CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20824|Reply: 51

Ketajaman Pedang Milik Salahuddin Al-Ayyubi

[Copy link]
Post time 20-5-2013 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Ketajaman Pedang Milik Salahuddin Al-Ayyubilabel PENEMUANE-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook




Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini  telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.




Pedang "Damascus" yang digunakan  Salahuddin Al-Ayyubi
Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.

Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini


Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang  Salahuddin Al-Ayyubi
Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?




Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat


CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.




Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera
Islam dalam perang salib kurun ke-12



Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.



[/td][/tr]
[tr][td]Kehebatan pedangnya di geruni
musuh-musuh Islam
Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.


Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.


Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"
Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.





SUBHANALLAH...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 07:49 AM | Show all posts
Ohhh tak setajam pedang/pisau yang diguna Nabi Ibrahim untuk menyembelih Nabi Ismail....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 08:34 AM | Show all posts
Bagaimana kamu boleh mengatakan pedang ini lebih tajam daripada pedang excalibur sedangkan pedang excalibur itu hanyalah mitos semata-mata? Malah Raja Author itu sendiri sekadar mitos legenda sahaja.

Aku tidak nafikan ketajaman dan kualiti pedang Damascus milik Salahudin itu, tetapi mempertikaikan kebijaksanaan penulis yang mencampur adukkan fakta dengan mitos.

Last edited by Neraka Bulan on 21-5-2013 08:37 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:18 AM | Show all posts
hebat yer.... zaman itu pun dh ade teknology nano.... subhanallah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 10:33 AM | Show all posts
Bagaimana kamu boleh mengatakan pedang ini lebih tajam daripada pedang excalibur sedangkan pedang excalibur itu hanyalah mitos semata-mata? Malah Raja Author itu sendiri sekadar mitos legenda sahaja.


ITU CUMA KENYATAAN DARI PIHAK BARAT....MEREKA JUGA KONONYA ADA PEDANG YANG HEBAT...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:25 AM | Show all posts
Anyway.. kemengangan saladin bukan sebab tajam pedangnye... tapi sebab rahmat Allah.. sebab =

Selepas Saladin.. anak2 dia jugak berperang.. = gunekan pedang yang sama.. tapi pernah jugak kalah..

And.. empire Saladin cume bertahan x lame = walaupun menggunekan 'pedang' yang konon ko cakap GILE TAJAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2013 11:27 AM | Show all posts
mienina posted on 21-5-2013 10:18 AM
hebat yer.... zaman itu pun dh ade teknology nano.... subhanallah!

bukan kt sane je ade.... kt sini pun.. :



Ko je sorang x tau.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:41 AM | Show all posts
unekspekted_XVI posted on 21-5-2013 11:27 AM
bukan kt sane je ade.... kt sini pun.. :

tima kasih share ilmu.. keris ni nmpk lawa.... mana dtg ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 11:47 AM | Show all posts
mienina posted on 21-5-2013 11:41 AM
tima kasih share ilmu.. keris ni nmpk lawa.... mana dtg ni?

Keris tempa jawa, keris selat, keris melayu pura etc... same jugak, mcm damascane blade gune nano tech.

Dlm buku2 lame ade tulis how they make Keris = dari besi 7 sungai, 9 sungai etc... in their own way of reporting lah zaman dulu2 dlm hikayat2...

Tapi the fact is, besi keris tu terhasil daripada percampuran beberape jenis unsur logam mengikut sukatan - sme mcm damascane blade/nanotech etc.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:50 AM | Show all posts
unekspekted_XVI posted on 21-5-2013 11:47 AM
Keris tempa jawa, keris selat, keris melayu pura etc... same jugak, mcm damascane blade gune nano  ...

oh.... gitu...tq again..... keris tamingsari gini jugak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:55 AM | Show all posts
mienina posted on 21-5-2013 11:50 AM
oh.... gitu...tq again..... keris tamingsari gini jugak ke?

Ntah.. cube ko tanye TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 01:35 PM | Show all posts
pedang unsur logam yg asli.....????
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 11:21 AM | Show all posts
nice info...
lightsaber pun pedang jgk kan...


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 08:02 AM | Show all posts
uniq61 posted on 21-5-2013 10:33 AM
ITU CUMA KENYATAAN DARI PIHAK BARAT....MEREKA JUGA KONONYA ADA PEDANG YANG HEBAT...

Artikel ini dibuat oleh penulis dari barat ke atau tempatan? Tampak macam penulis tempatan aje.

Barat tidak pernah menyatakan pedang excalibur itu tajam kerana pedang itu tidak wujud! Bagaimana hendak menilai benda yang tidak pernah wujud?

Yang ada hanyalah kisah-kisah rakyat yang dibuat untuk sekadar hiburan masa lampau.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 03:09 AM | Show all posts
Neraka Bulan posted on 23-5-2013 08:02 AM
Artikel ini dibuat oleh penulis dari barat ke atau tempatan? Tampak macam penulis tempatan aje.

...

TT ni suka tepek artikel kononnya Yislam tu benar lah, padahal banyak gila artikel hoax yang dia sebarkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 09:50 AM | Show all posts
thanks 4 sharing....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 09:22 AM | Show all posts
nice thread tt.

boleh gak buat tambah pengetahuan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 01:50 PM | Show all posts
good info..tp betul ke cerita arthur (merlin) tu bohong jek?? seronok tgk naga dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 02:53 PM | Show all posts
tajam...tapi kalau tak keras tak guna jugak..

tapi kalau dah ada campuran karbon tu..dah cukup keras laa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 03:35 PM | Show all posts
sila upkan lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.093543 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list