CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2344|Reply: 0

PMM tamat kemarau trofi

[Copy link]
Post time 20-5-2013 03:49 PM | Show all posts |Read mode
POLITEKNIK Merlimau Melaka A (PMM)  muncul juara  Kejohanan Ragbi Poly 10’S Kebangsaan Terbuka Politeknik 2013 selepas kali keempat memasuki gelanggang final, lapor SITI ZUBAIDAH MAT ISA.

Ibarat pertemuan ulangan pada 2010, PMM tidak memberi laluan mudah buat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah A (PSA), untuk melakar kejuaraan berharga dengan kemenangan 7-0.

Kemenangan itu membolehkan PMM pulang dengan hadiah wang tunai RM 2,500 dan trofi.

Berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jurulatih PMM Mohd Shafie Osman berkata, semangat berpasukan ditunjukkan pemain menjadi kunci utama kejayaan mereka.

“Semangat serta disiplin dipamerkan pemain begitu tinggi dan keghairahan mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan membantu kemenangan hari ini (semalam).

“Pertemuan ini bukan mudah. Pasukan agak berhati-hati dan banyak bertahan sebelum mendapat peluang melakukan ‘try’,” katanya.

Mengikut rekod PMM pernah menang sekali dengan PSA pada 2009 namun tewas pada 2010. Aksi akhir pada 2011 dan 2012 turut menyaksikan kekalahan PMM pada UPM.

Sementara itu, Kelab Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terlalu sukar digugat apabila membelasah NS Wanderes 31 tanpa balas. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,500.

“Perlawanan berlangsung seimbang kedua pasukan. Pada mulanya kami bercadang menggunakan taktikal bertahan, namun kesilapan dilakukan pihak lawan membolehkan kami mencuri peluang melakukan ‘try’.

“Kehadiran import dengan susuk tubuh yang besar juga banyak membantu mengimbangi kekuatan pasukan,” kata pemain terbaik MBSA, Muhammad Farizal Ismail.



PMM rangkul kejuaraan pertama pada edisi Kejohanan Ragbi Poly 10’S Kebangsaan Terbuka Politeknik 2013.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 1.036351 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list