Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
236169
View
904
Reply

[INFORMASI] [LUBUK KREDIT] HARI INI DALAM SEJARAH

[Copy link]

Author: novelloverzz    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 26-9-2016 09:55 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 26-9-2016 09:57 PM

26 September, 1902
Levi Strauss meninggal dunia

Levi Strauss nama yang tidak asing lagi di dalam dunia fesyen, merupakan pengasas syarikat pertama di dunia yang mengeluarkan seluar jeans biru dengan jenama Levi Strauss, telah meninggal dunia hari ini pada tahun 1902 di umur 73 tahun.

Kehidupan awal :
Levi Strauss dilahirkan dengan nama Loeb Strauss di Buttenheim, di rantau Franconian Bavaria, Germany, pada 26 Februari 1829 kepada sebuah keluarga Yahudi Ashkenazi. Beliau adalah anak kepada Hirsch Strauss dan isteri keduanya Rebecca Strauss. Bapanya Hirsh dan ibunya Rebecca mempunyai 2 orang anak bersama-sama, sementara Hirsh mempunyai 5 anak hasil perkahwinan pertamanya kepada Mathilde Baumann Strauss yang meninggal dunia pada tahun 1822.

Rumah kelahiran Levi Strauss di Buttenheim

Rumah kelahiran Levi Strauss di Buttenheim, kini muzeum

Semasa tinggal di Bavaria, keluarga Strauss mengalami diskriminasi agama kerana mereka orang Yahudi. Kawasan mana mereka boleh hidup dan tinggal telah disekat dan cukai khas dikenakan ke atas orang-orang Yahudi.

Levi Strauss (26 Februari 1829 - 26 September 1902)

Penghijrahan ke Amerika :
Pada tahun 1846 semasa Loeb berumur kira-kira 16 tahun, bapanya Hirsch meninggal dunia akibat batuk kering. 2 tahun kemudian ibunya Rebecca, dan 2 adik beradiknya Fanny dan Maila berhijrah ke New York. Di sana, mereka disambut oleh Jonas dan Louis, abang-abang mereka yang telah pun berhijrah ke Amerika terlebih dahulu.

Di New York, Jonas dan Louis telah memulakan perniagaan borong barangan kering, yang dinamakan J Strauss Brother & Co. Loeb yang masih muda ketika itu segera bekerja bersama abang-abangnya dan mula belajar cara berniaga. Menjelang tahun 1850 dia dikenali di kalangan keluarga dan pelanggan sebagai dengan nama "Levi". Dalam bancian penduduk tahun itu, namanya telah dieja sebagai "Levy".

Kakaknya Fanny dan suaminya David Stern kemudian berpindah ke St Louis, Missouri. Levi pula berpindah ke Louisville, Kentucky, dan menjual barangan jualan abang-abangnya di sana. Pada bulan Januari 1853, Levi Strauss menjadi warganegara Amerika.

Gold Rush :
Emas mula ditemui di Coloma, California pada 1848. Penemuan ini telah memulakan fenomena California Gold Rush 1849 apabila ramai rakyat Amerika berpusu-pusu ke barat negara itu untuk mencuba nasib mereka. Levi juga tidak terkecuali. Pada awal tahun 1853, dia menuju ke San Francisco untuk menjual barangan kering kepada orang-orang yang terlibat dalam perdagangan perlombongan yang sedang berkembang maju itu. Levi menguruskan syarikat borong barangan keringnya sendiri selain bertindak sebagai ejen cawangan Pantai Barat Amerika untuk perniagaan abang-abangnya.

Iklan pengangkutan kapal ke San Francisco untuk menyertai Gold Rush

Syarikat Levi mengimport barangan kering seperti pakaian, pakaian dalam, payung, sapu tangan, bolt kain, dan menjualnya kepada kedai-kedai kecil yang banyak muncul di seluruh California dan kawasan barat California. Kedai-kedai kecil inilah yang membantu membekalkan pakaian kepada para pelombong Gold Rush dan juga keluarga-keluarga baru yang mula mengisi kawasan itu.

Setakat yang diketahui, alamat pertama di mana Levi menjalankan perniagaannya ialah di No 90 Sacramento Street. Nama syarikatnya ialah "Levi Strauss." Dalam tahun 1850an lokasi ini adalah satu kawasan yang sangat dekat dengan pantai, maka ianya sangat mudah untuk Levi menerima dan menjual barangan yang baru tiba dengan kapal dari abangnya Jonas di New York.

Keadaan pelabuhan San Francisco, 1850-1851

Pada tahun 1856 Levi memindahkan perniagaannya ke No 62 Sacramento Street dan kemudian ke No 63 & 65 Sacramento untuk menampung perniagaan dan reputasinya yang sedang berkembang. Pada masa ini abang iparnya David Stern, suami kepada Fanny menyertai syarikatnya. Pada tahun 1861 perniagaan Levi berpindah lagi, kali ini ke No 315 & 317 Sacramento Street, dan pada tahun 1863 syarikat itu dinamakan semula "Levi Strauss & Co." Kemudian pada tahun 1866 Levi berpindah ibu pejabat sekali lagi, untuk ruang yang lebih besar di No 14-16 Battery Street, di mana ia kekal selama 40 selepas itu.

Levi Strauss & Co di No 14-16 Battery Street

Perniagaan Jeans :
Pada tahun 1872, Levi menerima surat daripada Jacob Davis, seorang tukang jahit berbangsa Yahudi Latvia daripada Reno, Nevada. Jacob adalah salah seorang daripada pelanggan tetap Levi Strauss. Dia sering membeli bolt kain dari syarikat Levi untuk digunakan bagi perniagaannya sendiri.

Jacob Davis (1831-1908)

Dalam suratnya, Jacob bercerita tentang cara menarik dia membuat seluar untuk pelanggannya dengan cara meletakkan rivet logam di point-point ketegangan seperti sudut-sudut poket dan di kaki lubang butang. Dia membuat jahitan ini untuk menjadikan seluar lebih kukuh bagi lelaki-lelaki pekerja lasak yang merupakan majoriti pelanggannya.

Rivet-rivet logam diletakkan pada point-point ketegangan seluar jeans

Jacob mahu mempatenkan idea baru ini tetapi memerlukan rakan kongsi perniagaan untuk melancarkan ideanya. Jacob mencadangkan supaya dia dan Levi bersama-sama mendaftarkan paten dan berkongsi kosnya. Levi sangat berminat dengan idea dan cadangan Jacob, dan pada 20 Mei 1873, paten ini telah diperolehi oleh mereka berdua.

Paten No 139 121 yang diterima pada 20 Mei 1873

Dengan ini lahirlah fesyen jeans biru yang kita kenali hari ini.
Pada mulanya seluar-seluar yang dipanggil "waist overall" (kini dipanggil jeans) ini telah dibuat dengan kanvas yang berat. Syarikat Levi kemudian telah menukar fabriknya kepada kain denim yang telah dicelup biru untuk menyembunyikan kekotoran.

Para petani di Idaho mengenakan antara seluar jeans terawal Levi Strauss

Iklan seluar Levi's mempromosikan paten yang diterima

Iklan seluar Levi's untuk pekerja-pekerja lasak

Iklan seluar Levi's berpaten, sesuai untuk kerja-kerja lasak

Menurut beberapa laporan, pada mulanya Strauss telah mengupah tukang-tukang jahit yang menjahit dari rumah mereka. Dia kemudian membuka kilangnya sendiri untuk pengeluaran seluar-seluarnya. Jeans 501® yang dikenali pada masa itu sebagai "XX" segera menjadi produk yang paling popular dan meraih penjualan tertinggi, maka Levi dan Jacob menambah produk itu kepada barisan produk yang dikilangkan mereka.

Seluar jeans XX yang terawal

Tiket gerenti untuk setiap seluar jeans XX

Cop seluar XX berserta promosi paten

Suasana di kilang Levi Strauss

Tahun-tahun akhir kehidupan :
Menjelang akhir abad ke-19, Levi masih terlibat dalam kerja perniagaan seharian, walaupun dia telah membawa anak-anak buahnya ke dalam syarikat itu pada masa ini. Abang iparnya David Stern telah meninggal dunia pada tahun 1874 dan 4 anak-anaknya: Jacob, Sigmund, Louis dan Abraham, kini bekerja dengan bapa saudara mereka Levi.

Syarikat Levi Strauss & Co, 1880

Levi (kiri sekali) bersama keluarga

Pada tahun 1890, "waist overall" yang dikenali sebagai XX pada masa itu telah diberi nombor lot 501®. Anak-anak buah Levi telah menyertai syarikat Levi secara rasmi ketika ini. Walaupun masih aktif dalam perniagaannya, Levi mula memberi lebih tanggungjawab yang lebih kepada anak-anak buahnya yang bekerja di bawahnya.

Tag seluar XX yang kini bernombor lot 501

Pada minggu pada 22 September 1902 Levi mula mengadu tidak sihat tetapi pada Jumaat 26 September, dia berasa cukup sihat dan kuat untuk menghadiri majlis makan malam keluarga di rumahnya yang dikongsi dengan anak buanya Jacob Stern di Leavenworth Street. Malam itu dia bangun sebentar dari tidurnya dan memberitahu jururawat yang hadir bahawa dia berasa "seselesa yang mungkin dalam keadaannya." Kemudian dengan aman, dia menghembuskan nafasnya ang terakhir pada umur 73 tahun.

Kerana tidak pernah berkahwin dia meninggalkan perniagaannya kepada 4 anak buahnya, Jacob, Sigmund, Louis dan Abraham Stern, anak-anak kakaknya Fanny dan suaminya David Stern. Harta yang ditinggalkan Levi dianggarkan sekitar $6 juta pada masa itu, kira-kira $164 juta mengikut nilai USD pada tahun 2014.

Laporan akhbar mengenai kematian Levi Strauss

Levi Strauss telah dikebumikan di Colma, California.

Makam di mana Levi Strauss dan ramai ahli keluarnganya dikebumikan

Pengenalan ringkas Levi Strauss :

Sejarah Levi Strauss :

Seluar jeans tertua di dunia :

Sumber :

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:10 PM | Show all posts
26 September, 1982
Knight Rider ditayangkan buat kali pertama

Siri TV Knight Rider yang memaparkan watak Michael Knight lakonan David Hasselhoff sebagai hero melawan jenayah, dibantu oleh 'rakan'nya KITT, sebuah kereta berteknologi tinggi yang bijak dan boleh berkata-kata, telah menemui penonton pada 26 September 1982 menerusi siaran NBC.

Siri Knight Rider ditayangkan selama 4 musim, dari tahun 1983 hingga 1986, dengan jumlah 90 episod. Hampir setiap episod dimulakan dengan intro pembukaan yang berbunyi:
"Knight Rider, a shadowy flight into the dangerous world of a man who does not exist.
Michael Knight, a young loner on a crusade to champion the cause of the innocent, the helpless, the powerless in a world of criminals who operate above the law."

Pembukaan episod siri Knight Rider :

Premis cerita :
Selepas Detektif Leftenan Michael Arthur Long ditembak di muka dan hampir maut, jutawan Wilton Knight telah menyelamatkan detektif itu melalui pembedahan plastik. Wilton Knight kemudian memberikan Michael Arthur Long identiti dan nama baru: Michael Knight.

Jutawan Wilton Knight

Wilton menjadikan Michael ejen utamanya dalam program perintis organisasi keadilan awam yang ditubuhkan oleh Wilton, Foundation for Law and Government (FLAG). Separuh lagi daripada isi program perintis ini ialah Knight Industries Two Thousand (KITT), sebuah Pontiac Firebird Trans Am yang telah diubahsuai dengan teknologi maju dan ciri-ciri baru termasuk bingkai dan salutan luar yang sangat tahan lasak, dan kalis musnah. Kereta ini dikawal oleh komputer berkecerdasan buatan manusia. Michael dan Kitt dibawa masuk ke dalam situasi di mana "tindakan secara langsung mungkin satu-satunya penyelesaian yang boleh dilaksanakan".

Michael Knight dan KITT sedang beraksi

Ketua FLAG ialah Devon Miles, orang yang akan memberikan Michael arahan dan bimbingan. Ketua jurutera yang bertanggungjawab menjaga KITT ialah Dr Bonnie Barstow. Dia juga bertugas sebagai pembantu teknikal untuk Devon Miles.

Michael Knight, Devon Miles dan Dr Bonnie Barstow

Setiap episode Knight Rider akan mengisahkan pengalaman dan pancaroba yang dihadapi oleh kumpulan ini, Michael Knight dan KITT terutamanya, dalam menentang jenayah.

Barisan pelakon :
David Hasselhoff sebagai Michael Knight. Dengan identiti barunya Michael Knight telah disediakan dengan peralatan teknologi tinggi untuk memerangi jenayah, termasuk kereta pintar yang dinamakan KITT.

David Hasselhoff sebagai Michael Knight, dengan kereta pintarnya KITT

David Hasselhoff juga memegang watak Garthe Knight, anak Wilton Knight yang sekian lama terpisah dari ayahnya. Garthe juga merupakan dalang penjenayah yang memandu Goliath, sebuah traktor semi trak treler yang bersenjatakan roket dan dilindungi oleh lapisan molekul tahan lasak sama seperti KITT setelah formula itu dicuri oleh Elizabeth Knight, janda Wilton.

David Hasselhoff sebagai Garthe Knight, sedang memandu Goliath

Traktor semi trak treler Goliath yang dipandu Garthe Knight

William Daniels memegang watak sebagai suara KITT, kereta pintar yang bekerjsama dengan Michael Knight.

William Daniels

Kereta pintar KITT

Video KITT dikejar Goliath :

Edward Mulhare sebagai Devon Miles, ketua FLAG. Devon Miles muncul dalam hampir setiap episod, memberikan butiran misi untuk Knight dan Kitt. Dia juga merupakan jurucakap FLAG apabila organisasi itu menjadi mangsa siasatan dan kritikan.

Edward Mulhare sebagai Devon Miles

Richard Basehart sebagai Wilton Knight, pencipta FLAG, yang mati dalam episod pertama. Suara Basehart bagaimanapun digunakan pada bahagian pembukaan dan penutup setiap episod sepanjang siri ini berjalan.

Richard Basehart sebagai Wilton Knight

Muzik tema :
Muzik tema Knight Rider telah digubah oleh Stu Phillips dan Glen A. Larson. Selain dari muzik tema, muzik yang digunakan dalam siri ini telah digubah secara kerjasama oleh Stu Phillips, Don Peake, dan Glen A. Larson.

Salinan muzik tema Knight Rider oleh Stu Phillips

Stu Phillips

Don Peake

Produksi :
Siri ini diterbitkan oleh Glen A. Larson, seorang penerbit dan penulis siri televisyen Amerika. Siri lain terbitannya juga termasuk siri siasatan Magnum PI dan siri sains fiksyen Battlestar Galactica.

Glen A. Larson (3 Januari 1937 - 14 November 2014)

Kereta yang menjadi bintang dalam siri Knight Rider ini, KITT, adalah sebuah kereta Pontiac Firebird Trans Am model sport 1982 yang telah diubahsuai dengan menelan belanja sebanyak USD $100,000 (bersamaan dengan kira-kira USD $245,000 pada nilai tahun 2014).

Katalog Pontiac Firebird Trans Am model sport 1985

Pontiac Firebird Trans Am model sport 1985

Bahagian hadapan kereta, dash dan hiasan dalaman lain kereta itu telah direka oleh perunding reka bentuk Michael Scheffe.

Michael Scheffe dan rekaan hiasan dalaman KITT

Voice equalizer KITT

Hiasan dalaman KITT dalam musim pertama dan kedua

Selepas tamat penayangannya, siri Knight Rider telah diedarkan dalam bentuk DVD, Blu-ray dan kini boleh ditonton melalui kaedah streaming Hulu dan Netflix. Terdapat juga filem televisyen dan filem spinoff dan sekuel Knight Rider seperti Knight Rider 2000, Knight Rider 2008, Knight Rider 2010, Team Knight Rider dan sebagainya, tetapi satu pun tidak mendapat sambutan sehebat siri asalnya yang ditayangkan pada tahun 1980an ini.

Knight Rider Season 1 DVD

Knight Rider Season 2 DVD

Video dokumentari Knight Rider :

Sumber :

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:01 PM | Show all posts
7 Mar, 1876 - U.S.A. Patent For The Telephone
7th March, 1876 : Alexander Graham Bell receives a patent for his revolutionary new invention the telephone.

The Scottish-born Bell worked in London with his father, Melville Bell, who developed Visible Speech, a written system used to teach speaking to the deaf. In the 1870s, the Bells moved to Boston, Massachusetts, where the younger Bell found work as a teacher at the Pemberton Avenue School for the Deaf. He later married one of his students, Mabel Hubbard.

While in Boston, Bell became very interested in the possibility of transmitting speech over wires. Samuel F.B. Morses invention of the telegraph in 1843 had made nearly instantaneous communication possible between two distant points. The drawback of the telegraph, however, was that it still required hand-delivery of messages between telegraph stations and recipients, and only one message could be transmitted at a time. Bell wanted to improve on this by creating a harmonic telegraph, a device that combined aspects of the telegraph and record player to allow individuals to speak to each other from a distance.

With the help of Thomas A. Watson, a Boston machine shop employee, Bell developed a prototype. In this first telephone, sound waves caused an electric current to vary in intensity and frequency, causing a thin, soft iron plateCcalled the diaphragmCto vibrate. These vibrations were transferred magnetically to another wire connected to a diaphragm in another, distant instrument. When that diaphragm vibrated, the original sound would be replicated in the ear of the receiving instrument. Three days after filing the patent, the telephone carried its first intelligible messageCthe famous Mr. Watson, come here, I need youCfrom Bell to his assistant.

Bells patent filing beat a similar claim by Elisha Gray by only two hours. Not wanting to be shut out of the communications market, Western Union Telegraph Company employed Gray and fellow inventor Thomas A. Edison to develop their own telephone technology. Bell sued, and the case went all the way to the U.S. Supreme Court, which upheld Bells patent rights. In the years to come, the Bell Company withstood repeated legal challenges to emerge as the massive American Telephone and Telegraph (AT&T) and form the foundation of the modern telecommunications industry.

source:  www.history.com/this-day-in-hist ... tents-the-telephone

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 03:55 PM | Show all posts
day2 replied at 15-5-2013 09:52 PM
In 15 May 1800, President John Adams ordered the federal government to be moved to Washington, D.C.

Adidas NMD

Nike Air Max

Running Shoes

StarBoots

Michael Kors

Yeezy

Asics

Coach

Timberland

Oakley

Jordan
Adidas NMD

Nike Air Max

Running Shoes

StarBoots

Michael Kors

Yeezy

Asics

Coach

Timberland

Oakley

Jordan

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: : "Daulat Tuanku!" Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.

Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Dis lepas, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.

Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.

Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang memainkan lagu ''Raja Bertabal'' berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Ia disusuli dengan laungan "Daulat Tuanku!" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej. Jen. (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.

Sejurus laungan itu, lagu ''Negaraku'' dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das.

Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang mengalunkan lagu ''Raja Berangkat''.

Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.

Sultan Muhammad V yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu ''Muskat'' (seperti kot hitam labuh) bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dan memakai Tengkolok Diraja yang soleknya (bentuk ikatan) dinamakan ''Dendam Tak Sudah''.

Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.

Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Seri Paduka kemudiannya bersemayam di Singgahsana di Balairung Seri itu untuk Istiadat Pertabalan.

Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon perkenaan untuk memulakan Istiadat Pertabalan itu yang kemudian membuat pengumuman bahawa istiadat itu dizahirkan selepas mendapat perkenan baginda.

Sejurus selepas itu, Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan baginda untuk membawa masuk naskah Al-Quran dan baki alat-alat kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairung Seri.

Kemudian, dengan iringan tiupan serunai dan paluan gendang lagu ''Seri Istana'', Datuk Paduka Maharaja Lela diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz membawa masuk naskhah Al-Quran dan Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan serta Warkah Ikrar yang dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara lain, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob.

Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang disambut baginda lalu mencium naskhah suci itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kanan baginda.

Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan Surat Pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.

Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, sebelum baginda menyarungkan semula keris itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kiri baginda.

Istiadat kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar oleh Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Sebaik sahaja selesai ikrar dilafazkan, tiupan serunai dan paluan gendang dengan lagu ''Raja Bertabal'' dimainkan, diikuti laungan ''Daulat Tuanku'' sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairung Seri.

Sejurus selepas itu lagu Negaraku dimainkan sekali lagi dan serentak itu tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap Seri Paduka untuk mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda sebagai mewakili kerajaan dan rakyat.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyampaikan Titah Diraja, sebelum Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob membacakan doa selamat.

Selepas itu, naskhah Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat disempurnakan.

Seterusnya, Balairung Seri sekali lagi didendangkan dengan gemersik tiupan serunai berserta gema paluan gendang yang memainkan lagu ''Raja Berangkat'' bagi mengiringi Seri Paduka meninggalkan istiadat yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta diiringi panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.

Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt 2016, bagi tempoh lima tahun.

-- BERNAMA
71492943834_CoverPertabalan.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.history.com/this-day-in-history

1961
The first American in space

Share this:
FACEBOOK
TWITTER
GOOGLE+
From Cape Canaveral, Florida, Navy Commander Alan Bartlett Shepard Jr. is launched into space aboard the Freedom 7 space capsule, becoming the first American astronaut to travel into space. The suborbital flight, which lasted 15 minutes and reached a height of 116 miles into the atmosphere, was a major triumph for the National Aeronautics and Space Administration (NASA).
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 03:12 PM | Show all posts
Orenmasam replied at 24-4-2017 10:42 PM
KUALA LUMPUR: : "Daulat Tuanku!" Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ...

Good info...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah... informative thread!!! nak dengan tak nak baca je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
KEMANGKATAN SULTAN ALI, PERAK

Pada hari ini 26.5.1871 baginda Sultan Ali, Perak telah mangkat.  Seisi negeri telah bergabung 100 hari tanda dukacita di atas kemangkatan Baginda.  Menurut adat istiadat Negeri Perak tiada boleh Sultan yang mangkat itu dimakamkan selagi penggantinya belum dilantik.  Istiadat inilah yang menjadi punca kelewatan pemakaman Baginda Sultan Ali. Istiadat pemakaman telah ditangguhkan selama 32 hari kerana menunggu ketibaan Raja Muda Abdullah dari Hilir Perak.  Baginda adalah raja yang paling berhak menggantikan Sultan.   Raja Muda Abdullah enggan hadir menziarahi jenazah Sultan Ali atas dua sebab:
Baginda tidak mahu melalui kawasan Senggeng tempat Raja Yusof iaitu musuh baginda untuk sampai ke Sayong.
Baginda memang tidak disukai oleh rakyat di Utara Perak.
Oleh kerana pemakaman sultan Ali tidak dapat ditangguhkan lagi, Pembesar-Pembesar Negeri dengan nasihat Ngah Ibrahim Menteri Larut telah mengambil keputusan melantik Bendahara Ismail sebagai pengganti Sultan.  Perlantikan Bendahara Ismail yang lemah itu sengaja dirancang oleh Ngah Ibrahim bagi memudahkan beliau menguasai Kerajaan Perak kelak. Lagi pun sebagai pembesar yang terkaya dengan pendapatan sebanyak 200 ribu ringgit setahun memang mudah sekali bagi beliau memperngaruhi rakyat Negeri Perak. Tindakan dan rancangan Ngah Ibrahim itu amat dimurkai oleh Raja Abdullah. Untuk membalas perbuatan itu Baginda telah membantu kumpulan Kongsi Gelap Ghee Hin menentang Hai San yang disokong oleh Ngah Ibrahim dalam peperangan di Larut. Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Harry Ord cuba mengatasi masalah peperangan ini secara rundingan tetapi gagal. Walaubagaimanapun masalah kuasa ini dapat diselesaikan oleh Gabenor Sir Andrew Clark pengganti Sir Harry Ord dengan menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Dalam Perjanjian ini Raja Muda Abdullah telah diktiraf sebagai Sultan yang sah manakala Sultan Ismail diberikan sebuah Wilayah yang kecil dan dibayar wang pencen sebanyak 1,000 ringgit setiap bulan. Di samping itu mengikut perjanjian ini seorang Residen akan dilantik bagi menasihatkan Sultan dalam segala hal pentadbiran negeri kecuali mengenai soal agama Islam dan adat resam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
http://www2.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1775

BENDERA PERSEKUTUAN MULA BERKIBAR

Pada hari ini dalam tahun 1950, bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat kali pertama di perkarangan Istana Selangor, di Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Corak bendera itu telah diluluskan secara rasmi oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 19 April kira-kira lima minggu sebelum ia mula dikibarkan. Bendera itu dibentuk dengan simbol-simbol tertentu sesuai dengan sifatnya menjadi bendera tunggal menaungi sebelas buah negeri yang terangkum dalam Persekutuan Tanah Melayu. Ia mengandungi 11 jalur, 6 jalur merah dan 5 putih. Di sudut atas sebelah kiri ialah petak biru dengan bulan dan bintang berwarna kuning. Sebelas jalur dan sebelas pecahan pada bintang melambangkan perpaduan kesebelasan negeri-negeri Persekutuan, iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Bulan sabit dan bintang pula menjadi lambang agama Islam. Warna kuning yang diberikan, merupakan tanda kedaulatan institusi kesultanan di sebahagian besar negeri-negeri di Tanah Melayu. Warna merah pada jalur, membawa makna gagah berani, putih menunjukkan hasrat rakyat yang suci murni. Gabungan tiga warna, merah, putih dan biru pula bermaksud adanya hubungan kerjasama antara Persekutuan dengan United Kingdom dan negara-negara anggota pertubuhan Komanwel. Dengan berkibarnya bendera Persekutuan pada hari ini dalam tahun 1950, hubungan antara negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi satu ikatan yang lebih padu, dalam menuju ke arah cita-cita bersama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.072236s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list