritakan dari Bani Israil (boleh) untuk diambil pelajaran. Dan barang siapa mendustakan atasku (mengatasnamakan suatu pembicaraan kepada Nabi, padahal kalian tidak menyabdakannya) dengan sengaja, maka sebaiknya ia meletakkan tempat duduknya di Neraka.” (HR. Bukhari)
• Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila anak Adam (manusia) mati, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga hal, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau amak shaleh yang selalu mendo’akannya.” (HR. Muslim)
• Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa mengajak kepada jalan yang baik, maka ia mendapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya (mengikuti ajakannya) tanpa mengurangi pahala mereka sendiri sedikitpun.” (HR. Muslim)
• Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Dunia dan segala isinya adalah terkutuk kecuali dzikir dan taat kepada Allah SWT, serta orang alim dan orang yang belajar.” (HR. Turmudzi)
• Dari Anas ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa keluar dengan tujuan menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali.” (HR. Turmudzi)
• Dari Abu Sa’id Al-Khudriy dari Nabi SAW beliau bersabda :
“Seorang mukmin tidak akan merasa kenyang untuk berbuat kebaikan sehingga akhir tujuannya adalah Syorga.” (HR. Turmudzi)
• Dari Abu Darda ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syorga. Dan sesungguhnya Malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yangmenuntut ilmu karena puas dengan apa diperbuatnya, dan bahwasanya penghuni langit dan bumi sampai ikan dilautan memintakan ampun kepada orang yang pandai. Kelebihan orang alim terhadap abid (orang yang ahli ibadah tetapi tidak alim), bagaikan kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi, dan bahwasanya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi para Nabi mewariskan ilmu pengetahuan. Maka barang siapa mengambil (menuntut) ilmu, maka ia telah mengambil bagian yang sempurna.” (HR. Turmudzi)
• Dari Ibnu Mas’ud ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Semoga Allah SWT memberi cahaya yang berkilauan kepada seseorang yang mendengar sesuatu dari ku, kemudian ia menyampaikannya sebagaimana yang telah ia dengar, karena banyak orang yang disampaikan kepadanya (sesuatu itu) lebih menghayati, daripada orang yang mendengarnya sendiri.” (HR Turmudzi)
• Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa ditanya tentang suatu ilmu kemudian ia menyembunyikannya (tidak menjawab dengan sebenarnya), maka kelak di hari Kiamat ia akan dikendalikan dengan kendali dari api Neraka. ” (HR. Abu Daud dan Turmudzi)
• Daru Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa yang mempelajari ilmu pengetahuan yang semestinya bertujuan untuk mencari ridha Allah ‘Azza wa jalla, kemudian ia mempelajarinya dengan tujuan hanya untuk mendapatkan kedudukan (kekayaan duniawi), maka ia tidak akan mendapatkan baunya Syorga kelak pada hari Kiamat.” (HR. Abu Daud)
• Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sungguh, Allah SWT tidak akan mencabut ilmu dari manusia begitu saja. Tetapi Allah SWT mencabutnya dengan mengambil (mewafatkan) orang-orang yang berilmu, sampai tidak lagi tersisa seorang alim pun, lalu menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin. Para pemimpin yang bodoh itu ditanya, lalu mereka memberi fatwa tanpa dasar ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
• Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda :
“Kelebihan orang alim terhadap orang yang ahli ibadah (tetapi tidak alim), seperti kelebihan ku terhadap orang yang paling rendah diantara kalian.” Kemudian Rasulullah meneruskan sabdanya : “ Sesungguhnya Allah, Malaikat serta penghuni langit dan bumi sampai-sampai semut yang berada di sarangnyadan juga ikan, senantiasa memintakan rahmat kepada orang yang mengajarkan (ilmu) kebaikan kepada manusia.” (HR. Turmudzi) |
|
|
|
|
|
|
| |
|