Balai ketibaan itu penuhdengan pelbagai gelagat manusia yang baru menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.Satu-satu wajah yang melangkah keluar diamati Datin Sofea. Masih belumkelihatan wajah yang ditunggu. Wajah anak kesayangan yang dirindui. Hampirsetahun tidak bertemu anak gadisnya itu.Terasa sedikit debaran di hati. “Mana dia? Ada?” suaminya, Dato Elias menegur. DatinSofea memandang suaminya sekilas. “Takde pun, bang” resah Datin Sofea menjawab. “Sekejap lagi muncul la tu. Kan dia dah bagitahu dia sampaipukul 2.30 petang” Dato Elias melihat jamnya. Hampi pukul 2.45 petang. Kalaudiikutkan dia sepatutnya berada dalam mesyuarat ketua bahagian ketikaini.Tetapi dia meminta pembantunya menggantikannya untuk ke lapangan terbangmenyambut puterinya yang baru pulang dari United Kingdom setalah tamatpengajian selama empat tahun disana. Hampir setahun tidak berjumpa menyebabkanrindu pada anaknya itu membuak-buak. Walaupun dia dan isterinya sering datangmelawat pada hari raya, namun tidak terubat rindu itu jika dibandingkan anakberada di depan mata. “Abang, tu dia Zara” kata Datin Sofea teruja. Dato Eliasmemandang kearah yang ditunjukkan isterinya. Kelihatan seorang gadis berbajumerah jambu dan berseluar jeans melambai kearah mereka. Itulah Elianor Ezara, permatahatinya. Disebelah Elianor Ezara kelihatan Mellisa, kawan baik anaknyatersenyum kearah mereka. “Mummy!” Elianor Ezara meninggalkan troli begnya danberlari memeluk Datin Sofea. Pipi Datin Sofea dicium bertubi-tubi. “Rindunyakat Mummy” Datin Sofea membalas pelukan dan mencium dahi Elianor Ezara. “Mummy pun rindu Zara”bergenang air mata Datin Sofea.Terlerai rindu dendamnya. “Anak Mummy sihat?” kedua belah pipi anaknya dipegangsayang. “Sihat Mummy” “Hai…rindu Mummy je ke? Tak rindu Daddy?” usik Dato’Elias. Pantas Elianor Ezara mendapatkan bapanya dan memeluk lelaki itu. “Sorry Daddy, Zara pun rindu sangat kat Daddy” Dato Eliasmembalas pelukan anaknya dan mengusap lembut kepala Elianor Ezara. “Ingatkan dah lupa Daddy” usiknya lagi. “Mana boleh Zara lupa Daddy. Ops, lupa nak salam” pantastangan Daddy dan Mummynya disalam. Mallisa menggeleng kepala melihat telatahkawan baiknya itu. “Kau ni kelam kabut la, Zara” “Biasalah,Lisa. Zara ni memang kalut. Nasib baik dia takterpeluk salah orang” kata Dato’ Elias. Dia dan isterinya memang sudahmengenali Mellisa dan menganggapnya seperti anak sendiri. Elianor Ezaratersengih. “Daddy, takkan la Zara tak kenal Mummy dengan Daddy.Bukannya dah sepuluh tahun pun Zara tak balik” “Tau pun. Yang eksited sangat rindu macam dah sepuluhtahun tu kenapa?” Dato Elias mencubit pipi anaknya. “Dah la tu, jom kita balik. Mummy dah masak laukkegemaran Zara tau” “Ye ke, Mummy? Ketam masak lemak?Bestnya” Elianor Ezarasudah teruja. “Ikan terubuk bakar dengan air asam pun ada”tambah DatinSofea. Elianor Ezara sudah mencapai troli begnya. “Jom kita baliksekarang. Lisa, makan kat rumah aku ye” “Ha Lisa, jom balik rumah Uncle” ajak Dato Elias. “Erm..takpelah Uncle, Auntie…Lisa kena balik terus. Dahjanji dengan Mak nak terus balik rumah” baru Elianor Ezara teringat Mellisamemberitahu akan mengambil teksi ke Nilai, rumah keluarganya memandangkan bapanyatidak dapat menjemputnya kerana bekerja. “Lisa makanlah dulu kat rumah Aunte, nanti Pak Zali bolehhantar Lisa balik rumah terus. Tak payah ambil teksi” pelawa Datin Sofea. “Lain kalilah Auntie. Lisa rasa mak dah masak tu. Nantidia tertunggu-tunggu pulak” “Hmm..takpelah kalau macam tu. Nanti mak Lisa risau pulak.Mesti dia tak sabar nak jumpa anak dara dia ni”kata Datin Sofea. “Lain kali aku suruh Mummy masak sedap-sedap, kau makankat rumah aku eh” kata Elianor Ezara. “Yelah. Eh, jom teman aku cari teksi kejap”kata Lisa. “Zara pergi hantar Lisa kat tempat teksi tu. Daddy denganMummy bawa beg Zara tunggu kat kereta” putus Dato Elias. “Okay” Mallisa bersalaman dengan Dato Elias dan DatinSofea. “Lisa minta diri dulu ye Uncle, Auntie. Assalamualaikum” “Waalaikumussalam. Baik-baik ye Lisa. Nanti kirim salamkat mak dan ayah” kata Datin Sofea. “Insyallah. Lisa balik dulu ye” “Sekejapeh Mummy. Zara teman Lisa kejap” Elianor Ezara dan Mellisa berlalu ke tempatteksi. Dato Elias dan Datin Sofea memerhati seketika sebelum berlalu. “Alhamdulillah, ye abang. Zara dah habis belajar. Lepasni boleh la dia tolong abang kat syarikat” “Itulah harapan saya. Hari tu masa saya tanya dia nak takkerja dengan saya, dia kata tak kisah. Siapalah lagi yang boleh diharap kalautak Zara. Memang Haikal boleh diharap tapi abang kesian jugak tengok dia siangmalam kerja takde orang tolong dia. Erin dah tentu tak minat” “Abang ajak la Lisa tu kerja sekali dengan abang. Bolehdia tolong-tolong Zara. Lisa tu dah macam anak kita juga. Lagipun kelulusandiorang sama” “Boleh juga kalau dia mau. Saya ni kalau ada anak lelaki,saya dah pinang Lisa untuk jadi menantu kita. Baik budaknya” kata Dato Elias. “Isy abang ni, kesitu pulak.Budak-budak sekarang nibiasanya nak cari jodoh sendiri, bang. Entah-entah dah ada kekasih kat UK tu” “Abang berangan je” Dato Elias ketawa. Sampai sahaja dipintu hadapan KLIA kelihatan pemandunya Pak Zali menghampiri mereka untukmengambil beg di dalam troli. Sementara itu di ruang menunggu teksi kelihatansedikit sesak dengan manusia yang ingin mangambil teksi. “Ramainya orang”keluh Lisa. Elianor Ezara ternampaksebuah teksi di bahagian belakang yang masih kosong. “Eh, tu ada teksi kosong. Jom” Elianor Ezara mendahuluiMellisa menuju ke teksi itu sebelum dinaiki orang lain. Nanti satu kerja pulaknak tunggu kalau dah terlepas teksi yang ini. Hampir sahaja dia mencapai pintuteksi itu, Elianor Ezara dilanggar agak kuat dari arah bahu kirinya menyebabkandia hilang keseimbangan dan jatuh terduduk. “Aduh” terpejam seketika matanya menahan sengaldipunggung. “The taxi is mine” keras suara lelaki yang sudah mencapaipintu teksi itu. Sebelah tangan yang memegang handphone masih melekapditelinganya.Seketika lelaki itu terpegun melihat wajah Elianor Ezara. Sebelahlagi tangannya manarik cermin mata hitam yang dipakainya. “Reen?” kata lelaki itu. Seorang lelaki berkulit cerah. Keningnya lebat dengan hidung terletak dan bibir kemerahan. Terkaku Elianor Ezara seketika. Mata lelaki itu merenung tepat ElianorEzara dengan wajah bingung membuatkan Elianor Ezara geram. “Hei, apa main langgar-langgar ni? Tak boleh cakapelok-elok ke?” Elianor Ezara meninggikan suara sementelah dia masih lagiterduduk disitu dan beberapa mata menyaksikan adengan itu. Mellisa yang sudahmenghampiri pantas mendapatkan Elianor Ezara. “Kenapa ni Zara?”cemas suara Mellisa bila melihatkawannya itu jatuh terduduk. Lelaki itu seakan tersedar bila suara wanita didalam handphonenya kedengaran agak kuat menarik perhatiannya. “Yeah,I’m still here”kata lelaki itu kepada pemanggil di sebelah sana. Cermin matahitam disarungkan kembali. Lelaki itu pantas menaiki teksi dan berlalu. “Kurangajar!” jerit Elianor Ezara geram. Mellisa pantas membantunya berdiri. “Kauberebut teksi dengan mamat tu ke? Kau okay tak ni?” Mellisa baru menyedaricerita sebenar yang berlaku. “Sakitnyahati aku tengok mamat tu, Lisa. Pandai pulak dia cabut macam tu ek? Takut la tu”Elianor Ezara menggosok sedikit punggungnya yang terasa sengal. “Tula kau, lain kali tengok dulu. Jangan main terjah je. Ke kau memang dah nampakmamat handsome tu dari jauh? Tu yang kau terjah tu?”duga Mellisa. Elianor Ezaramenjeling geram. “Setakatmuka macam tu kau kata handsome? Kau ni rabun kot?Dahla aku ni kena tolak sebabnak tolong kau dapat teksi, kau backing mamat tu pulak”sindir Elianor Ezarageram. Mellisa tersengih. “AlaZara, ape salahnya sekali-sekali berkoraban untuk kawan baik kau ni. Lagipunkalau aku jadi kau, aku rela kena tolak dengan mamat handsome macam tuberkali-kali. Elok2 jatuh kena tolak, terus jatuh cinta” giat Mellisa. “Sorryye, setakat adengan filem Hindustan macam tu aku nak jatuh cinta. Zikri akuseratus kali lagi handsome” “Sukatikau lah. Eh, tu teksi. Kau tunggu sini biar aku yang pergi”Mellisa berlalu. ElianorEzara menurut dengan hati yang sebal.Selesai sesi mengucapkan selamat tinggaldengan Mellisa, Elianor Ezara menuju ke kereta Dato’ Elias yang setia menunggusebelum bertolak pulang ke rumah.
Bersambung.... |