CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 0

Terengganu hantar 20 pelumba kejohanan GP Kebangsaan Sirkit ke-2

[Copy link]
Post time 20-5-2013 03:47 PM | Show all posts |Read mode
TERENGGANU akan menghantar 20 pelumba berbasikal termasuk dua wanita bagi menghadapi kejohanan Grand Prix Kebangsaan Sirkit kedua yang akan diadakan di Perlis pada 21 Jun.
   
Jurulatih Lumba Basikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata sebagai persediaan pelumba-pelumba akan memulakan latihan pada 26 Mei ini bagi memfokuskan persiapan ketahanan mental dan stamina.
  
Syed Mohd Hussaini berkata sirkit pertama yang berlangsung di Muar Johor, pada 23 dab 24 Mac lepas menyaksikan pelumba-pelumba negeri menunjukkan prestasi terbaik dengan menduduki tempat pertama dalam acara Ujian Masa Perseorangan dan tempat kedua bagi acara Lebuhraya Junior.
   
"Fokus kita di Perlis nanti ialah mengekalkan kedudukan tersebut sebagai perangsang untuk sirkit-sirkit seterusnya nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Terengganu hari ini.
   
Selepas Perlis, Grand Prix Kebangsaan sirkit seterusnya akan diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, diikuti sirkit keempat di Kuantan, Pahang dan sirkit terakhir di Melaka.

Bagi memantapkan fizikal dan mental, Syed Mohd Hussaini berkata pelumba-pelumba Terengganu mungkin akan berkayuh ke Perlis bagi menguatkan ketahanan sebelum menyertai kejohanan itu.
  
Beliau juga berkata pelumba-pelumba Terengganu turut menyertai kejohanan lumba basikal bawah 21 tahun sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-70 yang berakhir semalam.
   
Katanya kejohanan itu sebagai salah satu pendedahan dan latihan kepada pelumba-pelumba mengharungi saingan Grand Prix Kebangsaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.521691 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list