CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18800|Reply: 13

HUKUM WANITA BERSOLAT TANPA MEMAKAI TELEKUNG

[Copy link]
Post time 20-5-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode
HUKUM WANITA BERSOLAT TANPA MEMAKAI TELEKUNGlabel DUNIA ISLAM, FAKTA ISLAME-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook




Pada mulanya, saya tidak berminat untuk memperkatakan perkara ini, saya kira semua sudah maklum akan hukumnya wanita yang bersolat tanpa memakai telekung.


Pada anggapan saya, rata- riti sudah mengerti dan isu ini tidak perlu diperkatakan lagi. Tapi setelah ‘mengembara’ ke facebook rakan-rakan dan ke youtube, ternyata salah faham tentang perkara ini masih lagi membelit segelintir umat islam. Saya amat yakin, semua ini berpunca apabila kelaziman dan kebiasaan telah dijadikan sandaran dalam menghukum, akibatnya si penghukum menjadi sangat anti terhadap apa-apa sahaja yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. Saya juga amat yakin, andainya tidak dirungkai, salah faham ini akan terus melebar tanpa sekatan dan meluas tanpa sempadan.

(pemakaian telekung yang begitu
sinonim dengan muslimah melayu)
Kat facebook, seorang rakan saya telah mengupload gambar wanita yang bersolat tanpa memakai telekung ini. Respons atau komen yang diterimanya laris sekali. Ada yang memberikan komen berdasarkan kefahaman dalam beragama. Tapi ada juga yang berhujah persis orang yang mandul akal, bagi mereka telekung berwarna putih itu adalah uniform wajib untuk seseorang wanita bersolat.


Jadi, berpunca dari ini, saya tergerak hati untuk menulis entry ini. Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan (bluedianthus ) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu kembali segar dan bugar di ingatan “buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”


Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.  



Tentang aurat bagi wanita ketika bersolat, ia sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.

Di sini, saya sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Untuk pengetahuan sahabat, di Kelantan, telah berkali-kali Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat(tolong jangan tafsrikan ini sebagai entry politik, walaupun saya telah menyentuh nama seorang tokoh politik) memperbetulkan salah faham ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu. Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 02:03 PM | Show all posts
okay ...I guess semua org tahu yg Malaysian suke pakai telekung...hehehee...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:36 PM | Show all posts
Tahniah! usaha yang bagus! teruskan usaha... kadang2 orang kita nih tak tahu nak bezakan "kebiasaan" dengan "hukum"...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:41 PM | Show all posts
asalkan longgar, labuh sikit dan yakin bersih...
mudah mudahan Allah terima Ibadah kita ..Amin
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ohh baru paham.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 05:46 AM | Show all posts
Malaysia ni UNIK...

wanita solat pakai baju kurung dikata pelik....

sdgkn ia menutup aurat.

Cadbury kejap haram kejap halal x pula dikata PELIK................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2015 09:03 AM | Show all posts
SO TAK ADA ALASAN TAK ADA TELEKONG TAK LEH SOLAT...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah beberapa kali terserempak di surau bangunan tempat kerja dulu yg mengamalkan konsep ni secara too literal.

Dia ni org melayu, pakai tudung yg labuh hampir ke pinggang sbg telekung tapi seluar tight.

Ada sorang budak bosnia buat praktikal kat ofis. Tak pki tudung tapi bila solat pki telekung atas je and since most of the time she was in leggings, maka style pakaian solat dia mcm budak melayu tu. Telekung jadi pendek sb dia agak tinggi.
Saya pun confuse boleh ke tak pki seluar tight dgn tudung senteng ( x cover punggung) utk solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 02:44 AM | Show all posts
baulu replied at 12-1-2015 06:06 AM
Saya pernah beberapa kali terserempak di surau bangunan tempat kerja dulu yg mengamalkan konsep ni s ...

aii pun tak faham. Kalau berlagging dibenarkan kenapa tak ada wanita derlagging dan berseluar panjang mengerjakan haji or umrah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:58 AM | Show all posts
Edited by uniq61 at 13-1-2015 11:01 AM




Hukum Tidak pakai Telekung Ketika Solat


Soalan
Saya seorang wanita yang selalu ditugaskan untuk bekerja di luar kawasan. Kadang-kala saya terlupa membawa telekung sembahyang, jadi apakah dibolehkan saya menunaikan solat tanpa telekung?


Jawapan:  
Seseorang wanita yang ingin mengerjakan solat, hendaklah mempastikan bahawa ia menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi wanita ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).


Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).


Selain menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan , syarat yang perlu dipenuhi bagi menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah. Begitu juga disyaratkan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya.


Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan anggapan tidak dapat menutup aurat. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 11:03 AM | Show all posts
Edited by uniq61 at 13-1-2015 11:06 AM

Syarat-syarat pakaian bagi perempuan apabila mereka hendak mendirikan ibadah solat samada dalam suasana musafir mahupun tidak musafir. Adat kebiasaan Nusantara melihatkan kaum wanita selalu dan hanya selalu memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat. Insya-Allah dalam perbincangan ini akan dihuraikan syarat sebenar pakaian solat bagi wanita dan lain-lain hal bertalian dengannya. Diharapkan perbincangan ini akan membawa manfaat apabila dengan tidak sengaja timbulnya suasana yang menjemputnya.

Syarat Pakaian Solat Wanita.
Pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke kedua-dua kaki. Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh -

[01] Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).[1]

[02] Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.[2]

Hadith pertama menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalah Khimar iaitu sehelai kain yang menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan kedua buah dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim - dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].

Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke dada  seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.[3]

Hadith kedua menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke betis atau lebih[4],
maka melalui hadith ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita.[5]

Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].

Dari ayat di atas Allah Subhanahu waTa'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir darinya. Yang dimaksudkan sebagai zahir ialah sesuatu yang biasa terdedah, selalu dipergunakan untuk kerja harian dan tidak merangsangkan nafsu kaum lelaki secara normal. Anggota-anggota yang zahir ini ditafsirkan sebagai muka dan tangan dari pergelangan hingga ke hujung jari.[6] Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat kedua bahagian ini, samada tangan mahupun muka perlu tetap ditutup.

Jenis Pakaian
Jenis pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan labuh yakni tidak menampak bentuk badan wanita tersebut, sekalipun dia merasakan badannya tidak mempunyai bentuk. Ini dapat difahami juga melalui ayat di atas yang melarang kaum wanita memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka. Perhiasan ini ada dua jenis, iaitu perhiasan asli tubuhnya dan kedua ialah perhiasan tambahan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Kedua-dua ini tidak boleh diperlihatkan kepada khalayak umum kecuali kepada suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat.[7]

Cara terbaik untuk melindungi perhiasan asli tubuh badan ialah dengan mengenakan pakaian longgar dan labuh dan ini adalah sesuatu yang disepakati tanpa keraguan. Antara tuntutan yang senada ialah memakai pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh badan di sebaliknya. Ini juga termasuk tuntutan menutup aurat wanita.[8]

Daripada dua penjelasan di atas, iaitu syarat pakaian dan jenis pakaian, dapatlah kita ketahui bahawa pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari. Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. Oleh itu apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah. Telekung yang selalu dipakai oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain, telekung bukanlah syarat wajib solat.

Seperkara lain yang perlu dinyatakan ialah bahawa walaupun muka dan tangan tidak dikategorikan sebagai aurat yang wajib ditutup, kedua bahagian ini amat dituntut agar tidak dihiasi dengan sesuatu yang boleh membawa perhatian atau rangsangan kepada orang lain. Sebagai tambahan, walaupun muka itu tidak wajib ditutup, ia amat digalak agar diselindungi disebalik kain nipis atau yang seumpama bagi mengelak niat buruk orang-orang lelaki yang rakus sifatnya.[9]

Perkara kedua yang perlu dinyatakan di sini ialah syarat pakaian solat sepertimana yang diterangkan di atas adalah wajib dipatuhi oleh seseorang itu samada dia berada dalam suasana orang ramai atau bersendirian. Dalam erti kata lain, sekalipun seorang wanita itu berada berseorangan dalam biliknya, dia tetap wajib menepati syarat-syarat ini sekalipun tiada orang yang melihat. Ini adalah kerana syarat pakaian solat adalah bagi memenuhi hak dan adab seorang hamba yang sedang beribadah kepada Rabbnya dan ia tidak berhubung-kait dengan adab sesama manusia. Berbeza pula dalam suasana di luar etika solat, di mana seseorang wanita itu dibolehkan membuka kain tudung atau sebagainya apabila berhadapan dengan suami, ayah sendiri, keluarga terdekat dan seterusnya.[10]

Apabila pakaian yang ada tidak menepati syarat.
Apabila seseorang muslimah hendak bersolat lalu tidak mempunyai pakaian yang dapat menepati syarat-syarat di atas maka apakah tindakan seterusnya ? Contohnya ialah apabila berada dalam pesawat terbang lalu disedari bahawa dia terlupa membawa set telekung atau kain tudung (bagi yang sememangnya tidak bertudung); dan setelah dicari apa-apa alternatif pakaian lain namun tidak ditemui juga. Maka bagaimanakah tuntutan solatnya ?

Maka yang pertama perlu dijelaskan ialah menunda solat tersebut ke waktu atau masa yang lain atas tujuan akan diqadha adalah bukan salah satu dari alternatif yang dibenarkan syara' kerana solat tersebut tetap wajib ke atas dirinya. Solat hanya boleh ditunda dari masanya dalam situasi darurat, iaitu situasi yang melibatkan ancaman bahaya kepada nyawa atau mana-mana anggota badannya (Life and Death situation only). Adapun ketiadaan pakaian yang dapat menepati syarat-syarat solat maka itu dipandang sebagai satu keuzuran dan bukan darurat.

Satu pilihan syari'at yang dibolehkan ialah menjamakkan solat tersebut jikalau dijangkakan bahawa dalam waktu yang akan datang dia berkebolehan untuk melaksanakan solatnya itu dengan memenuhi syarat pakaian yang sempurna. Antara solat Zohor dan Asar, atau antara solat Maghrib dan I'syak, boleh didirikan dalam satu waktu jikalau ada kesulitan yang menimpa, sekalipun tidak dalam keadaan musafir. Contohnya seseorang yang tidak mempunyai pakaian yang menepati syarat bagi solat Zohor dan dijangkanya secara yakin bahawa dia mampu memenuhinya pada waktu Asar nanti maka dianjurkan dia mendirikan solat Zohornya itu bersama solat Asar dalam waktu Asar nanti berdasarkan kaedah jamak takhir. Persoalan seterusnya adalah - apakah yang harus dilakukan apabila tiba waktu solat Asar dan dia masih belum dapat menepati syarat pakaian yang diwajibkan, atau bagi solat subuh yang sememangnya tidak boleh dijamak atau dilengah-lengahkan ?

Apabila sesuatu dari tuntutan agama tidak dapat dipenuhi oleh seseorang insan, syari'at menganjurkan agar dia tetap berusaha untuk melaksanakan perintah asal tersebut dengan sesempurna mungkin, sedaya mungkin dan sekuat mungkin. Dua dalil yang dijadikan petunjuk oleh para ahli fiqh ialah firman Allah Azza waJalla dalam surah at-Taghabun 64, ayat 16 yang bermaksud: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu.
Nabi sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda: Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku perintah kamu dengannya maka hendaklah kamu laksanakan sedaya mampu.[11]

Dari dua petunjuk dalil di atas, para ahli fiqh segenap Mazhab yang empat tetap mewajibkan seseorang mendirikan solat-solat fardhunya sekalipun pakaiannya tidak mencukupi syarat-syarat yang termaktub. Apabila pakaian yang sedia dipakai tidak menepati syarat sepenuhnya untuk bersolat dan setelah diusahakan gagal menemui sebarang pakaian atau alternatif lain maka dibolehkan tetap bersolat dengan pakaian yang sedia ada.[12]

Justeru itu tetap diharuskan bersolat sekalipun berpakaian jubah atau baju kurung atau baju kebaya atau apa-apa sekalipun walau hanya dengan seluar jeans dan baju kemeja T. Bagi yang memakai tudung diharuskan terus bersolat sekalipun tudung tersebut adalah kecil dan tidak labuh sehingga ke dada sementara bagi yang tidak bertudung diharuskan juga tetap bersolat sekalipun tanpa tudung. Solat sebegini adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi atau diqadha.
Walaubagaimanapun diulangi bahawa kebolehan ini hanyalah bagi mereka yang benar-benar gagal menemui sebarang bentuk pakaian yang dapat menutupi kepalanya atau/dan lain-lain bahagian sebagaimana yang disyaratkan. Sikap malas atau sengaja meremehkan tuntutan menutup aurat dalam solat bukan sahaja menyebabkan solatnya tidak sah tetapi juga akan dipertanggung-jawabkan kerana mempermainkan hukum agama.

Syarat minima pakaian solat.
Sudah tentu tertanya di hati - apakah dia batas minima bagi seseorang yang pakaiannya tidak menepati syarat-syarat solat ? Maka jawapannya ialah walauapapun kekurangan pakaian yang dihadapi, solat tersebut tetap wajib dilaksanakan dan tetap sah sekalipun jikalau terperangkap dalam suasana tidak berpakaian langsung. Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, ahli fiqh mutakhir dan juga Ketua Fakulti Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Islam Damaskus, Syria menerangkan rincian pendapat setiap mazhab ahli sunnah yang empat mengenai batas minima pakaian solat seseorang[13],
iaitu -
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Maliki, seseorang yang tidak mempunyai pakaian penutup aurat hendaklah dia tetap bersolat sekalipun bertelanjang kerana menutup aurat adalah dituntut ketika terdaya maka gugurlah tuntutan jika tidak terdaya.
Menurut pendapat Mazhab Hanbali, dalam keadaan tidak ada penutup aurat hendaklah dilakukan solat secara duduk dan melakukannya secara isyarat.
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Shafie dan Hanafi, wajib dilakukan solat sekalipun dengan melumuri tanah pada tubuh badan sebagai penutup aurat dan berkekalan dalam keadaan sedemikian sehingga selepas solat, atau dengan melumuri air yang keruh pada tubuh badan sebagai penutup aurat.
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanafi dan Maliki memadai dengan kegelapan sebagai penutup aurat kerana darurat, sementara menurut pendapat yang asah di kalangan ulama'-ulama' Mazhab Shafie, hendaklah menutup kemaluan dengan tangan, begitu juga menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali kerana dengan itu tercapai tujuan menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Dalam keadaan tersebut menurut pendapat ulama'ulama' Mazhab Shafie, hendaklah dilakukan solat secara berdiri bagi menyempurnakan rukun solat dan menurut pendapat yang madhab di kalangan mereka, solat tersebut tidak wajib diulangi selagi sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Sementara itu menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanafi, hendaklah dilakukan solat secara duduk dan membuat isyarat ketika rukuk dan sujud sebagaimana juga pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali. Itulah yang lebih utama daripada solat secara berdiri dan membuat isyarat ketika rukuk dan sujud kerana menutup aurat adalah lebih penting daripada menunaikan rukun.
Demikian salinan penerangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili. Penerangan di atas insya-Allah tidak mungkin akan temui suasananya dalam sepanjang hidup kita. Namun ia dikemukakan bagi menunjukkan bahawa para ulama' fiqh dari semua 4 Mazhab yang sedia ada tetap mewajibkan solat dilaksanakan dalam waktunya sekalipun berhadapan suasana dan keadaan yang amat mengharukan. Faktor ketiadaan pakaian yang secukupnya tidak diterima sebagai alasan atau dalih untuk menundakan solat atau meninggalkannya terus.
Kesimpulan.
1.     Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.
2.     Apabila gagal menepati syarat pakaian solat yang diwajibkan dan dia telah berusaha sedaya mampu, hendaklah tetap mendirikan solat tersebut dengan sekadar apa yang ada. Solat sebegini adalah sah dan tidak perlu diulangi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 11:07 AM | Show all posts
Syarat aurat wanita dalam solat tanpa telekung
6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG
Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.

Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!

Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.

Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.

Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.

Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua’lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai Seluar?

Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 11:11 AM | Show all posts
Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung
Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan High heel nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.
“Permisi Mas…di mana tempatnya Musalla orang solat?” Tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.
“Oh..kapannya di sebelah sana..belakang parkir kereta” Saya menjawab berbahasa indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya. Bersama saya teman seorang mahasiswa di salah sebuah Universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan di Malaysia. Tidak menjadi suatu mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke Surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..
Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu Program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu solat, saya dijemput mengimamkan solat. Dibelakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakkannya. Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakkan si lelaki menanggalkan Jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua. Namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!!..
Saya berkunjung Ke Time Square Kuala Lumpur. Tanah Airku. Ketika melalui surau di tingkat 8, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau. Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menkjubkan jawapan mereka. Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam Surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata. Saya tidak membawa telekung.Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya.
Sekali lagi berbagai persoalan yang timbul di benak saya. Saya masih mengambil yang postitif…MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!!…
Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.
Kehidupan masakini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian m
embuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.
Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti suatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan. Ini bersesuaian den
gan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat. Di dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu(pakaian) yang indah di setiap kali kamu ( memasuki ) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.”

Menurut Syeikh Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.
Ibnu Hazm pula memahami maksud ‘perhiasan’ disini adalah menutup aurat
Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunnahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunnahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.
Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabbur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi SAW Tamim ad-Dari pernah membeli sebuah rida’ ( selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.
Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung. Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunnah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu’, Rasulullah SAW bersabda :
“Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya.”
Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.
Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalah ertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek imu Islam yang sebenar.
Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya  dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.
Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada Negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di Negara barat. Muslimah di China, India mahupun Timur Tengah.
Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.
Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.
Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadapi Pencipa Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.
Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat, berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik. Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.
Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.
Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya ( Ummu Habibah), “Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?” Ummu Habibah menjawab, “Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian tersebut.

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.
Ini bukan kempen ‘Tak pakai tudung takpa janji hati baik’. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untukmemudahkan solat kepada setiap manusia.
Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hambaNya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 05:47 PM | Show all posts
Di tmpt Saya ramai foreigner. Kelihatan semasa ramadhan golongan wanita hanya berjubah Dan berselendang lengkap dgn stokin semasa solat. Pd saya telekung di hanya jd Budaya masyarakat melayu khususnya, xde telekung maka tidak boleh bersolat padahal di luar negara org asing bersolat menggunakan pelbagai jenis pakaian asalkan menutup aurat Dan cukup syarat. Rata2 teman Saya yg ke luar negara begitu takot tidak membawa telekung bila travel, saya katakan pd mereka jika Ada pakaian yg lebih sesuai utk mengurangkan space di Dlm luggage bg menggantikan telekung then y not guna?x berdosa pun x pakai telekung. Pegi la cari Dalil Kat mana tulis wajib pakai telekung ketika solat if Ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.159219 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list